Raya di Kuala Kangsar

Posted by mizzura on Wednesday, July 19, 2017. Filed under:


Tibe-tibe tahun ni mok teman beriye benor dia nak beghaya di Kuale. Dia kerap jugak balik Kuale kalau bukan hari ghaya, macam sebab kenduri kawin ke, gathering sekolah ke (mak2 gathering ko).



So teman pon tanya suami teman. Lulus plak nak balik ke kuala ikut mok teman.. ate..5 tahun dah teman tak jejak Kuala. Rindu sangat nak ke sana. Maklumla dari zaman kecik, asal raya je balik sini. Mau tak rindu. Teman balik sini raya ke 3. Mula-mula belah mertua dulu.



So dah hafal dah bakal rumah-rumah yang nak dipergi. Kebetulan ada kenduri sedara, asbab je semua ni. Sampai-sampai je Kg Menora terus macam blur2..dah lain macam je kawasan ni. Terus jumpe sedara dari Penang. Family Wan Chor. Family dia makin berkembang so meriah ya amat.



Elok je nak balik, hujan la pulak... boley? Sangkut kitorang kat khemah pengantin.aishhh..dah reda sket, kami gerak cepat-cepat takkan nak berkampung plak. Terus la kami ke depan sket rumah Mak we. Eh makwe tu kan gepren. Kat Perak ni mmg Makcik Pakcik no berapa tah kot? ada gelaran Mak we, Pak we.. We tu kasi lenggok perak sikit..haha. So Makwe ni takde pulak. Terus ke depan lagi, nak tengok rumah atuk lama.



Sekali lama kitorang benti depan rumah arwah tuk. kitorang nak bergambar je, tapi-tapi banyaknya motor-motor. kereta seketoi ada.. hmmm..maybe dah disewakan kot..sebab pernah je ada beberapa penyewa sebelom ni. Tak jadi bergambar. Maka kita gerak kuar dari Kg Menora ni, lalu Sayong nak ke Kg Beluru pulak aih.



Ada jupe dua tiga makcik and pakcik, Ayah Mat etc.. kebetulan tengah lepak. Makan mee kari kami...hehe..




Malam plak lepak rumah Wan Cik kat area Jalan Baru pon ada Mee Kari..haha. Kebetulan Homestay dekat-dekat situ jugak. Aih,senang gila. Rahim Homestay depan Restoran Jimboy. (glamer restoren ni sbb kalau sebut ni, semua orang tau mana tempat tu..huhu)



Tamat lah hari satu di Kuala....





Hari kedua toksah cakaplah. Banyak rumah pergi oi..makan mee goreng..maka kuetiow..makan kuetiow lagi (nasib 2 rmh je hidang sama..haha), mkn nasi impit rendang..haha..udahnya, malam cari seafood ke foodcourt nak bedal nasi gak. Tak tertahan rasanya diet tanpa nasi nih..hiks.



Mujur la ada tambah sehari lagi di Kuala. Dapatlah pergi rayau sekitar Kuala Kangsar. Maklumlah lama tak jengah. Paling best bergambar dekat Victoria Station Kuala Kangsar, dekat belah Krai sana ha. Ni abandoned railway ni, dulu omputih buat transfer bahan2 mining etc. Now yilek, jadi port bergambar untuk instagrammer je hahaha. 



Tak dilupakan juga jalan-jalan dekat istana. Bergambar kat Masjid Ubudiah dengan Istana Kuning. Dah tak boleh melawat la pulak. Dengar-dengar cerita barang pameran dalam tu dah di bawa ke Galeri Sultan Azlan Shah.







Selesai pekena cendol ngan laksa bagai. baliklah kami ke tempat kami bermukim nun jauh di tengah Selangor nun. Jenuh nak recap, no kedai favourite. 






Mujur ni raya ke5, tak ramai orang sangat. gitu ler.. Finally, dapat jugak Yong beraya di Kuala Kangsar.





1 Response to Raya di Kuala Kangsar

  1. Nour Adieb

    baru pegi sekali ke Kuala Kangsar ni 😄 pi kampung kawan, tak ingat dah nama kampung tu

Leave a Reply