Bukan semua yang kita nak, kita dapat...

Posted by mizzura on Thursday, September 27, 2012.
6 Comments

Dah lama tak berblog sampai mati kutu nak buat cerita apa, so aku printscreenkan kata-kata motivasi dari Dr HM Tuah guna apps textgram dan share dalam instagram..so better share jugak kat blog untuk motivasi yang membacanya.


Grand Millenium Kuala Lumpur - Safety Luncheon

Posted by mizzura on Wednesday, September 26, 2012. Filed under: ,
4 Comments

Kisah semalam.

Aku memang ada dengar ura-ura nak buat luncheon ni sempena "1 million safe manhours" tapi tak ku tahu bila sebab aku malas amik port, bajet makan makan ni untuk top-top manager je pergi. 


Opps, just a lil info to those yang tak tahu. Kiranya project aku ni dah reached 1 million manhours iaitu bersamaan 1 juta jam bekerja .Kitorang (engineering consultant) kerja tak kira ikut hari (days), tapi ikut jam (hours) and claim kat client pun base on berapa hours kita bekerja untuk project tu. So, selama 3 tahun company aku berkerjasama dengan client dan mencapai sejuta masa jam bekerja selama itulah tiada kemalangan berlaku. Ini termasuk masa bekerja di office, luar office (meeting ke tempat client ke) dan juga pada yang ulang alik dan stay kat offshore. Free accident! Kami sangat patuh pada piawaian safety and health konsepnya...

Wah, mukadimah ala-ala guru kejuruteraan sekolah menengah teknik begitew, padahal fokus kat bawah dah lain.ngeh..ngeh..ngeh..

*Berbalik pada kisah perenggan pertama*

Sehinggalah Senior tanya "pergi ke tak?, sebab nak bagi nama ni". Aku benda-benda makan ni memang *bersin* ler..arr..larr...err..juuu..laju je..bukanlah pasal nak makan sangat, tapi pasal tak pernah pi Hotel ni, saja nak tengok hotel 5 bintang ni camner.... *akak kan orang kampung dek non*

.:: Kalo dongak ke atas, itulah yang korang nampak::.
pic source 
Albiasa geraklah kami reramai ala rombongan ke Kuala Lumpur bersama projek team dari monorail Bukit Nanas turun Bukit Bintang. Grand Millenium ni building sebaris dengan Pavillion dan terletak sebelum Pavillion. Kiranya kalau turun Monorail, lintas jalan, dongak kepala ke langit, dah taulah camner nak pergi. Taapppppiiiiii.... nak melintas dari Monorail Bukit Bintang menghala ke arah Lot 10 tu kaki gua dah menggigil. Duit dalam wallet pun menyorok semacam sebab ada satu kedai baru buka. *Okay skip yang ni*

.:: Huruf apa tu pakcik? Itu bukan H, juga bukan huruf M itu huruf Jim::.


Sampai-sampai je, buat hal sendiri, dan duduk kat meja makan. Memula gerak tu group aku ramai lelaki, sebab department aku pompuan ciput. Tapi sampai sana, bila nampak akak-akak secretary, aku cakap kat cadlynn "weih, dok sini ar...pompuan tak makan banyak, bole bedal.." keji kan statement???



Selesai duduk, kepala mula la jadi zirafah. Mengintai table VVIP and table client. Maklumlah, ada yang deal dalam phone jer. Ada yang liase melalui email, muka pun tak nah tengok. So bila ada client yang bernama Mr X (yang ala tegas garang gitu sampai kami semua dimomokkan dengan kegarangan dia) dipanggil oleh somebody secara kuat. Kami pun menoleh empunya badan Mr X dan menceceh belakang.. "ooo...dia ni si Mr X.." hakhakhak..so...kalo nak glamer, korang practise la diri garang gila sampai contractor or consultant or subcon korang takut and tercari-cari siapa kau time event macamni...okay?


.:: Shanghai hot & sour soup with crab meat - Love this, ala-ala pemanas badan gitu ::. 
.:: Crispy roasted chicken weng chun style -Emmmm ::.


.:: Fried prawn with salted egg and butter sauce - rasa masin-masin yang salut udang tu..perghhh ::.

.::  Braised ngai pak with pacific clams -hmmmmmmm ::.

.::  Deep fried fish fillet with mango sauce - delicious! ::.

.:: Fried rice with dried chicken and anchovies - err...mcm masak kt rmh je ::.

.:: Chilled sea coconut & snow fungus with fresh lemon - lemon tu buat sedap. thumbs up! ::.


Okay, semua tu, food yang dihidangkan. Chinese food, tapi aku tak bole rate tip top la..tapi..bolehlaaaa...

Pas settle gerak balik dengan cadlynn berdua je. Kat lif tu aku cakap "weih jom gi washroom, tak tengok pun washroom dia". Sekali ko...masuk-masuk je, memang aku terus lepak sini, sebab nak bukak tablet, setting kasi kena dengan lighting yang dim dim gitu. Mekasih la lin layan perangai aku yang gilo snap...

.:: Okay, blurr tu bukan sebab terkoyak, tapi nak cover fafau figure ::.
 (kak pond jangan mara, eh sukati panggil pond)


Waktu lepak seat tu ada dua tiga staff kitorang masuk, siap tegur uoll buat apa dok sini. Mana taknya aku ngan lin buka tablet usha gambar macam lepak kat starbuck je bunyinye. Kuikuikui..Then salah sorang dari kami sakit pewot lah pulakkkk....hah sapa tuu...??? so lama gila la kat toilet tu.

.:: This explained y women luv taking picture in the washroom ::.

.:: Belakang tu bukan cermin, tapi walkway to toilet, kiranya cuci tangan kat
 tengah, pandang kanan aku ialah tempat aku berposing pic atas ni ::.
On the way balik, saja je aku lintas kasi tempat yang buat kaki menggigil and duit menyorok. Mana lagi, kalau bukan newly opened H&M Kuala Lumpur.... eceh...macamlah pesenista sangat nak masuk sini. Tapi kat instagram aku usha #hm #hnm #hnmkualalumpur aku dah nampak dah kasut apa yang aku berkenan. Neon color gitu...(puiiii). So aku pun update kat instagram bertanyakan poll kengkawan tentang halatuju aku dan semua memilih B.



Sayangnya aku je pilih A.

Rugi....?

Ala, tak lari pun kedai tuuuuuuu...

Enjoy your Life !

Potluck Dua (2) Zulkaedah

Posted by mizzura on Tuesday, September 18, 2012.
7 Comments

Assalammualaikum...

Wauwee..bestnye tinggalkan blog sebulan...haha..

Syawal telah pun berakhir dua hari lepas. Namun budaya "Pot-Luck" yang kerap muncul time Syawal boleh je diteruskan pada bulan-bulan lain..WALAU HAKIKATNYA POT LUCK NI UNTUK SYAWAL...Dah tersasar nak buek cano.

Out of semua list yang orang dah booked macam lontong, sambal jawa, sambal kacang, rendang ayam etc (yang aku tau aku tak master nak bagi ramai orang makan), aku memilih untuk buat Pavlova ! Yahoo....sebab aku boleh mengelat..buatnya senang je and insyaallah resepi yang aku pakai sehingga kini memang sedap (Thanks to Dapur Tanpa Sempadan). Pointnya takdelah aku bersusah payah buat sambal kacang etc tp tak sedap - pandaikan ko mengelat...


.:: Pavlova mengelat ::.

Semalam malam aku buat, sambil bakar dalam oven yang satu jam setengah tu, sambil iron baju. Before tidur, tepekkan buah2, wrap dan siappp masuk fridge...Takut jugak kot-kot jadi lembik..Penat geledah koleksi bag kertas, tak jumpe plak paper bag secret recipe, maka aku bungkus jela pakai paper bag yang ado yang ku rasa sesuai. Asben plak antar separuh jalan je sebab aku kena naik LRT...adoiyai...macam buat sukaneka rasanya..bawa sudu dalam air jangan menitis walau setitis..


.:: Awek paling gigih bawa dalam tren ::.

Snapshot perbualan dengan husband before hari aku buat pavlova:
Hubby: Napa buat pavlova?
Wifey: Senang, dan rasanya sedapp (bajet)
Hubby: Napa tak buat kek?
Wifey: Kek, puding etc dah ada orang buat, lagipun nak buat different kind of desserts.
Hubby: Pavlova is a type of desserts oke!
Wifey: Kan saya cakap "different kind", kalo buat carrot cake, orang akan cakap kek dia lagi sedap, kek tu kurang sedap etc...
Hubby: *cuba untuk setuju*........

Balik ke cerita harini, dalam pukul 9 camtu, akak ofis tanya "awak bawa pavlova ke?". Aku pun "a'ah" sambil sengih kerang rebus. "Akak pun bawa pavlova, tapi akak tempah". Apaaaaa....hahahahhaha...macam tak tally je dengan perbualan kat atas kan. Padahal aku dah gitau dari rabu lepas nak bawak apa. But anyway...nama pun pot luck kannnn....kebarangkalian sama tu tinggi walaupun dah ada list.


.:: Bersama seteru...gituuu...::.

So far, alhamdulillah ramai yang memuji, tanya resipi, tak percaya, mintak buat lagi bagai..siap kata susah nak buat pun ada..percayalah..pavlova ni jauh lagi senang dari kuih talam kottt.... yang susahnya...nak keluarkan duit beli fresh fruit yang $$$$ dan juga whip cream..hehe..Afterall, syukurrrrrrrrrr....its now Zulkaedah dah noks!