Korban Aidiladhaku

Posted by mizzura on Thursday, October 17, 2013.
3 Comments

Salam Aidiladha

Assalammualaikum......

Bersiaran dari ofis sementara belum memulakan kerja tadi.

Sambil dalam hati, mahupon diluar hati (mulut telah berkata secara kerap)

"kan best kalau harini cuti"

Dah tu kenapa tak amik cuti Rabu?!

Bolehla masuk hari Khamis kan.
Tapi nanti masuk Khamis pon...mungkin akan berkata

"kan best kalau harini cuti lagi"

berulanglah kot ayat ni sampai ke Senin kot..kikiki..




Seperti biasa, dah 3 raya haji den balik Rombau. Plan asal nak raya sini, alih-alih asben tukar plan pasal pak mertua ada buat korban so, dia nak tolong..
Nak dijadikan cerita, on the day raya haji tu, tak jadi tolong pon, sebab nak balik Klang cepat and sebab korban tu start lambat..

Alang-alang sampai awal...hmmm...kami singgah rumah baru kami nak DIY wardrobe jap..huhuh..dah lama dah bebulan lemari ni sampai..sikit..sikit pasang dia...nasib dapat siapkan sepenuhnye.




Finally siap gak setelah berbulan beli and pasang sedikit demi sedikit. Tak sia-sia korbankan masa cuti untuk siapkan rumah...err..tapi bilala nak masuk rumah ni kan...


 


Iklan:
Jubah dress, shawl halfmoon, palazo dijahit oleh saya sendiri. Sedia menerima tempahan, tapi bulan ni dah penuh, ahkak nak fengsan huhu :-)




2 years 2gether until forever

Posted by mizzura on Friday, October 4, 2013.
8 Comments

Oh..pejam celik sudah 2 tahun usia perkahwinan. Tapi bukan hari ini, beberapa hari yang lepas lah..hehe



Ramai dok tegur kitorang masih macam baru kahwin. Padahal perkataan "aku baru jer kahwin" tu dah lama aku release dari mulut aku bila nak introduce kat orang. Rasanya awal tahun ni kot, macam baru sedar..eh, aku bukannya baru kahwin lagi watper sebut ayat tu..huhuhuhu....

Kalau tahun lepas aku pergi Melaka untuk celebrate. Sebab kebetulan g kenduri kahwin bestie kat Muar and balik kg MIL.Tahun ni, sbb jatuh hari senin aku g KL je nak celebrate..? Pergi KL acana tu..?Dah memang hari-hari ko g KL kot..ishh...Bermalam di KL lah. Saja je nak perabih duit kat pengusaha hotel. Kalau pikir2 tak perlu pon takper kot. Tapi asben oke, so kita book je lah. Tengoklah dah ada anak nanti ritual celebrate anniversary kat hotel berterusan ke tak. Ni masih honeymoon session (orang kata lah) memang oke kan jelah..duit blum untuk anak-anak, why hold?

Namun, itu semua tak penting, yang penting adalah perhubungan kami sebagai suami isteri mommy daddy (eh!) berterusan sampai bila-bila..till jannah kata bebudak sekarang..hehe.. 

Isu anak, memang Allah belum kurniakan rezeki kita tunggu sahaja sebab aku berpegang pada rezeki Allah bukan dalam bentuk wang, anak, kesihatan malah byk lagi skop, hayatilah rezeki Allah yang dibentangkan di depan kita tanpa merungut-rungut. Kalau ikutkan ramai je cakap ala baru dua tahun kahwin, ada orang tiga, lima malah sepuluh tahun baru dapat anak. Mungkin sebab aku dah masuk 3 series, tekanan di sekeliling agak tinggi..(Kahwin awal ye korang!)

Oh cakap hal tu, aku suka dengan sapa tah yang share kat facebook pasal ni, then aku repost kat insta.


"Jangan guris perasaan orang yang sedang bersabar dengan ujian Allah"

Dah, ni bukan ruangan bersedih tak dapat anak. Ni ruangan dua tahun kami simpan kad nikah dalam wallet masing-masing..ekekek..


Kepada asben yang kadang-kadang curi baca blog ni. I lap u bebeh!!! Hehehehe..ada sos tomato di tepi bibirmu...


Thank you for giving me the reason to live my life to fullest. 
Happy 2nd Anniversary Hubby!
I love you







Sign Language anyone?

Posted by mizzura on Friday, September 20, 2013. Filed under:
5 Comments

Get this from my whatsup group..

Lets train your eye muscles..

Kasi urat mata regang sket...

Kejung je selalu hadap blog..

Hehe..

DIY Breakfast

Posted by mizzura on Thursday, September 19, 2013.
7 Comments

Salad tu mmg ada dlm fridge office. Buat topap dlm sandwich..

Sandwich kita yg jual kt kedai2 pagi2 kebanyakan kosong je..takat tuna, egg mayo atau sardine..nak salad...nak tomato..nak bawang..

Byk cekadak kan..sandwich nk tip top level O'Brien, price nak rege Omak kau buek sandwich..

Oren tu sbb aku batuk n selesema jadi bajet vitamin c oren 250ml mampu berlawan dgn kuman selesama.

Itu sahaja rumusan sandwich saya..kiki..

Salam Aidilfitri 7.0

Posted by mizzura on Wednesday, August 14, 2013.
12 Comments

Helllooo...!!

««PANGGG!!»»

Dah kenapa tak reti bagi SALAM kan..?

Err..atas tu bukan ada perkataan SALAM ker?

Ko kang aku ««PANG!!»» lagi nak..?

Eh..eh..apa ni apa ni..? Baru nak start berblog dah muncul watak antagonis #caripublisitilettew

Hehe, dah raya ke 7 baru nak setup segala wish-wish raya. Harini dah nak start kerja balik. Bahagia cuti seminggu! Selama nak masuk 7 tahun kerja, ni antara paling lama aku ambil cuti.

.:: Lomang Omak Mertuo Den ::.


Biasanya aku beralah sebab aku pun raya sini-sini je, ORANG SELANGOR kata... Nak kelik kelate doblah jeh. Huk aloh..Kasi cher(baca kasi chan) deh..ambo kesie.. ««PANGGG!!»» burok bonar bunyinye.

Kalini 2 hari sebelum raya (biasa sehari sebelum atau esok nak raya pon still kerja lagi) dan hari raya ke 7 baru masuk ofis (biasa tak raya ke 4, ke 5, ke 6). Sampai pernah kena perli la "ko ni tak reti-reti nak balik tolong mak masak rendang.." errrrrrrrrr...

.:: Faktor Cuti Awal ::.

Terima kasih buat asben yang mempunyai kampung ket Rombau. Kampung aku kat Kuala Kangsor, Perak tu..? Kitorang memang jarang balik first week raya.

.:: Hubby's Clan ::.

ALIH ALIH SECOND RAYA FAMILY AKU impromtu BALIK PERAK #jelesmak
Jeleslah, derang dok pos gambar makan Laksa and Cendol. Tak kira, lain kali nak seret asben balik Perak.

So kalini, firstime aku celebrate Syawal ket Rombau setelah dekat 2 tahun kawin. Sebab last year Syawal turn rumah aku. Tapi aku dah 2 kali pon sambut raya haji belah mertua. So, takde apanya...syukur jugak sebab kg asben tak lah jauh mana kan...

RESPEK KAT KORANG YANG STAY lembah klang KENA gilir-gilir BALIK utara selatan DALAM TEMPOH SEMINGGU DUA. Memang hebat, kalo aku dah demam kot..hihi..
 
.:: Jam macam ni je tahan - to Senawang ::.


.:: Kalau jam berejam aku demam tangkap gambor sendiri ::.

Ingatkan, dapatlah beraya rumah baru kami, tapi nampaknye ada banyak lagi benda xsempat siap macam kitchen cabinet etc. Tu hikmahnye tuhan suruh perlahan-lahan setup rumah baru mengikut bajet termampu setiap bulan hihi. Eh apada ayat:-)



Stop pasal raya, tadi bising tak bagi salam, siap nak lempang bagai. So, kalini aku nak ucap SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN AMPUNKAN SEKIRANYA TERKASAR BAHASA TERGURIS HATI TERSENTAP JANTUNG.



Enjoy Raya!!



««PANGGG!!»» sambung kerja la budak weih..



(video suami lem««PANGGG!!»» isteri depan anak-anak yang viral dalam youtube tu tiada kena mengena dengan perbualan ini)

Ramadan Milestone

Posted by mizzura on Wednesday, July 10, 2013.
4 Comments

Assalammualaikum...

Sekejap je dah sampai Ramadan. Kalini banyak benda yang aku nak "make sure" tercapai. Last year mcm takde objektif sgt.

Oh ada..last year aku target nak khatam quran dlm masa sebulan dgn kaedah 6page setiap kali pas solat fardhu 5 hari smalam.. tapi kdg byk lompong..kdg pas solat..cepat2 doa sbb nak buat benda lain..seminggu pertama..aku cuba qada mana yang xabes tu..tapi mcm byk..mcm takut nnt baca smata2 nk ckp page tanpa pengisian bacaan tu..maka awal2 aku dh nmpak target nak abes sebulan ni xberapa berjaya..biarla baca dgn tenang dr terkocoh2..huhu..

Itu dr segi ibadah la..dari segi yang lain last yr mcm xcapai sgt..cth..nak buat cookies..hehe..

Jadi kalini aku awal-awal nak set..apakah milestone aku sempena Ramadhan ni.. (Duniawi dan akhirat gitu):

1. Prepare sahur - to be honest last year mak aku yg byk handle.. Aku awal minggu je rajin sediakan..hujung2..tolong sket2..hujung2 lg..er..bgn mkn je..hurmm

2. Baca Quran - Aku ni pemain Candy Crush tegar lagi-lagi dlm tren. Dari dulu lg aku sedar, ish masa yg aku perabih Candy Crush ni bagus kalo diganti bacaan Alquran..tapi....tetap nk main wp ada kesedaran..nafsu?syaitan?

3.Maximise Terawih - By default aku mmg pergi terawih kat surau depan rumah aku, tapi bila berbuka kat luar kdg ada lompong2. So aku nk maximise yang lompong tu dengan sembahyang sendiri di rumah. (kena paksa asben jadi imam terawih gini).

4. Solat Dhuha - PM kat ofis aku rajin solat sunat Dhuha tetiap hari. Aku kdg2 terpikir...kdg2 bila ngantuk y not, gantikan dengan Dhuha. Manatau, pergerakan dan air sembahyang bisa menghapuskan rasa mengantuk. (Yang ni optional, tak berani janji)

4. Kurangkan dan lebihkan - yer mcm pg td aku ada nk sambung gossip hal smlm ngan bff aku, tp aku fikir..ish ni baru fes Ramadan ko dah nak sembang hal orang... Begitu juga hal lain...mari kita kurangkan yang lagha-lagha ni..dan lebihkan yang maaruf gitew.

5.Diet - wahaha...to be honest, lepas aku engage sampai kawin nak masuk dua tahun ni..,berat aku naik 5/6/7 kilo fluctuate. Ha ko...ada fluctuation mcm pasaran saham plak.kiki. Y not gunakan peluang inikan...tapi aku pun tak sure nak diet camne...

6.Biskut Raya - aku nak jadi mcm mak aku yg jarang beli cookies raya. selalu dia buat sendiri tiga empat pesen. Dulu siap amik order lagi..Aku target dlm minggu ketiga nak beli bahan..ni asyik nak pakai barang mak aku jer dari peralatan sampailah ke tepung... Tapi aku nak buat biskut apa eh..?

7. Baju - Aku tak heran sangat sebab kami hubby wifey dah ada baju yang adik aku sponsor time wedding dia last month. Pakai jela balik nak sedondon..kang aku beli lain xsedondon ngan laki. Cuma aku nak gigihkan diri jahit kain2 yang dah berzaman aku beli.

So far itulah milestone saya.. In general nak buat persiapan awal, tak nak last minute baru nak cari macam2. Bak kata imam muda Ashraf dalam Sinar fm semalam lebih kurang begini "Saya baju raya sekeluarga memang dah beli awal2...sebab saya taknak ganggu minggu2 akhir Ramadan" Betul cakap ustaz sebab minggu2 akhirlah saf jadi sebaris jer..Apa-apa pon saya memohon maaf atas keterlanjuran kata dan mengucapkan SALAM RAMADAN, ENJOY TERAWIH & SELAMAT BERSAHUR setiap hari:-)

Ramadan ke Syawal dulu?

Posted by mizzura on Tuesday, July 9, 2013.
1 Comment

Masa berbaki beberapa hari lagi untuk menyambut Ramadan. Means kita belum cecah pun bulan tu sebab masih di bulan Syaaban. Kotak-kotak kurma dari bermacam-macam negeri pun dah dilambakkan di pintu-pintu masuk supermarket. Petanda Ramadan datang...Yelah sebab sinonim dengan menu wajib bila berbuka.

Pagi semalam, tren komuter aku terhenti betul-betul di hadapan shopping kompleks yang betul-betul menghadap federal highway tu. Maklumlah, Stesen KTM Subang kan tengah construction untuk integrate dengan MRT (eh ke LRT extension?, sori kalo silap info), jadi selalu kena stop-stop camni.

Tapi hati aku sentap bila aku dongak atas, aku ternampak signboard ini. Jelas nyata dan terang. Menghadap jalan utama lagi - Federal Highway.


.:: Nampak tak? ::.


.:: Zoom 12x ::.


.:: Mode macro ::.


Oke ni baru spot satu dan aku percaya banyak lagi yang promo-promo yang tertulis "Aidilfitri" instead of Ramadhan. Persoalan...

1. Apakah takde sorang pon grafik artis yang bole advise kesesuaian perkataan aidilfitri dikala Ramadan belum muncul??
2. Apakah takde top management islam yang mampu tegur kesilapan tersebut? (oke top management bukan islam kot - common Malaysia)
3. Apakah tukang print advertisement, tukang tampal advertisement tak boleh nak bersuara dengan client masing-masing?
4. Apakah mall ini sangat CHEAPSKATE untuk buat dua kali billboard sehingga mengabaikan sensitiviti orang islam. (ye saya sangat sensitif tentang isu ini)??
5. Apakah juga orang-orang islam buat bodoh terhadap hal ini?


Kenapa aku sangat sensitif plak? Bulan Ramadan kan bulan yang mulia antara bulan-bulan lain dalam islam. Bila dia tulis "Journey to Aidilfitri"...ia seolah-seolah memberi mesej.
"Yahoo perjalanan nak menyambut Raya (Read aidilfitri/syawal) lagi penting dari nak menyambut Ramadan".
Dan pulak, mesej ini keluar dibulan Syaaban sebelum munculnya Ramadan!Kalau dah masuk ramadan bolela maafkan sikit-sikit kalau-kalau nak advertise awal pasal Aidilfitri (walaupon awal2 bulan tetap tak sesuai).

Menjawab persoalan ini, terfikir juga aku...jadi bila boleh buat iklan Aidilfitri...? Entahla...mungkin 2 minggu terakhir atau seminggu sebelum munculnya Bulan Syawal...atau..perlu ulama tentukan??Huhuhu.. Tapi tulah..sekarang ni minggu pertama pun dah kalut depa nak promo Syawal la Aidilfitri la..Kalau lah Billboard tu tulis Selamat Berbuka Puasa, sejuk sikit pengguna jalan raya yang tersekat dalam jam nak berbuka puasa dalam kereta saat terpandang iklan ni.

Hailah...Harap mereka lebih peka.

P/s: Pernah dengar orang wish Selamat Menyambut Chap Goh Mei sebelum munculnya Chinese New Year..??????? Takkan....


Err...setuju kah anda..?



Dobi layan diri

Posted by mizzura on Monday, July 1, 2013. Filed under:
8 Comments

Aku memang jarang mendobi biarpon kadang2 baju tu banyak and kerja lain pon banyak gila..aku rela basuh sendiri, jemur dan lipat (yang membosankan tu) sebab aku extreme cheapsmoreskate..kuikui..

Nak dijadikan cerita dua minggu ni aku betul-betullll sibuk sampai tidur lewat setiap hari. Jadi memang tak daya lah nak buat laundry job nih. Tak tau  la pon bila last basuh, biasanya seminggu dua kali...paling teruk pun seminggu sekali (tapi dua kali basuh)..tupon nak kena berebut ampaian ngan seisi keluarga dirumah ni.




Tapi kali ni entah berapa lama aku kumpul, tau-tau jer penuh PADAT..kihkihkih...Actually Sabtu lepas majlis resepsi sebelah adik aku aka majlis sambut menantu. Tu yang buzy bagai, dengan nak siapkan bajunya..dengan nak tampal lace jahit maniknya..kemas rumah..goodie bags etc.. (padan muka buat last minute..)

.:: Check in-check in ::.

Nak membasuh pon mesinnya dah dialihkan, nak mengemas lagi2 sedara mara nak datang. Tetiba teringat kedai dobi favourite adik aku. Clean pro..self service ada washing machine 9kg, 14kg dengan dryer. Kira sekali jalan laa balik rumah tinggal lipat and susun jer..

Sekali pergi dua machine kena guna ngko. Nasib 14kg ni paling min RM6. Tak sure murah ke mahal. Tapi okela buat cuci jeans, cuci towel etc. Ada akak tu aku tgk siap cuci carpet lagi..amboiii..

.:: Dryer atas orang lain pakai ::.

Dryer ni RM4 untuk 24 min jer..tapi bila cek ada yang tak kering, so kami tambah masa, yang mana kering kita keluarkan. Karang garing sangat dalam tu, berkedut plak baju. Dryer memang besar bole masuk semua sekali, tapi tula...tak equally distributed kepanasan dia. Adala tang getah tu tak kering lagi..Lenkali nak kena separate into two kot.

.::Asben naik taraf QC inspector::.

Alang-alang menunggu tu, aku pon apalagi, maximise kan jer dengan melipat jugak kat situ. Lantakla orang nak kata "pst..pst..banyaknya baju dia" hehe..
Begitulah seadanya...aiseh, rupanya balik rumah nak kena iron baju plak, patutnya kalo kedai ni provide steam iron pon bagus kan. (Dah kenapa ko nak sehari suntuk kat Dobi kan??!...wakaka..)



Tula...mujur mydin dekat, kopak duit den.

Cuti Sekolah Jalan Tak Jam

Posted by mizzura on Monday, June 3, 2013.
5 Comments

Haissshhh, terlajak pulak hari ini..suppose pukul 6 pagi dah siap siap pakai baju, tapi sebab mimpi membuai aku 6.10 pagi baru jaga..dushh..lambatttt...!!

Nasib la cuti sekolah memberi imuniti masa kat aku. Dr Klang ke Shah Alam so far.. Lengang! Yuhuuuu..!

So kalau bole..bagilah cuti sekolah kat bebudak ni lagi..kurang stress kami nak hadap jam:-)

Tapii...sampai PJ jam balikk...mungkin budak sekolah PJ ada kelas tambahan kottttttttttttt....

Restoren Burger Bakar Abang Burn, Seksyen 7 Shah Alam

Posted by mizzura on Saturday, June 1, 2013. Filed under:
2 Comments

Yuhuuu..! Buat apa memalam ni..? Tengah tengok JDT vs Pahang? Team manalah bakal masuk final Piala FA bertemu Kelantan kan?

Aku, tengok jarak jauh je dari kedai burger nih. Opposite tu ada kedai lain, derang jerit gollll, nampaklah sipi-sipi..

Oke, btw, ni first time aku makan burger Abang Burn... Kengkawan dok post kat IG, sekadar take note jer. Sampai la tadi asben ajak makan, barulah aku ingat-ingat lupa hal teringin nak try burger ni..

Beratur sikit punya panjang...tak putus-putus dari aku sampai, cari parking, makan and balik..camtulah jugak panjangnya..

Sambil beratur dok pening-pening nak tetapkan final menu sambil tu aku usha-usha dapur derang..style kann..terliur je tgk..kejap nak chicken, kejap nak beef..oh ye lamb pon ado.yang takde arnab jer..kiki..

Oke, kami amik Burger Supremo ada cheese ada onion ring ada mushroom..perghh..leleh.. Asben plak amik burger chicken cheese yang ni ala-ala zinger, tapi sedap la wa cakap...additional kitorang tambah wedges and meatball dibanjiri sauce ngan cheezy ngan mayo..yummss...sedappp..

Tgh dok makan, dtgla satu adik ni nak interview..suh kitorang bagitau sedap ke tak food ni..terbelakon la kejap tadii..huhu..dak mascomm uitm kot..yelah, mentang-mentang burger ni pilihan jalan-jalan cari makan TV3.

Tutup tak tau pukul berapa.pagi kot..biasa working hours burger kan seawal 6ptg sampai pagii..nak tau lebih sedap,  pergi lah try yer!

Jari ku gatal

Posted by mizzura on Tuesday, May 21, 2013.
No Comments »

Haha, entry ini buat scam jer, sebab jari tetiba gatal nak menaip di blog ni tanpa arah tujuan mahupun hasrat terpendam. Macam dah tak hujud jer kan.

Oke, satgi nak breakfast mee sup yang ditapau dari rumah dan meneruskan kerja ofis dengan gigih seperti biasa.

Almaklumlah Jumaat cuti jadi satu hari punya kerja dibahagi sama rata selama 3 hari.. (erh sehari lagi?). Sehari lagi kan Monday Blues so yang tu tak bole amik kira.. Yuk!


.:: Bukan gatal sebab dakwat ini ::.

Mercedes AMG Petronas & Malaysia Grand Prix

Posted by mizzura on Friday, March 22, 2013. Filed under:
3 Comments




Kalau those yang jarang-jarang usha KLCC, aku nak kepochi sket, sekarang ada promosi Mercedes AMG Petronas di Concourse KLCC dan juga entrance depan taman tu. Ada bukak booth kat situ dengan pelbagai aktiviti yang menarik lah!



Asalnya senin haritu aku singgah untuk lunch kat foodcourt je, sekali ternampak kereta Merc A250 terus rasa nak letak dalam list impian.  (Ceh! padahal sebelum ni bajet nak mini atau beetles). Selain dari tu ada simulator cinonet untuk siapa yang nak dapat experience racing dan juga off cource kereta racing sebenar (kot!).





Plus macam-macam aktiviti yang lain lagi. Kiranya time ni aku pergi taklah teruja mana pon sehinggalah hari Rabu tu pepagi dok layan hotfm pakai earphone. Ada announcement cakap... "Nantikan Lewis Hamilton & Nico Rosberg di Concourse KLCC pada 20 Mac 2013" . Aku pun teleng usha kalender.. "eh, harinila!" terus pop cadlynn ajak g sana.(Confident je padahal tah pukul berapa datang)



Pas lunch beboring tengok2 plak merchandise FI/Mercedes/Petronas, geram tengok topi Mercedes tu lawa bling2 (bila plak nanti aku nak pakai topi kan yang ngko nak geram kenapa?!). Tetiba ada nampak promo dapat hadiah percuma kalau bergambar and upload kat facebook. 

So aku pun bertanyalah, bukanlah beria sangat just nak tau hadiah apa, alih-alih akak offer snap gambar. Aku plak macam menurut perintah je padahal takkerjagomen takmo.So nila hasilnya. Tshirt Petron-95 kakakaka..dah macam pekerja pum station plak kan. Waktu aku tanya, kenapa takde logo F1, mamat booth tu cakap amik je la free pon..iyola jang, den amik ni haa...yang sis tu plak promo beli tshirt F1. pandaiii uolll market..




.:: Memang kala buat muka bajet comel bole dapat keychain free eh? ::.


Balik pada Lewis Hamilton. Fine..memang bukan tengahari pon sebab member cek kat FB katanya pukul 5. Malah aku siap tanya kat booth lagi satu berhampiran entrance taman.. brader tu pon cakap pukul 5. Masalahnya pukul 5 aku baru habis meeting..itu pon kalo abis ontime..maka aku tengok dari instagram ajalah #lewishamilton  kiki..

Takpelah, tak dapat jumpe live janji dah bergambor biarpon dengan lilin pewangi pon....jadilahhhhhhhhhhhhhhhh...

!
!
!

!
!
!
!

!
!
!
!




ooo..
rupanya pernah buat entry lewis dulu tapi baju lain brand daa....


tweet 

Website Grand Prix (23-24 Mar 2013)


Penjual crepe ala-ala penjual aiskrim

Posted by mizzura on Thursday, February 28, 2013.
9 Comments

Setiap kali pulang petang, aku akan terserempak dengan satu motor parking berhampiran dengan entrance stesen lrt. Ada ice box kat belakang motor tu. Memula dok ingat jual ikankah? Pelik..! Dadihka...? Mungkin.... Tapi dari jauh nampak ada kaler kuning kat iklan tu..hmmmm....

Punyala harihari aku "curious" maka satu hari aku nekad menhadap ko.. Oh... Durian crepe....cun gak style niaga camni.. Selain flavour durian, ada banyak lagi flavour lain jagung, mangga,strawberry,choc dan oreo.. So aku test amik semua flavour..satu pack RM 10 ada 6 ketoi...

Dannn..aku tetap pilih duriannnn...

Bagaimana nak berblog...?

Posted by mizzura
6 Comments

Bila dah lama tinggalkan dunia blogging, bila tiba-tiba rasa nak berblog mula rasa.. APA AKU NAK TAIP EH...?

Laki aku dok ngejek, gambar snap banyak tapi cerita tak kelua pon..hahaha.. (eh...dia plak sibuk nak enterprame dlm blog aku...) kikiki..

Dulu, jangan cerita hal sekeliling, iklan ke game ke kemain buat entry...atas nama sharing la kunun..sekarang ni macam tak terkejar nak qada semua cerita..nasib ada IG...

Nipon cobaan nak berblog dlm tren, tapi kejap sgt tak sempat aku nak abeskan cerita dah kn kelua tren...

P/s: untuk entry picisan ni...siap aku smbg taip dlm lif lagi..semangattttt sangatt..gmbr ni..last week br balik dr Langkawi

Fast Five

Posted by mizzura on Friday, February 15, 2013.
5 Comments

Hari ni hari ke5 dlm seminggu. Tapi harini paling pantassss aktivitinya...semua kena cuit sket2.. #PENGSAN

Tadi pagi lunch bubur je.seminggu ni pon mkn yg light2 je gara-gara gusi bengkak. Gigi ke 5 belas smbg tumbuh...bole?! Last yr tumbuh separuh je..haha...oke ada satu slot lg untuk gigi ke enambelas bhgian bawah.huhu..

Kerja halfday.so takde mende nk buat sgt..mn logik habis harini ku habiskan. Dlm kul sebelas bancuh oat gara2 lapar lagik and mamam sepaket jacobs.lagipon rini aku skip lunch..Folo ex ofismate workout...giteww..

Gym ni doket je dgn opis diorg..tapi aku kn naik tren la dlm. Tiga stn baru sampai...Pakej sebulan diorang beli kt groupon about Rm tigapuluh++ gitu..saksikanlah wajah signup kami...tp diorg xpaksa amik full pakej...so okela...menci kalo yg paksa2 ni...kalo dh mmg service bagus...jgn risau..kami dtg sendiri terhegeh-hegeh sign up..heh.

Plan asal setengah jam swim, setengah jam gym workout, 5belas minit sauna, 5belas minit mandi..ha ngkor pas berenang ala-ala sylybus olimpik, terus collapse..haha..maka bersauna jela...next week aku rearrange balik so that dpt cover semua...baru berbaloi beli..

Sekarang dlm tren tengah berdiri..adoi...ni bukan 6 couch...tren yg lama..,br bajet nk tido sat (maklumla) sejam nk sampai rumahkan..sebab balik pon memacam plan ni..masak, projek biz bestie,laundry, sewing, kalo sempat ke kedai kain dan seterusnya..nama je halfday kerja tapiiii...
Lalala....krik...krikk...

Inilah kehidupann..semuanya too fast..tau2 dah tinggal sepuluh poin 5 bulan untuk 2013...whattt...??!

P/s:Gmbr nnt kususun balik psl ni submitt pki app.

Husin Mon & Jin Pakai Toncit

Posted by mizzura on Wednesday, February 13, 2013. Filed under:
6 Comments


Aloha dunia blogging...!

Hasrat nak rajin berblog tahun ni terbantut dek masalah teknikal blogger.com. Rasanya issue tu macam dah settle secara tiba-tiba, jadi ni dia ahkak nak ceghita sikit hel-hel terbaghu..


pic source here


Sabtu, aritu tengok midnite dengan family & asben ceghita terbaru Mamat Khalid. Ater, mok teman oghang peyrok, kemain sukerler die - orang Koler(kuala kangsar) lagi tuhh...



Petangnya, asben terbaca status member dia kat FB kata "menyesal tengok HKL 2"

Adik aku plak, ceghita "member dia kata best". So awal-awal aku dah dapat imagine dah bentuk cerita Mamat Khalid ni.

Cemana yer nak ulas.

Oke, secara kasarnya, Tak boleh nak kata HKL 2 tak best..sebab dalam filem ni tak wujud pon hantu Kak Limah tu oooii.. Kak Limah dah sihat bergetah ngkor..siap organize rombongan ke Singapore lagi. So sah-sah ni bukan pasal Hantu Kak Limah. Sequel tu yeler...

pic source : youtube.com

Kebetulan pagi tu, ada baca paper kata Filem ni tak lulus masuk tayangan Brunei dek banyak khurafat. Pendapat aku (yang tak suke tengok cerita seram ni), memangla ada unsur khurafat tapi lebih kepada merepek kot. Khurafat Mamat pulak bukan lah benda baru yang dia ajar untuk kita percaya, tapi khurafat yang memang dah sedia wujud dalam masyarakat melayu dari zaman tok nek kita lagi - malah dah sebati bagi sesetengah orang/masyarakat. Mamat Khalid parody kan balik jer...


Kalaulah pemujaan, korban, darah kambing dianggap sebagai unsur kurafat, rasanya banyak lagi cerita seram melayu, indonesia, thailand malah inggeris pon  yang tunjuk hal-hal puja tapi lulus tayangannya. Jadii, bukan rezeki kome lah yob..

Budak deret sebelah mak aku duduk dalam TGV beria ajak balik sebab takut..hehe.. sebab hantu dalam ni ...err..ngeri sket untuk bebudak tapi sket jer..tak luak kot, kalo nak banding drama-drama & cerita seram David Teo.

BTW, siapa Mon dalam cerita ni...
Aku and asben dalam kereta otw balik rumah pas abis tengok dok memikior siapa ke watak Mon ni...? Actually macam dah agak dah siapa.. Last-last kitorang Youtube Zombie Kampung Pisang.. Ohh, sahla apa yang kitorang agak. Ni watak Ezlynn dalam Zombie Kampung Pisang... Hey sah-sah la pelakon yang sama jugak kannnn..??!!

Yang buat kitorang konpius sebab si Mon ni pakai Baju merah, so ingatkan tu Ayu (Ava Vanja) dalam watak HKLBR dulu tuuuu...ingatkan watak Ava Vanja di gantikan Ezlynn. Pastu baru teringat yang  watak Ava Vanja tu kan ke Ayu namanya. adoiii...penat teman pikior..hahaha..

.:: Mon dalam Zombi Kampung Pisang yang 
wataknye pakai baju tido je - senangkan ::.
pic source: here

.:: Mon & Husin dalam Filem terbaru ::.
pic source here


Feveret ayat aku "Kenapa semua rasa kerang ni monnn.." 

Overall aku nak kata oke jer...takdelah boring sangat compare cerita melayu lain yang errr..emmm..yang ni still kelako kata ngkorr..kome negnok la nanti yer..

Aku rasa, kalo digabungkan semua trilogy ke fourlogy ke fiflogy ni dari man laksa-zombi kampung pisang-hantu kak limah balik rumah-usin, mon& jin pakai toncit etc, aku nak cadangkan namanya TRILOGY KAMPUNG PISANG.... sebab semuanya adalah berkisarkan kehidupan seharian masyarakat kita yang difokuskan kat Kampung Pisang. Betoi tak yob..?

pic source here

Sayangye lepas ni, watak Pak Abu dah takde, dek kerana Arwah Zami telah kembali ke rahmatullah.. Emm tak tau lah in future akan diganti orang lain atau in future diceritakan pulak kehilangan pak abu kesedihan besar di kampung pisang... ye dak..? so aku rasa Mamat Khalid perlu terus berkarya kisah-kisah lain di Kampung Pisang sebab yong tak sabor nak nengok apa ler kesudahan deme deme ni..

RATE = 3.5/5

Yang pasti lagu lamunan terhenti tu.... Epic! bak kata suami teman..balik rumah terus youtube nak karok lagu tu...moh ler kita sesama nyanyi..ezlynn suara lu best bro!