TURKISH INDULGENCE By Secret Recipe

Posted by mizzura on Tuesday, October 16, 2012. Filed under:

Jumaat lepas otw home kat KLSentral aku sangat lapar tapi malas nak lepak makan lelama kat situ. Masa ada kurang 10 min before tren ke Pelabuhan Klang sampai. Maka gigihla aku buat express foodhunt tapi semuanya beratur panjang.


Kebetulan kiosk SR terletak betul2 sebelah gate komuter maka dalam baki berkurangan dari 10 min tadi aku pejam mata jela beli kek.


.:: Sempat robek 3 suap before tren sampai ::.

Bajet nak yang 7 hinggit je sekali terpegun jap dengan kek baru TURKISH INDULGENCE. Harga sepoloh hinggit. Argh, cuba mengalih pandangan tapi mata aku dan kek Turkish ibarat besi magnet satu hujung N satu hujung S maka terpaut kau dihati..kakakaka..


.:: Pandanglah pesonaku.. ::.

Sedappp..bawah dia ada coklat keras yang meliputi marshmallow dan jelly turkish tu perghh...atasnye ada light cream dan atas lagi disalut coklat dan ditaburi pistachio. Sedap weyhh...

.:: Sampai terkeluor border nak kasi detail kek ::.
Semalam lunch berjaya seret adik cadlynn mamam kek ni. Dia lunch ni je?? Hebatlah ko! Dan aku hanya amik set lunch Singapore Laksa yang tak sedap tuh.. Rasa macam gulai tawar apa tah.. Take note yer SR Capsquare..!





Ohhhhh.. Turkish Indulgence aku terbayang dikau lagi...nom..nom..nom...