Keputusan England vs Italy, Euro 2012

Posted by mizzura on Monday, June 25, 2012. Filed under:
5 Comments

Pagi tadi bersahur sambil menyaksikan penalti kick Italy vs England.
England is my all time favourite team dari kecik sbb waktu aku sekolah dulu aku gila ngan mamat Beckham. Dah besor2 ni macam xtahu nak pilih negara mana selain three lion tu...

 (Silap, macam tak tahu nak pilih player mana hensem, so that aku boleh sokong team tu)..haha..


pic source

So England kalah gara-gara 1 sepakan yang gagal oleh Ashley Young yang tinggi sgt ke atas tiang gol dan 1 sepakan Ashley Cole yang berjaya ditangkap oleh Gianluigi Buffon, penjaga gol Italy.

Tension jer gua tengok dedua Ashley ni.

pic source

pic source

Tahniah la Italy sebab masuk separuh akhir bertemu Germany.

Bak kata tweet @adibahnoor

Mercedes vs Fiat


Eh pada aku plak, ibaratkan

Porche vs Ferrari

 
pic source 


VS

pic source


By default sapa akan menang? Huhu..


Dah macam pengulas sukan kekdahnya...

Permaisuri Resort Port Dickson

Posted by mizzura on Tuesday, June 12, 2012. Filed under:
12 Comments

Sejak kahwin ni makin kerap plak aku berjalan-jalan. Apa yg aku maksudkan dengan family in law. Mostly plan percutian telah dirangka dikerah oleh abang ipar aku, keke.. tapi knowing me..gua tarahal nak gi mana2 10x pun...asalkan gitau awal untuk aku plan bajet..haha..

Contoh tahun lepas je dah book tiket untuk ke Singapore bulan dua ritu. Bulan 3 dia dah book ke Port Dickson yang berlaku last weekend. Last time Air Asia sale, dia dah book kan ke langkawi untuk bulan 2 tahun depan.. Hujung tahun katanya nak g Beijing kalo ada offer best main salji..

Then last week kat PD dia dah tanya nak ke Cameron Highland bulan 5 thn depan.. Sangat awal merancang oo...haha.. Aku paling awal bajet nak travel pun busuk2 dua bulan.. Ye, aku tak suke plan awal2 takut tak jadi..






Anyway, nak elaborate panjang lebar pasal Port Dickson aku dah pernah bagai nak rak buat entry. Sekadar nak recap, boleh refer link ini pasal Port Dickson especially:

- Palm Spring Resort
- Duta Hacienda
- Go-kart di Port Dickson
- Menunggang Ostrich

Juga

- Kisah hantu di Port Dickson ---> Masih top 5 Popular Post sampai sekarang. Aku no komen eh tapi ada orang mengaku kisah benar..

*******************************************

Balik-balik pada topik di atas (kesian di anak tirikan), tempahan resort ni dibuat melalui peranginan kerajaan ke amende camtulah..maklumlah diorang ni (asben and BIL) kerja gomen. Untuk info lanjut tentang Permaisuri Resort Port Dickson serta gambar menarik sila klik sini

Terletak kat Tanjung Biru (baru tau, selama ni panggil Blue Lagoon je), so lokasi agak tak ramai orang, tapi personally aku suka lagi Teluk Kemang sebab pantainya cantik dari sini. Sini pasirnya coklat dah macam tanah laterit.

.:: View dari bilik::.

Gambar sangat tak ada manapun. A few pun snap guna tablet jek sbb camera tertinggal rumah. So ni antara gambar yang sempat aku snap. Resort ni dah macam apartment pun. Bilik besar gila, sampai bila dah baring kat katil nak amik handphone kat meja solek pun malas sbb, macam jauhnye meja tu.

Family members yang lain ada yang dapat apartment 3 bilik. So yang tu memang meriah gila la ngan anak2 buahnya. Accomodation lain yang aku nampak macam biasala swimming pool kanak-kanak ngan dewasa, playground, ada macam cafe mengadap pantai siap dengan stall. Family karaoke pun ada, satu lagu RM2, nyanyi 10 free 2 lagu. Sangat recommended nak buat family day jabatan ke company ke etc.





Malam kak ipar aku dah bookkan kat Ummi Seafood. Restoren ni kena masuk dalam kampung sket bukan yang tepi2 jalan tuh. Sampai2 makanan mmg dah tersedia.. Senang takdelah aku nak berkerut muka tahan lapar.

Ahad, pas mandi pantai, main layang2 (baru sedar last aku main layang2 darjah 6) masing-masing gerak solo family memasing. So aku and asben singgah kat Teluk Kemang ada bazar situ sambil lunch kt gerai hadap pantai sebab aku kepingin sangat nak minum air kelapa. Last time pergi, dapat isi kelapa keras. Nasib yang ni lembut sikit.


.:: Air Kelapa and Nasi Goreng Pataya ::.

Pas jumpe fridge magnet PD yang lawa kami pun gerak balik dan aku tertidoooo lena diulit mimpi dlm kereta. Penat ooo..sebagai denda tidur melahap dlm kereta, sampai je rumah aku kena hantar cuci kereta sebab asben plak nak sambung tido. Iyolahhh...

Madagascar 3: Europe Most Wanted

Posted by mizzura on Monday, June 11, 2012. Filed under:
5 Comments

Memang dah lama aku sefamily tak tengok wayang mahupun midnite. Selalu yang tukang ajak mak aku je siap dia hulur duit lagi..

Hari Jumaat lepas, pagi2 kat ofis dok sms asben, abah and mama available ke tak mlm nk tgk wayang reramai. Maklumlah kami ni serumah tapi masing2 penuh dengan aktiviti memasing. Lagi-lagi Ahad nak kena antar adik bongsu balik asrama and aku pulak ke PD weeken lepas so haruslah Jumaat tu jugak kannn.

Nak review serba sedikit cerita ni yang kami tonton dengan spek mata tiga dimensi. Kalau tak nah tengok Madagascar 1 & 2 ada baik korang khatam dulu sbb mmg sedia maklum cerita ni berkesinambungan.

pic source

Kalo masih ingat last time diorang terdampar kat Africa kann akibat plane rosak. So kali ni monyet2 tu berjaya repair airoplane tu and bersama penguin diorang pergi ke Monte Carlo kecuali Alex, Marty, Gloria and Melman. Aku a bit lost sbb tak tau knp 4 ekor watak utama ni tak folo skali.

 


End up, 4 ekor ni pergi cari Penguin kat Monte Carlo. Geram sebab kena tinggal kat Africa, Alex nak sergah monyet tengah berjudi and tersilap langkah kantoi plak diorang ni binatang. Bermulala plot semua binatang2 ni diburu oleh pemburu binatang terkenal kat Monte Carlo - Ms Dubois.
pic source

Minah Dubois ni gila kejar binatang ni sampailah ke New York. ( Oh akhirnya diorang balik New York). Kepala Singa aka Alex tu mmg dah jadi impian dia untuk buat koleksi. So konsep minah ni, apa nak jadi..jadilah janji aku dapat ko singa.

pic source

Diringkaskan dalam pelarian dionatang (haha..mcm xsesuai "diORANG") bertemu dengan binatang circus. So apa kesudahan bila binatang zoo bertemu binatang Circus? Kenalah tengok ye..


pic source

Tak sure samada ni last episod ke tak sbb diorang dah sampai New York kan. Aku plak tak baca review memana yg kata cenggitu. Cuma kalo nak compare 1 & 2, Madagasar 3 ni kureng sket tapi tetap best and kelakarrrr..


pic source

So cepat-cepatlah nonton eh!




R.A.T.E = 3.9/5

pic source

The "Naughty" Madagascar Penguins

Posted by mizzura on Wednesday, June 6, 2012. Filed under:
3 Comments

Helpppp....

||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
V

Landed in Malaysia...

O'ohhhhhh....!!!

pic source


MADAGASCAR 3 JOM :-)