PHUKET : PATONG BEACH & PHUKET'S BEACH

Posted by mizzura on Tuesday, February 28, 2012. Filed under: ,

Kembaliiiii.. .
Pst, Entry ni terpanjang sket rupanya...

******************************************************


First day, sessi petang dan malam, plan telah dirombak semula (GARA KENDERAAN TONY F YANG SELALU PROMO MURAH) menjadi begini:

Naiharn Beach -> Patong Beach -> Kamala Beach -> Naiharn Beach



Patong Beach - sebab nak pergi kedai Ah Lok (HARD ROCK CAFE), cari souvenier, nak cari gerai makan malam yang halal origin thai tomyam.


Kamala Beach - sebab nak pergi Phuket Fantasea. Orang kata, tak pergi sini beerti tak melawat Phuket..Kisahnye..

Nai Harn Beach - sebab nak balik hotel le...tempat kami stay tu..

Kitorang mula nak bajet naik motor, tapi since kitorang keluar petang and plan balik lewat malam, macam TAK BERAN lah kan..kot-kot ada hantu bonceng ke, mat rempit siam  ke yang spesis jahat (ADA KE?). Asben plak tak beran nak bawa motor jauh2 sebab dah lama tak bawa plus nak ke Patong tu berbukit bukau. Sure naik beskal ke baik motor pancit nak bawa tengah jalan.

Oke, kat sini nak sewa motorbike +/- THB150-200 per day.

Dalam dok survey tu ada la satu taxi driver ni tanya nak g mana, nama islam dia suffian tapi orang panggil dia John je. Kitorang cerita plan kitorang nak ke Patong Beach, pastu malam nak tengok Phuket Fantasea kat Kamala Beach, pastu nak balik ke hotel balik kat Naiharn Beach. Kitorang nak tau je anggaran taxi/motor/tuktuk setiap tempat tu berapa..

Last-last ko dia offer apa tau.. dia offer jadi supir kitorang on that day, Total THB1100 sahaja. Ini pun pas nego lah. Dan kitorang, tak naik tuktuk, taxi sedan, taxi bodoh..bukann...kitorang naik TOYOTA Fortuner..ha..aku kat belakang tu boleh melunjur kaki lagi..

.:: Kat Malaysia pun tak mampu sewa ::.

On the way to Patong, John stopkan kitorang kat Karon Beach View and bagi penerangan sket pastu snapkan gambar kitorang. Sini tempatnya atas bukit dan korang boleh nampak persisir pantai dari sini. Boleh nampak Pantai Patong punn dari viewpoint ni..Tunggu!

 .:: Karon Beach View ::.

Area Karon ni sesuai jugak untuk family dan senyap sikit dari Patong. Sini, banyak orang scandinavian macam dari itali, ferancis etc..Juga di kenali sebagai long beach sebab pantainya palinggg panjang antara semua pantai-pantai kat Phuket.

  .:: Kata Beach (Kot?) ::.

Dalam pukul 6pm, kami sampai ke Patong. Yeay..sini teramat banyak resort and chalet, suasana sangat happening. Semi-sesuai untuk family, newly weds tapi paling sesuai untuk backpacker, solo traveller, bawak 1 gang etc. John stopkan kami depan Burger King, dalam pukul 8pm gitu dia amik and bawa ke Kamala Beach pulak untuk ke Phuket Fantasea.
  


.:: Patong Beach ::.
 
.:: Cuakkkk tak??!!! ::.


.:: Night Life ::.

Sini shopping mall yang femes orang singgah Jungceylon. Tak sure apa ada dalam pasal shopping bukan main point kami. Kami nak cari HRC, tapi sesat. Tanya orang, ada yang tunjuk betul, ada yang tak membantu pun ada. Oke, aku tak makan McD sini, tak silap, diorang ada McPork kan..???Haha.



Oke refer gambar atas ni yang kiri aku pegang plastik biru.

Dalam tu ada seluar/Boxer Muay Thai untuk adik-adik laki aku. Rege mahal dia letak THB400 gitu.. tawar punya tawar siap campak calculator (bengang konon) dapat la dalam THB320/pc untuk 3 pieces. Diorang ni kalau orang2 SEA bukan nak layan sangat pasal nanti kita asyik mintak murah. Omputeh diorang bole pancung mahal-mahal kann.. Tshirt I LOVE PHUKET kalau pandai tawar dapatla dalam THB200+/-


Next, sampai HRC cari barang untuk buat koleksi. Kami kumpul T-shirt. Asben kumpul fridge magnet. Dulu aku kumpul bear yg ada nama tempat aku travel, tapi dah stop pasal..teddy bear kannn..tak sesuai..Pas beli kira duit jap sebab bajet cam lari (SINI Mahal Jugak) then cari money changer topap duit Thai Bath.. Serius, tukar duit kat sini lagi murah dari kat Kayell .



Cerita mengikut turutan gambar.

Memula beli poskad nak antar pada diri sendiri cakap dah jejak sini (Kumpul Setem sebenarnya - ye tau, hobi orang tua).

Lepastu,

Tak jumpa mana toilet, bajet Burger King ada, rupanya takde, tapi nak cover diri dah masuk (pasal obvious sangat ke depan ke belakang) maka TERBELI air gas. Large size THB420.. Pastu baru tanya cashier mana toilet (Sengal kan). Rupanya share dengan restaurant sebelah BK tu.

Tapiii..

Dalam toilet takde air, cuma disediakan kain.Rupanya kain tu kena basahkan, dan pandai-pandailah jadikan ala baby wipe pas kencing, then buang kat bakul balik (Pastu baru terpikir yang diorang akan cuci & recycle - DEM). So always, make sure ada botol air kosong buat bersuci.

Nak dekat pukul 8, takut supir datang, makanlah bekal bawak dari Hotel. Restaurant/gerai halal kat sini banyak tapi tak tau mana satu, tak sempat nak cari punn..

Ada satu part kat tengah-tengah walkway kedai-kedai, pondan pakai baju Thai yang kemban tu, tengah peluk mat salleh. Drama sey, siap cakap "i really miss u darling..." Yela tu, nak berpisah kan, nanti rindu-rinduan..eee..geli matttttt betul..dah tsunami pun ko taknak berubah.


Okey, Supir datang around 8pm+ terus ke Kamala Beach sebab show kat Phuket Fantasea start pukul 830pm. Usha next entry kay :-) Jari letih ni...


Next PHUKET : PHUKET FANTASEA
Dah baca PHUKET : All Seasons Naiharn Beach Hotel  ?





5 Responses to PHUKET : PATONG BEACH & PHUKET'S BEACH

  1. CaDLyNN

    tuka duit kt sane lg murah???
    bistu tayah tuka byk2 ke kt sini..huehehe

  2. ~ NANA ~

    waaaaa bestnye!

    betol2, tuka duit kat sana lg murah...hehe

  3. norinaomar

    senang cari makanan halal tak?
    belek2 gambo awak kan zura..saya dok belek pump shoes awak tu je..comey ah

  4. Honey IsyQi
    This comment has been removed by the author.
  5. Bitt (double IS)

    hi...salam kenal...

    googling phuket jumpa u ;-)
    tu la tengah dok baca2 lagi ni...

    jemput singgah saya nanti2 yer ;-)
    http://bitttravel.blogspot.com

Leave a Reply