Pavlova Hari Ibu

Posted by mizzura on Monday, May 14, 2012. Filed under:

Selamat tengahari semua... Gara-gara asben outstation aku terlambat bangun. Bajet nak naik tren 6.11am tapi amik ko 6.21am terjaga.

Oke, resepi ni tak yah cakap panjang cedok dari Dapur Tanpa Sempadan. Aku cuma bagi review sikit-sikit jer. Oh hei..inikah masakan pertama aku show off di blog ini..??? Last weekend aku buat, padahal nak buat cuti Hari Wesak ritu, rupanya delay supaya kena dengan Hari Ibu :-)




Tang Bahan-Bahan dan Cara Membuatnya pun aku copy paste.

BAHAN-BAHANNYA
150 gram putih telur (anggaran 4 biji telur) - aku siap timbang, pakai telur besar(grade A ke B xsure) dapatla dalam 140++g
1 cawan gula kastor
2 camca besar tepung jagung
2 camca teh cuka makan
1/2 camca teh esen vanilla (kalau nak pavlova puteh, omit esen vanilla)-aku rasa oke what choclatiey sikit, so aku letak jugak.
Whipping cream secukupnya-aku tak pakai dlm tin, beli yang macam susu kotak.
Buah-buahan segar seperti Strawberry, Raspberry, Blueberry dan Mangga secukupnya- yang citrus quite okela, jangan boh tembikai..cayor pavlova mika.

CARA MEMBUATNYA

1.Panaskan oven pada suhu 150C, sediakan kertas minyak, buat bulatan berdiameter 6 cm sebanyak 18 bulatan menggunakan pensel, kemudian terbalikkan kertas tadi dan guna bahagian ini untuk membentuk pavlova (ini pavlova jenis comel2).Ketepikan.

2.Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga kental dan berkilat. Masukkan cuka makan dan tepung jagung, gaul rata adunan tadi, tapi jangan terlebih gaul. DTS guna spatula, aku malas aku slowkan mixer punya kelajuan sambil masukkan cuka makan dan tepung jagung.

3.Masukkan adunan ke dalam piping beg yang dipasang nozel bentuk bintang no.9 atau jenis bulat pun boleh. Paipkan bulatan mengikut saiz pada lukisan dikertas minyak tadi, kemudian paipkan sekelilingnya. Lakukan sekali lagi seperti bulatan pertama. Buat sama untuk baki adunan.

.:: Last-last tak pakai nozzle, guna muncung piping bag je ::.

4. Masukkan ke dalam oven, turun suhu menjadi 120C dan bakar 1 jam 20 minit. Kemudian biarkan ia sejuk dalam oven. Ambil pavlova tadi, paipkan whipping cream ditengahnya dan susun buah2an segar mengikut kreativiti anda. Hidangkan segera..

Memula aku buat yang macam style DTS ni mini pavlova, tapi macam leceh. Kebetulan mama balik kerja, dia cakap aku salah beli nozzle..sebab yang aku pakai untuk hiasan cupcake, kecik diameternya. So sebab dah malas, yang balance aku tepek aja lah atas pan. Gambar first yang aku tepek je, gambar bawah ni, yang ala-ala mini pavlova.



Whip Cream pakai kotak tu, aku masuk dalam mixer campur sket gula icing pukul sampai creamy. Tak letak gula icing pun takpe. Kalau rasa crust Pavlova tadi tu manis, lebihkan whip cream dan buah-buahan.

Aku suka chill kan dulu, so terpulanglah kalau nak makan terus..Bila rasa tu, hmm sedap...terasa macam kat Pavlova Serai Restoren plak..hihi..

14 Responses to Pavlova Hari Ibu

  1. CaDLyNN

    NAK CKIT~!
    nanti bawak opis ye..huhu

  2. Azira...Nozie...Kechik

    WAHAHAHAHA...
    Memang hari uat pavlova ke? aku pong buat pavlova..kwn aku pong g buat gaks...hahahha..mudah je kan...bajet je mahal sikit...maklom lah buah2 mahal ngan cream...like..likeee

  3. mizzura

    Hehe..mcm selasa ni nk buat lagik...mcmlahhh..

  4. mizzura

    Tu ar pasalll..aku tengok sue pun buat kann...hahaha..musim kot..

  5. Navaneetham Krishnan

    I have never made pavlova because I am quite alien when it comes to baking. Your recipe did give me the necessary info for me to try out.

  6. BAIZURA NATASHA

    omg.i da type comment pjg earlier.tbe2 hilang. haha..salute u rjn bake bagai siap buat pavlova. i tgk instruction nk buat trs mati niat.esp part nk kena bake 1hr plus too. haha

  7. mizzura

    Hehe..baking2 ni tahap hingusan je..still kn refer mam kdg2 tu..tula yg memula ikut sejam plus siap smpt g dobi belakang rumah..yg last batch naikkan suhu dlm 150 degree pastu bkr dlm 45min cmtu.. Mama gitau ada setengah buku kata bakar 180 degree dlm setengah jam..ikutla masing2..sejam lebih selera pun hilang..dahla sekali suap habis ye tak?? Haha..

  8. Anonymous

    Ni pavlova berperisa kertas kn? Huhu

  9. Tihara

    pandai zura buat pavlova..kagum :)

  10. Rtp Farra Arisha

    i've never made or eaten pavlova yet! i should give it a try. hiks...

  11. so'esohee

    duhhhh...nnt ajar aku secara live!...nnt aku dtg umah kau buat!....ihiks!:)

  12. Mohammad Majduddin

    sedapnya pavlova itu..=)

  13. Anonymous

    sedap nye zura ..

  14. chenlina

    louis vuitton
    mcm bags
    christian louboutin sale
    hollister clothing
    polo ralph lauren
    oakley sunglasses outlet
    louboutin shoes
    prada outlet
    louis vuitton canada
    mlb jerseys
    chenlina20170114

Leave a Reply