THROWBACK 2012

Posted by mizzura on Monday, December 31, 2012.
12 Comments

Assalammualaikummmm...

Hello...?

Helloooooo..?!!

Macam bunyi gema dari gua sebab memang takde orang and memang takde sapa nak baca blog aku lagi kot...hahahahhaha.. 

Hari-hari dok berangan nak hapdate blog, tapi login pun tak sempat ngkor..tau-tau je dah masuk 2013. Memang tak sempat dan tak koser lah nak qada' entry.

So aku rasa aku nak share jugak rentetan peristiwa yang berlaku tahun 2012 sekadar untuk memoriku nan abadi  *awww...mengjiwa plak aku*. Btw, kalo nak quick update..nun atas kotak-kotak kecik tu gambar dari Instagram..entah itu rajin plak aku hapdate. kot lah uollsss windu windu aiiii kkheeennnnn... *tampor pipi*


****
Menjelang New Year 2012

Otw makan Umbai, kereta kena cium!
 


****
Januari 2012

Bawa asben kenal Sungai Perak
 
 
 
****
Februari 2012


Singapore vacation dengan family mertua.



****
Mac 2012

Bangkok vacation pulak!
 

 
****
Apr 2012

 Jalan-jalan pekan Aloq Starq ngan Perelih

 
****
May 2012

BEBAS PTPTN!
 



****
Jun 2012

Dapat Hadiah ini dari majalah Cosmopolitan & Nestle.
Terima kasih kasih mendoakan :-)


 
****
July 2012
 
Snap gambar makanan dan hasil masakan sudah sebati dalam jiwa!
Beratus lagi dlm memorycard..uhh..nak buat apa ek..?





****
Aug 2012
Dapat ramai kawan gara-gara Jovian Mandagie.
 
 
 
****
Sep 2012
Dapat baby!!! (akak ipar shayer lerrr)



 
 
****
October 2012

Pes anniversary disambut secara rahsia di Melaka..(Rahsia la sangatttt..hahha)
 
 
 


****
November 2012
 
Reunion Sek Men Teknik Klang...setelah 12 tahun tak jumpe..borak-borak kenakalan masing-masing rasa macam semalam je baru berpisah <3 <3

 
 

****
December 2012
 
Pergi ke Legoland takat bergambar sebab ramainya umat ya ampun..
 

Tu baru rumusan out of best pick je dah berjela-jela kot...bayangkan yang detail..haha..btw, harini cuti so tak dapek kot dah nak nak golek katil, goyangkan kaki and etc.. ada order-order dari member.. order apa...?? Rahsiaaaaa.....huhu..

Ku rasa tak sempat nak blog esok, so awal-awal wish

WELCoMe 2013!!!

 

Lego 458 Ferrari Italia Siap!

Posted by mizzura on Sunday, November 25, 2012.
5 Comments

Photobucket

En asben memang kumpul semua collection series.
Tetiba pulang dari bowling semalam, suruh aku pasang nak letak dalam kereta dia.

Photobucket
 Maka, menggunakan kemahiran kanak-kanak 80 an 
yang dulu dulu mesti ada lego kat rumah, aku pon pasang dengan aksi sekali.
Tetiba je rasa nak main lego balik.

Photobucket

458 Ferrari Italia
Siap!!

Jom pakat borong banyak banyak Lego Exclusive Collection!!
Dah on-going collaborate dengan Shell
Banyak lagi design lain tau.. geram je tengok (klik sini)
Tunggu en asben plak.. dia kumpul semua dah cukup baru nak pasang.

|Wordless Wednesday| Brother GS2700

Posted by mizzura on Wednesday, November 21, 2012. Filed under:
12 Comments

picsource here

m.i.n.e.

Menu Aidiladha : Rendang Cendawan & Cadbury Crunchie Cake

Posted by mizzura on Saturday, November 3, 2012. Filed under: , ,
4 Comments


*Draft yang ditaip pada malam aidiladha, pastu tertido pastu terlupa post....*
Harini aku cuti and dah berada di kampung suami. Semalam kerja, lagipun report tak siap lagi, so nak cuti awal macam tak sesuai jerk. Sampai rumah pulak 730 pm. Dapat berehat kejap je, sebab nak buat menu aidiladha yang pertama kali aku nak cuba.

Memula buntu jugak nak bawak apa sebab kampung asben omak eh memang masak lemang, so rendang ayam memang dah adala. Kalo aku nak buat ketupat segera lauK bagai di malam-malam suntuk semalaman mau panda mata aku.maka ku google lah keyword "MENU AIDILADHA". Dalam banyak-banyak hati terpaut pada Rendang Cendawan. Interesting!

Resipi, ikutlah citarasa rendang masing-masing, cuma tang daging/ayam korang tukar ke cendawan je. Tips, jangan awal sangat masuk cendawan biar kering sket dah masuk cendawan. Sebab, makin lama dia keluarkan air. Okay, nak resipi jugak ke? Aku taip berdasarkan apa yang ku ingat.

RENDANG CENDAWAN

Bahan-bahan
400g Cendawan Tiram
500g Cendawan Butang (bukan yang dalam tin)
Santan (tak sure, main masuk je maybe dalam >500ml)
2 sudu kecil serbuk kunyit (sebagai warna)
Cili Blend ( dalam setupparware taufufa tu - measurement ngko tak agak-agak)
Gula melaka 1/4 ketul(yang bulat tu) tapi depends la manis lebih ke tak
Daun Kunyit
2 sudu besar kerisik
1-2 keping Asam keping
Garam secukup rasa

*Bahan Kisar*
8-10 biji bawang merah
3-4 biji bawang putih
Halia sebesar ibu jari mak aku (tolong jangan jumpa mama ku)
4 batang serai


Cara membuatnya:
1: Basuh cendawan dan toskan. Untuk cendawan butang, potong slice kecik sebab dia tebal.
2: Masukkan bahan kisar dalam kuali dengan api sederhana besar.Masukkan santan, cili dan serbuk kunyit, gaul untuk
sebatikan bahan dan biarkan sehingga menggelegak.
3: Setelah menggelegak, masukkan cendawan. Tapi digalakkan tunggu kering sedikit, sebab cendawan ni mengeluarkan 
air pulak. Jadi lagi lambat nak tunggu kering.


4: Setelah cendawan sebati dalam beberapa lama (tapi agak lama, maybe 15-30min)masukkan asam keping kerisik, garam
secukup rasa. Kemudian, cek kalo pedas, masukkan gula melaka ikut kesesuian.
5: Dah agak nak kering, masukkan daun kunyit dan biarkan hingga kering (depends lah berapa kering korang nak)
Cendawan Tiran mudah kecut, so kalau nak pakai dia je memang kena lagi banyak la dari 400g. Cendawan butang tak
berapa kecut sangat. Since malas nak borong banyak cendawan tiramlah aku coverkan dengan cendawan butang. Idea lain
nak masukkan ayam sekali pun boleh jugak. Tapi kena masuk awal lah. Tak boleh lambat-lambat macam cendawan.
Pukul 12 pagi habis buat cendawan ni noks. At the same time, ku pukul bahan kek pulak.


************************************
KEK COKLAT CADBURY CRUNCHIE

Resipi coklat kek, tak ku ingat tapi pakai je mana-mana resipi coklat kek standard. Last sekali before masuk oven, aku masukkan cadbury crunchie yang dah dihancur kasar ke dalam bahan. Manakala bahan asal aku kurang kan gula dalam 5-10g gitu.


White chocolate aku cairkan secara double boiler, tapi yang brand aku beli ni macam manis sangat and kurang lemak, so aku campur 2-3 sudu full cream dutch lady milk and letak minyak jagung dalam 1/4 cawan untuk kurang kelikatan
white chocolate. Kemudian di lemparkan atas kek coklat ku.

Potong kasar cadbury crunchie dan taburkan di atas white choc topping dengan peeeenuhhh kasih sayang..haha..


Bahan yang aku buat ni hasilkan banyak so dapatla buat dua kek size 7 inchi. Satu tinggal untuk mak mertua isteri & satu untuk mak mertua suami (mama aku la tuh)..

Pukul 2 pagi siap ngko. Selamat datang ke dunia PANDA!




Sampai je rumah MIL, lemang dah siap sedia untuk di mamam dan di bagi-bagi pada yang mengorder. Rajin mak mertua aku jual...




Cucur Kentang, Hujan, Banjir dan Jalan Jem

Posted by mizzura on Friday, November 2, 2012. Filed under:
1 Comment

Apa punya tajuk. Alang-alang takde kerja since kat rumah pon hanya ada abah and lil sis jer maka ku updatelah blog. Bila dibelek2 gambar sambil menanam azam untuk berblog macam boleh jadi blog masakan dah kalo aku post semua cerita gambar yang dalam handphone mahupun tablet (dalam kamera ada jugak)

*****************

Baiklah, menu minom petang ni, aku buat sebab kengkonon hujan kan...before balik kerja tengahari tadi plan cam nak buat cake. Tapi bila hujan ni macam nak yang panas-panas je la. So scan satu dapur ada kentang dua biji, maka aku pakailah untuk buat cucur kentang. Hidangkan pulak dengan kopi kampung mana tah mama beli. Niat supaya, asben balik kerja stress sebab hadap jam hilang dek menu minum petang nih.

.:: Putih tu bukan aiskrim tapi mayonis cedok pakai aiskrim scoop ::.


Oh, before that, before aku masak tu kebetulan terscroll FB ada plak budak update keadaan banjir di Aeon Bukit Raja. Pergh...terbaikkkk...itu mau jam federal..maka sebagai bini kepochi cepat-cepatla wassap & sms asben info trafik ni supaya dia lalu jalan alternatif.

.:: Dicedok dari FB Nurin Nan ::.


.:: Info dari Twitter KL Traffic Update ::.

.:: Isteri Prihatin aka #kepochi ::.

Laluan alternatif yang mudah ialah Kesas...pon aku dah remind sebab kat tol kemuning tu selalu banjir kalau dekat tol hujung. Banjir tu...dari since aku ulang alik kerja Seri Kembangan lagi tak disetelkan sampai sekarang..???. So , aku dah remind kebarangkalian sebab opismate aku kereta rosak 2 hari lepas lalu sini.

Tapi, asben cakap yang dia baru lalu semalam takpape...so dia pon lalulah...
Akhirnye..inilah jawapan dia..



Tetttttttttttttttt....tu jer...okbyethanx







Haji Senin & Hajah Senah Merempit Lagiii...!

Posted by mizzura on Friday, October 26, 2012. Filed under:
5 Comments


Terlepas tayangan perdana yang disiarkan pada
Hari Raya Pertama Aidiladha?
Nantikan ulangan pada raya ketiga!

Rosli Mee Rebus & Tauhu Goreng

Posted by mizzura on Tuesday, October 23, 2012. Filed under:
10 Comments

Panassss..panassss... aku kepanasan balik dari makan tengahari tadi.



Kalini aku mencuba makan Mee Rebus plak..bukanlah favourite aku makan mee mee ni, tapi bila google search makanan sedap area office, ini plak yang muncul.

MI REBUS ROSLI

Dah wujud dari zaman tok kaduk lagi, kira otaimer lah gerai ni kan..bukak pon kat lorong-lorong jer dari zaman mak pak kita..*jimat kos*



Aku jalan kaki, dari ofis ke sini agak 15 minit jugak sebab sesat bagai. Padahal, siap pakai google map tuh..koordinat yang blogger tu bagi salah plak direction nyer..adoiii...gaya kalah amazing race.




Senang cerita, dia dekat Mydin KL tu, belakang building bernama Wisma Hanifa. Kalau ternampak Jakel atau Ariani kat Masjid India dah kira dekat lah tu.




Kalo masuk lorong-lorong tu, memang banyak kedai-kedai makan, korang explore jelah.. Time ni pon putus asa gak, rupanya depan tu je sket, Mi Rebus Rosli.



Menu ada 3 jer, Mi Rebus (RM4.00), Tauhu Goreng (RM3.50) dan Mi+Tauhu (RM5.00). Air order sebelah sirap limau gara-gara panas sangat, ku order ais.



Tempat sangat limited, tapi diorang sediakan banyak meja kat opposite jalan ngko..sampai camtu sekali. Duduk celahan tu pun orang sanggup!!


Oke, first aku nak komen ialah Tauhu Goreng dia...Kuah kacang dia, Masya Allah, sedap gila beb. Terase pekat sebab kuantiti kacang tumbuk dalam kuah tu banyak. Kuah tu pun, hujung-hujung ada rasa masam sket, which is blended nicely la. Tauhu tawar + kacang  + kuah masam manis..yummmmm...setiap kali masuk mulut setiap kali tu aku cakap, sedapnya..masuk mulut-mmm-sedap-masuk mulut-mmm-sedap..kikiki..


Mi Rebus plak, kuah dia sangat pekat. Mi plak tak rasa kapur which is good..so combination kedua-duanya memang not bad, bole masuk...tak muak macam certain2 mee.ramai suka, cuma kan aku cakap..mee mee kuning ni memang bukan favourite guer, tapi still sedap jugaklah!





Rosli Mee Rebus & Tauhu GorengLorong Bunus 4
Off Jalan Masjid India
Kuala Lumpur
019-2803171
017-6413463
e-mail: roslimeerebus@gmail.com
9.00am - 5.00pm
Ahad , Public Holiday & certain Sabtu Tutup
 

RATE 4.4/5 

Nasi Briyani Special & Fried Chicken Tajudin

Posted by mizzura on Monday, October 22, 2012. Filed under:
12 Comments



Lunch sejam tadi, berdessup ke area-area belakang LRT Masjid Jamek. Tujuannya tak lain tak bukan nak buat food hunt kat Kolumpo nih. Ni second time makan kat sini. First time di bawa oleh intan waktu kat company lama dulu. Second time aku plak bawa orang...tp sempat jugaklah ku roger-roger Intan untuk refresh semula lokasi sebenar.

.:: Terletak diantara 2 builind aka LORONG TIKUS ::.

Nah, aku tepek print screen googlemap get direction by walking. Amek ko..jalan kaki pun nak pakai google map. 5 min jer jalan..tu pon aku tak folo sangat map ni..ikut jalan dekat jer.

  
Kalau, kat Penang aku rasa melambak stall yang kat lorong-lorong tikus ni. Tapi kat KL, kat sini antara yang popular. Kalau nak datang kena cepat..Ni pun tadi pukul 12.00 tgh gerak laju-laju ke situ. Kalo taknak, tapau pun boleh. Nak order satu opis pon boleh. Just call jer, nanti diorang pack, korang datang tinggal collect jer. Nah ni contact detail.

.:: tak boleh tahan ayat "UNDERTAKEN" - peminat UNDERTAKER WWE kot ::.






First thing kalo nak lunch sini ialah sampai-sampai terus book meja sebab sangatlah limited. Gilir-gilir ar  beratur, cam aku pas order air, akak yang jemput-jemput orang masuk amik order tu tolong jagakan. So, basically nasi dia memang dah siap letak sayur timun, serdak-sedak goreng dan kuah macam gambar atas first tu. Ayam tu takdelah letak dulu, ikutlah citarasa.




Nak pilih ayam, ke, kambing ke, telur ke, kuah tu, kuah ni korang pilih ar sendiri kann. Macam aku, since pening, aku amik kuah madu je siram kat ayam. Tu pun mengah nak abiskan. Lain kali nak repeat lagi dengan Ayam Madu plak lah...hmmmm...


 .:: Briyani + Ayam Goreng disirami kuah madu = RM5 ::.



Nasi Briyani Special & Fried Chicken Tajudin
Lorong Bandar 13,
Contact No: 012-265 3653 or 016-6023 737

GPS Coordinates N 3 8.80794  E 101 41.76983
Dibuka dari 10am-4pm


RATE 4.7/5