Jom Jenjalan Dengan Jejariruncing

Posted by mizzura on Sunday, December 13, 2015. Filed under:
9 Comments

Sambil layan Final GEGAR VAGANZA 2015 ni, Jejari Dompot aku terpanggil untuk menyahut cabaran blogger si Jejari Runcing. 

Sejak meninggal ni...

eh.. sejak meninggalkan dunia blog seketika, perasaan Dak Elia ni sama macam aku. Macam, aku nak blogwalking tapi nak jenjalan blog sapa yer? Pulak tu.. rerakan yang "bajet" hot blogger dulu pon dah sorok-sorok kan blog mereka...kihkih.. uoll jangan marah i.. i boring, i cari la blog uolls. i nak buat resipi haritu pon tak jumpe blog uolls..haish, terpaksa paling tadah terjah blog orang lain :-)




Ekceli, Elia Jejari Runcing ada buat Segmen Blogwalking. Sebagai orang yang baru nak up-up balik, rasa rasa y not kan join. Meriahkan donia. Ni ha screenshot cara nak join. Nozie, Cadlynn ko joinla jugak jom...




Syarat Penyertaan


Sis ni dah meningkat 3 series ni skema sket, nak meleret pon acah-acah larat.
Jawab ikut soalan je la ye.

Jawapan:

1. Sudah mengikut arahan.

2. Sudah mengikut arahan.

3. Blog saya best (perasan) sebab ada review MAKAN dengan TRAVEL.
Patut dilawati sebab nak upkan balik trafik blog..kahkahkah.. idokler..blog ni adalah nukilan karangan jari dompot saya, insyaallah ada manfaat bagi yang memerlukan. Tiada niat tersembunyi, penulis sekadar berkongsi K.I.S.A.H.N.Y.E(dot com):-D

3 soalan maximum
1. Jom meet up minum-minum nak? 

2.  Gegar Vaganza sokong siapa?

3. Azam 2016 apa? (ah skema plak rasa soalan ni)

Ha marah-marah jawab-jawab. 

4. Adoi,ni paling masalah dik, sebab sis nye gambar suma kiutkiut. sis pilih yang paling kurang kiut la ye (maklomla bini orang...mihmihmih). 



Feb 2015 - Mekah, Saudi Arabia



P/S: Juara Gegar Vaganza 2015 ialaha...?

Bila "dak" Selangor dah lama kerja Kolumpo

Posted by mizzura Filed under:
3 Comments

Pagi-pagi Jumaat 11 Dec tuh..gigih la sang suami isteri ni pergi kerja. Sesudah subuh 6.30am dia dah gerak demi mencari rezeki.

Melalui Federal Highway yang "bapak" jam selalu tu. Suami tersedar akan kelainan pada hari itu tatkala melepasi "peak point jam". Terus beliau berkata "Ha camni lah cuti sekolah!!!". Maklumlah, lewat ini kami kebingungan bila mana cuti sekolah pon masih jam pagi-pagi buta tuh.

Isteri, usai hantar dek suami, berjalan lah dia penuh longlai mengenangkan seharian bakal hadap mesyuarat. Pagi mesyuarat dalaman, petang menyuarat luaran (eh ada ke ayat camni? Maaf kakak kerja guna omputih..mihmih..). Lalu di beli sepasang kuih buat penyegar harinya. Agar perutnya terhibur, sementara menanti waktu mesyuarat.



Mesyuarat sesi pagi pon habes. Client (apada client paling sesuai nk translate) telah memberi konfirmasi utk datang petangnya. Hurmm. Si isteri memikirkan apa perlu dilakukan sementara rehat 2 jam di hari jumaat nih. Sambil meregang2kan bahunya. Sejak bertukar kerja dan diberi laptop. Bahunya sering ada tegangan. Salah tidur kata suaminya. Seingat dia, cara tidurnya tak berubah. Ah, lupakan...

Dia teringat akan brochure yang terpampang di kaunter bayaran mamak semalam. Sempat dia menghafal website massage centre tu. Setelah diperiksa, agak meyakinkan tempat ni. Dan pula, berdekatan dengan pejabat nya. Lalu melangkah la dia tengahari itu.



Nah, tempatnya agak hujung sekali. Tapi bukankah spa spa memang kat tpt tersorok kan.. Agak teragak2 nak masuk tapi kenangkan sakitnya bahu..beliau redah je tengok.

Alhamdulillah, dapat tukang urut yang sedap. Selepas diberitahu area mana yang sakit. Memang dia pulun betul2 kat situ. Tadah jela..Balik tu, fuh puas hati..sakit  terus hilang.. bole la cuba #manjakaki spa di central market atau cawangan-cawangan lain..(Eh..dh tak dalam watak plak)


Btw, habes spa tu baru aware yang Selangor cuti. Demmit..terus jeles lalu down balik....




Update:
Bertambah-tambah stwess bila Isnin ni Selangor declare cuti. Argghhh...!!
By the way. Congratulations pasukan Selangor juara kali ke 33 Piala Malaysia 2015. Walaupon tak dapat tiket, tapi bersyukur sebab tak kena hujan. 

Oke, tengok esok cabaran tahan jeles dengan orang Selangor tahap apa.

Weekend itu Makan

Posted by mizzura on Monday, November 30, 2015.
2 Comments

Pertama sekali, bersyukur sebab dapat makan.

Kedua sekali, Al- Fatihah untuk arwah Yus Jambu yang bersinar dari Raja Lawak/ Maharaja Lawak.Tak sangka kan..Sakit Jantung ni sekali tanjat terus stop. Rasanya semua orang tak sedia dengan kehilangan dia.

Okay balik pada tajuk, weekend je makan, weekend je makan. 
Ye. Besyukur lagi atas kurniaan tu. Kalo gini camne nak kekalkan BMI ideal. 



Ahad je aka semalam memacam dah. 
Pagi, dengan mihun  goreng tomyam, kepok losong goreng & milo panas.

Tengahari, Nasi, ayam goreng kampung, sambal goreng tempe, pegaga cicah tempoyak, pergh!.

Speaking tempoyak, berapa ramai, pas dah siap-siap buat tempoyak than belen-belen tu gaul dengan nasi. Kita gang! Haha. Ni pengaruh mak aku la ni. Dia aku tengok time aku kecik-kecik. Kalau masak sambal tempoyak tu, dah kaut-kaut masuk mangkuk, amik nasi sket, buh dalam kuali gaul2\. Kiranya jangan tinggal sesen lah tempoyak tu. Betapa preciousnya tempoyak tu kan. haha..Ada? Korang ada? Kita gang :-)




Malam,punya dah malas, asben kata masak ramli burger je. Udahnya patty burger memang la ada.. Roti burger? Mujurla ada breadmaker, laju-laju teman campak bahan, dalam breadmaker amik setting doh, pehtu uli jadi roti.

Sambil layan gegar vaganza


Dia punya sembang makan burger je tu macam simpe je ek.. padahallll.. 

Kiri setting hubby, kanan setting wifey. Sapa lagi nampak best? Terima kasih pada lighting yang tak clear tu,kalo tak hampir kalah..hehe.. 



Disember dan Baju Kurung Moden Terkini

Posted by mizzura on Thursday, November 26, 2015.
3 Comments

Ingat tak? Waktu 2015 berlabuh. Kau cakap ala lambat lagi Disember tu. Ha sekarang?

Tengok!

Disember tu takyah kejar kita pon..dia mengesot2 xlama lagi sampai la tu.

Cakap pasal Disember ni, mak aku dh start tanya, dapat ikut tak ke Kota Tinggi, Johor?

Wah! Kenduri! Kenduri!

Oke bukak almari, belek belek setiap baju lepas tu declare "DAH TAKDE BAJU HOI" (laki pon pening).

Speaking pasal kenduri last-last minute ni. Kepala otak selalu jam, nak pakai baju apa dan kaler apa. Lagi plak kalau nak se Tema dgn kezen-kezen.

Paling pintas kau bole buat kau gugel Image terus Baju Kurung Moden Terkini.

Ha.
Aku suka design KURUNG MODEN sbb kata nenek2 tak lapuk dek hujang tak lekang dek zaman. Kiranya lagi 10 tahun kau nak jual preloved yang tukang beli pon masih rasa vogue bila pakai, yang tukang jual masih ada untung!

*Nek, now i understand u*

Kurung Moden kalau dulu dia agak ikut shape dgn dat kat dada, dat belakang. Kalau kau tengok pola kurung moden..dia punya loose tu sket je. Lain suma amik bulat2 sisi badan kau. Kain Sarung dia plak kebanyakan lipat depan atau belah depan takpon kipas.

Tapi..

KURUNG MODEN TERKINI, banyak dah improvised. Nampak edgy. Nak pergi Opis, Nak pergi wedding, nak pergi dating, nak pergi amik anugerah, nak pergi travel suma pon dah boleh masuk.




Lagi pulak sejak 5 tahun kebelakangan ni, designer plak dah turun padang buat RTW dengan harga baju tahap kemampuan rakyat marhein. So macam makin meriah weih Baju Kurung Moden Terkini yang kau nak pilih.

Kebanyakannya walau ada cutting masih kelihatan loose kelihatab flare. Ada tu nampak pendek tapi still cover bumper. Tu belom lagi terminology terkini macam wudhu friendly la, breastfeed freiendly la dan bagai-bagai.

Kain Sarung lak, kriteria aku kalau beli Baju Kurung Moden terkini mesti nak tengok kaler Kain Sarung dulu aka Skirt.
Sbb aku bole switHch kan jadi skirt la. Jimat duhet aku. Skirt Baju Kurung Moden terkini banyak yang jenis cutting A takpon cutting mermaid, takpon cutting A tambah godet bg nampak flare dari belakang mcm kebanyakan baju Jovian. (Sekadar contoh)

Kalau nak pakai blouse ke apa nanti aku capai je skirt2 ni. Nanti nak kenduri aku capai lak skirt tadi balik..haha..2 in 1 kata ko.

Oh lagi satu kan, trick nak beli Baju Kurung Moden terkini ialah secara online la!

Ada sekali raya raya lepas. Baju Melinda Looi ada jual kat parkson klcc, aku g sana sbb nak fitting size je. Pastu pulang balik kihkih buat buat tak minat.. Dia xtau aku nak beli kat Zalora sebab time tu ada 20% diskaun..ngeee..

And kalau beli Disember ni, kebanyakan aku usha Raya 2015 RTW kat Zalora ada diskaun kaw kaw punya tau! Apadahal beli lambat pon - Namapon Baju kurung Moden Terkini, mestilah masih inn sehingga 10 tahun lagi khen..

Mencari Indahnye Isnin

Posted by mizzura on Monday, October 26, 2015.
5 Comments

Selamat pagi semua!!

Assalammualaikum..

Pagi-pagi ni cuaca sejuk-sejuk ada kabus-kabus. Aku pon dah jadi hilang pertimbangan ni jerebu ke kabus ke apa. Yang aku tau sejuk.

Dalam kesejukan sambil layan blues senin ni ntah napa kaki tertuju ke kedai News.com kat LRT nih.
Dari hujung sini ke sinun ku telek-telek majalah. Her World takdak, okelah usha mag Cosmopolitan. Sekali isi cam boring..hurrmmm ku belek2 The Malaysian Women Weekly cam best jer tapi dalam plastik. Okelah, sebab dalam plastik kita beli la ni.

Lagipon headline WIN LUXURY HOTEL STAYS WORTH RM  25,000!  tu macam memanggil-manggil ioll tuk membeli. Hahaha. Lammmaaaa dah tak join contest ni. Jom asah skill balik.. harap-harap tuah masih melekat..kiki.

Masuk-masuk opis, say morning! (padahal tak sapa pon sampai, baru 715 am kot).

So sebelum baca doa bekerja, fokus, kerah otak, mari kita panaskan enjin dengan Nasi Lemak Abang Sazali kita ni !




Enjoy Monday... Enjoy Working..Bismillah..




Tips elak Monday Blues (klik sini)



2015? Apakah?

Posted by mizzura on Sunday, October 18, 2015.
7 Comments

Haha..

Tajuk penuh persoalan.

Persoalannya ialah.. baru nak ada 1 entry this year. Amik kau..bz kononnye padahal scroll fb & insta, jeling2 wasap tu ada plak masa kan..padahal faedahnye 5% manakala 95% ADALAH PEMBAZIRAN MASA... (astaghfirullah..)

Inipon sebab aku dok nyembang2 stress hal kerja, kawan dok cakap.. eh lagi baik ko update blog ko.. (yang dah nak bungkus tu)

APA? BLOG? Kahkah.. 

Apakah aku sudah tua untuk berblog??? Hihi..

Kakak sedang belajar membahasakan diri kakak 
(Mungkin kurang amalkan Anti-Aging)


Aku mula berblog 5 tahun lalu.. Kalau aku gigih, silap2 kakak glemer ngko..hahahhahahahahahha (ADA HATI). Laki aku dulu tanya napa aku tak glamer..? Ada ker dia pk berblog je mesti nak glamer?? 

Konsep aku berblog sebab nak share, sebab malas nak simpan memori dalam otak, sebab takde sapa nak dengar apa aku cerita (boleh ke ni?), sebab nak buat rujukan..err... dan sebab2 berikutla yang penah dinyatakan...

Oke..oke.. fuh..baru 5 minit taip dah berjela2 macam2 nak keluar.. banyak sangat ke masa ko ni???

Padahal, Di hari Ahad nan sendu aku baru abes siapkan kerja rumah..


KERJA OPIS BUAT KAT RUMAH ko ado?

Nasib la balik rumah ada penenang jiwa, kalo tak nasib la ko Labu 
(tgh tunggu Labuku berbuah)


Alkisah, baru je tukar company...baruuuu tak sampai 2 bulan.. tapi..hrm..hrmm..disaat kau sudah menginjak dewasa ni (TUA).. ko boleh ada hobi baru plak kalah fresh grad.. ..BUAT KERJA OPIS DIRUMAH..??

Masih tengah fine tune untuk elakkan bawa balik kerja rumah.. Ni bukan gua beb! huhu.



Balik 10 malam, Teringat zaman dulu balik kul 12 am *nanges


Disclaimer:
- masih menjalankan tugas isteri dengan penuh dedikasi dirumah..hahahahahah



Penyumbat perut suami. 
(Hai Hubby!! Saya berblog nih..hahaha)


K bye. 
Esok Meeting.