2 years 2gether until forever

Posted by mizzura on Friday, October 4, 2013.

Oh..pejam celik sudah 2 tahun usia perkahwinan. Tapi bukan hari ini, beberapa hari yang lepas lah..hehe



Ramai dok tegur kitorang masih macam baru kahwin. Padahal perkataan "aku baru jer kahwin" tu dah lama aku release dari mulut aku bila nak introduce kat orang. Rasanya awal tahun ni kot, macam baru sedar..eh, aku bukannya baru kahwin lagi watper sebut ayat tu..huhuhuhu....

Kalau tahun lepas aku pergi Melaka untuk celebrate. Sebab kebetulan g kenduri kahwin bestie kat Muar and balik kg MIL.Tahun ni, sbb jatuh hari senin aku g KL je nak celebrate..? Pergi KL acana tu..?Dah memang hari-hari ko g KL kot..ishh...Bermalam di KL lah. Saja je nak perabih duit kat pengusaha hotel. Kalau pikir2 tak perlu pon takper kot. Tapi asben oke, so kita book je lah. Tengoklah dah ada anak nanti ritual celebrate anniversary kat hotel berterusan ke tak. Ni masih honeymoon session (orang kata lah) memang oke kan jelah..duit blum untuk anak-anak, why hold?

Namun, itu semua tak penting, yang penting adalah perhubungan kami sebagai suami isteri mommy daddy (eh!) berterusan sampai bila-bila..till jannah kata bebudak sekarang..hehe.. 

Isu anak, memang Allah belum kurniakan rezeki kita tunggu sahaja sebab aku berpegang pada rezeki Allah bukan dalam bentuk wang, anak, kesihatan malah byk lagi skop, hayatilah rezeki Allah yang dibentangkan di depan kita tanpa merungut-rungut. Kalau ikutkan ramai je cakap ala baru dua tahun kahwin, ada orang tiga, lima malah sepuluh tahun baru dapat anak. Mungkin sebab aku dah masuk 3 series, tekanan di sekeliling agak tinggi..(Kahwin awal ye korang!)

Oh cakap hal tu, aku suka dengan sapa tah yang share kat facebook pasal ni, then aku repost kat insta.


"Jangan guris perasaan orang yang sedang bersabar dengan ujian Allah"

Dah, ni bukan ruangan bersedih tak dapat anak. Ni ruangan dua tahun kami simpan kad nikah dalam wallet masing-masing..ekekek..


Kepada asben yang kadang-kadang curi baca blog ni. I lap u bebeh!!! Hehehehe..ada sos tomato di tepi bibirmu...


Thank you for giving me the reason to live my life to fullest. 
Happy 2nd Anniversary Hubby!
I love you







8 Responses to 2 years 2gether until forever

  1. Baizura Zain

    Happy 2 years anniversary my dear... still a long journey ahead..


    (^_^)


    p/s: Anak itu satu anugerah.. Usaha tangga kejayaan! hehe..

  2. BAIZURA NATASHA

    happy 2nd anni u.. Many more years to come...

  3. norinaomar

    happy 2nd anniversary zura!moga Allah sentiasa memberkatimu suami isteri..
    Abaikan soalan2 yang kurang bijak..orang yang bijak akan jawab dengan bijak n i know you're super bijak my dear!!

  4. CaDLyNN

    wah..dah 2 tahun aku jadi pengapit kenduri belah laki ek?
    hahaha..

    congrats dan semoga bahagia hingga ke syurga..

    jom kite berusaha! kahkahkah

  5. mizzura

    Noi..thanks & hugs!! Take care ye bakal mommy :-)


    Lynn: Sure ke same day? (kira jari) eh yelah..huhuhuhu!!! terima kasih bidan :-)

  6. cik laili

    happy anniversary.
    jangan fikirkan sangat apa kata orang tentang anak.
    Allahlah sebaik2 perancang. mungkin rezeki anak akan tiba juga nanti. amin..

  7. NM03

    salam, singgah sini terus follow. jom, kalu sudi singgah umh saya dan follow jugak. maceh...

    nway, hepi anibeseri...

  8. sya

    hepi anniversary beb...wahh dah 2 tahun ek, rase cam baru jek pi wedding ko hehe...boolayan jela soalan2 tuh, aku yg beranak pinak ni masih lg ade yg menanya bile nak tambah lg...letih oiiii

Leave a Reply