Kuch Kuch Hota Hai

Posted by mizzura on Tuesday, February 14, 2012. Filed under:

Salam Selasa!!

Ini entry kena taip laju-laju sebab mencuri masa kerja pagi before kul 8 am. Entry Phuket bakal menyusul gara-gara belum upload gambor, jadi mika sabor iye..

Sabtu haritu mesti ramai tengok Kuch Kuch Hota Hai kan. Kat rumah aku ni yang betul2 kipas susah mati (Die Hard Fan) hindustan ialah mama aku. Pantang remote tak sapa pegang mesti dia terus tune ke channel Vaanavil la, Zee la, Hindustan la, tamil pun dia minat. Tergelak aku tetiba dengor tarian/nyanyian atau aksi yang pelik2.


Pic Source

Kenangan cerita Kuch Kuch Hota Hai ni berlaku pada tahun 1998. Time tu albiasalah budak habis PMR kengkonon nak declare diri "merdeka" planla pergi tengok wayang dengan gang. Sampai je GSC Shaw Centrepoint, (Antara satu-satunya shopping complex yang fofuler kat bandar Klang selain Great Wall yang dah terbakar tu) kami shorlist dua cerita.

Aku nak tengok James Bond - 007 Tomorrow Never Dies(tak silap ar) yang lain nak tengok KKHH. Sebab time tu menjadi gila terhadap Shah Rukh Khan adalah fenomena, maka yang menang tanpa kerusi ialah cerita KKHH. Secara tak langsung inilah cerita hindustan pertama aku tengok kat wayang.

Memangla cam bengkek kan tak dapat tengok cerita Jebon, tapi rasanya mmg berbaloi kot tengok cerita KKHH ni. Sangat touching weiii...Plak time tu Anjali yang dilakonkan Kajol tu ala-ala tomboy (Bajet diri sendiri..haha).


Pic Source


Pas cerita tu jadi gelombang dimulut-mulut orang, bapa aku plak rajin beli CD, maka dok pulunlah kami tengok bila agak-agak boring. Yang tak boleh blah, kaset pun bapa aku beli pasal anak-anak daranya kaki menyanyi. Jenuhla aku rewind stop rewind stop nak salin sebutan nyanyian tu. Cover kaset memang ada lirik tapi tulisan hindi mana gua paham beb!

.:: Ramai dok pos gambar baru Anjali kat FB ::.
Pic Source

So, setiap kali sebut pasal Kuch Kuch Hota Hai aku akan Terasa Sesuatu.. eh tak aku akan teringat kisah cerita Bollywood pertama yang aku tengok kat wayang ni.
  
Oke mari bekerja!

11 Responses to Kuch Kuch Hota Hai

  1. CaDLyNN

    lerrr....tak sangka ko bajet ko anjali..
    keh3...jiwa sensodine jugak ko ni erk..hihihi

  2. ~ NANA ~

    cite ni best gilerrr...siyes nangis :(

  3. dhiera

    cerita ni tetap menjadi pujaan hati ramai orang kan?

  4. syaz@rozelt

    cerita nie la yg buatkan syaz suka tgk cte hindustan..hihi

  5. Tihara

    cite ni mmg metop dolu2..tah berapa kali punye khatam duk tgk ni dgn cerita Mann..best :)

  6. Anonymous

    cite ni buatkan aku xtngk hindustan....wakakakak

  7. Nath

    I miss watching this show, one of my all time favorite ^_^

  8. -gedek!

    kajol tu cun siot, time rambot panjang....

  9. Baizura Zain

    eleh.. nak tgk james bond konon.. ko mmg nak tgk cite ni kan.. aku tak paksa pun.. hehehe.. seb baik ko xtgk james bond.. bukannya best pun..

    p/s: ni pun cite hindi 1st aku tgk kat wayang GSC centerpoint.. (^_~)v

  10. BAIZURA NATASHA

    Hai anjali....hehe..i pn gle cte hndustan dlu2..touching abes..i pnh kena buang tuisyen sbb asik ponteng nk tgk cte hndustan...hehe

  11. BAIZURA NATASHA

    Hai anjali....hehe..i pn gle cte hndustan dlu2..touching abes..i pnh kena buang tuisyen sbb asik ponteng nk tgk cte hndustan...hehe

Leave a Reply