Duckies Movie Night Out

Posted by mizzura on Tuesday, January 3, 2017. Filed under:
4 Comments

First of all, lammmmmmaaaa gila tak join event2 camni kan. Kalau yang folo blog ni dari awal taula dulu iolss selalu join aktiviti camni ke sana sinun.. bnyk menang or dapat free movie etc.

Okay, so ditakdirkan satu hari scroll IG tersangkut kat IG @theduckgroup nih. Kebetulan aku memang peminat duckscarf. Asalnya saja-saja beli bila time raya. Tapi lama-lama makin suka pakai duckscarf. 


Image Source

Wow! Macam best!

Sekali baca betul-betul.. 150 pengomen je dia nak, mak ai, tipis ni nak dapat dah pengomen ke seribu kot.




Hmm... lalu daku mencuba nasib. Nak tengok "badi bertuah" ni wujud lagi ke tak. Tak dapat, tarahal la pon.

Tiba-tiba, malam pukul 12 dapat DM. Eh sapa la DM kan...memalam-malam ni (belum alzheimer tapi biasala short term memory).




Sekali baca..Yeay!!!! 
Terus eksaited. Paling konpiden yang kawan ko tag tu bole temankan ko. Dah la tanya dia pon tak.hahahah.

Maka bermula episod mencari kawan.Omak ai..3 single mingle available yang aku tanya suma nya tak available...tak free lahh, jauhlah, bagi kucing makan petang pon ada...hahaha... takpelah, mana bole paksa kan..hehe..siyes pening.. Ingatnye paling last nak invite je memana duckies to be my date...githewwww...


Nampak kan taletnt sis buat MLM #gigih tu

Tapi memandangkan persaudaraan dengan kengkawan kau masih kuat, kau nak jugak cari sorang teman so that can join  the corum, kali ni aku target mak2 orang terus. mana la tau kannn. Macam ayat motivasi MLM "dalam 10 orang kita approach 1 orang akan sign up" githeww...hahahahaha...

So misi bertanya pada mommies berjalan dengan rancaknya.. semua menolak antara 5 mommies yang dijangka ada harapan walaupon tipis...alasan anak sakit, laki baru balik ostesen, jauh, somi tak bagi keluar malam adalah alasan yang memang logik diterima akal. Lalu aku pon focus bekerja. Siyes pening sambil kau bz kerja hari Rabu, kau  nak pikir cari prospek lagi..haha.. sehinggala, tiba-tiba satu mommies anak 4 ni offer nak teman.



What???
Biar betul?
Walaupon dah PM and confirm bagai, aku siap letak 10% dia mungkin tak jadi. So awal2 aku dah cakap dalam hati, kalau tak jadi takpelah. Mana bole paksa.

Sekali ko. Habes kejadian tu memang aku betul-betul percaya dia teman aku hahahaha...

Terima kasih mak Izza

Sesampainya di GSC.Terus lah nak register, maklumlah kata register pukul 7pm, bergambar ramai2 7.45pm. Tapi sampai2 7.20pm tu masih beratur panjang lagi untuk registration. So takpelah, kami solat dulu.

Izza siap terjumpe kawan lama dia Dr Bayah yang dah 16 tahun derang tak jumpe. Gila lah! Baru #duckiesunited namanya.haha. Terus rasa diri tak bersalah bawa mommy orang. hehe. Eh btw, Izza dgn selambanya pakai Ariani. Fuh. Kuat jati diri nih. Kalau aku dah menyorok dah masuk salah zon. HaHa.


DuckxAriani
(I'm wearing Mimpikita Tops + The Songket Duck) 

Kami tengok cerita kartun Sing and diberi popcorn n air percuma. Siyesly, selalu aku dapat premier movie free tak pernah ada yang treat Popcorn camni. Thanks Vivy and D!

Kami dapat kedua dari depan. Okayla, aku n izza memang rabun. Sorang malas pakai spek, sorang tertinggal spek eloklah.


Malas pakai flash, korang edit lah kasi brightness tinggi kalau nak sangat tengok muka kami :-P

Cerita ni kelaka pasal binatang. Dok ingat ada itik ke dalam ni, tapi non hado yang jadi main character.


Image Source

Hujung-hujung cerita tu, nampak satu minah dalam gelap2 turun ke seat front row. Eh rasa, tak sapa g toilet dari tadi...and...seat belakang sumanye FULL dari starting. Sah-sah yang depan2 ni AJK masjid. In other words sah-sah yang lalu tadi.. hah! Vivy.....!!

Aku ngan Izza dok bisik pasal ni..hahah..

Sekali betul memang dia. Alahai kecik sungguh!


Okay, berlatar belakang sotong. Sotong tu kelakar kay dalam cerita.

Maka acara swafoto dan wefie pon bermula. Dah rapat-rapat pon tak dapat-dapat juga. Padahal aku belakang dia je. Sekali aku cakap.. Ala tak dapat dah.. (sebab vivy keep on berjalan kan). Tibe Vivy stop and cakap, okay come. Wah. Thanks Vivy, baik entertain your customer (eh your fan). Argh...tapi Izza plak tak ready.hahaha...




Cubaan kedua oleh izza baru berjaya. Entah napa ada effect muka aku lebar disitu. Nak ban Samsung front camera camnih.hehe..




Alhamdullillah, we end our 2016 with happy event camni. I is suker!!! Terus tak sabar nak tunggu 2017 yeww..
#duckscarves