MERDEKA-RAYA Kita!!

Posted by mizzura on Wednesday, August 31, 2011. Filed under:
12 Comments

(Nada menjerit) 
" Assalammualaikummmm... !!
Makcikkkkk...Kami datang nak raya...!!! "

Tahun ni unik sangat, sebab kita sambut Aidilfitri sekali dengan Hari Merdeka. 
Nasib lah ada 16hb Sept nak gantikan perarakan Hari Kebangsaan kan..

Di kesempatan yang aku gagahkan jugak ni, ingin mengucapkan...




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA!


Wordless Wednesday |Kesilapan Menganyam Ketupat|

Posted by mizzura on Wednesday, August 24, 2011. Filed under:
13 Comments


Apakah kesalahan yang terdapat pada ketupat anyaman aku ni?

Iftar yang berkualiti

Posted by mizzura on Sunday, August 21, 2011. Filed under:
5 Comments

Dari awal ramadhan sampai lah ke penghujung ramadhan, family aku tak pernah cukup korum nak berbuka puasa.. Ada je hal masing-masing. 

Adik no.2 aku meniaga kat bazar ramadhan. Bazar ramadhan tu 5 min. je jalan kaki ke rumah aku... tapi kadang-kadang closing dia lambat sket, so time azan maghrib dia takde kat meja... Kalo tak meniaga pun, weekend ada jer kerja company dia suh wat.. 

Adik bongsu plak kekadang tolong dia meniaga, Kalo dia malas, takpun balik tuisyen lambat jer baru ada kat rumah.. 

Adik no. 3 plak pergi offshore jer kerjanya, nak wat caner dah kerja dia.. 

Adik pompuan plak dok asrama, weekdays memang takdelah. So tetiap hari ada jer on off bilangan ahli keluarga yang berbuka sama. 

Aku pun, kadang ada hal so tak sempat nak sampai rumah on time, kadang hari minggu pun takde jugak.

Mama & Abah jer yang confirm ada kat meja makan sewaktu azan maghrib berkumandang.

So hari sabtu 20hb ramadhan lepas baruuuuuulah semua orang berkumpul buka sama-sama. Itupun sehari tu jerk. Sebab hari-hari lain selepasnya semua pun sibuk dengan hal masing-masing balik. Itupun kitorang makan kepsi jer, sebab malas nak pikir, fast food sudah..haha..janji dapat berbuka sama-sama. (walaupun tetiba adik aku selitkan kisah ayam kfc dan tapak kaki..ceittt..sabar jela...) Actually pagi tu masing-masing sibuk ada keluar shopping, cari barang raya pengantin etc... So takyah la makanan special-special.

Paling sedih, bila satu hari tu aku tengah discuss dengan boss aku.. tetiba dapat message dari mak aku.. "Sedih, (adik no.3) nak kena pergi Iraq this raya" mesti mak aku sedih kan.. yela.. kalo ikutkan last yearlah satu-satunya kami sekeluarga cukup korum di hari raya pertama sebab 4 tahun sebelumnya pun adik no.3 belajar kat obersea. Next year, sama ada tak cukup sebab aku takde, takpun terlebih sorang sebab ...Tettttttttttttttt....cer teka..cer teka..kenapa terlebih sorang..hehe..



Bila, anak-anak makin membesar...ibu bapa lah yang paling sedih kan.. pasal anak-anak semua akan jauh dengan hal masing-masing...eh..eh..aku plak yang sedih...hmmm macam dah tau jer skrip minta maaf hari raya pertama nanti. wink (>_-)



Wordless Wednesday |Salam Nuzul Quran untuk pekerja Selangor - Dari pekerja Kolumpo yang cemburu|

Posted by mizzura on Wednesday, August 17, 2011. Filed under: ,
7 Comments


Rindu mereka.. (PART 2)

Posted by mizzura on Monday, August 15, 2011. Filed under:
7 Comments

Dalam Rindu mereka.. (Part 1), aku ada cakap dua sessi kan. So Part 2 ni sesi malam plak. Haha. Macam kerja shift plak rasanya. Kitorang berkarok kat Just K family Karoake, The Mines Seri Kembangan.



.:: Kak oii, tak yah la nak kepak tangan tu, tak keluar sayap pun ::.

Sessi malam adalah activity private dan hanya orang yang dapat souvenier famous amos je yang terpilih untuk pergi.kikikiki. Actually, ni semua satu department aku. Department aku mmg sikit je orangnya. Kalo ramai, takdenya nak bagi famous amous, aku bg chocolate chip lebih coklat jer...haha..

.:: Dari kiri : Private Company, Private Hospital, Private School & Saving Private Ryan ::.

Yang tercorok belakang nun ialah Prebet Badul...kikikikiki...maaf ya buk..



Walaupun 3 tahun aku lunch hari-hari ngan cadlynn, beraktiviti sosial dengan cadlynn, tapi ni first time aku berkaraoke dengan dia. hahaha.. Dia nyanyikan lagu karma dari kumpulan cokelat..."selamat tinggal sayang..bila umurku panjang..lalalala... " Huwaa.. mentang-mentang ni farewell aku, semua dok nyanyi lagu selamat tinggal... nasib takde yang pilih salam akhir ke, andai ku tahu ke.. sebab aku rasa tu lagu menjurus ke arah...   nakmati

.:: Kiri Maia Ahmad, kanan Mulan Kwok, cer teka lagu apa? ::.


.:: Bingit sangat ke diorang nyanyi? ::.

.:: Yang pegang mic cool je, yang tak pegang penuh ekspressi.. lontarrrrkan kata kak Ogy ::.

.:: Yang malu tunjuk ekspressi pun ada.. Tarik habis kononnya ::.

.:: Nyanyi sambil ketawa berdekah ~ Hebat! ::.

Antara lagu nyanyian aku ialah elyana - kalis rindu aka lagu feveret, zombie-the cranberry song. Nadirah yang pakai shwal tu cakap "weih ni penyanyi asal ke.." sejibik eh? Kalo nak masuk Kilauan Emas nanti boleh la aku bawak lagu ni, confirm menang. Antara yang teringin nak nyanyi, lagu Mirae  sekali takde. Yang ada semua tulisan nippon. Mana nak paham..

.:: Saat terakhir bersama mereka ~ semua mata bengkak ::.

Lagu yang paling last kitorang nyanyi beramai-ramai, tangkap leleh la jugak masing-masing.  Mesti aku disayangi kan. kikikiki.. Kitorang nyanyi lagu Season in the sun dan Swear it Again dari kumpulan HidupBarat Westlife. Huwaaaaa...bengkek semua orang sebab lagu ni aku yang pilih..hahaha.. masing-masing terasa nak rebut tisu gitu...(perasan).

Last sekali, ucapan penghargaan dari setiap orang. Ayat bos aku paling best " You must love your job but never love your company".. sambungan lagi, "if you feel to come back we always open for you..." nangesssssssssssssss T_______________T

Bos, i memang sayang nak tinggal tapi i have to go.. "Kerna terpaksa, aku melangkah pergi..." - Lagu Francissca Peter. Bengkek, time aku nyanyi lagu ni waktu pertengahan event ramai pergi semayang, merokok, toilet etc. Baru nak feeling. Ceih.. Feeling sengsorang jela..

Balik rumah..hu...sedih gila..sambil fikir betul ke tindakan ni. Betapa kuatnya kan pengaruh tempat kita bekerja. Kadang-kadang dah jadi macam adik-beradik..tapi apa boleh buat..setiap benda bersebab..So enjoylah dengan orang di sekeliling anda! sekian :-D


Nasi tambah: Maaf la yer.. entry tak kena mengena dengan ramadhan..ni kisah dua bulan lalu. Agaknya dua bulan depan kuarla entry ramadhan aku..haha..psst..sekarang dah takde weekend lagi :-(


Bunbun + Doodle = COMEL!

Posted by mizzura on Friday, August 12, 2011. Filed under:
6 Comments

Hoyey..Hoyey.. Bila terpampang je doodle dengan nama aku, terus aku cantas schedule entry aku harini pasal Rindu mereka.. Part 2. Hamik.. betapa besarnya pengaruh BUNBUN PHILOFOBIA terhadap entri berjadual aku.

Oke...oke.. entri ni kakak khususkan untuk adik bunbun comel gila kucing gila purple dan gila doodle.. (ceceh dan-dan bahasakan diri kakak..inipun lidah berputar sampai ke lorong trakea nak membahasakan diri er..ar..emm..Ke..Ka..KAKAK?)

Mizzura Doodle by Bunbun

Bunbun yang aku kenal ni memang kreatif semacam..Dari mula-mula jadi follower, dia dah ada macam-macam jenis kepala blog  blogheader dia buat. Yang terbaru ni tak berkepala plak sebab kepala dia tayang kat tepi. Konon kreatif la tu..hahaha. memang pun (spesis ego taknak memuji)

Sebenarnya biar aku mengaku, yang aku dua kali kot buat muka tak malu mintak bunbun doodle. Sebabnya, tak puas hati tengok ezma pun ada doodle..kikikiki (spesis dengki takble orang lain lebey, bole?). Dan akhirnya, dapat lah jugak satu doodle dari adik bunbun kitew ni. Masuk kategori fashionista plak tuh!! (oke, faham...bunbun perli kan).

**************************************************************


Petikan dari blog bunbun pasal doodle design kat atas... 


4# maxi dress with leather jacket and leather boot
kalau korang tak nampak efek-efek leather tu aku tak tahulah hahahahaha.  
ahh suweet sangat. cam tak jadi je nak bagi Mizzura HAHA 
pemilihan warna dan pattern pada maxi dress itu adalah berdasarkan warna dan tema blog mizzura muahaha. kalau tak silap masa tunang dulu pon pakai baju karer macam ni kan? hehehehe

Tengok nak buat blockquote atas ni pun buruk susunannya..nampak benor dumb nyer aku ni.. Kagum seyh, dia boleh imagine n transfer ke bentuk kartun tomei ni. Aku rasa la..Bunbun gabungkan dari karektor aku berdasarkan gambar bawah ni..tudung sejibik macam gambar ke-3 tuh..cuma satu je aku terperasan.. design vintage kat dress tu sama dengan backdrop langsir pelamin tunang la bunbun..kikikikiki.. takper, janji dapat title fashionista yeww!!



**************************************************************

Sebagai tanda penghargaan, sebab tak minta bayaran tertunggak untuk doodle ni.. maka aku nak hadiahkan DODOL souvenier yang berharga  tak lebih dari £5 hehehe.. nanti bagi postal address yer bunbun. Tak tipu ni :-)

Rindu mereka.. (PART 1)

Posted by mizzura on Thursday, August 11, 2011. Filed under:
6 Comments

Okay.Kelmarin aku kecoh card reader hilang. Padahal, ada je gambar yang aku dah transfer dlm laptop. Aku rasa tercallpanggil untuk buat entry ini sebab rinnduuuuuuuuuu kat kengkawan company lama. Aku kat sini dah 3 tahun la jugak..


Aku ni mmg dasar mulut kerap berkata-kata so kalau masuk ofis yang senyap mula la kutu rambut mati. Bila tengok gambar ni aku teringattttt gelak tawa, huha-huha mereka semua.

Kenapa aku keluar dari company ni? Well, setiap orang ada reason dan target tersendiri kan. Naik gajilah, carrier developmentlah, rumah dekatlah, benefitlah..semua tu typical reason..cukup sekadar aku bagitau, apabila kita dah terlalu selesa..carilah sesuatu yang memberi cabaran.

Anyway, ni gambar waktu last day aku disiang hari.. Di malam hari ada session karok..

Kisahnye, aku boleh terbangun lambat hari last day tu sebab gatal buat diy souvenier untuk office mate department sampai kul 4 pagi kot... Aku ni kalo tetiba naik sheikh nak jadi kreatif dan-dan tu jugak nak buat. First time kot aku lambat g kerja sbb terbangun lambat! Serius tak sedar, dan abah cool je boleh tak tolong kejutkan...sbb ingatkan aku mmg tak nak g kerja...nangesT____T



Dan, aku pun tak sure sangat event makan-makan ni jadi ke tak. Rupanya, diorang dah tapau Ayam penyet Wong Solo set tu. Dan si cadlynn dengan berbesar hati orderkan jus alpukat kegemaran gue. Ya ampunn, terharu bangat karna loh itu sangat memahami gue!
(Weih, hantu jeruk purut mana sampuk minah ni tetiba cakap indon)





Plan nak makan ramai2 kat ofis, tapi sapa punya idea tah ajak makan kat mamak - azhar maju nun yang bukan feveret aku. tinggal order air je.. Lelaki korang taulakan, nasi tak cukup siap nak tambah lagi. Maka, itu sahaja lah aku nak cakap..baru 2 bulan lebih tak jumpe diorang..tapi rasa macam dah setahun tak jumpe T_T



.:: Tema Kelabu ? ::.

Worldless Wednesday |Borong Famous Amos Cookies|

Posted by mizzura on Wednesday, August 10, 2011. Filed under:
10 Comments


Plan B

Posted by mizzura on Tuesday, August 9, 2011. Filed under:
12 Comments

Ini adalah status FB aku malam tadi.


Lama tak membebel..Bila aku belek2 kamera..oh banyak lagi cerita aku tak update rupanya.. Contoh FB profile atas tu gambar aku pergi Broga hill somewhere in June kot. Si cadlynn dengan jayanya dah buat entry Broga. 

Sebenarnya aku tak tau mana pergi card reader aku, so tak leh nak upload gegambar pinjam korang punya boleh?!

Moga-moga, harini masuk kelija server semua okay kalau tak aku main sudoku nanti.. Takpun aku activate kan Plan B aku tu..hmmmmmmmmmmmm..


Ringkasan Ramadan

Posted by mizzura on Thursday, August 4, 2011. Filed under:
11 Comments


Assalammualaikumm... 
Sejak akhir-akhir ni, makin kering idea nak buat entry, malah yang dalam draf tak di post2 keluar, Maka aku berbesar hati nak guna taktik kotor mengupdate blog dengan membuat ringkasan entry Ramadan tahun lepas. Tapi maybe quite berguna untuk kamu-kamu semua kot, sila klik link tak berbayar yang diberikan yer..macih..


******************************************
Simple tips elak dehidrasi bulan ramadan ialah dengan berpuasa TEH/KOPI.


******************************************

Beberapa senarai tempat berbuka menarik yang orang mesti google di bulan ramadan:
SALOMA BISTRO RESTORANJalan Ampang.
FLAMING STEAMBOAT, Bandar Sunway
RESTORAN CERANA, Cheras Kajang.
RASA NUSANTARA, Shah Alam Convex.

Nak tahu tempat lain lagik, sila klik label k.u.n.y.a.h-k.u.n.y.a.h

******************************************


Kalau pergi param, boleh la singgah beli few masakan kelantan yang korang jarang jumpa/ tak pernah dengar macam LOMPAT TIKAM (aku baru tau last year). Ahh?? Masih tak tahu apa itu PARAM???!! Kunolah korang ni, aku baru tau last year jugak tau, tahun ni aku dah tak kuno.


******************************************


Kalau dah advance nak buat persiapan raya, bolehla ready beli KEREPEK kat hujung selatan selangor nun, takpun beli peti ais besor sket ker, maklumlah, bila tiba ramadan & syawal, PETI AIS kalau boleh nak je shout,"weih tak reti2 ke kapasiti aku takat mana manusia oiiii!!!"


******************************************


Penat di bulan ramadan? Siapa kata ramadan tak boleh pergi spa..Takat rugi takleh minum teh diorang je, lain  no problem. Kalau ragu-ragu buat full body massage cuba try Foot Spa kat TRUE SPA pulak.


******************************************

Part paling last untuk wanita hari esok ini, ialah kasik brooch bling-bling korang tu tahan lama. Rajin-rajinlah jenguk TIPS BROOCH kay 


******************************************


Ada lagi weih, tapi ni je taktik kotor aku, opps, tak dilupakan juga perkara patut/tak patut buat pada hari  NUZULQURAN nanti..


******************************************

Again, selamat menjalani ibadah puasa rakan-rakan. Moga ramadan kali ini, lebih diberkati dari tahun lepas, 2 tahun lepas, 3 tahun lepas dan tahun lepas yang seterusnya.

Amin...

Chorri.. tak boleh right klik plak :-)

******************************************

Wordless Wednesday |Makanan & Minuman|

Posted by mizzura on Wednesday, August 3, 2011. Filed under:
12 Comments