Lego 458 Ferrari Italia Siap!

Posted by mizzura on Sunday, November 25, 2012.
5 Comments

Photobucket

En asben memang kumpul semua collection series.
Tetiba pulang dari bowling semalam, suruh aku pasang nak letak dalam kereta dia.

Photobucket
 Maka, menggunakan kemahiran kanak-kanak 80 an 
yang dulu dulu mesti ada lego kat rumah, aku pon pasang dengan aksi sekali.
Tetiba je rasa nak main lego balik.

Photobucket

458 Ferrari Italia
Siap!!

Jom pakat borong banyak banyak Lego Exclusive Collection!!
Dah on-going collaborate dengan Shell
Banyak lagi design lain tau.. geram je tengok (klik sini)
Tunggu en asben plak.. dia kumpul semua dah cukup baru nak pasang.

|Wordless Wednesday| Brother GS2700

Posted by mizzura on Wednesday, November 21, 2012. Filed under:
12 Comments

picsource here

m.i.n.e.

Menu Aidiladha : Rendang Cendawan & Cadbury Crunchie Cake

Posted by mizzura on Saturday, November 3, 2012. Filed under: , ,
4 Comments


*Draft yang ditaip pada malam aidiladha, pastu tertido pastu terlupa post....*
Harini aku cuti and dah berada di kampung suami. Semalam kerja, lagipun report tak siap lagi, so nak cuti awal macam tak sesuai jerk. Sampai rumah pulak 730 pm. Dapat berehat kejap je, sebab nak buat menu aidiladha yang pertama kali aku nak cuba.

Memula buntu jugak nak bawak apa sebab kampung asben omak eh memang masak lemang, so rendang ayam memang dah adala. Kalo aku nak buat ketupat segera lauK bagai di malam-malam suntuk semalaman mau panda mata aku.maka ku google lah keyword "MENU AIDILADHA". Dalam banyak-banyak hati terpaut pada Rendang Cendawan. Interesting!

Resipi, ikutlah citarasa rendang masing-masing, cuma tang daging/ayam korang tukar ke cendawan je. Tips, jangan awal sangat masuk cendawan biar kering sket dah masuk cendawan. Sebab, makin lama dia keluarkan air. Okay, nak resipi jugak ke? Aku taip berdasarkan apa yang ku ingat.

RENDANG CENDAWAN

Bahan-bahan
400g Cendawan Tiram
500g Cendawan Butang (bukan yang dalam tin)
Santan (tak sure, main masuk je maybe dalam >500ml)
2 sudu kecil serbuk kunyit (sebagai warna)
Cili Blend ( dalam setupparware taufufa tu - measurement ngko tak agak-agak)
Gula melaka 1/4 ketul(yang bulat tu) tapi depends la manis lebih ke tak
Daun Kunyit
2 sudu besar kerisik
1-2 keping Asam keping
Garam secukup rasa

*Bahan Kisar*
8-10 biji bawang merah
3-4 biji bawang putih
Halia sebesar ibu jari mak aku (tolong jangan jumpa mama ku)
4 batang serai


Cara membuatnya:
1: Basuh cendawan dan toskan. Untuk cendawan butang, potong slice kecik sebab dia tebal.
2: Masukkan bahan kisar dalam kuali dengan api sederhana besar.Masukkan santan, cili dan serbuk kunyit, gaul untuk
sebatikan bahan dan biarkan sehingga menggelegak.
3: Setelah menggelegak, masukkan cendawan. Tapi digalakkan tunggu kering sedikit, sebab cendawan ni mengeluarkan 
air pulak. Jadi lagi lambat nak tunggu kering.


4: Setelah cendawan sebati dalam beberapa lama (tapi agak lama, maybe 15-30min)masukkan asam keping kerisik, garam
secukup rasa. Kemudian, cek kalo pedas, masukkan gula melaka ikut kesesuian.
5: Dah agak nak kering, masukkan daun kunyit dan biarkan hingga kering (depends lah berapa kering korang nak)
Cendawan Tiran mudah kecut, so kalau nak pakai dia je memang kena lagi banyak la dari 400g. Cendawan butang tak
berapa kecut sangat. Since malas nak borong banyak cendawan tiramlah aku coverkan dengan cendawan butang. Idea lain
nak masukkan ayam sekali pun boleh jugak. Tapi kena masuk awal lah. Tak boleh lambat-lambat macam cendawan.
Pukul 12 pagi habis buat cendawan ni noks. At the same time, ku pukul bahan kek pulak.


************************************
KEK COKLAT CADBURY CRUNCHIE

Resipi coklat kek, tak ku ingat tapi pakai je mana-mana resipi coklat kek standard. Last sekali before masuk oven, aku masukkan cadbury crunchie yang dah dihancur kasar ke dalam bahan. Manakala bahan asal aku kurang kan gula dalam 5-10g gitu.


White chocolate aku cairkan secara double boiler, tapi yang brand aku beli ni macam manis sangat and kurang lemak, so aku campur 2-3 sudu full cream dutch lady milk and letak minyak jagung dalam 1/4 cawan untuk kurang kelikatan
white chocolate. Kemudian di lemparkan atas kek coklat ku.

Potong kasar cadbury crunchie dan taburkan di atas white choc topping dengan peeeenuhhh kasih sayang..haha..


Bahan yang aku buat ni hasilkan banyak so dapatla buat dua kek size 7 inchi. Satu tinggal untuk mak mertua isteri & satu untuk mak mertua suami (mama aku la tuh)..

Pukul 2 pagi siap ngko. Selamat datang ke dunia PANDA!




Sampai je rumah MIL, lemang dah siap sedia untuk di mamam dan di bagi-bagi pada yang mengorder. Rajin mak mertua aku jual...




Cucur Kentang, Hujan, Banjir dan Jalan Jem

Posted by mizzura on Friday, November 2, 2012. Filed under:
1 Comment

Apa punya tajuk. Alang-alang takde kerja since kat rumah pon hanya ada abah and lil sis jer maka ku updatelah blog. Bila dibelek2 gambar sambil menanam azam untuk berblog macam boleh jadi blog masakan dah kalo aku post semua cerita gambar yang dalam handphone mahupun tablet (dalam kamera ada jugak)

*****************

Baiklah, menu minom petang ni, aku buat sebab kengkonon hujan kan...before balik kerja tengahari tadi plan cam nak buat cake. Tapi bila hujan ni macam nak yang panas-panas je la. So scan satu dapur ada kentang dua biji, maka aku pakailah untuk buat cucur kentang. Hidangkan pulak dengan kopi kampung mana tah mama beli. Niat supaya, asben balik kerja stress sebab hadap jam hilang dek menu minum petang nih.

.:: Putih tu bukan aiskrim tapi mayonis cedok pakai aiskrim scoop ::.


Oh, before that, before aku masak tu kebetulan terscroll FB ada plak budak update keadaan banjir di Aeon Bukit Raja. Pergh...terbaikkkk...itu mau jam federal..maka sebagai bini kepochi cepat-cepatla wassap & sms asben info trafik ni supaya dia lalu jalan alternatif.

.:: Dicedok dari FB Nurin Nan ::.


.:: Info dari Twitter KL Traffic Update ::.

.:: Isteri Prihatin aka #kepochi ::.

Laluan alternatif yang mudah ialah Kesas...pon aku dah remind sebab kat tol kemuning tu selalu banjir kalau dekat tol hujung. Banjir tu...dari since aku ulang alik kerja Seri Kembangan lagi tak disetelkan sampai sekarang..???. So , aku dah remind kebarangkalian sebab opismate aku kereta rosak 2 hari lepas lalu sini.

Tapi, asben cakap yang dia baru lalu semalam takpape...so dia pon lalulah...
Akhirnye..inilah jawapan dia..



Tetttttttttttttttt....tu jer...okbyethanx