Are you on IG?

Permaisuri Resort Port Dickson

Posted by mizzura on Tuesday, June 12, 2012. Filed under:

Sejak kahwin ni makin kerap plak aku berjalan-jalan. Apa yg aku maksudkan dengan family in law. Mostly plan percutian telah dirangka dikerah oleh abang ipar aku, keke.. tapi knowing me..gua tarahal nak gi mana2 10x pun...asalkan gitau awal untuk aku plan bajet..haha..

Contoh tahun lepas je dah book tiket untuk ke Singapore bulan dua ritu. Bulan 3 dia dah book ke Port Dickson yang berlaku last weekend. Last time Air Asia sale, dia dah book kan ke langkawi untuk bulan 2 tahun depan.. Hujung tahun katanya nak g Beijing kalo ada offer best main salji..

Then last week kat PD dia dah tanya nak ke Cameron Highland bulan 5 thn depan.. Sangat awal merancang oo...haha.. Aku paling awal bajet nak travel pun busuk2 dua bulan.. Ye, aku tak suke plan awal2 takut tak jadi..






Anyway, nak elaborate panjang lebar pasal Port Dickson aku dah pernah bagai nak rak buat entry. Sekadar nak recap, boleh refer link ini pasal Port Dickson especially:

- Palm Spring Resort
- Duta Hacienda
- Go-kart di Port Dickson
- Menunggang Ostrich

Juga

- Kisah hantu di Port Dickson ---> Masih top 5 Popular Post sampai sekarang. Aku no komen eh tapi ada orang mengaku kisah benar..

*******************************************

Balik-balik pada topik di atas (kesian di anak tirikan), tempahan resort ni dibuat melalui peranginan kerajaan ke amende camtulah..maklumlah diorang ni (asben and BIL) kerja gomen. Untuk info lanjut tentang Permaisuri Resort Port Dickson serta gambar menarik sila klik sini

Terletak kat Tanjung Biru (baru tau, selama ni panggil Blue Lagoon je), so lokasi agak tak ramai orang, tapi personally aku suka lagi Teluk Kemang sebab pantainya cantik dari sini. Sini pasirnya coklat dah macam tanah laterit.

.:: View dari bilik::.

Gambar sangat tak ada manapun. A few pun snap guna tablet jek sbb camera tertinggal rumah. So ni antara gambar yang sempat aku snap. Resort ni dah macam apartment pun. Bilik besar gila, sampai bila dah baring kat katil nak amik handphone kat meja solek pun malas sbb, macam jauhnye meja tu.

Family members yang lain ada yang dapat apartment 3 bilik. So yang tu memang meriah gila la ngan anak2 buahnya. Accomodation lain yang aku nampak macam biasala swimming pool kanak-kanak ngan dewasa, playground, ada macam cafe mengadap pantai siap dengan stall. Family karaoke pun ada, satu lagu RM2, nyanyi 10 free 2 lagu. Sangat recommended nak buat family day jabatan ke company ke etc.





Malam kak ipar aku dah bookkan kat Ummi Seafood. Restoren ni kena masuk dalam kampung sket bukan yang tepi2 jalan tuh. Sampai2 makanan mmg dah tersedia.. Senang takdelah aku nak berkerut muka tahan lapar.

Ahad, pas mandi pantai, main layang2 (baru sedar last aku main layang2 darjah 6) masing-masing gerak solo family memasing. So aku and asben singgah kat Teluk Kemang ada bazar situ sambil lunch kt gerai hadap pantai sebab aku kepingin sangat nak minum air kelapa. Last time pergi, dapat isi kelapa keras. Nasib yang ni lembut sikit.


.:: Air Kelapa and Nasi Goreng Pataya ::.

Pas jumpe fridge magnet PD yang lawa kami pun gerak balik dan aku tertidoooo lena diulit mimpi dlm kereta. Penat ooo..sebagai denda tidur melahap dlm kereta, sampai je rumah aku kena hantar cuci kereta sebab asben plak nak sambung tido. Iyolahhh...

12 Responses to Permaisuri Resort Port Dickson

  1. Lida Rahim

    phew jadual cuti2 dah berderet menunggu.. syoknya!

  2. Ardini Humaira

    waaaaa bestnye... lama tak pegi resort.. ribut kencang sejak akhir2 ni pasalnye...

  3. norinaomar

    syoksnyaa..
    saya pulak dapatlah bercuti 3 hari 2 malam haritu dengan bajet yang ciput jadilaaa

  4. sarah mohamad

    Besarnya bilik kak. Uwwwww besttnyaaa, abah dgn mak saya pun keje gomen boleh consider guna apartment ni :)

  5. Tihara

    wahh..teringin lah nak g pd...family gathering kat sini best gak ni.. :)

  6. BAIZURA NATASHA

    eh u..bilik besar gle..besnya BIL tukang plan.. cuma kena sedia duet bnyk aje

  7. ~ NANA ~

    bestnyeee u asyik berjalan je :)

  8. CaDLyNN

    tido melahap?
    aku konpius dgn bahase kau..ekekeke

  9. dhiera

    banyak betul dah plan vacation dia.. terbaek la~

  10. Saya Disini

    nsi goreng tu nmpk sedp

  11. Sherry

    Wah nice in pd. Come join my giveaway name sherry .com

  12. Free Movies Online

    I need transportation from A Disney resort to Port Carnavel, then a pickup at port carnaverl going back to Orlando airport.good article shared by you..

Leave a Reply