Rosli Mee Rebus & Tauhu Goreng

Posted by mizzura on Tuesday, October 23, 2012. Filed under:

Panassss..panassss... aku kepanasan balik dari makan tengahari tadi.



Kalini aku mencuba makan Mee Rebus plak..bukanlah favourite aku makan mee mee ni, tapi bila google search makanan sedap area office, ini plak yang muncul.

MI REBUS ROSLI

Dah wujud dari zaman tok kaduk lagi, kira otaimer lah gerai ni kan..bukak pon kat lorong-lorong jer dari zaman mak pak kita..*jimat kos*



Aku jalan kaki, dari ofis ke sini agak 15 minit jugak sebab sesat bagai. Padahal, siap pakai google map tuh..koordinat yang blogger tu bagi salah plak direction nyer..adoiii...gaya kalah amazing race.




Senang cerita, dia dekat Mydin KL tu, belakang building bernama Wisma Hanifa. Kalau ternampak Jakel atau Ariani kat Masjid India dah kira dekat lah tu.




Kalo masuk lorong-lorong tu, memang banyak kedai-kedai makan, korang explore jelah.. Time ni pon putus asa gak, rupanya depan tu je sket, Mi Rebus Rosli.



Menu ada 3 jer, Mi Rebus (RM4.00), Tauhu Goreng (RM3.50) dan Mi+Tauhu (RM5.00). Air order sebelah sirap limau gara-gara panas sangat, ku order ais.



Tempat sangat limited, tapi diorang sediakan banyak meja kat opposite jalan ngko..sampai camtu sekali. Duduk celahan tu pun orang sanggup!!


Oke, first aku nak komen ialah Tauhu Goreng dia...Kuah kacang dia, Masya Allah, sedap gila beb. Terase pekat sebab kuantiti kacang tumbuk dalam kuah tu banyak. Kuah tu pun, hujung-hujung ada rasa masam sket, which is blended nicely la. Tauhu tawar + kacang  + kuah masam manis..yummmmm...setiap kali masuk mulut setiap kali tu aku cakap, sedapnya..masuk mulut-mmm-sedap-masuk mulut-mmm-sedap..kikiki..


Mi Rebus plak, kuah dia sangat pekat. Mi plak tak rasa kapur which is good..so combination kedua-duanya memang not bad, bole masuk...tak muak macam certain2 mee.ramai suka, cuma kan aku cakap..mee mee kuning ni memang bukan favourite guer, tapi still sedap jugaklah!





Rosli Mee Rebus & Tauhu GorengLorong Bunus 4
Off Jalan Masjid India
Kuala Lumpur
019-2803171
017-6413463
e-mail: roslimeerebus@gmail.com
9.00am - 5.00pm
Ahad , Public Holiday & certain Sabtu Tutup
 

RATE 4.4/5 

10 Responses to Rosli Mee Rebus & Tauhu Goreng

  1. CaDLyNN

    sedap!
    aku yg bukan penggemar mee pon makan habis..haha..

    gile foodhunter la kite..
    jap aku nak create CTR..kah2 :p

  2. Tihara

    as salam,

    mmg sedap, sambil telan air lior je.bagus tlg pomot biz melayu..moga bertambah maju..terus rasa teringin ni

  3. mizzura

    Lynn:: hehehe..wartawan jjc tak didendang..

    kak tiha: yezza...banyak lagi nikmat makanan tak di try kat KL nih :-)

  4. Cinta Misteri

    FuyyoΘ.. Dah mcm JJCM ni,. Klau g kl next mth, nk g try la..

    Hurm..menyelerakan..seb baik puasa, klau tk lunch time ni dh mncari

  5. nurleeta

    alahai... ahad tutup la pulak.. Kelas kat area tu weekend je.. teringin giler nih...kalau lunch time weekdays rushing la pulok

  6. Hazmin Hamudin

    Sedap sangat ke mee rebus ni..? Boleh try nanti ni..

  7. NORSHAHFEZA HAMSAN

    sedapnyerrr tahu ngn mi rebus tu,,terliur lah,,haha

  8. Mee Bandung Bp

    Salam puan

    Jemputlah cuba mee bandung kuah kacang 'odeon' batu pahat :)

    Senarai Rakan niaga kami:-

    Restoran Anjung Warisan
    Jalan Petri, Johor Bahru (Belakang Yayasan Warisan Johor)
    Waktu niaga: 7.30malam hingga 12malam


    Gerai Makan MBJB Skudai Kiri
    Gerai makan No.7 (Sebelah Cimb Bank)
    Bertentang dengan Bangunan Petronas Bandar Baru Uda, JB
    Waktu niaga: 3.30petang hingga 12malam


    Teh Laris Kafe 21 Jalan Snuker 13/28, Seksyen 13, Tadisma Business park . Setiap hari kecuali Ahad. 8am to 7pm


    Stall Puan Aniza Muhamad (Mamak) Sebelah Pasaraya KK, Depan Pasar Awam, Pekan Sg.Besi, Kuala Lumpur. Waktu niaga: 7malam hingga 12malam


    Kopitiam Sukand's
    62 Jalan Bandar, Port Dickson


    Restoran Syahirah
    No.8L & 8M Jalan Tun Habab, Kota Tinggi (Sebaris Ambank, berhadapan Hotel Mayres)


    Restoran Mama World
    973 Jalan S2F22, garden Homes, Seremban 2


    Warong Hijrah
    10 Medan Selera Sebelah Bangunan LHDN, Jalan Pak Sako, Temerloh

  9. Sharinginfoz

    memang sedap sangat mee rebus ni apabila dimakan bersama dengan tauhu goreng

  10. shengda xu

    mulberry handbags
    adidas superstar trainers
    nike outlet online
    adidas nmd r1
    christian louboutin
    kate spade bags
    cardinals jerseys
    fitflops sale
    celine outlet online
    hermes bags
    xushengda0317

Leave a Reply