Jumaat's Journal (Kesyukuran) #1

Posted by mizzura on Friday, April 8, 2016. Filed under: ,


Assalammualaikum..

Dengar orang cakap pasal journal kesyukuran yang diajar Prof Muhaya, terpanggil plak nak terjemahkan ke blog. Mungkin saya patut buat ia secara kerap setiap minggu? 

Maklumlah dalam situasi industri oil & gas tengah titanic nih, motivasi tu memang..meeeeemanggg graf menurun. Dari company lama ke company baru ke mana lepasni pon entahla. Dengan unsecure feeling lagi, tapi tapi memandangkan kerja tu ada, amanah tu kena la disiapkan dengan ikhlas. Kena ikhlas untuk merasa halalnya duit gaji kita. Mana tau Allah balas yang setimpal nanti.

So, today i called it Jumaat's Journal Kesyukuran. Eh dah macam arab di englishkan then campur melayu. Oh! Saya kan di Uniquely Malaysia :-)

Sekejap je Jumaat sudah. Petang 3-5 pm siap ada invitation  kena g meeting lagi kat building lain. Takpe saya anggap itu satu peluang. Peluang apa...? Nanti saya pikirkan. Hikhik.

Asalnya meeting pukul 10 am - 12pm. Yang mana, saya ada benda lagi nak prepare sebelum ke meeting. Tapi bila postphone ni, sempatlah saya nak siapkan kerja2 tu dengan kualiti sedikit dan ketenangan jiwa.

Sekian Journal Kesyukuran saya harini..

Iolls belanja gambar kat Delta Mekong ye..gambar bertarikh March 2016.