I am 29 on the 29th!

Posted by mizzura on Thursday, March 29, 2012. Filed under:
16 Comments



The only screenshot that i have from
 my "limited access" pc.

Ada sapa-sapa boleh tolong
amikkan handphone,
tertinggal kat rumah plak
T____T


Lazy Sunday not so lazy..

Posted by mizzura on Sunday, March 25, 2012. Filed under: ,
7 Comments

Mowning yeberibadi.. (ahaks bajet darling fazura..hehe)
Wakeup wakeup! (merujuk asben..#tiba2)
Phew...penat kot..mlm td rs nk demam..pg ni selesema dah menunjukkan susunya (belum sampai tahap tunjuk taring)

Pukul 1 pagi baru sampai umah dari LCCT.. Mcm xsabar nak share story pasal our travel last 3 days.


.:: In Expressline to Ratchaprarop Station ::.

Tetiba aku dengar guruh kuat petanda hujannn.. Banyak yang nak dibasuh ni..me so lazy....huwaaaaa...!!!!

PHUKET : Phi Phi Island Trip

Posted by mizzura on Monday, March 19, 2012. Filed under: ,
12 Comments

.....Lagikkk... Lupa publish :-)

Sapa-sapa yang melancong ke Phuket atau Krabi digalakkan melawat ke sana. Jarak dari Krabi/Phuket ke Phi Phi Island lebih kurang 42-43km gitu. FYI, Phi phi Island, Koh Phi Phi dan Phi Phi Lay adalah nama yang sama. Pakej ni aku dah amik sesampainya di Airport haritu. (Dah cerita).


Hari kedua, pagi-pagi lagi, pas breakfast, kitorang dah berlegar-legar kat lobby tunggu drebar datang. Risau gak kena tinggal. Tips ambik pakej ni, siap sedia pakai baju basahan atau baju untuk berenang sebab memang korang akan basah sentiasa. No heel, wedges bla..bla..kaki ayam je pun...sebab selipa diorang kumpul before naik boat taknak berpasir.

Oke dalam pukul 9 pagi van sampai amik kitorang. Dalam tu pun ada lg 3 couple. 1 dari denmark, 1 negro, 1 lagi sombong wa tak kenal.haha..



Perjalanan dari Naiharn Beach ke Harbour dalam lebih kurang 1 jam. Dari Harbour ni, ramai lagi orang dari travel agency masing-masing berkumpul. Travel Agency aku bernama Rak Thalay atau Cintakan Laut/Air.  Total satu boat anggaran 30 orang. Dari sinilah boat pergi bawak pergi ke area Phi Phi sana. Jaraknya dalam 43 km dan mengambil masa 1 jam dengan speed boat. Trip ke Phi Phi Island ni meliputi lawatan berikut.

Maya Bay -> Loh Sama Bay -> Phi Phi Ley->Viking Cave-> Monkey Cave ->Phi Phi Don -> Khai Island.



Maya Bay & Loh Sama Bay

Lokasi pertama ialah Maya Bay. Dari jauh nampak cantik gila tempat tu. Katanya kat sinilah tempat Leornado Dcaprio berlakon dalam cerita "THE BEACH". Aku pun tak tengok lagi filem ni. Speed boat berhenti berdekatan pantai. Turun boat jalan kaki cepat-cepat nak bergambar takut ketinggalan nanti.

Masuk ke dalam hutan nak ke belakang pulau sebab dekat belakang situ ada Loh Sama Bay. Hutan dia macam dibikin je, bersih, cantik. Rasa macam studio pun ada. Macam tak percaya yang tempat ni pernah effect tsunami.



Loh Sama Bay banyak Batu besar. Tak recommended nak mandi-manda. Setakat bergambar je oke jugak. Lepas je bergambar  dan menikmati keindahan alam (Masya Allah - Phi Phi Island sangatlah lawa kejadiannya), kami ke depan skit, nak celup-celup badan rasa air di pantai Maya Bay ni. Tak boleh lama, tourist guide bagi sekejap je. Kitorang ada kata kunci takut bercampur dengan boat2 lain - Love the sea (sempena nama agent Rak Thalay)








Phi-phi Ley
Kemudian kami ke Phi Phi Ley, dalam perjalanan diorang ada provide air mineral/gas and biskut. Kalo-kalo rasa jenis cepat gastrik/kuat mengketedarah bawakler biskut sendiri. Maklumah biskut yang dia bagi share ramai-ramai, segan nak conquer.


Sampai sini boat berhenti kat tengah-tengah lautan. Then semua orang disuruh turun snorkelling. Diorang ada yang sewa kaki itik tapi aku malas nak sewa. Pakai alat snorkelling ngan life jacket je. Setiap orang dapat beberapa
cebis pisang nak bagi ikan makan..best gila dapat suapkan ikan..hehe..better korang bawak seketul pisang siap-siap (Kalau nak experience lebih la). Those yang takde waterproof casing korang bole beli.banyak dijual.


Travel agent ni ada provide diorang punya videographer. Dia akan record most of the moment kita secara random. Waktu snorkle laki aku lambai videographer yang nun tenggelam dalam air. Nak suruh dia record gambar kitew hulur cebisan pisang dan dikerumuni ikan sambil pegang tangan..oh jiwang gak asben aku ni..hahahahhahahahaha..

.:: Video Screen shot ::.

.:: Quality video diorang tak best ::.

 
Before sampai tourist guide ada buat joke...kalo bernasib baik boleh terserempak dengan "spesis ikan" glamour tu (Aku tak ingat)..kalo tak bernasib baik bolela terserempak dengan buaya yang larikan diri dari banjir kat bangkok tu...cuak seyhhh.. tapi dia berlawak je tang buaya.. (cabul mulut).

Always, dekat dengan boat and ikut arahan masa. Ada satu part boat baru nak jalan... Couple dari jauh dok jerit "tungguuuu...!!!" diorang berenang sampai ke mana tah.. kesian..mengah diorang berkuak dada nak kejar boat...sapa tak riso kena tinggal tengah laut?

Viking Cave

Sini, sekadar tengok secara dekat dari boat je. Sebab viking cave merupakan tempat terpelihara. macam conservative cave la.. sebabnya? Sinilah diorang membiakkan sarang burung untuk eksport. Untuk menjaga kualiti hanya yang
terlibat dengan industri ini sahaja yang boleh access.




Monkey Cave

Kalau tak beran jangan turun sini..(memang ada yang duduk jauh pun). Tujuan ke sini ialah untuk bagi monyet-monyet kat pulau ni makan pisang. Tapi jangalah korang nak mesra sangat. monyet tauler kan perangai pijak kepala dia bila kita bagi makan.



Phi Phi Don

Yesss..nilah tempat yang dinanti-nantikan sebab perut dah lapar. Sebab kedua sebab dah kebulor nak makan nasi. Asyik masak sendiri kat hotel je...Phi phi don ni ada penempatan sikit berbanding pulau-pulau lain yang kami pergi.. Yang before this semua sekadar untuk melawat sahaja.


Sini pun banyak souvenier, kalau korang berminat. Hampir nak beli baju, tapi macam malas arh..nanti ada orang bising, tak pakai..huhu..


Khai Island

Nila tempat last yang diorang bagi mandi lama..dekat 2 jam gitu. Thats why diorang limit kan tempat yang kitorang visit before this. Kat sini boleh sewa kerusi berharga THB 15 kot. Since duduk lama, nak taknak menyewa la jugak. Tapi korang akan diganggu dengan penjual ice krim yang asyik dok tanya nak aiskrim..? nak aiskrim...? Aku kedeks jadi minum n makan apa yang travel agent aku bawak jer...kikiki..





Dalam pukul 6 petang sampai lah ke hotel..Malamnya banyak lepak kat hotel je. Memang wajib pergi Phi Phi Island kalau korang ke Phuket atau Krabi. Seriusssss...

Next PHUKET : Elephant Ride
Dah baca PHUKET : Phuket Fantasea ?

Ke Pahang Kite

Posted by mizzura on Sunday, March 18, 2012. Filed under:
7 Comments


Sekarang dalam kereta otw to antar adik ke SBPI Temerloh.. Dia baru je masuk bulan 2 haritu. First time aku nak pergi, asben tak ikut main golf so better aku gagahkan diri pergi. Manatau pas ni asyik macam-macam hal je kan.. Yep, satu minggu ni aku buzy sebenarnya.. Macam-macam hel...

Oke, agak weird la kan bukak laptop dalam keta. Aku actually tengah mengisi masa lapang nak transfer semua gambar wedding dari DVD-R ke laptop. Satu DVD je dah makan 15 min. Semua ada dekat 30 keping. Aku patah balik KL pun tak habis transfer kot. Silap haribulan tak cukup space.. hehe..

Oke, aku ni pening sebenarnya..Dahla dok tengah, ngadap jalan melingkar-lingkar ke Pahang ni. Maklumla aku nye kampung Kuala Kangsor (Kg mak aku) tu straight je.. Tu pun jarang balik. Kg asben plak kat Rembau doket je.. So aku tak biasa ...kikikiki (BLE???).

Aku rasa last aku pergi Pahang dengan Cadlynn kot..Time tu aku sama company dengan dia. Kitorang pergi fabrication yard company kitorang kat Gebeng.. Ala time tu pun dak Lynn yang drive..hehe..

Wordless Wednesday |Jangan Tamak Air|

Posted by mizzura on Wednesday, March 14, 2012. Filed under:
6 Comments

Pic Source

Cendol Bakar

Posted by mizzura on Monday, March 12, 2012. Filed under:
8 Comments

Ye. Dah lama tak update entry makan kan. Terbaru, makan Cendol Bakar masa time balik kampung rumah mertua kat Rembau sana.



Sabtu lepas, pas attend 2 kenduri pun sempat jugak menyinggah. Baru bukak mestilah nak try. Location kat tepi jalan area Chengkau. Signboard dia besar-besar tulis CENDOL BAKAR (Kite bakor..kite bakor...yang ni aku sebut)




Family semua nk tapau, so akula yg ditugaskan membungkus. Sampai-sampai je usha menu terus aku pening~~



Rupanya, basic ingredient dia nata de coco, kacang, jagung, selasih dan off courselah cendolll..

Optional tu bolehla pilih antara CENDOL biasa (ayat kampungnya), pulut, tapai, tapai+pulut, durian dan durian+pulut.

Nak order kena tulis kat order sheet mcm kat old town white coffee. (Pergh akak ni, nk style moden). Dahla menu cendol biasa pun tulis cendol VVIP bagai. Poning kepala den.




Bila aku post check-in kat FB, ada member inform kat Sg Buloh and K. Selangor pun ada. Yang kelakar memula waktu nampak signboard CENDOL BAKAR ingatkan kotla cendol tu dibakar, rupanya owner kedai namanya ENCIK BAKAR. KiKiKi..





Overall, puas hati sebab ingredient die smua lengkap. Mewah la kiranya. Pekat gula merahnya, santannya, bendasingnya dan dia pakai ais hancur mcm ice blended tu. Aku tak suka ais ketul letak dlm cendol. Kesimpulannya sedap sampai rasa nak repeat. My pick goes to Cendol Durian.

 

MyKomuter Review - Tren baru KTMB

Posted by mizzura on Friday, March 9, 2012. Filed under:
14 Comments

Sedang menaiki tren baru KTM Berhad yang diberi nama MyKomuter.
Yang bestnya ada 6 coach, dan coach ke 3 & ke 4 dikhususkan untuk ladies sahaja.


Interior dalam mengingatkan pada MRT Singapore,
cuma susunan seatnya sahaja yang berbeza.
Ada yang dua-dua-dua ada yang sebaris..faham maksud kan?

Tapi kelajuan masih tak boleh kalahkan Myrapidkl-LRT PUTRA, MRT Singapore mahupun London TUBE. Mungkin faktor teknikal atau geografi menyebabkan itu sahaja kelajuan maksimum semua tren KTMB.

KEEP IT UP KTMB!



Barulah rasa santai goyang kaki pulang ke rumah..kalo tak, dah macam balik berperang jer.
~Dari pengguna setia komuter sejak 1995 - mulanya ada ketapi laju kat Malaysia ni~




 

*************************
Sampai rumah, nak update gambar baru yang dah snap tadi..
Tunggu update dari entry ini ye:-)
*************************



Update setelah sampai..

Rupa-rupanya, MyKomuter baru sahaja dilancarkan pada 8 March 2012, iaitu semalam. Yeay, one of the first naik coach baru!




So, ni antara gambar-gambar yang sempat snap guna tablet & handphone. Kualiti jangan dipertikaikan.



Memang tak ramai orang sebab ni stesen ketiga terakhir. Dekat full map dia lampu yang tunjuk dimana kita berada, tapi agak kecik tulisan. Perabun macam aku kena datang dekat baru nampak. Dekat skrin pun dia ada bagitahu station mana tren ni stop.





Anyway, overexited update cepat sebab terBANGGA jap tren KTMB kali ini berbanding yang lain. Moga diupgrade lagi perkara-perkara yang lain, yang banyak lagi kekurangannya.

Ayuh, try cepat sebelum tren MyKomuter sesak kembali dek ramai teruja :-D






Wordless Wednesday |2 Weeks Challenge|

Posted by mizzura on Wednesday, March 7, 2012. Filed under:
4 Comments

Published with Blogger-droid v2.0.4