Header Blog

Posted by mizzura on Wednesday, December 21, 2016. Filed under:
6 Comments

Hi!

Punya la season kakak ni kan berblog dari 2010 (walaupon tak aktif). Baru kalini terdetik nak letak gambar kat header blog. Itupon terkial. Btw description tu ad hoc je terpikir.

K Bai...



Nota: Gambar background ialah di Lake Tekapo, New Zealand. Bertarikh 21 Nov 2016. fresh from oven lagi

Itinerary MODE ON

Posted by mizzura on Friday, October 28, 2016.
3 Comments

Assalammualaikum.

Wah. Lamanya tak berblog

(tolongla asal nak berblog je mesti ada statement acah-acah lama tak berblog. Orang taupon ko mmg lama tak berblog. EH! Orang tak peduli pon kau lama tak berblog..kahkah)

Harini  i cuti yu!
Esokkan Deepavali, company memang kasik cuti sehari sebelum atau selepas kalau jatuh weekend. 
Bos pon dah wasap jemput datang open house dia.

Punya la semalam semangat cakap,
"Okay, cuti kalini aku nak maximise mende yang aku jarang buat, atau tak sempat buat time buzy kerja"

Target aku macam:
Potong rambut ke 
(sis tu urut bahu and kepala sedap tau)
treament rambut ke 
massage ke
scaling gigi ke
try facial tempat baru ke
(macam nak try Hannan Medispa)

Sekali kan, aku sembang kawan akunya target time berdiri dalam tren,
Ofismate:  "Wah, semuanya pampering activties yang yu nak buat ni"

Gulp. 
Apakah badan aku terlalu stress atau aku tergedik2 je nak feeling semua ni.
Lalu aku revise balik activity, bila dah dapat seat dalam LRT semalam.
Biar yang betul-betul berlaloi sementelaah ada extra sehari ni.

Lalu target berubah jadi:
vacuum rumah 
(er, boring gila)
clear barang taknak pakai 
(perlu walaupon lemau)
Sambung jahit baju cadylnn 
(omaigad, ni sangat penting, tolong cari kekuatan nak mula)
Study PMP
(asyikla tertangguh, acaner nak target exam this year)
Finalise kan Itenarary........


Ye !
Dalam banyak2 tu, (selain jahit)
nampaknya finalise itenarary tu sangat penting memandangkan banyak lagi kami tak book, 
dah bole bilang pakai hari weih. 
Dari bulan-bulan bole kira pakai hari. 
Tak SLAMBER GILA namanya buat benda last minute camni?

Dang!





Oke fokus !

(Dah kenapa berblog kan)









Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar

Posted by mizzura on Tuesday, August 23, 2016.
4 Comments

Assalammualaikum semua (eh sapa lagi semua tu)

Sewaktu taip ni, kakak (ceh dah bahasa diri kakak) dalam perjalanan menuju ke Bintulu. Kiranya menaip di atas awan la ni.
Tugasan kerja. Ada projek baru so nak pergi Kick Off Meeting.

Sepatutnya penerbangan petang semalam, tapi kakak kan contract staff so kena pakai 3rd party untuk urusan travel ni. Kalau permenant dalam sistem jer.

Tu yang terpaksa amik tiket esoknya pagi2 buta, 645am sebab meeting pukul 9am (tapi client dah awalkan 830am.Alamak?!). Takpe kakak dah minta excuse masuk lambat sikit. Better than never.

So, seawal 340am dah bangun mandi siap. Bukan kakak sorang je, teksi driver pon terpaksa bgn awal(tapi dia cas lebih..huhu)..Nak sampai pukul 5am kalau bole. Lagi-lagi..first time jejak kaki ke KLIA2. Nak gak ronda2 apa dalam. Nak solat lagi. Nak memerut lagi. Haha.

Niat dihati nekad, take off je nak tidur..nak qada hours tak cukup tu. Mau tak,sampai2 nak terus ke office client. Mau tak tiong pala otak. Nasib la dah set 1 luggage kecik ngan bag laptop. Takde la nampak sedebuk masuk bilik meeting nanti. ( Jangan tak tau, dalam bag laptop ada safety boot..haha)

Dalam nak tidur tu, mata dok pandang sayap kapal terbang.. dok pandang awan..dok pandang mentari di ufuk timur..ke apa tah..

Tengok awan kepul-kepul ni.. tengok dalam2..renung..cantiknya la dunia ni kan..tak rela aku tidur dari melepaskan pandangan indah di hening subuh ni. Bukan senang nak dapat view atas awan di subuh hari.

Nampak macam candy floss. Rasa nak terbang-terbang je lompat kegembiraan. Terbayang plak cerita doraemon bila nobita and gang dok main kat awan. Macam ni la kot keseronokan dia..

Tengok lama2 kebesaran Allah ni.. Bertasbih, Tahmid dan berTakbir.. Nikmat mana lagi yang engkau ingin dustakan.
Ya Allah, indah dunia ni..

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar

Psst..habis taip ni..matahari dah naik..oke tutup tingkap.. sorry matahari..too bright..hihi..

Wordless Wednesday | Buzy |

Posted by mizzura on Wednesday, May 25, 2016.
4 Comments


My First Uber Experience

Posted by mizzura on Tuesday, May 24, 2016.
8 Comments

Selalu kalau husband lambat, aku naik ktm, so dr ktm tu. Aku naik la teksi, dekat jela. kalo bus lalu depan rumah.memang aku naik bas wa tarahal lah (eceh).

Kalau nak cite pasal teksi plak kat ktm ni, ada satu pesen. Pesennya. Kalo segerombolan orang baru turun and menuju teksi. En Teksi ni dia akan siap sedia susunkan korang. Kalau area ni naik teksi A, kawasan ni naik Teksi B. So kalau aku awal and dah masuk teksi, aku tunggu la sat gang2 kawasan aku tu..haha..

Tambang plak, dedulu aku bole dapat dlm rm4 pon penah. Kdg rm5. Kdg rm6. Tp sejak akhir-akhir and makin kerap ni. Tambang aku jadi rm7 plak. Kdg br bapa kilo kuar kawasan dh jadi rm4 lebih..tu aku pelik.tp redho jela..

Uber ni dah lama aku installed, pernah sekali teksi takde, aku try la godek2 app..tapi xberani..aku tungguuu jela teksi wujud.

Semalam aku sampai time maghrib. Faham2 la mmg susah teksi nak masuk. Tp yg menunngu pon ramai.mau lebih 10 pax aku jd gelisah. Lmbt+tunggu cukup korum = entah?

Lantas aku pon main2 balik dengan app ni..sumpah blurr memula..hampir nak minta member yg selalu naik uber ajarkan.haha. cubaan 1st. Xsmpi 1 min ada driver ready. Aku tgk dlm app icon kereta gerak aku riso..haha..

Aku tanya la husband. Sbb ni lelaki kan and dia benarkan. So aku tawakal jela. Lgpon ada model kenderaan + plat kenderaan + nama driver + handphone.
Next time, naik, screenshot details and share dgn family members utk bekap.

So aku klik balik.xsmpi 5 minit.like serious.dia muncul.haha. tak sampai 10 min aku smpi dirumah..hehehe.




Sy bagi 5 bintang!

Disclaimer:
Saya masih support teksi driver.
Entry ni bukan untuk memburuk atau melebihkan sesiapa. Kita kan saling perlu memerlukan dlm ekosistem manusia..bwahaha.

Jumaat's Journal (Kesyukuran) #2

Posted by mizzura on Friday, April 15, 2016. Filed under:
3 Comments

Alhamdulillah jumaat kembali. Hehe. Sebenarnya siang tadi saya tak sihat untuk bekerja. Padahal dah siap pakai baju opis. Hubby dah push2 cakap xlarat nnt tido dlm kereta (walau dia selalu tak bagi).

Sekali tu macam..sakit sangat..bila baring baru rasa relieve. Terus cakap, sorry xg kerja sakit badan. Tak larat betul ni. And yes.. memang terbaring seharian sampai terpaksa buat decision. Kena jugak pegi urut ni. Mujur la ada yang dekat dengan rumah. Cita-cita nak bukak laptop kononkonon siapkan kerja pon tak capai. Pasal tak larat betul. Serius!

Okay. Pehal ko penat sangat ni kan. Anak bukan sepuluh pon. Alkisahnye.. aku ni overloaded dengan kerja opis. Lack of manpower. So bila bos projek A request tu, projek B request tu, projek C request sekian..projek Z, projek Q..arhh..u name it.  Kau pon mati2 siapkan dari pagi sambung ke malam sambung lagi..tido pon pikir..arr..
Fatigue sangat2..

Campur plak ostesen 2 hari.. nampak macam bercuti tapi ekceli siang malam try nak fulfill request walau kadang2 sedikit terlajak jugak..but i'm not robot..huhu.

Mungkin jugak faktor naik bas ekspress. Kahkah. Gedik kan. Maklumla semalam besday asben, rasa tak best kalao tak balik awal. Flight plak kul 7 kat2 kul 8 baru ada. Mau dekat kul 10 sampai rumah. Tula salah satu punca jugak.

Apa-apa pon saya bersyukur masih ada kerja. Masih diberi peluang kerja. Tu la punca yang mengigihkan diri bekerja..sebab diberi peluang kerja.

Memang rezeki bukan pada kerja..tapi bukan senang jugak nak cari kerja sekarang ni..Syukurlah...

Sekian cobaan berJJ kalini.

Jumaat's Journal (Kesyukuran) #1

Posted by mizzura on Friday, April 8, 2016. Filed under: ,
3 Comments


Assalammualaikum..

Dengar orang cakap pasal journal kesyukuran yang diajar Prof Muhaya, terpanggil plak nak terjemahkan ke blog. Mungkin saya patut buat ia secara kerap setiap minggu? 

Maklumlah dalam situasi industri oil & gas tengah titanic nih, motivasi tu memang..meeeeemanggg graf menurun. Dari company lama ke company baru ke mana lepasni pon entahla. Dengan unsecure feeling lagi, tapi tapi memandangkan kerja tu ada, amanah tu kena la disiapkan dengan ikhlas. Kena ikhlas untuk merasa halalnya duit gaji kita. Mana tau Allah balas yang setimpal nanti.

So, today i called it Jumaat's Journal Kesyukuran. Eh dah macam arab di englishkan then campur melayu. Oh! Saya kan di Uniquely Malaysia :-)

Sekejap je Jumaat sudah. Petang 3-5 pm siap ada invitation  kena g meeting lagi kat building lain. Takpe saya anggap itu satu peluang. Peluang apa...? Nanti saya pikirkan. Hikhik.

Asalnya meeting pukul 10 am - 12pm. Yang mana, saya ada benda lagi nak prepare sebelum ke meeting. Tapi bila postphone ni, sempatlah saya nak siapkan kerja2 tu dengan kualiti sedikit dan ketenangan jiwa.

Sekian Journal Kesyukuran saya harini..

Iolls belanja gambar kat Delta Mekong ye..gambar bertarikh March 2016.




Officially Double Tree

Posted by mizzura on Tuesday, March 29, 2016. Filed under:
2 Comments

Assalammualaikumm!!

Yihaa..

Harini saya masih bernafas lagi. Ya Allah, idop lagi aku ni ye.

Tu bukanla DoubleTree by Hilton tu eh. Tidak, tidak.
Tapi kalo kot management dia dengo ni , 
nak bagi akak birthday gift semalam dua, i is redho!

Haha.


Terlintas nak share sini, sebab tadi aku nak search google somthing,
 then nampak doodle CAKE.
I is, eh doodle pasal kek ni ada sempena apa ek, 
sehinggalah cursor nak point ke gambar sebab nak tau 
then kelua wish seperti di bawah. 

Oh terharu mak!

Mau tak, time2 nilah, founder-founder facebooklah, yahoo, 
google la, swarm etc dah set kan alarm nak wish birthday kau. 

Tak haru ko?



Apa pon paling best adalah ucapan dari family mahupon rakan-rakan.
Terima kasih atas ucapan.

Dah tua-tua ni, memang nan hado la surprise kan, tapi2,
 tak sangka plak kat opis ni ada yg rajin.
Macih my kolig bagi cookies tu, 

Terharu lagi sekali.



Okeh, tunggu laki den balik ostesen pulak untuk 
tambahkan keharuan diri sempena birthday ni.
Harap-harap dia borongla baju banyak2 kat sana, maklumla, tiap-tiap hari buntu nak pakai apa..

Huhu!




2016 Sudah

Posted by mizzura on Friday, January 1, 2016.
2 Comments

Ya!

Tak perlu nak gosok mata tanda tak percaya. 2016 tiba sudah. Tanda usia kita sudah meningkat satu tahun lagi. Eh, bumi kita juga. Mudah-mudahan dipanjangkan umur ibu bapa kita untuk kami berbakti dan juga umur kita untuk kita lunaskan bakti terhadap mereka.

Dah 3 series ni, tak perlu bersusah payah nak meraikan sebab penat tadi kerja. Tengok jela dari rumah. 1 minit je pun bunga api tu, then keadaan kembali seperti biasa balik sebab nak tidur kut malam-malam ni.haha.

Oke.Esok pagi-pagi kita mulakan apa yang kita dah boh dalam wishlist 2016 ye. Kipidap!