Adik ke Puan?

Posted by mizzura on Wednesday, September 20, 2017. Filed under:

Alkisah pagi tadi, singgah gerai disimpang antara LRT Pasar Seni dan KTM Kuala Lumpur. Niat di hati nak beli mihun separuh dengan telur rebus. Apakan daya, dah tak banyak pilihan. Tak sedar terlewat sedikit harini dalam 8.30 pagi ke atas gitu.

Bertanya itu dan ini pada sang makcik gerai. Mihun semua habis. Lantas buat pilihan tepat untuk kategori beginner clean eating. Pilihla sandwhich wholemeal bread.(gituuu..)

Sambil makcik gerai berurusniaga dengan pelanggan lain. Seorang lelaki dan seorang wanita.

Betul-betul bersebelahanku ialah seorang wanita. Kira-kira dalam lingkungan umur ku -mid 30s atau mungkin lagi muda. Gayanya biasa juga, berblouse hijau, shawl hijau lembut, berkaca mata. Dia juga bertanya pada makcik. Makcik membalas itu ini sambil menggunakan kata ganti nama kedua "puan" dalam setiap jawapan kepadanya.

Contoh, "Semua ni lima ringgit lima puluh sen, Puan".

Selesai urusan, saya pun menhulur sandwhich untuk dibungkus sambil menggeledah bag tangan mencari dompet untuk membayar. 

Disapa makcik kepadaku "Tiga ringgit, adik".

Ha? Tanjat Sis! (haha) ...hatiku berbisik.

Lalu memandang kembali wanita berbaju hijau tadi. Apakah kriteria dia dipanggil Puan manakala daku dipanggil adik?


  • Adakah Gayaku kurang Puan dari beliau... (aku lihat sama je takde beza)
  • Adakah wajahku kelihatan muda dari beliau... (aku lihat dia tak la tua mahupon muda, mungkin lingkungan umurku)
  • Adakah beliau somebody.. (aku lihat....tak nampak macam somebody..hmm..ni musykil..hahaha)
  • Adakah makcik menganggap aku seperti adiknya.. (jika makcik umur 50 adakah aku dianggap seperti adiknya yang mungkin berumur 40?...oh kenot2)


Lalu aku pon berlalu sambil kebingungan, kenapa dia panggil aku adik... (yes, kenapa tak panggil aku puan..? hahahahhaha). 

No Responses to Adik ke Puan?

Leave a Reply