Sahara Tent Restaurant : Gathering + Iftar

Posted by mizzura on Thursday, August 2, 2012.
9 Comments

Salam Khamis!!

Gambar WW semalam tu sebenarnya snap waktu Iftar kat Sahara Tent Restaurant 29 July ritu. Hari Ahad esoknya nak kerja buat jugak makan-makan aktiviti.


.:: Sampai cabut belt auntie dokong si embam ni ::.

 
Nampaknye puasa kelapan pemecah rekod kali pertama berbuka kat luar lagipun sekalikan dengan gathering gang2 uitm. Selalu kitorang amik slot hujung-hujung bulan je tp dh memasing bz kann..maka kami cepatkanlah tarikh tu...Anyway..


 .:: Orang laing mengosongkan meja tak tahan dengan kami (kot) ::.
  
Lokasi ni bukanlah feveret aku sgt tapi ikut majoriti camtu la kaedahnya..aku book atas nama aku dengan no. telepon. Sekali member aku sampai dulu, petik nama aku takde sebab ditulisnya Marzian..mungkin dia translate ke arab cenggitu bunyinye kot ;-)


.:: Hi ana difanggil Marzian lah.. ::.

Sahara Tent ada 4 cawangan @ Ampang, Bukit Bintang, Alamanda & Shah Alam. Buffet kat Shah Alam RM52/pax and RM26/pax kanak-kanak. Below 4 tahun free. Pendapat aku food kureng and tak variety sangat compare dgn price..so pergi atas risiko sendiri kay.


.:: Aish, anak-anak merusuh buat table dance ::.

Mungkin dah buat style buffet aku yang konpius mana satu salad, entrees, main course sebab semuanya aku cedok masuk pinggan yang sama. Desert ngan soup je aku tau mana..Bukan apa, arabian food selalu amik ala carte je and rasanya kalau amik ala carte lagi puas hati and lagi murah dari rege buffet tuh. (pendapat sayelerrrr)


 .:: Baru cedok dua puluh hinggit ::.

Yang paling best ialah celebration salah sorang anak2 member bertemakan superhero. Sempat pulak member aku nih!! Buat cuppies untuk kiddos. Yang adult dibaginya tiramisu sedap tuh.. Then setiap anak dipakaikan kain terbang superman dengan initial nama masing-masing. Kreatif & rajinnnnyaaaaa *kagum..kagum..kagum*


.:: Dayana, Daris (Birthday Boy) & Safwan ::.


.:: Next time kena ada Boboiboi.. ::.

.:: Tiramisu heaven! ::.


Mmg kehhhcohhhh tu. Baru 14 adults + 7 kids. Kalo ramai lagi mmg Sahara tutup kedai untuk kitorang. Ini pun tak cukup korum. Next time boleh repeat lagi nih.

.:: Amboih... membuli kah ::.

 .:: Apala yang mummy kita suruh buat ni kan.. kira unta kot ::.

Kalau nak solat, surau Shah Alam Mall sempit kalo nak selesa pergilah masjid shah alam, boleh tarawih sekali. Doket yo..Pehtu, sambung balik buffet..hehe..tak silap aku sampai pukul 930 boleh lagi kot, sebab lama jugak kitorang lepak sini.

Happy gila!


Lokasi di Shah Alam - Dalam building Shah Alam Mall atau ramai yang suka panggil Plaza Masalam (Padahal Masalam tu building belakang Shah Alam Mall)



Next in list... Tuesday depan dapat jemputan kat Hotel pulak :-)


Credit: Sebahagian gambar dicedok dari FB pengantin baru dalam gambar ni.

Wordless Wednesday | Praktis Dapat Twin |

Posted by mizzura on Wednesday, August 1, 2012. Filed under:
5 Comments

Talented tak?