Weekend itu Makan

Posted by mizzura on Monday, November 30, 2015.
2 Comments

Pertama sekali, bersyukur sebab dapat makan.

Kedua sekali, Al- Fatihah untuk arwah Yus Jambu yang bersinar dari Raja Lawak/ Maharaja Lawak.Tak sangka kan..Sakit Jantung ni sekali tanjat terus stop. Rasanya semua orang tak sedia dengan kehilangan dia.

Okay balik pada tajuk, weekend je makan, weekend je makan. 
Ye. Besyukur lagi atas kurniaan tu. Kalo gini camne nak kekalkan BMI ideal. 



Ahad je aka semalam memacam dah. 
Pagi, dengan mihun  goreng tomyam, kepok losong goreng & milo panas.

Tengahari, Nasi, ayam goreng kampung, sambal goreng tempe, pegaga cicah tempoyak, pergh!.

Speaking tempoyak, berapa ramai, pas dah siap-siap buat tempoyak than belen-belen tu gaul dengan nasi. Kita gang! Haha. Ni pengaruh mak aku la ni. Dia aku tengok time aku kecik-kecik. Kalau masak sambal tempoyak tu, dah kaut-kaut masuk mangkuk, amik nasi sket, buh dalam kuali gaul2\. Kiranya jangan tinggal sesen lah tempoyak tu. Betapa preciousnya tempoyak tu kan. haha..Ada? Korang ada? Kita gang :-)




Malam,punya dah malas, asben kata masak ramli burger je. Udahnya patty burger memang la ada.. Roti burger? Mujurla ada breadmaker, laju-laju teman campak bahan, dalam breadmaker amik setting doh, pehtu uli jadi roti.

Sambil layan gegar vaganza


Dia punya sembang makan burger je tu macam simpe je ek.. padahallll.. 

Kiri setting hubby, kanan setting wifey. Sapa lagi nampak best? Terima kasih pada lighting yang tak clear tu,kalo tak hampir kalah..hehe.. 



Disember dan Baju Kurung Moden Terkini

Posted by mizzura on Thursday, November 26, 2015.
3 Comments

Ingat tak? Waktu 2015 berlabuh. Kau cakap ala lambat lagi Disember tu. Ha sekarang?

Tengok!

Disember tu takyah kejar kita pon..dia mengesot2 xlama lagi sampai la tu.

Cakap pasal Disember ni, mak aku dh start tanya, dapat ikut tak ke Kota Tinggi, Johor?

Wah! Kenduri! Kenduri!

Oke bukak almari, belek belek setiap baju lepas tu declare "DAH TAKDE BAJU HOI" (laki pon pening).

Speaking pasal kenduri last-last minute ni. Kepala otak selalu jam, nak pakai baju apa dan kaler apa. Lagi plak kalau nak se Tema dgn kezen-kezen.

Paling pintas kau bole buat kau gugel Image terus Baju Kurung Moden Terkini.

Ha.
Aku suka design KURUNG MODEN sbb kata nenek2 tak lapuk dek hujang tak lekang dek zaman. Kiranya lagi 10 tahun kau nak jual preloved yang tukang beli pon masih rasa vogue bila pakai, yang tukang jual masih ada untung!

*Nek, now i understand u*

Kurung Moden kalau dulu dia agak ikut shape dgn dat kat dada, dat belakang. Kalau kau tengok pola kurung moden..dia punya loose tu sket je. Lain suma amik bulat2 sisi badan kau. Kain Sarung dia plak kebanyakan lipat depan atau belah depan takpon kipas.

Tapi..

KURUNG MODEN TERKINI, banyak dah improvised. Nampak edgy. Nak pergi Opis, Nak pergi wedding, nak pergi dating, nak pergi amik anugerah, nak pergi travel suma pon dah boleh masuk.




Lagi pulak sejak 5 tahun kebelakangan ni, designer plak dah turun padang buat RTW dengan harga baju tahap kemampuan rakyat marhein. So macam makin meriah weih Baju Kurung Moden Terkini yang kau nak pilih.

Kebanyakannya walau ada cutting masih kelihatan loose kelihatab flare. Ada tu nampak pendek tapi still cover bumper. Tu belom lagi terminology terkini macam wudhu friendly la, breastfeed freiendly la dan bagai-bagai.

Kain Sarung lak, kriteria aku kalau beli Baju Kurung Moden terkini mesti nak tengok kaler Kain Sarung dulu aka Skirt.
Sbb aku bole switHch kan jadi skirt la. Jimat duhet aku. Skirt Baju Kurung Moden terkini banyak yang jenis cutting A takpon cutting mermaid, takpon cutting A tambah godet bg nampak flare dari belakang mcm kebanyakan baju Jovian. (Sekadar contoh)

Kalau nak pakai blouse ke apa nanti aku capai je skirt2 ni. Nanti nak kenduri aku capai lak skirt tadi balik..haha..2 in 1 kata ko.

Oh lagi satu kan, trick nak beli Baju Kurung Moden terkini ialah secara online la!

Ada sekali raya raya lepas. Baju Melinda Looi ada jual kat parkson klcc, aku g sana sbb nak fitting size je. Pastu pulang balik kihkih buat buat tak minat.. Dia xtau aku nak beli kat Zalora sebab time tu ada 20% diskaun..ngeee..

And kalau beli Disember ni, kebanyakan aku usha Raya 2015 RTW kat Zalora ada diskaun kaw kaw punya tau! Apadahal beli lambat pon - Namapon Baju kurung Moden Terkini, mestilah masih inn sehingga 10 tahun lagi khen..