Salam 1 Muharram 1439H

Posted by mizzura on Friday, September 22, 2017. Filed under:
No Comments »

Mengungjungi makam beliau pada Feb 2014. Agak terpinga2 akibat kejahilan dan kealpaan ilmu sirah. Lalu mencari buku mengenal beliau ..(google ada tapi xsebest baca buku kan)..Masha Allah, besar jasanya.

Orang ramai mengintai makam beliau
Berhijrah ke Constatinople (Istanbul) pada umur 81 setelah wafatnya Rasulullah s.a.w. Hasrat dihati menakluk kota tersebut bersama angkatan muslimin. Usia mudanya, hampir setiap peperangan bersama Rasulluah s.a.w beliau sertai.

Usianya tidak panjang, menghembuskan nafas ketika tempoh berperang. Permintaannya utk dikebumikan ditepi benteng kota. Agar dapat mendengar derap kaki tentera saat kemenangan Islam. Maharaja Rom mengubah kuburnya ke bandar. Sehingga akhirnya terbiar dan hilang tak tahu di mana. Di jumpai semula oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. Setelah Constantinople ditakluk Sultan.

Apa yang hebatnya beliau.

Di rumah beliau sejarah terlakar. Di situlah unta berhenti membawa utusan Allah yang berhijrah dari Mekah ke Madinah. Maka menginaplah Rasullullah s.a.w dirumah beliau..itulah harinya bermula sejarah buat umat Islam.. .
Beliaulah Abu Ayub Al-Ansari...(alfatihah..)

SALAM 1 MUHARRAM 1439H!



Masjid Eyup Sultan - Makam beliau ditempatkan

Adik ke Puan?

Posted by mizzura on Wednesday, September 20, 2017. Filed under:
No Comments »

Alkisah pagi tadi, singgah gerai disimpang antara LRT Pasar Seni dan KTM Kuala Lumpur. Niat di hati nak beli mihun separuh dengan telur rebus. Apakan daya, dah tak banyak pilihan. Tak sedar terlewat sedikit harini dalam 8.30 pagi ke atas gitu.

Bertanya itu dan ini pada sang makcik gerai. Mihun semua habis. Lantas buat pilihan tepat untuk kategori beginner clean eating. Pilihla sandwhich wholemeal bread.(gituuu..)

Sambil makcik gerai berurusniaga dengan pelanggan lain. Seorang lelaki dan seorang wanita.

Betul-betul bersebelahanku ialah seorang wanita. Kira-kira dalam lingkungan umur ku -mid 30s atau mungkin lagi muda. Gayanya biasa juga, berblouse hijau, shawl hijau lembut, berkaca mata. Dia juga bertanya pada makcik. Makcik membalas itu ini sambil menggunakan kata ganti nama kedua "puan" dalam setiap jawapan kepadanya.

Contoh, "Semua ni lima ringgit lima puluh sen, Puan".

Selesai urusan, saya pun menhulur sandwhich untuk dibungkus sambil menggeledah bag tangan mencari dompet untuk membayar. 

Disapa makcik kepadaku "Tiga ringgit, adik".

Ha? Tanjat Sis! (haha) ...hatiku berbisik.

Lalu memandang kembali wanita berbaju hijau tadi. Apakah kriteria dia dipanggil Puan manakala daku dipanggil adik?


  • Adakah Gayaku kurang Puan dari beliau... (aku lihat sama je takde beza)
  • Adakah wajahku kelihatan muda dari beliau... (aku lihat dia tak la tua mahupon muda, mungkin lingkungan umurku)
  • Adakah beliau somebody.. (aku lihat....tak nampak macam somebody..hmm..ni musykil..hahaha)
  • Adakah makcik menganggap aku seperti adiknya.. (jika makcik umur 50 adakah aku dianggap seperti adiknya yang mungkin berumur 40?...oh kenot2)


Lalu aku pon berlalu sambil kebingungan, kenapa dia panggil aku adik... (yes, kenapa tak panggil aku puan..? hahahahhaha).