PHUKET : Phuket Fantasea

Posted by mizzura on Wednesday, February 29, 2012. Filed under: ,

Sebelum shortlist tempat ni, kami antara nak tengok Phuket Simon Cabaret Show atau Phuket Fantasea. Tapi memandangkan Cabaret Show sekadar tunjuk pondan-pondan dengan baju fancy sexy.. So tak payahlah.

Orang kata, tak pergi Phuket Fantasea beerti tak pergi Phuket. Bawah ni gambar dekat entrance. Nak beli tiket untuk "Palace of the Elephant Theather" yang shownya start pukul 9pm.




Sempat jugak bergambar dengan amoi berpakaian tradisional. Oh kantoi pakai spek. ye aku mmg rabun dari 2007, tapi smpai skang tak suka pakai spek hehe. Ceiling ada banyak gambar dewa-dewa diorang. Dari kayangan lah tu kononya..gajah memang sinonim dengan Thailand. FYI, bendera asal Thailand ada gajah di tengahnya.


Masa, ada dalam setengah jam before theather show. Bila dah lepas entrance gate, besar rupanya tempat ni. Baru aku tahu ini adalah Cultural Theme Park. Ada macam-macam section. Yang untuk main game archade ada, yang untuk shopping ada, restaurant ada dan macam-macam lagi tempat tapi semua deko berkonsepkan kesenian Thailand. Tau, datang lagi awal bole explore lebih.
  
.:: Muka toya dengan camera sangkut luar - hilang macho ::.












 Okay, bawah inilah building nak tengok Theather tu. Banyak patung-patung gajah. Namapun "Palace of the Elephant". Harga tiket teater ni varies. Aku amik yang tak termasuk buffet Dinner harga dapat THB1500 sorang. Hall dalam dia ala-ala macam Istana Budaya tu.

Alongway nak masuk hall, ada banyyakkk gambar-gambar artis international/local yang pernah datang sini. Tak dapat snap pasal sorok kamera..



 


Tips
Sebelum nak ke entrance teater tu, better korang sorok bawah-bawah and cover (dengan towel ke/kotak ke) kamera/handphone korang. Amoi siam tu siap mara-mara (konon garang ar) time cek bag. Time aku tu, dia nampak, dia suh aku simpan kat kaunter khas yang macam kaunter simpan bag kat Giant tu. Leceh arr, nanti nak amik balik.. last-last time dia tak nampak and orang pun beratur panjang nak simpan barang...aku pun..lariiiikkkk... rete aku, sukatilah kan..

 




Show, dia agak lama la..aku tertidur dalam seminit kot...gara-gara mengantuk. Basically diorang akan cerita pasal pahlawan tersohor kat Phuket ni. Entah aku pun kurang faham..ada yang best macam show ayam berlari serentak..kat pentas tu pun gajah siap naik acting..riso kalo jadi penonton duduk kat bawah.








.:: Cuba menggapai apakah? ::.

Sempatlah nak bergambar sikit dengan sekeliling Theme Park ni sementara tunggu Supir aku si John tu jemput. Habis je Theater memang ramai orang, so berhati-hati takut sesat. Hari dah lewat malam, dalam kereta pun tak banyak borak macam siang tadi.. Satu part tu aku terlelap. Maklumlah, dari subuh tu dengan Air Asia buat hal etc. mau tak penat. (HARAP MAKLUM, NI MASIH DI HARI PERTAMA DI PHUKET)

Sampai je hotel, baru rasa lapar, tapi ngantuk...maka yang instant-instant lah menjadi sasaran. Memang bawak untuk perabih pun. Punnn, tak habis sebab tetido sambil makan..Bole? Penat gila ooo! Hari kedua pergi trip jauh ke Phi Phi Island yang best tuuuuuuu....!!!






Next PHUKET : PHI PHI ISLAND TRIP
Dah baca PHUKET : PATONG BEACH & PHUKET'S BEACH ?

5 Responses to PHUKET : Phuket Fantasea

  1. محمد شهريل القنيطري

    wow uniknyer tempat ni

  2. CaDLyNN

    kismis tu wajib ek? :p

  3. -gedek!

    thai massage bes, tak?

    :)

  4. Tihara

    mesti borink kan show tu sampai tertido..tp kalo bab2 jln2 tepi pantai mmg masyukk :)

  5. Ros

    Salam ziarah,

Leave a Reply