Are you on IG?

Kaitan Bulan Islam dengan Musim Kemarau

Posted by mizzura on Monday, March 3, 2014. Filed under:

Bulan Mac sudah masuk hari ketiga. Kembali ke ofis seperti biasa memulakan kerja rutin.Kalender dipusing ke mukasurat seterusnya memudahkan rujukan hari apa nak cuti nanti. Hihik.

Tiba-tiba, terpandang pada sudut bawah kalender....



.:: Kalender pemberian Lembaga Zakat Selangor ::.

Nota berbunyi..

Jamadil ertinya kering. Jamadilawal ertinya kering pertama. Dinamakan demikian kerana pada masa dahulu ketika bulan Jamadilawal tanah Arab akan mula menghadapi masalah kekeringan air, parit, perigi dan lembah-lembah menjadi kering kontang setengahnya menjadi beku.

Eh, macam kena lah dengan situasi sekarang (bisik hati). Pandang semula pada tarikh harini. Oh 3 Mac 2014 ialah 1 Jamdilawal 1435H.

Teringat pula pada fenomena sekarang.Sabtu ahad lepas pulang rumah mertua. Panas betul Rembau nih.Dengan tak ada anginnya. Petang pula ke pasar malam Tampin, otw tu banyak pulak hutan terbakar. Kesan lepas terbakar pun banyak. Sampai macamtu sekali ye kesan panas ni.


Belum campur dengan keadaan jerebu di Port Klang yang dikatakan teruk.Belum campur dengan keadaan catuan air disesetengah tempat. Belum campur dengan loji air yang kering, sawah yang kering dan sebagainya..

Mungkin, ada signifikasi fenomena kering ini dengan maksud Jamadil?
Wallahualam....Allahuakbar.

2 Responses to Kaitan Bulan Islam dengan Musim Kemarau

  1. Tihara

    perkongsian yang menarik zura..
    katanya kemarau sampai bulan 4 nanti kan..
    wallahualam,moga hujan rahmat turun membasahi bumi kita

  2. nur leyna

    entry yang menarik..

Leave a Reply