PHUKET : Phuket Fantasea

Posted by mizzura on Wednesday, February 29, 2012. Filed under: ,
6 Comments

Sebelum shortlist tempat ni, kami antara nak tengok Phuket Simon Cabaret Show atau Phuket Fantasea. Tapi memandangkan Cabaret Show sekadar tunjuk pondan-pondan dengan baju fancy sexy.. So tak payahlah.

Orang kata, tak pergi Phuket Fantasea beerti tak pergi Phuket. Bawah ni gambar dekat entrance. Nak beli tiket untuk "Palace of the Elephant Theather" yang shownya start pukul 9pm.




Sempat jugak bergambar dengan amoi berpakaian tradisional. Oh kantoi pakai spek. ye aku mmg rabun dari 2007, tapi smpai skang tak suka pakai spek hehe. Ceiling ada banyak gambar dewa-dewa diorang. Dari kayangan lah tu kononya..gajah memang sinonim dengan Thailand. FYI, bendera asal Thailand ada gajah di tengahnya.


Masa, ada dalam setengah jam before theather show. Bila dah lepas entrance gate, besar rupanya tempat ni. Baru aku tahu ini adalah Cultural Theme Park. Ada macam-macam section. Yang untuk main game archade ada, yang untuk shopping ada, restaurant ada dan macam-macam lagi tempat tapi semua deko berkonsepkan kesenian Thailand. Tau, datang lagi awal bole explore lebih.
  
.:: Muka toya dengan camera sangkut luar - hilang macho ::.












 Okay, bawah inilah building nak tengok Theather tu. Banyak patung-patung gajah. Namapun "Palace of the Elephant". Harga tiket teater ni varies. Aku amik yang tak termasuk buffet Dinner harga dapat THB1500 sorang. Hall dalam dia ala-ala macam Istana Budaya tu.

Alongway nak masuk hall, ada banyyakkk gambar-gambar artis international/local yang pernah datang sini. Tak dapat snap pasal sorok kamera..



 


Tips
Sebelum nak ke entrance teater tu, better korang sorok bawah-bawah and cover (dengan towel ke/kotak ke) kamera/handphone korang. Amoi siam tu siap mara-mara (konon garang ar) time cek bag. Time aku tu, dia nampak, dia suh aku simpan kat kaunter khas yang macam kaunter simpan bag kat Giant tu. Leceh arr, nanti nak amik balik.. last-last time dia tak nampak and orang pun beratur panjang nak simpan barang...aku pun..lariiiikkkk... rete aku, sukatilah kan..

 




Show, dia agak lama la..aku tertidur dalam seminit kot...gara-gara mengantuk. Basically diorang akan cerita pasal pahlawan tersohor kat Phuket ni. Entah aku pun kurang faham..ada yang best macam show ayam berlari serentak..kat pentas tu pun gajah siap naik acting..riso kalo jadi penonton duduk kat bawah.








.:: Cuba menggapai apakah? ::.

Sempatlah nak bergambar sikit dengan sekeliling Theme Park ni sementara tunggu Supir aku si John tu jemput. Habis je Theater memang ramai orang, so berhati-hati takut sesat. Hari dah lewat malam, dalam kereta pun tak banyak borak macam siang tadi.. Satu part tu aku terlelap. Maklumlah, dari subuh tu dengan Air Asia buat hal etc. mau tak penat. (HARAP MAKLUM, NI MASIH DI HARI PERTAMA DI PHUKET)

Sampai je hotel, baru rasa lapar, tapi ngantuk...maka yang instant-instant lah menjadi sasaran. Memang bawak untuk perabih pun. Punnn, tak habis sebab tetido sambil makan..Bole? Penat gila ooo! Hari kedua pergi trip jauh ke Phi Phi Island yang best tuuuuuuu....!!!






Next PHUKET : PHI PHI ISLAND TRIP
Dah baca PHUKET : PATONG BEACH & PHUKET'S BEACH ?

Wordless Wednesday |Happy Birthhday Leap Year Baby!|

Posted by mizzura Filed under:
1 Comment


Pic Source
"Their birthday celebration falls every quadrennial years or specifically every 29th of February"

PHUKET : PATONG BEACH & PHUKET'S BEACH

Posted by mizzura on Tuesday, February 28, 2012. Filed under: ,
7 Comments

Kembaliiiii.. .
Pst, Entry ni terpanjang sket rupanya...

******************************************************


First day, sessi petang dan malam, plan telah dirombak semula (GARA KENDERAAN TONY F YANG SELALU PROMO MURAH) menjadi begini:

Naiharn Beach -> Patong Beach -> Kamala Beach -> Naiharn Beach



Patong Beach - sebab nak pergi kedai Ah Lok (HARD ROCK CAFE), cari souvenier, nak cari gerai makan malam yang halal origin thai tomyam.


Kamala Beach - sebab nak pergi Phuket Fantasea. Orang kata, tak pergi sini beerti tak melawat Phuket..Kisahnye..

Nai Harn Beach - sebab nak balik hotel le...tempat kami stay tu..

Kitorang mula nak bajet naik motor, tapi since kitorang keluar petang and plan balik lewat malam, macam TAK BERAN lah kan..kot-kot ada hantu bonceng ke, mat rempit siam  ke yang spesis jahat (ADA KE?). Asben plak tak beran nak bawa motor jauh2 sebab dah lama tak bawa plus nak ke Patong tu berbukit bukau. Sure naik beskal ke baik motor pancit nak bawa tengah jalan.

Oke, kat sini nak sewa motorbike +/- THB150-200 per day.

Dalam dok survey tu ada la satu taxi driver ni tanya nak g mana, nama islam dia suffian tapi orang panggil dia John je. Kitorang cerita plan kitorang nak ke Patong Beach, pastu malam nak tengok Phuket Fantasea kat Kamala Beach, pastu nak balik ke hotel balik kat Naiharn Beach. Kitorang nak tau je anggaran taxi/motor/tuktuk setiap tempat tu berapa..

Last-last ko dia offer apa tau.. dia offer jadi supir kitorang on that day, Total THB1100 sahaja. Ini pun pas nego lah. Dan kitorang, tak naik tuktuk, taxi sedan, taxi bodoh..bukann...kitorang naik TOYOTA Fortuner..ha..aku kat belakang tu boleh melunjur kaki lagi..

.:: Kat Malaysia pun tak mampu sewa ::.

On the way to Patong, John stopkan kitorang kat Karon Beach View and bagi penerangan sket pastu snapkan gambar kitorang. Sini tempatnya atas bukit dan korang boleh nampak persisir pantai dari sini. Boleh nampak Pantai Patong punn dari viewpoint ni..Tunggu!

 .:: Karon Beach View ::.

Area Karon ni sesuai jugak untuk family dan senyap sikit dari Patong. Sini, banyak orang scandinavian macam dari itali, ferancis etc..Juga di kenali sebagai long beach sebab pantainya palinggg panjang antara semua pantai-pantai kat Phuket.

  .:: Kata Beach (Kot?) ::.

Dalam pukul 6pm, kami sampai ke Patong. Yeay..sini teramat banyak resort and chalet, suasana sangat happening. Semi-sesuai untuk family, newly weds tapi paling sesuai untuk backpacker, solo traveller, bawak 1 gang etc. John stopkan kami depan Burger King, dalam pukul 8pm gitu dia amik and bawa ke Kamala Beach pulak untuk ke Phuket Fantasea.
  


.:: Patong Beach ::.
 
.:: Cuakkkk tak??!!! ::.


.:: Night Life ::.

Sini shopping mall yang femes orang singgah Jungceylon. Tak sure apa ada dalam pasal shopping bukan main point kami. Kami nak cari HRC, tapi sesat. Tanya orang, ada yang tunjuk betul, ada yang tak membantu pun ada. Oke, aku tak makan McD sini, tak silap, diorang ada McPork kan..???Haha.



Oke refer gambar atas ni yang kiri aku pegang plastik biru.

Dalam tu ada seluar/Boxer Muay Thai untuk adik-adik laki aku. Rege mahal dia letak THB400 gitu.. tawar punya tawar siap campak calculator (bengang konon) dapat la dalam THB320/pc untuk 3 pieces. Diorang ni kalau orang2 SEA bukan nak layan sangat pasal nanti kita asyik mintak murah. Omputeh diorang bole pancung mahal-mahal kann.. Tshirt I LOVE PHUKET kalau pandai tawar dapatla dalam THB200+/-


Next, sampai HRC cari barang untuk buat koleksi. Kami kumpul T-shirt. Asben kumpul fridge magnet. Dulu aku kumpul bear yg ada nama tempat aku travel, tapi dah stop pasal..teddy bear kannn..tak sesuai..Pas beli kira duit jap sebab bajet cam lari (SINI Mahal Jugak) then cari money changer topap duit Thai Bath.. Serius, tukar duit kat sini lagi murah dari kat Kayell .



Cerita mengikut turutan gambar.

Memula beli poskad nak antar pada diri sendiri cakap dah jejak sini (Kumpul Setem sebenarnya - ye tau, hobi orang tua).

Lepastu,

Tak jumpa mana toilet, bajet Burger King ada, rupanya takde, tapi nak cover diri dah masuk (pasal obvious sangat ke depan ke belakang) maka TERBELI air gas. Large size THB420.. Pastu baru tanya cashier mana toilet (Sengal kan). Rupanya share dengan restaurant sebelah BK tu.

Tapiii..

Dalam toilet takde air, cuma disediakan kain.Rupanya kain tu kena basahkan, dan pandai-pandailah jadikan ala baby wipe pas kencing, then buang kat bakul balik (Pastu baru terpikir yang diorang akan cuci & recycle - DEM). So always, make sure ada botol air kosong buat bersuci.

Nak dekat pukul 8, takut supir datang, makanlah bekal bawak dari Hotel. Restaurant/gerai halal kat sini banyak tapi tak tau mana satu, tak sempat nak cari punn..

Ada satu part kat tengah-tengah walkway kedai-kedai, pondan pakai baju Thai yang kemban tu, tengah peluk mat salleh. Drama sey, siap cakap "i really miss u darling..." Yela tu, nak berpisah kan, nanti rindu-rinduan..eee..geli matttttt betul..dah tsunami pun ko taknak berubah.


Okey, Supir datang around 8pm+ terus ke Kamala Beach sebab show kat Phuket Fantasea start pukul 830pm. Usha next entry kay :-) Jari letih ni...


Next PHUKET : PHUKET FANTASEA
Dah baca PHUKET : All Seasons Naiharn Beach Hotel  ?





Spa @ Home

Posted by mizzura on Sunday, February 26, 2012.
7 Comments


Quick update lagi.weee..

Harini en suami takde main golf. Parent pun takde beli barang adik form 4 masuk asrama next week. Adik beradik lain semua keluor.

Sejak balik dari Singapore awal bulan haritu dicampur minggu demi minggu ada je activitynya dalam erti kata lain PENAT TAK HILANG LAGI.

Mmg berhasrat nak memanjakan diri kat spa2..xpun paling busuk nak masat pun jadila. Tengok deal byk yg murah2 full package lagi..tapi tak jadi amik sebab jauh dari rumah..jauh dari office..tak shaluan dari office ke rumah..

Disebabkan harini bosan tak tau watpe...harusla memanjakan diri sendiri..bolela buat hilang stress harini..(jap g gosok bj stress balik kot..wakaka).

Produk dlm gambar ni mmg utk spa punya.Beli promo kat KLSentral..betul2 rasa mcm spa.. Lulur mandi biji kopi + Bodymilk santan + Minyak aromaterapi Jasmin..Kan best kalao masseuse ( tukang urut) bole dtg rumah kita..kannn..?

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wordless Wednesday |Tak sabar tunggu March|

Posted by mizzura on Wednesday, February 22, 2012.
6 Comments


Aishkemmm...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sekarang Asyik Hujannn..

Posted by mizzura on Wednesday, February 15, 2012. Filed under:
5 Comments

Quick update lagi before tido,

Rabu: Bangun 4:30 nak masak bawak bekal

.:: Udang goreng recycle ngan tauge kukus malas ::.


.:: Cadlynn aku dah join ko - impian kita tercapai tahun ni ::.

Selasa :Terdinner luar gara-gara hujan dan jam diantara Shah Alam~Klang

.:: Kicap lebih pasal cili pencicah pedas tahap membunuh ::.

.:: Daging Dendeng dan cili cuit sikit pedas ::.

.:: Sotong penyet dan cili cuit sikit pun pedas ::.

.:: Ketinggian gelas melambangkan orang yang minum ::.

.:: Air naik sampai tepi jalan bila try laluan alternatif (Padang Jawa) elak federal highway yang massive ::.

.:: Kekurangan resolusi mengganggu hasil gambar banjir ::.

ISNIN : Malas dah membungkus

.:: Lunch n.ayam ::.

.:: Bfast roti jala ::.

.:: Ala, 3 ketoi RM2 ::.

.:: Balik husband tak amik - tren ke Klang dah ada yang 6 couch - jangan nak berebut-rebut lagi ::.



Published with Blogger-droid v2.0.4

Kuch Kuch Hota Hai

Posted by mizzura on Tuesday, February 14, 2012. Filed under:
11 Comments

Salam Selasa!!

Ini entry kena taip laju-laju sebab mencuri masa kerja pagi before kul 8 am. Entry Phuket bakal menyusul gara-gara belum upload gambor, jadi mika sabor iye..

Sabtu haritu mesti ramai tengok Kuch Kuch Hota Hai kan. Kat rumah aku ni yang betul2 kipas susah mati (Die Hard Fan) hindustan ialah mama aku. Pantang remote tak sapa pegang mesti dia terus tune ke channel Vaanavil la, Zee la, Hindustan la, tamil pun dia minat. Tergelak aku tetiba dengor tarian/nyanyian atau aksi yang pelik2.


Pic Source

Kenangan cerita Kuch Kuch Hota Hai ni berlaku pada tahun 1998. Time tu albiasalah budak habis PMR kengkonon nak declare diri "merdeka" planla pergi tengok wayang dengan gang. Sampai je GSC Shaw Centrepoint, (Antara satu-satunya shopping complex yang fofuler kat bandar Klang selain Great Wall yang dah terbakar tu) kami shorlist dua cerita.

Aku nak tengok James Bond - 007 Tomorrow Never Dies(tak silap ar) yang lain nak tengok KKHH. Sebab time tu menjadi gila terhadap Shah Rukh Khan adalah fenomena, maka yang menang tanpa kerusi ialah cerita KKHH. Secara tak langsung inilah cerita hindustan pertama aku tengok kat wayang.

Memangla cam bengkek kan tak dapat tengok cerita Jebon, tapi rasanya mmg berbaloi kot tengok cerita KKHH ni. Sangat touching weiii...Plak time tu Anjali yang dilakonkan Kajol tu ala-ala tomboy (Bajet diri sendiri..haha).


Pic Source


Pas cerita tu jadi gelombang dimulut-mulut orang, bapa aku plak rajin beli CD, maka dok pulunlah kami tengok bila agak-agak boring. Yang tak boleh blah, kaset pun bapa aku beli pasal anak-anak daranya kaki menyanyi. Jenuhla aku rewind stop rewind stop nak salin sebutan nyanyian tu. Cover kaset memang ada lirik tapi tulisan hindi mana gua paham beb!

.:: Ramai dok pos gambar baru Anjali kat FB ::.
Pic Source

So, setiap kali sebut pasal Kuch Kuch Hota Hai aku akan Terasa Sesuatu.. eh tak aku akan teringat kisah cerita Bollywood pertama yang aku tengok kat wayang ni.
  
Oke mari bekerja!

Wordless Wednesday |Vakasi|

Posted by mizzura on Wednesday, February 8, 2012. Filed under:
4 Comments

Blog tak update gara-gara vacation :-P (maaf lupa rotate)



Published with Blogger-droid v2.0.4

PHUKET : All Seasons Naiharn Beach Hotel

Posted by mizzura on Thursday, February 2, 2012. Filed under: ,
36 Comments


Makin menghampiri hotel, makin meriah aku tengok tempat nya. Tepi-tepi jalan banyak pusat-pusat urut, disko bar (PATUTLA OMPUTEH SUKE),  tempat attraction macam tempat naik gajah (TAK SUDAH-SUDAH GAJAH), pusat Muay Thai, etc. Kalau tak sempat beli pakej kat Airport atau Patong, mana-mana korang duduk pun mesti ada dua tiga kedai yang offer pakej-pakej pelancongan. All inclusive lagi (macam transport). Yang penting kena mintak diskaun, lagi diskaun, lagi diskaun...(CUBA JE, SIAPA TAHU TUAH KORANG) and kalo dapat yang leh amik dari hotel lagi bagus...

.:: Sini lantak korang nak 2 piece spt bapa budak tu ::.


.:: Minuman Selamat Datang ::.

Always, take note yang mana-mana hotel ka, hostel ka, rumah tumpangan ka mesti nak mintak deposit. So dekat hotel ni dia mintak deposit THB2000. Lagi bagus, before sampai sini korang tanya hotel awal-awal berapa deposit fee. Senang nak bajet. Kalau masih ingat, baucer hotel aku jatuh RM174.50 seorang untuk 3 Hari 2 Malam, Breakfast 2 hari, Dinner 1 hari. Waktu check in dia bagi lagi baucer diskaun makanan dan spa, juga free welcome drink (STANDARD LETTEW). Yang best sesampainya korang ke kaunter reception korang terus di beri towel wangi untuk lap muka kasi segar..hehe..(ELEH)

.:: Night View ::.



.:: Penuh kehijauan ::.



.:: Hijau-hijauan lagi - sangat tenang sini ::.



.:: Ijo-ijoan dihadapan bilik lagi ::.



.:: Oop..Realiti lagi lawa, kamera kuno siapa ni? ::.



.:: Selangor di mana-mana ::.

Untuk info lebih lanjut pasal hotel ni, korang boleh pergi ke website All Seasons Naiharn. View diorang lagi cantik dari gambar yang aku snap. Heheh.. Waktu sampai kan, bell boy tu tanya "where are u from" bila kami cakap Malaysia, terus tanya " are u Muslim", pas je kitorang jawab ye, terus cakap assalammualaikum dan shake hand (KAT LAKI AKU LA). Opp, pas je dia tolong antar bag, bagilah tips sket.. waktu tu kami ada duit kecik THB20 je.. Kitorang gitau dia, sorry lah, ni je duit paling kecik and dia kata OK! And since dah tau dia muslim, tanya siap2 mana kiblat, solat pukul berapa etc.




.:: Interior bilik ::.

.:: Ala takde bath tub ::.

.:: Air mineral yang payau ::.


Sedikit Tips...


Aku ada cakap, aku bawak bahan mentah kan? Ni semua gara-gara tempat aku jauh sket dari main area, so nak jimat masa mencari makanan halal bagai plus situ transport so-so, kami awal-awal plan bawa makanan seperti:
  • Ketupat mini & Pasta
  • Tunamagik Ayam brand (Semua rencah dah ada, tinggal gaul je macam wat nasi goreng versi tak pakai kuali)
  • Maggi (STANDARD)
  • Mushroom Soup Instant
  • Mashed Potato Instant (Jumpe kat Giant)
  • Biskut Cadbury/Tiger
  • Energy Bar
  • 1 pek ducth lady coklat (6 kotak)
  • Beberapa peket Sos Cili McD
  • Kismis dalam kotak kecik (Cover time lapar emergency)
  • Sebungkus drummet (Yang ni dah siap goreng)
Dalam hotel hanya ada mini cooler dan jug heater. Aku takkan ajar cara masak (TAKUT DITUDUH VANDALISME) tapi korang dapat "idea" kan caner aku rebus bahan kering tu..? Survival maaaa...apo nak buek..

Ingat, bawak semua ni dalam luggage and plan agar tak bawa balik semua makanan ni untuk extra space souvenier/barang yang korang beli. Kalo bawa makanan dalam hand carry..nasib la kena tahan yer..

Kami sampai tadi kul 2pm kan, memang malas nak lunch kt luar, masak je kat bilik. Pas makan and rehat, dalam pukul 4+pm terus gerak keluar nak cari transport ke town. Siap bawa bekal lagi, hasil dari balance masak tadi. Manala tau tak jumpa makanan halal or lapar, ada la backup.



Bestnya area sini, memang tenang jer...langsung tak sesak..memang sesuai untuk honeymooners and pantai sini lagiii cantik dari Patong pasal sini adala penghujung pulau dan mengadap lautan andaman yang cantik membiru tu... sekadar nak share to dhiera.. area Krabi di mana..hehehe.. dari map ni, dia macam kat teluk sket..tapi taknak compare2 pasal tak pernah g Krabi :-)

pic source


Bawah ni view pantai Naiharn.. Cantik kan, kalo rendam dalam laut, bole nampak kaki kita..Sayang plak nak dikencing pantai secantik ini..jelas kalernye nanti.. (oop..bukan aku) kikikiki.. Pantai ni, dari hotel 5 minit je jalan kaki..







Pastu, korang kalau nak sewa tuk-tuk, taxi even motor pun melambak kat sekeliling. Money changer pun ada. Aku usha ramai tourist naik motor selamber je dengan tak pakai helmet. Kat luar hotel banyak gerai-gerai kecil, restoran, spa etc..So at least kalo malas nak ke Patong, sini pun bisa...cuma nggak diketahuan halalnya...
Okeh...ni masih day 1 sesi pagi-petang..to be continue eh..


Dah baca PHUKET : Phuket International Airport ?