Ramadan ke Syawal dulu?

Posted by mizzura on Tuesday, July 9, 2013.

Masa berbaki beberapa hari lagi untuk menyambut Ramadan. Means kita belum cecah pun bulan tu sebab masih di bulan Syaaban. Kotak-kotak kurma dari bermacam-macam negeri pun dah dilambakkan di pintu-pintu masuk supermarket. Petanda Ramadan datang...Yelah sebab sinonim dengan menu wajib bila berbuka.

Pagi semalam, tren komuter aku terhenti betul-betul di hadapan shopping kompleks yang betul-betul menghadap federal highway tu. Maklumlah, Stesen KTM Subang kan tengah construction untuk integrate dengan MRT (eh ke LRT extension?, sori kalo silap info), jadi selalu kena stop-stop camni.

Tapi hati aku sentap bila aku dongak atas, aku ternampak signboard ini. Jelas nyata dan terang. Menghadap jalan utama lagi - Federal Highway.


.:: Nampak tak? ::.


.:: Zoom 12x ::.


.:: Mode macro ::.


Oke ni baru spot satu dan aku percaya banyak lagi yang promo-promo yang tertulis "Aidilfitri" instead of Ramadhan. Persoalan...

1. Apakah takde sorang pon grafik artis yang bole advise kesesuaian perkataan aidilfitri dikala Ramadan belum muncul??
2. Apakah takde top management islam yang mampu tegur kesilapan tersebut? (oke top management bukan islam kot - common Malaysia)
3. Apakah tukang print advertisement, tukang tampal advertisement tak boleh nak bersuara dengan client masing-masing?
4. Apakah mall ini sangat CHEAPSKATE untuk buat dua kali billboard sehingga mengabaikan sensitiviti orang islam. (ye saya sangat sensitif tentang isu ini)??
5. Apakah juga orang-orang islam buat bodoh terhadap hal ini?


Kenapa aku sangat sensitif plak? Bulan Ramadan kan bulan yang mulia antara bulan-bulan lain dalam islam. Bila dia tulis "Journey to Aidilfitri"...ia seolah-seolah memberi mesej.
"Yahoo perjalanan nak menyambut Raya (Read aidilfitri/syawal) lagi penting dari nak menyambut Ramadan".
Dan pulak, mesej ini keluar dibulan Syaaban sebelum munculnya Ramadan!Kalau dah masuk ramadan bolela maafkan sikit-sikit kalau-kalau nak advertise awal pasal Aidilfitri (walaupon awal2 bulan tetap tak sesuai).

Menjawab persoalan ini, terfikir juga aku...jadi bila boleh buat iklan Aidilfitri...? Entahla...mungkin 2 minggu terakhir atau seminggu sebelum munculnya Bulan Syawal...atau..perlu ulama tentukan??Huhuhu.. Tapi tulah..sekarang ni minggu pertama pun dah kalut depa nak promo Syawal la Aidilfitri la..Kalau lah Billboard tu tulis Selamat Berbuka Puasa, sejuk sikit pengguna jalan raya yang tersekat dalam jam nak berbuka puasa dalam kereta saat terpandang iklan ni.

Hailah...Harap mereka lebih peka.

P/s: Pernah dengar orang wish Selamat Menyambut Chap Goh Mei sebelum munculnya Chinese New Year..??????? Takkan....


Err...setuju kah anda..?



1 Response to Ramadan ke Syawal dulu?

  1. norinaomar

    sangat setuju..rasanya kat mana2 pun sama..entahlah..geram pun ada..Selamat berpuasa Zura!

Leave a Reply