Salam 1 Muharram 1439H

Posted by mizzura on Friday, September 22, 2017. Filed under:
No Comments »

Mengungjungi makam beliau pada Feb 2014. Agak terpinga2 akibat kejahilan dan kealpaan ilmu sirah. Lalu mencari buku mengenal beliau ..(google ada tapi xsebest baca buku kan)..Masha Allah, besar jasanya.

Orang ramai mengintai makam beliau
Berhijrah ke Constatinople (Istanbul) pada umur 81 setelah wafatnya Rasulullah s.a.w. Hasrat dihati menakluk kota tersebut bersama angkatan muslimin. Usia mudanya, hampir setiap peperangan bersama Rasulluah s.a.w beliau sertai.

Usianya tidak panjang, menghembuskan nafas ketika tempoh berperang. Permintaannya utk dikebumikan ditepi benteng kota. Agar dapat mendengar derap kaki tentera saat kemenangan Islam. Maharaja Rom mengubah kuburnya ke bandar. Sehingga akhirnya terbiar dan hilang tak tahu di mana. Di jumpai semula oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. Setelah Constantinople ditakluk Sultan.

Apa yang hebatnya beliau.

Di rumah beliau sejarah terlakar. Di situlah unta berhenti membawa utusan Allah yang berhijrah dari Mekah ke Madinah. Maka menginaplah Rasullullah s.a.w dirumah beliau..itulah harinya bermula sejarah buat umat Islam.. .
Beliaulah Abu Ayub Al-Ansari...(alfatihah..)

SALAM 1 MUHARRAM 1439H!



Masjid Eyup Sultan - Makam beliau ditempatkan

Adik ke Puan?

Posted by mizzura on Wednesday, September 20, 2017. Filed under:
No Comments »

Alkisah pagi tadi, singgah gerai disimpang antara LRT Pasar Seni dan KTM Kuala Lumpur. Niat di hati nak beli mihun separuh dengan telur rebus. Apakan daya, dah tak banyak pilihan. Tak sedar terlewat sedikit harini dalam 8.30 pagi ke atas gitu.

Bertanya itu dan ini pada sang makcik gerai. Mihun semua habis. Lantas buat pilihan tepat untuk kategori beginner clean eating. Pilihla sandwhich wholemeal bread.(gituuu..)

Sambil makcik gerai berurusniaga dengan pelanggan lain. Seorang lelaki dan seorang wanita.

Betul-betul bersebelahanku ialah seorang wanita. Kira-kira dalam lingkungan umur ku -mid 30s atau mungkin lagi muda. Gayanya biasa juga, berblouse hijau, shawl hijau lembut, berkaca mata. Dia juga bertanya pada makcik. Makcik membalas itu ini sambil menggunakan kata ganti nama kedua "puan" dalam setiap jawapan kepadanya.

Contoh, "Semua ni lima ringgit lima puluh sen, Puan".

Selesai urusan, saya pun menhulur sandwhich untuk dibungkus sambil menggeledah bag tangan mencari dompet untuk membayar. 

Disapa makcik kepadaku "Tiga ringgit, adik".

Ha? Tanjat Sis! (haha) ...hatiku berbisik.

Lalu memandang kembali wanita berbaju hijau tadi. Apakah kriteria dia dipanggil Puan manakala daku dipanggil adik?


  • Adakah Gayaku kurang Puan dari beliau... (aku lihat sama je takde beza)
  • Adakah wajahku kelihatan muda dari beliau... (aku lihat dia tak la tua mahupon muda, mungkin lingkungan umurku)
  • Adakah beliau somebody.. (aku lihat....tak nampak macam somebody..hmm..ni musykil..hahaha)
  • Adakah makcik menganggap aku seperti adiknya.. (jika makcik umur 50 adakah aku dianggap seperti adiknya yang mungkin berumur 40?...oh kenot2)


Lalu aku pon berlalu sambil kebingungan, kenapa dia panggil aku adik... (yes, kenapa tak panggil aku puan..? hahahahhaha). 

Raya di Kuala Kangsar

Posted by mizzura on Wednesday, July 19, 2017. Filed under:
1 Comment


Tibe-tibe tahun ni mok teman beriye benor dia nak beghaya di Kuale. Dia kerap jugak balik Kuale kalau bukan hari ghaya, macam sebab kenduri kawin ke, gathering sekolah ke (mak2 gathering ko).



So teman pon tanya suami teman. Lulus plak nak balik ke kuala ikut mok teman.. ate..5 tahun dah teman tak jejak Kuala. Rindu sangat nak ke sana. Maklumla dari zaman kecik, asal raya je balik sini. Mau tak rindu. Teman balik sini raya ke 3. Mula-mula belah mertua dulu.



So dah hafal dah bakal rumah-rumah yang nak dipergi. Kebetulan ada kenduri sedara, asbab je semua ni. Sampai-sampai je Kg Menora terus macam blur2..dah lain macam je kawasan ni. Terus jumpe sedara dari Penang. Family Wan Chor. Family dia makin berkembang so meriah ya amat.



Elok je nak balik, hujan la pulak... boley? Sangkut kitorang kat khemah pengantin.aishhh..dah reda sket, kami gerak cepat-cepat takkan nak berkampung plak. Terus la kami ke depan sket rumah Mak we. Eh makwe tu kan gepren. Kat Perak ni mmg Makcik Pakcik no berapa tah kot? ada gelaran Mak we, Pak we.. We tu kasi lenggok perak sikit..haha. So Makwe ni takde pulak. Terus ke depan lagi, nak tengok rumah atuk lama.



Sekali lama kitorang benti depan rumah arwah tuk. kitorang nak bergambar je, tapi-tapi banyaknya motor-motor. kereta seketoi ada.. hmmm..maybe dah disewakan kot..sebab pernah je ada beberapa penyewa sebelom ni. Tak jadi bergambar. Maka kita gerak kuar dari Kg Menora ni, lalu Sayong nak ke Kg Beluru pulak aih.



Ada jupe dua tiga makcik and pakcik, Ayah Mat etc.. kebetulan tengah lepak. Makan mee kari kami...hehe..




Malam plak lepak rumah Wan Cik kat area Jalan Baru pon ada Mee Kari..haha. Kebetulan Homestay dekat-dekat situ jugak. Aih,senang gila. Rahim Homestay depan Restoran Jimboy. (glamer restoren ni sbb kalau sebut ni, semua orang tau mana tempat tu..huhu)



Tamat lah hari satu di Kuala....





Hari kedua toksah cakaplah. Banyak rumah pergi oi..makan mee goreng..maka kuetiow..makan kuetiow lagi (nasib 2 rmh je hidang sama..haha), mkn nasi impit rendang..haha..udahnya, malam cari seafood ke foodcourt nak bedal nasi gak. Tak tertahan rasanya diet tanpa nasi nih..hiks.



Mujur la ada tambah sehari lagi di Kuala. Dapatlah pergi rayau sekitar Kuala Kangsar. Maklumlah lama tak jengah. Paling best bergambar dekat Victoria Station Kuala Kangsar, dekat belah Krai sana ha. Ni abandoned railway ni, dulu omputih buat transfer bahan2 mining etc. Now yilek, jadi port bergambar untuk instagrammer je hahaha. 



Tak dilupakan juga jalan-jalan dekat istana. Bergambar kat Masjid Ubudiah dengan Istana Kuning. Dah tak boleh melawat la pulak. Dengar-dengar cerita barang pameran dalam tu dah di bawa ke Galeri Sultan Azlan Shah.







Selesai pekena cendol ngan laksa bagai. baliklah kami ke tempat kami bermukim nun jauh di tengah Selangor nun. Jenuh nak recap, no kedai favourite. 






Mujur ni raya ke5, tak ramai orang sangat. gitu ler.. Finally, dapat jugak Yong beraya di Kuala Kangsar.





Salam Aidilfitri 2017

Posted by mizzura on Wednesday, July 12, 2017.
1 Comment

Wah, sudah masuk Syawal ke 17 dah kita. Diam-diam karang dah masuk bulan lain. Tibe-tibe eh Raya Haji le pulak kan.

Jadi sebelum terlewat izinkan penulis (penulis kibod) mengucap kan Salam Aidilfitri buat sahabat-sahabat semua. Buang yang keruh ambil yang jernih (pakailah Coway). 

Maaf Zahir Dan Batin andai ada terkasar bahasa, terguris hati mahupon teterbitkan rasa iri hati.






Disclaimer: Bukan penjual mahupon pengguna Coway.(hiks)

ESOK ISNIN!

Posted by mizzura on Monday, March 27, 2017.
No Comments »

A'ah, esok Isnin. 
Bagi yang baca hari Isnin, harini lah tu.. maksudnya 27 Mar 2017.

Takde istimewa pape pon date ni. Cuma nak cakap Esok Isnin. Sebab ni taip malam Ahad. Tu jer. Eh, Isnin last di bulan Mac?
Huwaaa... dah nak masuk bulan 4. Any life progress???


Takde apa pon post ni, cuma tangan tu memang gatal amat nak taip laju-laju persis zaman blogger dulu.

Semangat nak taip laju-laju mungkin akibat terminum satu Grande Frap Valencia Orange Coco Capuccino. Apa kena mengena lak? Kena sangat. 

Aku kan alergik sikit dengan coffee2 ni. Kalau minum confirm tak bole tido, heart pumping laju-laju, banyak cakap dari kebiasaan (yang sememang talkative). Dasarr sangat kan. Dah tau macam tu lagi nak minum. erk..nanti tak hipster weih tak minum.hahaha.. Okay asben beli la..kita minum jela kan
Sokay...

Fuh, Ahad tadi ni memang tak produktif sangat akibat overwork last week. 

Bayangkan, 

Mon-Tues : Bintulu Project A
Wed : KL ada bagi talk
Thus-Fri: Bintulu Project B
Sat: Klang (Parents house) + Rawang (Couzie's Wedding)

Fuh!

Super Exhausted, but i feel blessed.

Oh! Esok Senin ke? K bye. Nanite chuollss !!

Duckies Movie Night Out

Posted by mizzura on Tuesday, January 3, 2017. Filed under:
6 Comments

First of all, lammmmmmaaaa gila tak join event2 camni kan. Kalau yang folo blog ni dari awal taula dulu iolss selalu join aktiviti camni ke sana sinun.. bnyk menang or dapat free movie etc.

Okay, so ditakdirkan satu hari scroll IG tersangkut kat IG @theduckgroup nih. Kebetulan aku memang peminat duckscarf. Asalnya saja-saja beli bila time raya. Tapi lama-lama makin suka pakai duckscarf. 


Image Source

Wow! Macam best!

Sekali baca betul-betul.. 150 pengomen je dia nak, mak ai, tipis ni nak dapat dah pengomen ke seribu kot.




Hmm... lalu daku mencuba nasib. Nak tengok "badi bertuah" ni wujud lagi ke tak. Tak dapat, tarahal la pon.

Tiba-tiba, malam pukul 12 dapat DM. Eh sapa la DM kan...memalam-malam ni (belum alzheimer tapi biasala short term memory).




Sekali baca..Yeay!!!! 
Terus eksaited. Paling konpiden yang kawan ko tag tu bole temankan ko. Dah la tanya dia pon tak.hahahah.

Maka bermula episod mencari kawan.Omak ai..3 single mingle available yang aku tanya suma nya tak available...tak free lahh, jauhlah, bagi kucing makan petang pon ada...hahaha... takpelah, mana bole paksa kan..hehe..siyes pening.. Ingatnye paling last nak invite je memana duckies to be my date...githewwww...


Nampak kan taletnt sis buat MLM #gigih tu

Tapi memandangkan persaudaraan dengan kengkawan kau masih kuat, kau nak jugak cari sorang teman so that can join  the corum, kali ni aku target mak2 orang terus. mana la tau kannn. Macam ayat motivasi MLM "dalam 10 orang kita approach 1 orang akan sign up" githeww...hahahahaha...

So misi bertanya pada mommies berjalan dengan rancaknya.. semua menolak antara 5 mommies yang dijangka ada harapan walaupon tipis...alasan anak sakit, laki baru balik ostesen, jauh, somi tak bagi keluar malam adalah alasan yang memang logik diterima akal. Lalu aku pon focus bekerja. Siyes pening sambil kau bz kerja hari Rabu, kau  nak pikir cari prospek lagi..haha.. sehinggala, tiba-tiba satu mommies anak 4 ni offer nak teman.



What???
Biar betul?
Walaupon dah PM and confirm bagai, aku siap letak 10% dia mungkin tak jadi. So awal2 aku dah cakap dalam hati, kalau tak jadi takpelah. Mana bole paksa.

Sekali ko. Habes kejadian tu memang aku betul-betul percaya dia teman aku hahahaha...

Terima kasih mak Izza

Sesampainya di GSC.Terus lah nak register, maklumlah kata register pukul 7pm, bergambar ramai2 7.45pm. Tapi sampai2 7.20pm tu masih beratur panjang lagi untuk registration. So takpelah, kami solat dulu.

Izza siap terjumpe kawan lama dia Dr Bayah yang dah 16 tahun derang tak jumpe. Gila lah! Baru #duckiesunited namanya.haha. Terus rasa diri tak bersalah bawa mommy orang. hehe. Eh btw, Izza dgn selambanya pakai Ariani. Fuh. Kuat jati diri nih. Kalau aku dah menyorok dah masuk salah zon. HaHa.


DuckxAriani
(I'm wearing Mimpikita Tops + The Songket Duck) 

Kami tengok cerita kartun Sing and diberi popcorn n air percuma. Siyesly, selalu aku dapat premier movie free tak pernah ada yang treat Popcorn camni. Thanks Vivy and D!

Kami dapat kedua dari depan. Okayla, aku n izza memang rabun. Sorang malas pakai spek, sorang tertinggal spek eloklah.


Malas pakai flash, korang edit lah kasi brightness tinggi kalau nak sangat tengok muka kami :-P

Cerita ni kelaka pasal binatang. Dok ingat ada itik ke dalam ni, tapi non hado yang jadi main character.


Image Source

Hujung-hujung cerita tu, nampak satu minah dalam gelap2 turun ke seat front row. Eh rasa, tak sapa g toilet dari tadi...and...seat belakang sumanye FULL dari starting. Sah-sah yang depan2 ni AJK masjid. In other words sah-sah yang lalu tadi.. hah! Vivy.....!!

Aku ngan Izza dok bisik pasal ni..hahah..

Sekali betul memang dia. Alahai kecik sungguh!


Okay, berlatar belakang sotong. Sotong tu kelakar kay dalam cerita.

Maka acara swafoto dan wefie pon bermula. Dah rapat-rapat pon tak dapat-dapat juga. Padahal aku belakang dia je. Sekali aku cakap.. Ala tak dapat dah.. (sebab vivy keep on berjalan kan). Tibe Vivy stop and cakap, okay come. Wah. Thanks Vivy, baik entertain your customer (eh your fan). Argh...tapi Izza plak tak ready.hahaha...




Cubaan kedua oleh izza baru berjaya. Entah napa ada effect muka aku lebar disitu. Nak ban Samsung front camera camnih.hehe..




Alhamdullillah, we end our 2016 with happy event camni. I is suker!!! Terus tak sabar nak tunggu 2017 yeww..
#duckscarves