Haji Senin & Hajah Senah Merempit Lagiii...!

Posted by mizzura on Friday, October 26, 2012. Filed under:
5 Comments


Terlepas tayangan perdana yang disiarkan pada
Hari Raya Pertama Aidiladha?
Nantikan ulangan pada raya ketiga!

Rosli Mee Rebus & Tauhu Goreng

Posted by mizzura on Tuesday, October 23, 2012. Filed under:
10 Comments

Panassss..panassss... aku kepanasan balik dari makan tengahari tadi.



Kalini aku mencuba makan Mee Rebus plak..bukanlah favourite aku makan mee mee ni, tapi bila google search makanan sedap area office, ini plak yang muncul.

MI REBUS ROSLI

Dah wujud dari zaman tok kaduk lagi, kira otaimer lah gerai ni kan..bukak pon kat lorong-lorong jer dari zaman mak pak kita..*jimat kos*



Aku jalan kaki, dari ofis ke sini agak 15 minit jugak sebab sesat bagai. Padahal, siap pakai google map tuh..koordinat yang blogger tu bagi salah plak direction nyer..adoiii...gaya kalah amazing race.




Senang cerita, dia dekat Mydin KL tu, belakang building bernama Wisma Hanifa. Kalau ternampak Jakel atau Ariani kat Masjid India dah kira dekat lah tu.




Kalo masuk lorong-lorong tu, memang banyak kedai-kedai makan, korang explore jelah.. Time ni pon putus asa gak, rupanya depan tu je sket, Mi Rebus Rosli.



Menu ada 3 jer, Mi Rebus (RM4.00), Tauhu Goreng (RM3.50) dan Mi+Tauhu (RM5.00). Air order sebelah sirap limau gara-gara panas sangat, ku order ais.



Tempat sangat limited, tapi diorang sediakan banyak meja kat opposite jalan ngko..sampai camtu sekali. Duduk celahan tu pun orang sanggup!!


Oke, first aku nak komen ialah Tauhu Goreng dia...Kuah kacang dia, Masya Allah, sedap gila beb. Terase pekat sebab kuantiti kacang tumbuk dalam kuah tu banyak. Kuah tu pun, hujung-hujung ada rasa masam sket, which is blended nicely la. Tauhu tawar + kacang  + kuah masam manis..yummmmm...setiap kali masuk mulut setiap kali tu aku cakap, sedapnya..masuk mulut-mmm-sedap-masuk mulut-mmm-sedap..kikiki..


Mi Rebus plak, kuah dia sangat pekat. Mi plak tak rasa kapur which is good..so combination kedua-duanya memang not bad, bole masuk...tak muak macam certain2 mee.ramai suka, cuma kan aku cakap..mee mee kuning ni memang bukan favourite guer, tapi still sedap jugaklah!





Rosli Mee Rebus & Tauhu GorengLorong Bunus 4
Off Jalan Masjid India
Kuala Lumpur
019-2803171
017-6413463
e-mail: roslimeerebus@gmail.com
9.00am - 5.00pm
Ahad , Public Holiday & certain Sabtu Tutup
 

RATE 4.4/5 

Nasi Briyani Special & Fried Chicken Tajudin

Posted by mizzura on Monday, October 22, 2012. Filed under:
12 Comments



Lunch sejam tadi, berdessup ke area-area belakang LRT Masjid Jamek. Tujuannya tak lain tak bukan nak buat food hunt kat Kolumpo nih. Ni second time makan kat sini. First time di bawa oleh intan waktu kat company lama dulu. Second time aku plak bawa orang...tp sempat jugaklah ku roger-roger Intan untuk refresh semula lokasi sebenar.

.:: Terletak diantara 2 builind aka LORONG TIKUS ::.

Nah, aku tepek print screen googlemap get direction by walking. Amek ko..jalan kaki pun nak pakai google map. 5 min jer jalan..tu pon aku tak folo sangat map ni..ikut jalan dekat jer.

  
Kalau, kat Penang aku rasa melambak stall yang kat lorong-lorong tikus ni. Tapi kat KL, kat sini antara yang popular. Kalau nak datang kena cepat..Ni pun tadi pukul 12.00 tgh gerak laju-laju ke situ. Kalo taknak, tapau pun boleh. Nak order satu opis pon boleh. Just call jer, nanti diorang pack, korang datang tinggal collect jer. Nah ni contact detail.

.:: tak boleh tahan ayat "UNDERTAKEN" - peminat UNDERTAKER WWE kot ::.






First thing kalo nak lunch sini ialah sampai-sampai terus book meja sebab sangatlah limited. Gilir-gilir ar  beratur, cam aku pas order air, akak yang jemput-jemput orang masuk amik order tu tolong jagakan. So, basically nasi dia memang dah siap letak sayur timun, serdak-sedak goreng dan kuah macam gambar atas first tu. Ayam tu takdelah letak dulu, ikutlah citarasa.




Nak pilih ayam, ke, kambing ke, telur ke, kuah tu, kuah ni korang pilih ar sendiri kann. Macam aku, since pening, aku amik kuah madu je siram kat ayam. Tu pun mengah nak abiskan. Lain kali nak repeat lagi dengan Ayam Madu plak lah...hmmmm...


 .:: Briyani + Ayam Goreng disirami kuah madu = RM5 ::.



Nasi Briyani Special & Fried Chicken Tajudin
Lorong Bandar 13,
Contact No: 012-265 3653 or 016-6023 737

GPS Coordinates N 3 8.80794  E 101 41.76983
Dibuka dari 10am-4pm


RATE 4.7/5 

Result ATM vs Kelantan Final Piala Malaysia 2012

Posted by mizzura on Saturday, October 20, 2012. Filed under:
2 Comments

Sementara menanti baki permainan yang beberapa minit ni, inilah result apabila Perlawanan
akhir Piala Malaysia diantara ATM menentang Kelantan...iaitu...


TRAFIK JAM!

oke, latest update

ATM (2) vs Kelantan (3)

Tahniah Kelantan!






Short Film : PASPOT EKSPRES by Rewan Ishak

Posted by mizzura on Friday, October 19, 2012. Filed under:
6 Comments

Sekali lagi nak imitate hobby husband. 

Setiap kali balik kerja dia akan layan tablet bukak youtube,forum etc.

So balik kerja tadi terdetik plak nak usha youtube.
 Dalam banyak-banyak new post tu tertarik plak dengan Short Film ni.








Another Yasmin Ahmad nih!  
Not the concept lah tapi jiwa unik Rewan Ishak sebagai pembuat filem.

Syabas!

 Should do more for other state, macam Melaka ke (err..Klang pon boleh). Rasa macam kagum dengan Perlis!!!


Nasi tambah: Jangan lupa lagu Ahmad Jais...Hidup bukan untuk derita... lol..lawak gila..

TURKISH INDULGENCE By Secret Recipe

Posted by mizzura on Tuesday, October 16, 2012. Filed under:
10 Comments

Jumaat lepas otw home kat KLSentral aku sangat lapar tapi malas nak lepak makan lelama kat situ. Masa ada kurang 10 min before tren ke Pelabuhan Klang sampai. Maka gigihla aku buat express foodhunt tapi semuanya beratur panjang.


Kebetulan kiosk SR terletak betul2 sebelah gate komuter maka dalam baki berkurangan dari 10 min tadi aku pejam mata jela beli kek.


.:: Sempat robek 3 suap before tren sampai ::.

Bajet nak yang 7 hinggit je sekali terpegun jap dengan kek baru TURKISH INDULGENCE. Harga sepoloh hinggit. Argh, cuba mengalih pandangan tapi mata aku dan kek Turkish ibarat besi magnet satu hujung N satu hujung S maka terpaut kau dihati..kakakaka..


.:: Pandanglah pesonaku.. ::.

Sedappp..bawah dia ada coklat keras yang meliputi marshmallow dan jelly turkish tu perghh...atasnye ada light cream dan atas lagi disalut coklat dan ditaburi pistachio. Sedap weyhh...

.:: Sampai terkeluor border nak kasi detail kek ::.
Semalam lunch berjaya seret adik cadlynn mamam kek ni. Dia lunch ni je?? Hebatlah ko! Dan aku hanya amik set lunch Singapore Laksa yang tak sedap tuh.. Rasa macam gulai tawar apa tah.. Take note yer SR Capsquare..!





Ohhhhh.. Turkish Indulgence aku terbayang dikau lagi...nom..nom..nom...


Maritim Putrajaya

Posted by mizzura on Sunday, October 7, 2012. Filed under:
7 Comments

Baru je nak cerita hal minggu lepas, alih-alih harini dah masuk Ahad, dah  nak minggu lain..aiseh..kena pulun lagi nih...tangkap gambar je hover, cerita tak keluar-keluar...

Sabtu lepas, pagi-pagi aku telah mengagahkan diri follow asben seawal jam 730 pagi. Dia nak pergi kursus kat KLIA nun, manakala aku bersukan (lahh sangattt..haha). Kursus asben abis kul 1 petang gitu and (ulangan cerita semalam) kami terus direct ke Muar.



.:: Opposite Hotel Pullman ::.

Tempat ni Intan yang recommend. Hari Jumaat beforenya aku dah di brief oleh Intan tentang betapa best kolam renang ni out of semua kolam renang kat Putrajaya. Tapi memang best pun, cer tengok gambar semalam, clearkan airnya sampai nampak dasar lantai kolam. Kandungan airnya siap ada mineral which is good (eh ni Intan cakap, mana ko baca arr..? kang salah plak info)

.:: Budak comot tak sempat pin tudung bagai ::.

Sampai-sampai, guard cakap, kaunter tak buka lagi, so masuk dululah berenang, balik baru bayar katanya. Tapppiiiiiii...hehe..sebab first timer, haruslah aku terjah setiap satu area ni selagi tak kena halau. Lagipun takde orang pun.

Kolam renang di Tingkat 1, tapi jangan risau, lif di sediakan. Sementara tu, kami terjah Concourse Level sebab nak tinjau-tinjau Gimnasium, Aerobik and Bilik Sauna/Stim. Sooo...saksikannnn..




Gymnasium tempat memula yang aku usha, facilities baru tapi macam takde orang ponnn..bilik pon sejuk. Maybe awal sangat ke aku sampai. Aku pulak tak bawak sport shoe dengan towel. Tak boleh nak lenjan gym dia.







.:: Ruang yang besar ::.



.:: Bekas bodybuilder eh silap Bob the builder kot ::.

Sebelah Gym ni ada pintu bole terus ke studio Aerobik..Kalau dari luar, dia ada pintu utama. Giler besar weih..macam bole bukak studio tarian je..Kalaulah aku bole kumpulkan balik gang-gang aerobik aku, mau time ni kitorang dah practice step baru -step gangnam style ker haha..

.:: Ni Step baru! ::.

.:: Pintu utama ::.

.:: Kaunter level concourse takde orang ::.

Belakang kaunter ni ialah bilik gym & aerobik, kalau sebelah kaunter ni ada satu bilik peberet iaitu Bilik Sauna & Stim. Kira macam lengkap arr, pas main gym/aerobik korang bersauna plak.. memang lengkap ala-ala pakej weight loss gitu...

.:: Tak sure provide towel ke tak ::.

.:: Ala-ala model dalam brochure spa versi muslimah gitu ::.





.:: Fuhh..berpoloh *konon* ::.


.:: Toilet pun ada..jangan risau ::.

Setelah puas buat inspection, aku naik balik tingkat atas. Nak salin baju renang. So sementara takde orang, ni lah view dalam bilik persalinan. Lupa plak nak tunjuk water closet dengan shower room. Tapi shower room dia tak banyak..dalam 4 ke 5 camtu compare dengan tempat lain yang aku dah pernah pergi. Mungkin kapasiti pengunjung tak ramai kot plus waktu dia lama dari pukul 8 - 12 so orang keluar masuk. (Tak tau la korang sanggup berendam 4 jam)

.:: Locker ::.

.:: Makeup area ::.

Tiba masanya kami bersplashhhh!!!!! Haha.. Intan, baju swimming jenis muslimah so nak bergambar pun senang..kiki..manakala aku..err...time aku beli ni tak wujud lagi muslimah2..so aku beli yang lengan panjang je la..ni second swimming suit aku. Yang first brand Ogival, time student dulu, pakai dalam setahun getah dia loose terus londeh. Banned brand ni..hahaha.. Yang second ni, Arena so far tahan lama dah lebih 3 tahun biarpun dah banyak kali pergi pantai and kolam renang. Lagipun Arena memang dipakai oleh most of athelete renang...cuma aku jer yang terkial-kial..hahahhahahahhaha..

.:: Sempat bergamhore (gambar+camwhore) ::.


.:: Macam cute jer baju renang muslimah kan ::.

Okay, start swimming dalam pukul 9, tapi dekat satu jam jugak kot aku coaching intan teknik breast stroke (Kuak dada). Aku memang pernah pergi kelas waktu student dulu. Teknik freestyle (gaya bebas) pun ada belajar, tapi aku asyik ponteng kelas + lack of experience makaaaa...tu bebal sket nak buat amali freestyle ni..takat teori gua faham arr..haha...

Mengajar punya mengajar dah dekat 1030..omak aiii..aku lum buat swimming workout lagi..haha..Intan plak dah lotih, maka dia g mandi. So aku ada sweet time nak buat workout. Kolamnye kecik je, so 1 lap dalam 25m kot...aku cam tak rasa 50m but not sure, sebab tak nampak dimension tulis pasal kolam ni. Even, tinggi dia pun aku tak nampak tanda dia atau aku yang terkhilaf (wah ayat rasa nak pelempang)

Memang jadi habit, pergi mana-mana kolam renang public/hotel aku akan tengok max height dia. So that, takdela terjun-terjunterkejutberukterkagetterustenggelam..Haha.. Aku ni nama je reti berenang tapi penakut tempat dalam..ala macam korang reti bawak kereta tapi takut nak bawa..ha camtulah.

Tengah belajar tu, ada satu auntie tegur, pandai berenang..memang pandai ker..aku gulpp..acaner nak jawab tu..sebab reti tapi tak pandai..haha..Dia bagi nasihat, dah tua dia sedar yang swimming tu good sport untuk hari-hari tua..ye. aku pun setuju, kalau ada anak , first class yang aku nak register ialah swimming. Pastu bolelah snap gambar macam Dr Sheikh Muzafar..haha..


pic source

Korang ada rasa topik ni melalut tak..?? Sangat kann.. Okelah, nak cerita pasal Maritim je. So kalau rasa Sabtu tak buat apa, atau teman asben kursus kat area Putrajaya, sila lah ke sini yer..Bolelah buat pakej gossipgirlhealthygroup kat sini. Nah aku tepekkan harga dia. Overall, thumbs up!

.:: Gym/Sauna/Swimming @ RM20 jom kawan2!! ::.

Selain tu, sesiapa nak buat wedding kat sini pun ada hall dia. Kalau nak buat ala-ala garden pun bisa di atur. Farah AF dulu buat wedding kat sinilah..Cunn tempat ni weihh..






Location: No. 1, Jalan P5/5, Precint 5, Putrajaya, 62200
Mon - Sun:9:00am-10:00pm
Parking Street & Parking Lot

Open 7 days a week !
Swimming Pool Sessions
9.00 am - 11.45 am
12.30 pm - 3.15 pm
4.00 pm - 6.45 pm
7.30 pm - 9.45 pm

Kayak, Canoe, Paddle Boat, & Water activities Sessions
9.00 am - 11.00 am
2.00 pm - 6.00 pm
* Snooker, Billiard (Pool), Gymnasium, Steam & Sauna, Aerobic and Squash opened from 9.00 am - 10 pm without session break.

How much all this will cost me?
Swimming Pool: RM5.00 / session
Gymnasium: RM10.00 / entry
Steam & Sauna: RM15.00 / entry
Monthly Package (Swimming Pool, Gymnasium, Steam & Sauna): RM150.00
Snooker: RM12.00 / hour
Billiard (Pool): RM 10.00 / hour
Single Kayak (1 Seat): RM15.00 / hour
Double Kayak (2 Seat): RM30.00 / hour
Canadian Canoe (3 Seat): RM20.00 / hour
Paddle Boat (2 Seat): RM30.00 / hour





Sapu semua

Posted by mizzura on Thursday, October 4, 2012.
6 Comments

Kelmarin, Selasa aku balik lambat dari opis pukul 7+ sbb awal bulan kann so kena la buat monthly report last month nak bagi kat top management kekdahnye. Senin plak cuti sooo..amik ko..balun the bizziest 2 harinye kerja dalam sehari. Nipun macam takle cover plak..adoiii..

.:: View menarakl malam lagi cantik in reality ::.

Akhir minggu lepas plak, aku agak sibuk dr Jumaat sampai ke Isnin (kalo campur hal kerja sampai Selasa la tu balik malam sampai sempat snap gambor menarakl)


Ni nak ceghiter mukadimah je, detail nanti aku kepohkan pada entry lain.

Jumaat

Lunch aku mmg dh janji ngan Intan and few akak2 ex-company lama aku nk mkn Soul Garden kt KL Festival tp xjadi so aku proceed makan dengan Intan kt KL Sentral je. Intan teringin yong tau foo sup food court. Aku pun suka..sini antara yong tau fu sup yang sedap pernah aku makan. Tapi, on that day aku teman intan je so aku minum air kelapa je.

Aku tak makan lunch bukan pasal diet, tapi ada lunch tengahari tu smpena safety safe manhours. Aritu kat hotel limited orang je..ni semua yang terlibat dpt mamam beriyani siap dapat t-shirt lagi..

.:: kenapa semua tegur aku alas paper..salahkah? ::.

Otw home naik tren komuter aku singgah subang parade amik spek baru. Malamnya aku otw beli barang kat Jusco Bukit Tinggi, sekali dia (kedai spek) message dah siap yang lagi satu. Aku pun minta izin asben nak pergi terus xjadi singgah Jusco BT. Fuh..memang puas hati dengan servis kedai ni.

Malam tu balik sambil umpan aben Starbuck flavour of the month sbb dia xberapa nak bg pergi..haha..mau tak..Sabtu-Ahad-Isnin aku dh takde kat klang, banyak barang nak kena siap. Jadi burung hantu aku pack barang malam tu.


Sabtu

Aku suppose attend wedding bestie kat Muar tapppiiiii asben kursus plak dari senin sammmpaii Sabtu..Sabtu abis kul 1 plak tu..nak menjimatkan masa, aku pagi2 kul 730 terus folo arhh sebab kursusnya kat Putrajaya.takkan nak balik Klang pastu ke Muar balik..rugi masa, minyak, tol dan perasaan (perasaan pun terlibat?)
Jadi aku pun pakat dengan Intan sebab Intan banyak kali ajak pergi swim kat Putrajaya. Maka inilah peluangnya kannn...haha

.:: Maritim Putrajaya ::.

So Sabtu aku dari Klang -> Putrajaya -> Muar -> Rembau. Rembau tu rumah mak mertuo den la..


Ahad

Harini anniversary kami..memang plan asal balik dari Muar checkin Melaka..tapi since lakiku berkursus and potensi sampai muar petang so berbaloi ke nak dok hotel? Sampai Muar petang..bukannya sampai hotel kat Melaka..tu Sabtu balik umah MIL. Ahad, patah balik Melaka..terpaksa amik cuti Isnin..haha..tapi enjoy gak..
.:: View laman rumah MIL - HIJAUUUU!! ::.
Isnin

Jenjalan Melaka dan balik rumah pun dah petang..buat kerja rumah etc kesimpulannya..last weekend aku sapu semua aktiviti..but i enjoyed!!

Ni mukadimah tau..nanti ada entry susulan..lalalala..haha..