Korban Aidiladhaku

Posted by mizzura on Thursday, October 17, 2013.
3 Comments

Salam Aidiladha

Assalammualaikum......

Bersiaran dari ofis sementara belum memulakan kerja tadi.

Sambil dalam hati, mahupon diluar hati (mulut telah berkata secara kerap)

"kan best kalau harini cuti"

Dah tu kenapa tak amik cuti Rabu?!

Bolehla masuk hari Khamis kan.
Tapi nanti masuk Khamis pon...mungkin akan berkata

"kan best kalau harini cuti lagi"

berulanglah kot ayat ni sampai ke Senin kot..kikiki..




Seperti biasa, dah 3 raya haji den balik Rombau. Plan asal nak raya sini, alih-alih asben tukar plan pasal pak mertua ada buat korban so, dia nak tolong..
Nak dijadikan cerita, on the day raya haji tu, tak jadi tolong pon, sebab nak balik Klang cepat and sebab korban tu start lambat..

Alang-alang sampai awal...hmmm...kami singgah rumah baru kami nak DIY wardrobe jap..huhuh..dah lama dah bebulan lemari ni sampai..sikit..sikit pasang dia...nasib dapat siapkan sepenuhnye.




Finally siap gak setelah berbulan beli and pasang sedikit demi sedikit. Tak sia-sia korbankan masa cuti untuk siapkan rumah...err..tapi bilala nak masuk rumah ni kan...


 


Iklan:
Jubah dress, shawl halfmoon, palazo dijahit oleh saya sendiri. Sedia menerima tempahan, tapi bulan ni dah penuh, ahkak nak fengsan huhu :-)




2 years 2gether until forever

Posted by mizzura on Friday, October 4, 2013.
8 Comments

Oh..pejam celik sudah 2 tahun usia perkahwinan. Tapi bukan hari ini, beberapa hari yang lepas lah..hehe



Ramai dok tegur kitorang masih macam baru kahwin. Padahal perkataan "aku baru jer kahwin" tu dah lama aku release dari mulut aku bila nak introduce kat orang. Rasanya awal tahun ni kot, macam baru sedar..eh, aku bukannya baru kahwin lagi watper sebut ayat tu..huhuhuhu....

Kalau tahun lepas aku pergi Melaka untuk celebrate. Sebab kebetulan g kenduri kahwin bestie kat Muar and balik kg MIL.Tahun ni, sbb jatuh hari senin aku g KL je nak celebrate..? Pergi KL acana tu..?Dah memang hari-hari ko g KL kot..ishh...Bermalam di KL lah. Saja je nak perabih duit kat pengusaha hotel. Kalau pikir2 tak perlu pon takper kot. Tapi asben oke, so kita book je lah. Tengoklah dah ada anak nanti ritual celebrate anniversary kat hotel berterusan ke tak. Ni masih honeymoon session (orang kata lah) memang oke kan jelah..duit blum untuk anak-anak, why hold?

Namun, itu semua tak penting, yang penting adalah perhubungan kami sebagai suami isteri mommy daddy (eh!) berterusan sampai bila-bila..till jannah kata bebudak sekarang..hehe.. 

Isu anak, memang Allah belum kurniakan rezeki kita tunggu sahaja sebab aku berpegang pada rezeki Allah bukan dalam bentuk wang, anak, kesihatan malah byk lagi skop, hayatilah rezeki Allah yang dibentangkan di depan kita tanpa merungut-rungut. Kalau ikutkan ramai je cakap ala baru dua tahun kahwin, ada orang tiga, lima malah sepuluh tahun baru dapat anak. Mungkin sebab aku dah masuk 3 series, tekanan di sekeliling agak tinggi..(Kahwin awal ye korang!)

Oh cakap hal tu, aku suka dengan sapa tah yang share kat facebook pasal ni, then aku repost kat insta.


"Jangan guris perasaan orang yang sedang bersabar dengan ujian Allah"

Dah, ni bukan ruangan bersedih tak dapat anak. Ni ruangan dua tahun kami simpan kad nikah dalam wallet masing-masing..ekekek..


Kepada asben yang kadang-kadang curi baca blog ni. I lap u bebeh!!! Hehehehe..ada sos tomato di tepi bibirmu...


Thank you for giving me the reason to live my life to fullest. 
Happy 2nd Anniversary Hubby!
I love you