Weekend itu Makan

Posted by mizzura on Monday, November 30, 2015.

Pertama sekali, bersyukur sebab dapat makan.

Kedua sekali, Al- Fatihah untuk arwah Yus Jambu yang bersinar dari Raja Lawak/ Maharaja Lawak.Tak sangka kan..Sakit Jantung ni sekali tanjat terus stop. Rasanya semua orang tak sedia dengan kehilangan dia.

Okay balik pada tajuk, weekend je makan, weekend je makan. 
Ye. Besyukur lagi atas kurniaan tu. Kalo gini camne nak kekalkan BMI ideal. 



Ahad je aka semalam memacam dah. 
Pagi, dengan mihun  goreng tomyam, kepok losong goreng & milo panas.

Tengahari, Nasi, ayam goreng kampung, sambal goreng tempe, pegaga cicah tempoyak, pergh!.

Speaking tempoyak, berapa ramai, pas dah siap-siap buat tempoyak than belen-belen tu gaul dengan nasi. Kita gang! Haha. Ni pengaruh mak aku la ni. Dia aku tengok time aku kecik-kecik. Kalau masak sambal tempoyak tu, dah kaut-kaut masuk mangkuk, amik nasi sket, buh dalam kuali gaul2\. Kiranya jangan tinggal sesen lah tempoyak tu. Betapa preciousnya tempoyak tu kan. haha..Ada? Korang ada? Kita gang :-)




Malam,punya dah malas, asben kata masak ramli burger je. Udahnya patty burger memang la ada.. Roti burger? Mujurla ada breadmaker, laju-laju teman campak bahan, dalam breadmaker amik setting doh, pehtu uli jadi roti.

Sambil layan gegar vaganza


Dia punya sembang makan burger je tu macam simpe je ek.. padahallll.. 

Kiri setting hubby, kanan setting wifey. Sapa lagi nampak best? Terima kasih pada lighting yang tak clear tu,kalo tak hampir kalah..hehe..