Steamboat di Tupai-tupai Restaurant, Shah Alam

Posted by mizzura on Friday, April 29, 2011. Filed under: ,
17 Comments





Okeh, ingat setiap hari Jumaat, aku akan siarkan entry mengunyah. Saja nak bagi korang terliur, nanti weekend senang terus terjah. Kalo kuar entry hari Isnin, mau kecur liur korang tu hilang begitu aja. Kannn?



Waktu tunang haritu sorang adik tak dapat join, pasal dia pergi offshore. So, bila balik je seminggu pas aku tunang, kitorang paksa diri ramai-ramai keluar makan bersama. Lagipun kitorang nak celebrate 4 perkara.


Harijadi Abah

Harijadi adik lelaki


Anniversary Mama & Abah

Harijadi Aku.

Senang kumpul sekali terus semua. Yang sambut birthday tu semua lahir bulan Mac, tapi belasah je la makan-makan bulan April pun.


.:: Bulan menyaksikan kami ::.

.:: Esok budak ni balik asrama plak ::.

Plan nak makan kat Tupai-tupai, Sek 13 Shah Alam ni lama dah, since raya cina haritu. Tapi dah tutup, tangguh la sampai ke la ni. Nak pergi kat KL punya jauh. Malas nak redah jam kat federal highway.



Satu je aku nak cakap, penuh gila orang. Pastu tempat sempit. Kalo kat KL tu nampak cam tak cukup parking tapi tempat duduk banyak. Luas.



Ada 3 flavour untuk sup, samaada tomyam, kelapa atau sup ayam. Aku amik tomyam dan kelapa. Kelapa serius sedap! Nampak tak kuah dia sampai kering (gambar kiri). Heran, diorang ni tak topap kuah ke. Tapi sini memmanngg sesak.

.:: Syrup & Chinese tea ::.

.:: Akibat gelojoh, mee tercicir ::.

Kalau memang nak makan steamboat, amik buffet je senang, RM25 per pax untuk orang dewasa. Kanak-kanak tak pasti, RM 15 per pax kot. Ni dah termasuk steamboat, air, buah, desert, ais krim, nasi goreng, spagetti etc.

.:: Kuah cicah ada macam-macam flavour ::.


Kalau nak amik aiskrim, korang kena tabah sikit, pasal beratur gillaaa panjang. Pastu yang mengambilnya semua tahap-tahap newbie pegang senduk nak scoop aiskrim punn slow...sabar aja lah. Belum campur yang berborak lagi kalau beratur bawak gang.


Kesimpulan, kalau nak pergi sini better korang book pasal weekend memang ramai orang, meja bulat penuh. Haritu pun duduk kat open space, nasib tak hujan. Ambiance memang nice. Tak sangka plak kat tengah bandar Shah Alam akan ada kafe ala-ala garden. Apa-apa pun makanan sedapppppp..huhuhu.. Cuma takde ketam ker :-(

.:: Kegembiraan terlampau ::.


Tupai-Tupai Restaurant & Cafe
Jalan Lompat Tinggi, Seksyen 13
Shah Alam, 41000 Selangor.

Bermarathon cari Official Photographer

Posted by mizzura on Thursday, April 28, 2011. Filed under:
9 Comments

Salam kawan-kawan semuaaaa!!



Apakah ciri-ciri utama nak cari OP ek..? 

Harga macamana yang dikatakan reasonable?

Apa important thing yang perlu ada dalam package kita?



Sedih sekali, OP waktu E-day hari tu, telah di book dari tahun lepas pada hari wedding aku nanti. Sigh! Yang booking tu pulak jiran 40 aku merangkap rakan sebaya.




Yang bestnye kalau dengan kawan, kita boleh kautim harga murah, nak gambar itu, nak gambar ini, demand itu, demand ini. Sedih.. sedih.. :-( Kawan lain pun ramai jugak, cuma aku kureng sikit lah dengan hasilnya plus ada yang buzy plak.


.:: Oke yang baju hitam pun ada DSLR, mau jadi OP ku? ::.


Last month ada 1 member kawin, dia amik package CST. Terus terpikat dengan video dia. Best gila! Terus rasa malas pikir nak amik yang sama jugak. Bila aku mintak quotation, baru tau... CST ngan Candid Syndrome tak sama dik.. kata akak tu. psstt (diorang punye price ni reasonable tak?)




Apa-apa pun still hunting... nak yang Jom Jimat aje..peduliklah sapa pun, janji hasil kerja mantap, harga tak membunuh. Kamu-kamu yang budiman share info please :-)

Wordless Wednesday |Ada Apa Dengan Passportku|

Posted by mizzura on Wednesday, April 27, 2011. Filed under:
6 Comments


.:: Juga berjaya sebabkan Cadlynn ada passport ::.

Maharaja Lawak - I vote for..

Posted by mizzura on Tuesday, April 26, 2011. Filed under:
11 Comments

NABILLLLL!!!!!

Paling suka waktu dia buat muzikal guna lalat tu. Kreatif gila babeng! Yang minggu keempat pun best jugak. Cuma bila tengok ulangan balik ada dua perkataan Astro dah cencored. So Nabil, lawak kau memang genuine. Weird bak kata Mamat Khalid.

Pics source here

Asalnya, aku suka gabungan Jozan. Kalau tengok RL tetiap musim hanyalah kerana nak tengok diorang. Bukannya nak tengok peserta RL. Bukanlah nak kata Jozan tak best, tapi Jozan ni gabungan 2 pelawak, maka haruslah best kan. Sedangkan Nabil solang-solang ma.. Apapun lawak Jozan minggu keempat memang satu tamparan untuk pelawak-pelawak lain. Tak sabar nak tengok next week punya!

Pics source here

Jambu, memang lawak dengan aksi-aksi tapi pengisian lawak takde. Teringat komen Aziz M Osman waktu final RL Musim 1 dan itu yang aku pikirkan tentang lawak mereka ini. Korang tau ke yang mana?

Pics source here

The rest, okay, suam-suam kuku pun ada gak. Ada yang masih di takuk lama. Lebih teruk dari peserta RL musim baru ni pun ada (tak semua lah..pandangan aku je. tak sama ngan korang). Waktu aku taip ni, mama aku dok ulang-ulang tengok ML ni. Suka bebenor dia.

Pics source here

So aku vote untuk Nabil, Jozan, Sepah untuk berada dalam top three untuk bergelar MAHARAJA LAWAK yang bakal membawa pulang berkeping-keping Ringgit Malaysia. Apa-apa pun ni baru minggu keempat, manatau ada kejutan lagi best ke dari pelawak lain :-D

Review Majlis Tunang

Posted by mizzura on Monday, April 25, 2011. Filed under:
19 Comments


Entry ditujukan sebagai tanda penghargaan kepada yang terlibat dalam merealisasikan majlis tunang haritu.

Dress - Designer Bhume Rizki & Farahman Capone from Hariz Zakwan Team

Mini Pelamin - Meenz Creation

Hantaran - Meenz Creation

MUA - Y from Meenz Creation
Layah & Bunga Tangan - Meenz Creation

Catering & Canopy - Suraya Katering

Boleh jugak terjah blog Fendy Amin ada promo 
untuk prewedding sekarang ni.

Door Gift - Muffin mama saya buat :-)
Nak order? 
Hubungi saya mazura_brennan@yahoo.com. (kecil-kecilan aja)


Thanks jugak untuk setelkahwin.com. 
Sebab menemukan aku dengan Meenz Creation. 


Thanks untuk tunangku yang bukak thread kat CG pasal designer baju tunang menemukan aku dengan Hariz Zakwan Team.

Mereka punya servis memang terbaik dan yang penting, catering tu, makanannye sedapppppp GILERR!

Kalau nak guna service diorang harga sangat boleh dirunding, cakap je tahu dari mazura, diorang tak tau pun aku berblog :-) hehe..

CERIA SIHAT GIVEAWAY

Posted by mizzura on Saturday, April 23, 2011. Filed under:
2 Comments

Salammmmm Ceriaaaaa Semmuaaaaa!!

Di lewat pagi Sabtu yang ceria ini, mari kita warm-up sedikit jari untuk menyertai ++CERIA SIHAT GIVEAWAY!!!++ yang dianjurkan oleh rakan belajar aku yang sama-sama berebut naik bas pergi fakulti -> www.syahadaa.com


Syarat-syarat?
  1. Login Blogger, pergi new post & buat entry bertajuk "CERIA SIHAT GIVEAWAY". Jangan lupa pergi kat insert image dan letakkan juga banner giveaway nie sekali, pastu klik PUBLISH POST!
  1. Jadi follower di blog ni http://www.syahadaa.com
  1. Letakkan link http://www.syahadaa.com di bloglist anda
  1. Tinggalkan comment kat entry ++CERIA SIHAT GIVEAWAY!!!++

HADIAH?

SATU sample Lactolite untuk SATU pemenang dan hanya TUJUH ORANG bertuah sahaja akan terpilih. Kebaikan Lactolite sila baca entry ++CERIA SIHAT GIVEAWAY!!!++

Tarikh Tutup?

25th April 2011

Nak tau korang bertuah ke tak?

Joinlah ++CERIA SIHAT GIVEAWAY!!!++ secepat mungkinn!!! Tag kamu semua...!



Lasagne Sedap di The Teapot Deli

Posted by mizzura on Friday, April 22, 2011. Filed under:
4 Comments


Lammmmmaaaaa tak buat cerita pasal tempat mengunyah. Okeh tanpa membuang masa, moh kita ke SACC Mall. Nak pekena Lasagne yang pada pandangan aku sedap! Tak muak sangat macam sesetengah tempat. Even Pizza Hut & Secret Recipe pun muak kot sebab cheese nye.

.:: Anak dara tunjuk skill tuang air ::.

Haritu aku pekena dengan one of my favourite tea - Camomile tea. Sangat relax bila dapat pekena teh ni.



Kawan aku pekena fries. Tapi friesnya dah macam terlebih goreng la..Garing sangat. Sini berkonsep kafe ala-ala english gitu dan owner nye, Puan Zakiah (019-2773043). Suka tengok deco dia, simple, clean & nice.




Tak semestinya makanan western je ada, kuih muih tempatan pun ada. Tempat ni sesuai untuk lepak-lepak minum petang, breakfast, nak alas perut sementara makan heavy meal & etc. Apa-apa pun, i sukeee nyahhh...




Rupanya tak semua suka Macaron

Posted by mizzura on Thursday, April 21, 2011. Filed under: ,
13 Comments

Last time ada beli promo kat Milkadeal. Macaron!!!


Thanks to Piqa Bakery. Akak ni siap hantar ke rumah lagi. Bukan senang nak dapat servis cenggitu. Cumanya before nak dapat tu agak lama lah jugak berdingdong melalui email dengan dia. Kalau awal sikit dah boleh buat hantaran  tunang haritu :-)



Akak tu confuse dengan cadlynn. Salah satu nama kami start huruf 'M'. So akak tu ingatkan aku dah claim sebelum ni. Padahal itu adik cadlynn yang order guna address rumah aku. Huhu.

.:: Yang oren tu mama gigit tak habis makan ::.

So, balik rumah, abah dah simpan dalam fridge. First ngap aku, kaler purple. Terus terasa eww...manisnya... Sungguhpun dah pernah try Laduree Macaron kat Burlington Arcade, yang ni terasa sanggattt manisssnya..

.:: Purple antara paling manis ::.

Yang paling sedap antara semua tu, flavour coffee. Rasa natural je. Yang strawberry pun quite manis.. Tapi jangan terkejut. End up aku ngap sekali enam ko. Baru tersedar. Aku ni kuat makan manis ke..?

.:: Hijau flavour coffee ::.

Adik aku gigit sikit pastu dah tak nak. Mama aku pun ngap sikit, letak balik. Bukan tak sedap, nanti-nanti dia sambung katanya. Manislah tu kan. Pun begitu, terubat lah jugak hati nak merasa Macaron yang aku idamkan dari August 2009. Lama kan baru dapat. Aku malas nak cuba nasib beli macaron mahal-mahal tapi tak sedap.  Nasib ada deal murah kat Mikladeal. I like!

Wordless Wednesday |No Plastic Bag|

Posted by mizzura on Wednesday, April 20, 2011. Filed under:
7 Comments


Only happen at Selangor on Saturday.
Lesson learnt!

Emergency Idea - Wedding Shoe

Posted by mizzura on Tuesday, April 19, 2011. Filed under: ,
11 Comments



Agak letih jugaklah cari engagement shoe yang match dengan baju yang labuh ni. Kena cari yang super tinggi inches nye. Itu saranan designer la. Dari kedai murah ke semahal-mahal aku terjah. Saja cari inspirasi. Waktu jalan KLCC ada nampak satu kat Nine West. Kaler biru lembut. Lawa! Tapi nama pun new arrival kan. err..arr..err..

.:: Terjumpa design ni yang blue color kat Nine West ::.
Pic Source

Jalan plak ke Mid Valley and Garden untuk cari kaler yang senada dengan baju. Tak jumpe weih. Kat Lewre Mid Valley ada tapi terlalu terbuka sangat. Aku takmo nampak kaki. Aku memang suka peep toe design.

Sampai brother kat Nine West Metrojaya cakap.. Dah last minute baru nak cari. Aku nak cover line terpaksa jawab, saya sibuk tau,saya engineer selalu pergi site. (boleh pakai reason tu?)

.:: Baru jumpe kat tenet from Lewre Couture ::.
Pics Source

Kat Garden, Lewre Coutoure plak ada satu tu tone dia cantik sangat, biru-biru lembut keputih-putihan. Rege? Ada la dalam RM1k++.. Huhuh..pas tanya harga terus tanya material apa, kulit anaconda ko. Boleh tak tetiba feeling nak cakap kat SA tu tak jadi amik sebab support animal abuse..kakaka..cakap lah tak mampu.



Aku duduk sat sambil belek2 kasut waktu kat Isetan Garden. Since biru aqua susah nak dapat. why not cari beige. Almaklumlah, dress aku tu lining dia kuning. Amik satu sample wat mockup test. Eh kenalah dengan kain perca yang aku bawak tu. Kat Isetan tak lawa sangat design walaupun made from satin & ada bling-bling.





Tapi sebab kosong sangat. Last2 aku pikir pergi cari klip rambut lah. Singgah Accessorize kat Midvalley, terjumpa yang magnetic clip. Test punya test. Ngam. Yang display satu je. Aku suh SA tu cek ada lagi satu tak? Aku nak 1 pair. Nasib ada. Pheww.. Misi kasut aku settle. Murah pun murah. Yang discount dari Vincci+ . Patah kaki wei, round KLCC, Mid Valley, Garden. Bila pikir-pikir balik kasut tunang je pon....

.:: Motif kaburkan gambar? ::.