Are you on IG?

Husin Mon & Jin Pakai Toncit

Posted by mizzura on Wednesday, February 13, 2013. Filed under:


Aloha dunia blogging...!

Hasrat nak rajin berblog tahun ni terbantut dek masalah teknikal blogger.com. Rasanya issue tu macam dah settle secara tiba-tiba, jadi ni dia ahkak nak ceghita sikit hel-hel terbaghu..


pic source here


Sabtu, aritu tengok midnite dengan family & asben ceghita terbaru Mamat Khalid. Ater, mok teman oghang peyrok, kemain sukerler die - orang Koler(kuala kangsar) lagi tuhh...



Petangnya, asben terbaca status member dia kat FB kata "menyesal tengok HKL 2"

Adik aku plak, ceghita "member dia kata best". So awal-awal aku dah dapat imagine dah bentuk cerita Mamat Khalid ni.

Cemana yer nak ulas.

Oke, secara kasarnya, Tak boleh nak kata HKL 2 tak best..sebab dalam filem ni tak wujud pon hantu Kak Limah tu oooii.. Kak Limah dah sihat bergetah ngkor..siap organize rombongan ke Singapore lagi. So sah-sah ni bukan pasal Hantu Kak Limah. Sequel tu yeler...

pic source : youtube.com

Kebetulan pagi tu, ada baca paper kata Filem ni tak lulus masuk tayangan Brunei dek banyak khurafat. Pendapat aku (yang tak suke tengok cerita seram ni), memangla ada unsur khurafat tapi lebih kepada merepek kot. Khurafat Mamat pulak bukan lah benda baru yang dia ajar untuk kita percaya, tapi khurafat yang memang dah sedia wujud dalam masyarakat melayu dari zaman tok nek kita lagi - malah dah sebati bagi sesetengah orang/masyarakat. Mamat Khalid parody kan balik jer...


Kalaulah pemujaan, korban, darah kambing dianggap sebagai unsur kurafat, rasanya banyak lagi cerita seram melayu, indonesia, thailand malah inggeris pon  yang tunjuk hal-hal puja tapi lulus tayangannya. Jadii, bukan rezeki kome lah yob..

Budak deret sebelah mak aku duduk dalam TGV beria ajak balik sebab takut..hehe.. sebab hantu dalam ni ...err..ngeri sket untuk bebudak tapi sket jer..tak luak kot, kalo nak banding drama-drama & cerita seram David Teo.

BTW, siapa Mon dalam cerita ni...
Aku and asben dalam kereta otw balik rumah pas abis tengok dok memikior siapa ke watak Mon ni...? Actually macam dah agak dah siapa.. Last-last kitorang Youtube Zombie Kampung Pisang.. Ohh, sahla apa yang kitorang agak. Ni watak Ezlynn dalam Zombie Kampung Pisang... Hey sah-sah la pelakon yang sama jugak kannnn..??!!

Yang buat kitorang konpius sebab si Mon ni pakai Baju merah, so ingatkan tu Ayu (Ava Vanja) dalam watak HKLBR dulu tuuuu...ingatkan watak Ava Vanja di gantikan Ezlynn. Pastu baru teringat yang  watak Ava Vanja tu kan ke Ayu namanya. adoiii...penat teman pikior..hahaha..

.:: Mon dalam Zombi Kampung Pisang yang 
wataknye pakai baju tido je - senangkan ::.
pic source: here

.:: Mon & Husin dalam Filem terbaru ::.
pic source here


Feveret ayat aku "Kenapa semua rasa kerang ni monnn.." 

Overall aku nak kata oke jer...takdelah boring sangat compare cerita melayu lain yang errr..emmm..yang ni still kelako kata ngkorr..kome negnok la nanti yer..

Aku rasa, kalo digabungkan semua trilogy ke fourlogy ke fiflogy ni dari man laksa-zombi kampung pisang-hantu kak limah balik rumah-usin, mon& jin pakai toncit etc, aku nak cadangkan namanya TRILOGY KAMPUNG PISANG.... sebab semuanya adalah berkisarkan kehidupan seharian masyarakat kita yang difokuskan kat Kampung Pisang. Betoi tak yob..?

pic source here

Sayangye lepas ni, watak Pak Abu dah takde, dek kerana Arwah Zami telah kembali ke rahmatullah.. Emm tak tau lah in future akan diganti orang lain atau in future diceritakan pulak kehilangan pak abu kesedihan besar di kampung pisang... ye dak..? so aku rasa Mamat Khalid perlu terus berkarya kisah-kisah lain di Kampung Pisang sebab yong tak sabor nak nengok apa ler kesudahan deme deme ni..

RATE = 3.5/5

Yang pasti lagu lamunan terhenti tu.... Epic! bak kata suami teman..balik rumah terus youtube nak karok lagu tu...moh ler kita sesama nyanyi..ezlynn suara lu best bro!




5 Responses to Husin Mon & Jin Pakai Toncit

  1. fyna

    nak try tengok lah citer nih.

  2. Mya Amyra

    Mya tak lepas pun tengok crite Zombi Kg Pisang, Hantu Kak Limah blk Kg. so crite ni mmg wajib tengok ! :D

  3. Izzat Eshak

    Ok jugak la lawak-lawak dia.
    Cuma pertengahan ke akhir filem tu kureng sket.
    Hantu tu kalau jadi lawak2 sket mesti lagi best.

  4. BAIZURA NATASHA

    Ayat feveret i. 'Abi Hurairah tu gila seks'. Damn you, matikan watak JOhan cmtuh aje. Haha.

  5. Rabia Sensei

    Mizzura, salam singgah. Saya tak tengok lagi cerita ni. By the way, nak bagitahu link kat atas tu link kat page pembuat template ni. saya rasa awak boleh tukar kut linknya kepada page awak. kalau tak, confuse lak.

Leave a Reply