Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar

Posted by mizzura on Tuesday, August 23, 2016.
4 Comments

Assalammualaikum semua (eh sapa lagi semua tu)

Sewaktu taip ni, kakak (ceh dah bahasa diri kakak) dalam perjalanan menuju ke Bintulu. Kiranya menaip di atas awan la ni.
Tugasan kerja. Ada projek baru so nak pergi Kick Off Meeting.

Sepatutnya penerbangan petang semalam, tapi kakak kan contract staff so kena pakai 3rd party untuk urusan travel ni. Kalau permenant dalam sistem jer.

Tu yang terpaksa amik tiket esoknya pagi2 buta, 645am sebab meeting pukul 9am (tapi client dah awalkan 830am.Alamak?!). Takpe kakak dah minta excuse masuk lambat sikit. Better than never.

So, seawal 340am dah bangun mandi siap. Bukan kakak sorang je, teksi driver pon terpaksa bgn awal(tapi dia cas lebih..huhu)..Nak sampai pukul 5am kalau bole. Lagi-lagi..first time jejak kaki ke KLIA2. Nak gak ronda2 apa dalam. Nak solat lagi. Nak memerut lagi. Haha.

Niat dihati nekad, take off je nak tidur..nak qada hours tak cukup tu. Mau tak,sampai2 nak terus ke office client. Mau tak tiong pala otak. Nasib la dah set 1 luggage kecik ngan bag laptop. Takde la nampak sedebuk masuk bilik meeting nanti. ( Jangan tak tau, dalam bag laptop ada safety boot..haha)

Dalam nak tidur tu, mata dok pandang sayap kapal terbang.. dok pandang awan..dok pandang mentari di ufuk timur..ke apa tah..

Tengok awan kepul-kepul ni.. tengok dalam2..renung..cantiknya la dunia ni kan..tak rela aku tidur dari melepaskan pandangan indah di hening subuh ni. Bukan senang nak dapat view atas awan di subuh hari.

Nampak macam candy floss. Rasa nak terbang-terbang je lompat kegembiraan. Terbayang plak cerita doraemon bila nobita and gang dok main kat awan. Macam ni la kot keseronokan dia..

Tengok lama2 kebesaran Allah ni.. Bertasbih, Tahmid dan berTakbir.. Nikmat mana lagi yang engkau ingin dustakan.
Ya Allah, indah dunia ni..

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar

Psst..habis taip ni..matahari dah naik..oke tutup tingkap.. sorry matahari..too bright..hihi..