PHUKET : Pentingnya AIR ASIA INSURE TRAVEL PROTECTION

Posted by mizzura on Tuesday, January 31, 2012. Filed under: ,
13 Comments

selingan *pergh...aku memang dah schedule entry ni..dah siap lama dengan gambar bagai..gatal edit sket tetiba hilang semua! memang pemutus urat gelak betul lah...grrrrr*

uhh... (tarik nafas dalam..sambil pikir nak taip laju2)

Last time aku ada keluarkan satu entry tajuk "adoiyai air asia". Cerita sebenar akan ku cerita di para bawah sekali..semuanya gara ketahapa-apaan kaunter air asia. Sebelum tu, moh cerita di hari aku depart dari LCCT, Sepang dulu.. (nampak..ayat pun dah lari dari entry asal yang aku dah schedulekan..semakin panjang lebau)

.:: Disembark kad wajib tulis dan simpan dengan passport, senang::.


Flight aku dari LCCT 6.55 am dan sampai Phuket dalam 7.20 am Phuket(kiranya 820 Malaysia). Sungguhpun check-in hotel pukul 2pm, aku memang semangat kobar nak g awal sebab nak naik gajah..haha. So malam sebelum gerak tu, aku ada imsomnia sket (mmg symptom kalo nak travel), lalu menghabiskan masa menggoreng sebungkus drummet. Oh ye, FYI, travel kali ni aku bawak banyak barang mentah sebab nak masak (Oop, kat sana masak pakai dapur apa tu?).

So on the day tu, pukul 430 pagi dah siap bagai, pas je aaaaminn berdoa solat subuh terus abah hantarkan kitorang ke LCCT. On the way nak naik ke kapal tu, boleh plak terserempak dengan YUS Raja Lawak (JAMBU).. tapi morning sickness nye pasal aku malas nak kejor bergambor ngan dia(Bajet aku siapa?). Kebetulan lagi Darling Ngasri ngan family-family dia pun sekapal ngan aku. Anak dia mak aii tembamm..aku hanya cuit2 kaki anak dia jer..Memang pagi tu mood nak bergambar malas biarpun Darling tu berdiri kat sebelah je waktu tu. 

.:: Gambar blur effect subuh ::.

Waktu ni Air Asia memang galakkan web check-in, so aku sampai tinggal register luggage je la. Naik je kapal terbang memang aku dah aim nak tido. Kalo ikut kan 6.55am dah gerakkan, tapi ada lewat sket dalam 7++ maka aku pun terlena dek kerana tak cukup tidur semalamnya.

Sampailah satu part tu aku mimpi nama penuh aku disebut-sebut (Adalah lebih setengah jam tidur). Oh rupanya, abang steward panggil akak kerrrr.. sebab aku dah pre-order meal siap-siap - Spagetti Bolognese! Malas dah tunggu troli tu sampai ke seat, alih-alih nanti maggi je yang tinggal tau..(pernah terjadi waktu balik dari Bandung..time tu lapar giler...rasa nak beli jer 10 maggi)

.:: Aikk mana datang drummet 2 ketoi? ::.


Selesai je aku makan, Pilot Ohsem tu buat announcement "PENERBANGAN INI MENGALAMI MASALAH DAN AKAN PULANG SEMULA KE KUALA LUMPUR" Beb, ni buat lawak ke apa ni, dah hampir sejam kat awan nano ko nak mendarat patah balik, bikin filem ke apa.???!!! Tapi memang asben aku ada rasa tak sedap hati waktu nak berlepas tu, pasal dia ada bau minyak sket. Memang dia ada tanya aku, tapi aku kan ngantuk...bolayan je.

Sampai LCCT adalah dalam pukul 830 am gitu. Puas dah aku ulang alik toilet, derma duit kat kafe-kafe berdekatan dan apa lagi? Hei, aku patut dah naik gajah tau time ni! (KESIAN GAJAH TUNGGU). Sekali tu aku tanya staff, agak-agak pukul berapa boleh gerak. Dia cakap dalam pukul 945am gitu habislah repairnya. Erkk? Repair? Aku tanya lagi, kalo repair tak oke, dia cakap "KENA TUNGGU NEXT KAPAL TERBANG"... ACI ? Time ni aku memang rasa ralat sebab aku tak semmmmpattt sangat nak purchase Air Asia Insure Travel Protection tu. Nak je beli gak time-time tu, tapi nak purchase pun kena a few hours before flight.

Dalam pukul 1015am dah naik balik flight yang sama jugak. Mana aku tau? Pasal tisu yang asben selit kat jaring-jaring kerusi tu wujud lagi. Serrrammmm jer dok dalam tu...berdoa je ler banyak-banyak...

.:: Cari benda tersembunyi --> TISU? ::.


*****************************************

KENAPA aku tak beli AIR ASIA INSURE TRAVEL PROTECTION

Oke, jari sedang bernafas panjang sebelum menaip.

Aku memang tak beli tiket awal-awal coz, hotel tu tak reti nak confirmkan reservation pada date yang aku pilih tu seawal mungkin. Aku kol reception SIAM tu, tapi dia susah nor nak paham aku cakap omputih. Last-last dia suruh aku email. Dah email tanya date pun dekat seminggu dia tak balas. Sampai lah aku send reminder, sampailah aku suh member kat Bangkok cek kan no. hotel ni. Betul cakap member aku, orang Thailand ni, dia bukan nya nak amik hati customer sangat, lagi kita marah, lagi la tak best layanannya. (SEKADAR KONGSI).

Setelah lebih dua minggu, baru dia reply. Time tu aku ada lagi seminggu je before pergi, maka terkocoh-kocohla aku beli tiket hari Ahad tu pasal jumaatnye nak gerak dah. Kalo ikutkan beli tiket via web oke jer kan, entah kenapa haritu ada problem. Eventho transaction succsess, tetiba web tu kuar status pending payment. Tapi bila aku cek Booking No tu, dia tak wujud pun.. Eihh?



.:: Padahal bank transaction kata success ::.

Sebab malas nak layan menate web ni, aku terus pergi Kaunter Air Asia yang kat KL Sentral tu..Yang tak ble blah, purchase ticket tak boleh sekali dengan Air Asia Insure Travel Protection tuh, kena gi kaunter. Aku amik nombor, beratur kali kedua (tadi beli tiket jer) bila nombor panggil aku cakaplah nak beli travel protection. Terkulat-kulat muka dia. "Kak, orang yang pegang kunci untuk insuran ni dah balik lah" Pukul 6.. Bengkek gila, dia soh datang besok.

Tak kose aku, Khamis plak aku balik kerja malam, memang tak sempatlah. Padahal aku memang turun KLSentral.  Nak online beli pun tak sempat sampailah hari travel.

TAPI APA PENTINGNYA TRAVEL PROTECTION NI ????


.:: Jelas bersuluh ::.
pic source

Untuk kes aku yang kapal terbang rosak dan sebabkan delay tu, aku boleh claim up to RM200 tau! FYI, travel protection ni regenya RM21 je untuk return (Kalo regional) dan ko bole claim RM200. Skang sapa yang RUGI...????

Aku takle terima akak yang balik kerja awal tu. Tak kira, dialah punca tak naik gajah pagi tu!



Dah baca PHUKET : Destinasi berbulan madu?





PHUKET : Destinasi berbulan madu

Posted by mizzura on Monday, January 30, 2012. Filed under: ,
13 Comments

Hi newly weds!


Mungkin korang takde plan nak honeymoon lagi? So aku suggest pergi PHUKET. Aku tak amik pakej pun. Aku hentam beli kat GROUPON on the same day aku singgah Travel fair yang kat Mid-Valley somewhere in Nov 2011. Pasal murah, Harga asal RM668 untuk 2pax 3D2N termasuk Daily Buffet Breakfast & 1xDinner (INFO SINI). Tapi aku dapat almost half price iaitu RM349 untuk 2 orang. So 1 orang jatuh RM174.5. Bahagi 2 malam dapat RM87.25 semalam termasuklah breakfast. Best oo sekarang tengok deal murah-murah..

Tapi, pas beli baru aku terfikir nak cek location. Bila aku usha map, rupanya dia jauhhh dari tourist centre. Disadvantage nye ialah, transportation nak ke tourist attraction tu mesti leceh sket. Plus, airport ke hotel tu about 50 km. Dush, berapa lah tambang diorang cekik nanti.



MAP SOURCE

(Tengok berapa jauh Airport dengan Naiharn Beach)


FYI, the best area nak stay kat Phuket ialah Patong Beach. Kalau sesiapa pernah pergi BALI, kiranya Patong ni macam area KUTA kat BALI. Anyway, Naiharn Beach pun oke jugak untuk honeymooners.Sebab kengkonon kat hujung area tak sesak dengan tourist centre. Serius!

PHUKET INFO
  • Best time nak travel sini ialah dari Nov - Mar sebab May - Oct tu climate nya samaada terlalu panas takpun selalu hujan. Anyway, since Malaysia pun climate camtu, so tarahalah kalo nak travel anytime :-)
  • MAKANAN? mostly yang stay sini adalah MUSLIM. Since kami stay jauh dari Patong, kitorang bawak banyak makanan untuk dimasak in case malas nak keluar jauh. (MASAK? CAMNER TU EH???)
  • Nak convert currency Thailand senang jer.. RM1 ~ THB10 (sebenarnya THB9++). Cuma sini entrance untuk setiap attraction tu mahal giler. So kena pandai grab best offer and pandai mintak murah.
  • Kebanyakan warga tempatan PHUKET reti cakap english so senang nak communicate, tapi diorang ni pun kebanyakannya RETI CAKAP MELAYU cuma taknak mengaku je kadang. So beware kalau mengata something especially depan tourist guide korang.
  • Nama Phuket menurut wiki plak berasal dari perkataan melayu yang bermaksud BUKIT.
  • Masjid melambak-lambak, waktu sembahyang lebih kurang awal sejam dari Malaysia sebab waktunya pun awal sejam dari Malaysia. GMT+7.
  • Phuket merupakan sebuah PULAU, cuma dari map Thailand nampak macam bercantum dengan tanah besar. Memula aku confius asal orang cakap Phuket Island padahal nampak cam camtum dengan mainland. Rupanya tidakkk..Cer refer map atas.
  • Istimewanya Phuket sebab pantainya yang biru sangat-sangat-sangat manakala pasirnya halus sehalusnya dan putih melepak. Cantiknya kejadian alam ni. Dan jangan tak tahu, Phuket merupakan salah satu tempat yang paling TERUK DILANDA TSUNAMI pada tahun 2004.

So cekidaut next info pasal PHUKET yeah! Cerita 2 bulan lepas sebenarnya ni.hehe...

Arrowhead China Chips (Buah Ngaku)

Posted by mizzura on Wednesday, January 25, 2012. Filed under:
12 Comments

Yuhuu..!
Amacam? Cukup ke tak cuti CNY?
TIDAKKK...
Kannn..?

So ni nak cerita buah yang sangat
sinonim bila tiba Chinese New Year iaitu
Arrow Head China.

Mostly, time CNY ia akan muncul
melambak-lambak di pasaraya dengan
harga yang murah mahupun mahal.


.:: Mahal, tapi bedal ::.

.:: Figura Arrow Head ::.

Story pasal buah ni ada dua kes,
yang kelakar dan tak kelakar.
Kalau nak yang kelakar scroll bawah sekali.
Hehehe..



Yang tak kelakar
Jumaat lepas aku singgah Cold Storage KLCC
nak cari bahan perapan ayam.
Dan-dan terjumpa Buah Ngaku aka Arrowhead.


.:: Posing Maut ::.

.:: Tayang bawah ::.

.:: Tayang atas ::.

Biarpun mahal, belilah jugak, sebab teruja baca blog Sue pasal dia goreng arrowhead ni. Lagi teruja bila baca cerita Nozie pun dah buat and cerita kat blog dia jugak.

.:: Before goreng ::.

.:: After goreng ::.


Komen isi rumah,
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 SEDAP BERLEMAK!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Iye. Lagi sedap dari kentang dan lagi lemak dari ubi. Aku rasa kalo makan ubi banyak tak elok nanti asyik terkentut..haha..so better makan Arrowhead Chips ni. Lagi pulak kalo makan potato chips kena ada garam dia. Yang ni.. tak perlu!  Hiris dan goreng. Senang kan...kan..kan...sedappp...rugi tak cuba tau! Buahnya kalo dah di kupas macam sengkuang. Aku ni "jaks" kejap jadi aku test rasa yang mentah.. rasanya macam dalam buah kelapa yang ada biji kat tengah kita ble makan tu apa nama eh.. (time ni lupa).

Yang kelakar
Aku malas type, meh aku copy,crop, edit, paste cerita yang aku komen kat blog sue. Hehehehehe..


Itula kisahnya..

Opp balik pada cerita atas sekali, aku ada cakap bahan perapan ayam kan. So lebihan arrowhead chips tu aku tambah kat hidangan dinner aku malam tu.


Lemon Herb Roasted Chicken served
with apple puree, salad  and arrowhead chip.

Apamacam?



Makna Gong Xi Fa Cai?

Posted by mizzura on Sunday, January 22, 2012. Filed under:
4 Comments

Sekadar nak recap, apa yang aku belajar waktu kelas mandarin di UiTM dulu.

Gong Xi bermasksud TAHNIAH

Gong Xi Fa Cai bermaksud SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI

Xinnian Kuaile bermaksud SELAMAT TAHUN BARU CINA

tapi aku selalu terucap Xinhun Kuaile kat member cina aku yang belum kahwin.

Xinhun Kuaile bermaksud SELAMAT PENGANTIN  BARU....haha.. bengkek diorang bila aku ucap ni.
Chorrriii..

Jadi berdasarkan input atas ni,
kalau nak wish selamat tahun baru, ucapan yang sesuai ialah...?

Kalau masih belum pernah baca entry
Shuh pergi..! 

Malaixiya Ren,
Xinnian Kuaile.
Gong Xi Fa Cai!

HAPPY YEAR OF THE DRAGON!

Diskaun RM2 Burger King Mexican Crunch

Posted by mizzura on Thursday, January 19, 2012. Filed under:
10 Comments

Ola BK Lovers!

Kelmarin kutip The Sun free kat LRT Station
& terjumpe promo ni.

.:: Nacho Whopper Jr. ::.
{A la Carte at RM6.95 / Medium Value Meal at RM9.95 }

Dannnn...

.:: Nacho Tendercrisp  Meal ::.
{A la Carte at RM9.95 / Medium Value Meal at RM13.50}

Beserta kupon ini..


Jadi semalam balik kerja kami bergegas ke
 Drive Thru BK Bukit Tinggi
untuk daparkan Mexican Whooper Jr dan ini

.:: 180° Rotated Chicken Tendercrisp ::.

Walaupun first impression macam, "eleh tambah nachos jer kat burger ni" tapi dia memang SEDAPP!!

Oh kupon tadi tu bertulis,

"Get RM2 Discount of any
BK Mexican crunch Value Meal"

Valid from 17th ~ 22nd January 2012

The best part is

Kami tertinggal kupon tu kat rumah..
so rugi EMPAT HINGGIT.




Tips Kombinasi Aiskrim Bijak

Posted by mizzura on Wednesday, January 18, 2012. Filed under:
11 Comments

Pernah tak korang beli aiskrim murah
pastu underestimate aiskrim tu,
 lalu menyediakan bahan-bahan sampingan
dengan harapan lebih sedap dari
Haagen Dazs?


 .:: Saya pernah! ::.
  

 .:: Flavour oke, tapi kurang CREAMY ::.


Apakah persamaan apabila :

Yam Ice Cream + Choc Chips
+ Banana + Blueberry filling =?



Since, ais krim ni jenis cepat cair,
maka rasanya macam makan 

PENGAT pisang + keladi.


Menjawab Pertanyaan Staff Tutti Frutti

Posted by mizzura on Tuesday, January 17, 2012. Filed under:
51 Comments

Ada satu entri WW tu, aku mentioned pasal pembukaan TF, Ampang Park kann..


 
Pastu, suatu hari munculah satu komen berikut:


 
Okelah, jawapannya

HARUSLAH DAH PERGI :-)

Iye tak tipu,ni haaa gambar yang dicedok dari blog Intan.

.:: Dowh, background tak lawa plak ::.


Takpun, usha je entry Intan pasal TF ni.


Jawab tak? Jawab tak?

Ahaks, kalau singgah dapat free tak nanti ?

Diskaun ke?

Free topping ke?

Hehe..

Anyway, will keep on supporting uolss.
No Worries..
Psstt...Calender xdpt lagiler (~_-)

Note: Cool blog pun share tempat dengan TF yer, caner ni dua-dua pun suka..Time comment annon ni keluar, kebetulan memang lalu TF, Ampang Park..tapi since tak tau siapakah gerangan annon ni, tak dapat nak perkenal kan diri :-D

2012 The ReIntroduction

Posted by mizzura on Monday, January 16, 2012.
8 Comments

Oh hai..!
2012 masih bau-bau segar lagik kan?

Rasanya dah hampir 6 bulan, blog ni terabai dari segi content. Sampai suami cakap. Takde cerita yang best ker? Pemalas betul nak update blog..erk?

Ok best kat sini maksudnya takde pengisianlah..asyik membebel dengan cerita-cerita basi jer..Best kat korang plak bila baca blog ni...? (GILA..BAJET BLOG DIA BEST)

Hmm, diam tak diam dah 2 tahun blog ni dilahirkan.Pergh..ayat dah macam membesarkan anak pulak kan.Tak salah kot kalau aku nak buat pengenalan semula..(BAJET MACAM GEORGE LUCAS BUAT STARWARS). Nak kata rebranding tu jauh lagi planningnya tu. Tapi sekadar nak refresh tujuan blog ini WUJUD.

So cekidaut info dibawah.


Kenapa buat blog?

 
Sebab cosmopolitan..haha.. Aku dah mention benda ni weih kat entry memula dulu (sini)

Aku bukak akaun blogger somewhere tahun 2009, tapi tak start blogging, pasal tak tau menda.. Aku bukak pun sebab cosmo promote blog dia..so aku nak mengomen senang, tinggal log-in je.

Aku nak berblogging, aku berbelah bagi..takut-takut terancam chewah. Tapi nak membebel banyak-banyak kat luar pun, bukan semua orang bole hadap ko 24/7 ko punya cerita ye tak. Jadi terpaksa lah transfer saraf mulut ke saraf jari. So takde lagi istilah "kecoh arh ko ni" sebab "jari aku yang bikin kecoh" (MALANGNYA JEJARI AKU GEMUK PENDEK TAK RUNCING T_T).
 

Kenapa nama blog K.I.S.A.H.N.Y.E?
  
Kalau ikut hati,nak bubuh huru-hara diriku, tapi aku risau yang baca tu pening dan mual-mual sehingga disangka mengandung (MACAM IZAH OMBAK RINDU TU).

So amik yang lembut sikit sebutannya-> Kisahnya... Ate mak teman orang peghok, orang kuale tu ha..teman asimilasikan sikeit dengan huruf "e" kat hujung..Maka jadilah K.I.S.A.H.N.Y.E... (NYE tu leret peghok sikit iyer..Ate..)

Username tu nama glamer ke?


Username tu bopren universiti (AKA HUSBAND) yang bubuh nama kat pendrive kingston 256MB beli pada harga RM75 di tahun 2005. Sampai ke sudah aku guna nama tu.

Aku prefer korang panggil aku zura. Salah sebenarnya yang panggil aku cik mizzura atau kak mizzura. Sebab ada penggandaan kata nama disitu macam cik mizzura bersamaan cik cik zura (HA BANYAKNYE DIRIKU).Kak mizzura rasa macam nama jepun pun ada.hehe.Apapun kita tak marah korang panggil cenggitu :-)

Yang pasti, Mizzura datang dulu dari Mizznina yerk..kikiki.

Fokus utama berblogging?


Oke, fokus utama, nak share input yang diselitkan dengan perasaan tukang beri input.

Main fokus nak share pasal travel (HOBI), makan (HOBI), Hang out (Yang Pelik atau First Time Cuba), Contest (HOBI JUGAK), Fesyen (OH TIDAK.. LAYAK KE?), MEKAP (OH TIDAK), Motivasi (SEKALI SEKALI), KERJA(MUNGKIN JUGAK), WEDDING (KALO RAJIN, B2B suka ni)..

So far memang selama ni itu je fokus aku.


.:: Gambar senget mewakili gegirls yang senget ::.

Cakap pasal travel, ada hutang entry Singapore yang terbantut separuh (Tahapa-hapa aku ni) jalan dan cecerita yang lain. Nanti uollss cekidaut keh..Jejari gemuk pendek nak menaip cerita :-D  Those yang masih mengikuti, i lap u bebeh!!