Menu Aidiladha : Rendang Cendawan & Cadbury Crunchie Cake

Posted by mizzura on Saturday, November 3, 2012. Filed under: , ,


*Draft yang ditaip pada malam aidiladha, pastu tertido pastu terlupa post....*
Harini aku cuti and dah berada di kampung suami. Semalam kerja, lagipun report tak siap lagi, so nak cuti awal macam tak sesuai jerk. Sampai rumah pulak 730 pm. Dapat berehat kejap je, sebab nak buat menu aidiladha yang pertama kali aku nak cuba.

Memula buntu jugak nak bawak apa sebab kampung asben omak eh memang masak lemang, so rendang ayam memang dah adala. Kalo aku nak buat ketupat segera lauK bagai di malam-malam suntuk semalaman mau panda mata aku.maka ku google lah keyword "MENU AIDILADHA". Dalam banyak-banyak hati terpaut pada Rendang Cendawan. Interesting!

Resipi, ikutlah citarasa rendang masing-masing, cuma tang daging/ayam korang tukar ke cendawan je. Tips, jangan awal sangat masuk cendawan biar kering sket dah masuk cendawan. Sebab, makin lama dia keluarkan air. Okay, nak resipi jugak ke? Aku taip berdasarkan apa yang ku ingat.

RENDANG CENDAWAN

Bahan-bahan
400g Cendawan Tiram
500g Cendawan Butang (bukan yang dalam tin)
Santan (tak sure, main masuk je maybe dalam >500ml)
2 sudu kecil serbuk kunyit (sebagai warna)
Cili Blend ( dalam setupparware taufufa tu - measurement ngko tak agak-agak)
Gula melaka 1/4 ketul(yang bulat tu) tapi depends la manis lebih ke tak
Daun Kunyit
2 sudu besar kerisik
1-2 keping Asam keping
Garam secukup rasa

*Bahan Kisar*
8-10 biji bawang merah
3-4 biji bawang putih
Halia sebesar ibu jari mak aku (tolong jangan jumpa mama ku)
4 batang serai


Cara membuatnya:
1: Basuh cendawan dan toskan. Untuk cendawan butang, potong slice kecik sebab dia tebal.
2: Masukkan bahan kisar dalam kuali dengan api sederhana besar.Masukkan santan, cili dan serbuk kunyit, gaul untuk
sebatikan bahan dan biarkan sehingga menggelegak.
3: Setelah menggelegak, masukkan cendawan. Tapi digalakkan tunggu kering sedikit, sebab cendawan ni mengeluarkan 
air pulak. Jadi lagi lambat nak tunggu kering.


4: Setelah cendawan sebati dalam beberapa lama (tapi agak lama, maybe 15-30min)masukkan asam keping kerisik, garam
secukup rasa. Kemudian, cek kalo pedas, masukkan gula melaka ikut kesesuian.
5: Dah agak nak kering, masukkan daun kunyit dan biarkan hingga kering (depends lah berapa kering korang nak)
Cendawan Tiran mudah kecut, so kalau nak pakai dia je memang kena lagi banyak la dari 400g. Cendawan butang tak
berapa kecut sangat. Since malas nak borong banyak cendawan tiramlah aku coverkan dengan cendawan butang. Idea lain
nak masukkan ayam sekali pun boleh jugak. Tapi kena masuk awal lah. Tak boleh lambat-lambat macam cendawan.
Pukul 12 pagi habis buat cendawan ni noks. At the same time, ku pukul bahan kek pulak.


************************************
KEK COKLAT CADBURY CRUNCHIE

Resipi coklat kek, tak ku ingat tapi pakai je mana-mana resipi coklat kek standard. Last sekali before masuk oven, aku masukkan cadbury crunchie yang dah dihancur kasar ke dalam bahan. Manakala bahan asal aku kurang kan gula dalam 5-10g gitu.


White chocolate aku cairkan secara double boiler, tapi yang brand aku beli ni macam manis sangat and kurang lemak, so aku campur 2-3 sudu full cream dutch lady milk and letak minyak jagung dalam 1/4 cawan untuk kurang kelikatan
white chocolate. Kemudian di lemparkan atas kek coklat ku.

Potong kasar cadbury crunchie dan taburkan di atas white choc topping dengan peeeenuhhh kasih sayang..haha..


Bahan yang aku buat ni hasilkan banyak so dapatla buat dua kek size 7 inchi. Satu tinggal untuk mak mertua isteri & satu untuk mak mertua suami (mama aku la tuh)..

Pukul 2 pagi siap ngko. Selamat datang ke dunia PANDA!




Sampai je rumah MIL, lemang dah siap sedia untuk di mamam dan di bagi-bagi pada yang mengorder. Rajin mak mertua aku jual...




4 Responses to Menu Aidiladha : Rendang Cendawan & Cadbury Crunchie Cake

  1. BAIZURA NATASHA

    Zura.i nk oder kt u choc cake cadbury crunchie bole? Tingin pulak tgk. Bole la plsss

  2. aini shahroni

    rendang cendawan??
    first time dengar..
    mcam lazat jer..
    yum yum..

    from ::Arkitek Hati::

  3. norinaomar(Chekgu Noi)

    aduh zura..menarik tertarik

    pekata zura bagi kat kita resepi kek tu dengan sukatan yang betul, saya ni bab baking belum pandai nak main lempar2 nih hihihi

  4. fiqkbe

    cm best je rendang cendawan tu. next time nk try la ;)

Leave a Reply