Happy Birthday Owner Blog Kisahnye!

Posted by mizzura on Tuesday, March 29, 2011. Filed under:
11 Comments

Kalau nak tahu.... (kalaulah)

Owner blog ini punye birthday jatuh pada tanggal 

DUA PULUH SEMBILAN BULAN MAC



sekian.

Kembali menghilangkan diri...


hidup lagi ke..?

Posted by mizzura on Friday, March 25, 2011.
3 Comments

DIY Potato Chip

Posted by mizzura on Friday, March 18, 2011. Filed under: ,
7 Comments

Memula hiris kentang, tak yah halus sangat.



Pastu, rendam dalam air garam.
Tak perlu lama nanti masin.
Lepas rendam, toskan kentang tu ye.



Kemudian kentang di goreng dalam periuk tekanan perasaan.
Eh tak perlu, goreng cam biasa je.
Macam goreng keropok ikan parang asli tu.




Angkat dan toskan minyak macam biasa. 
Kalau ada lebihan minyak.
Lap-lap sikit.



Tak perlu tabur garam.
Rasa tip-top macam potato chip perisa original.

Jangan tanya lebih, sebab aku tukang snap je.
Tukang buat siapa lagi, Pn Mama.

Itu pun aku tersedar sewaktu mama pakai hub dapur gas kanan,
manakala aku belah kiri.
Tengah masak mee instant nasional :-)


Sekian.
Laporan resepi dari saya :-)








Sekali je kot rasa telur dia..

Posted by mizzura on Thursday, March 17, 2011. Filed under:
12 Comments

Aku memang tak pernah rasa.
Yang kuning-kuning tu telur dia.
Yang putih isi..ala-ala isi ketam.



Semua telur-telur tu
beserta isi, telah habis di keluarkan 
dari badan dia..


Teka siapa dia?


"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
e-ekz..
break mengejut
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"

Pandangan bawah.


Perumpamaan
" Asyik berkepit macam....."


DIA!


Nasi tambah: First time try rasa macam entahla..pening-pening.ke perasaan jer kot. Tapi orang cakap tak leh banyak-banyak, nanti boleh mabuk. Ada yang kata beracun, ada yang kata tak halal pasal ada ciri-ciri 2 alam. Bila aku cek tenet..rupanya-rupanya ada yang siap buat belangkas masak kicap, asam pedas bagai?! Tapi aku sekali je la kot rasa telur belangkas ni. Tak mau lagi dah. Terima Kasih.

Free Domain Contest by Little Mama

Posted by mizzura on Tuesday, March 15, 2011. Filed under:
7 Comments

Teringin jugak nak ada domain sendiri.
Boleh la setahun tu 'eks' sikit ngan orang kampung..
kisahnye.com
Aku lah owner.
eceh!

Lagi-lagi bila ada orang nak bagi free setahun.


(Ada aku kisah...ko pakai domain ke tak..? kuikuikui..)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Oh..peeps..


For your info, Little Mama tengah nak bagi domain free ni melalui contest Free Domain Contest by Little Mama. Moga-moga dimurahkan lah rezeki beliau di atas kemurahan hatinya ini.






Tak terigin ker peep-peepah semua??


Kepada Little Mama, ni saya nak gitau ni...


Saya mahukan Nama Domain Percuma dari Little Mama untuk blog saya kerana………

  • Bajet blog ni lagi gempak bila ada .com -  Kot-kot pergi audition pengacara JJCM, boleh cakap layarilah kisahnye.com untuk info tempat kunyah paling best. Orang kampung pandang tinggi tuh..Mula la kuar ayat..."eh dia ada website sendiri tau, hebat nye."
  • Kalau blogspot, panjang sangat nak type. Orang kampung susah nak ingat. Kebarangkalian tersalah type tinggi. Seperti kisahnye.blogger, kisahnye.brownspot, kisahnye.sport, kisahnye.wordpress, kisahnye.terpress. Tak gitu?
  • Bila dah dot com, dah ramai orang kampung baca.. mula la rasa malu pada entri picisan aku, lantas secara automatik otak kanan & kiri aku akan di full swing untuk menjadikan entri aku sedap mata membaca.
  • Sebab entri dah bagus, otak kanan aku akan hantar signal bagi mewujudkan daya imaginasi serta menghantar isyarat RINGAN TULANG menghias blog. Nanti malu dowh, orang kampung kata aku anak dara pemalas. Tak reti mengemas blog, nanti malu mereka dan keluarga mereka. (mereka refer to kisahnye.com *bajet*)
  • Sebab Little Mama tertarik hati nak bagi domain free setahun kat blog sahaya :-D .. FREE SIAPA TAKNAK?! Cukup setahun, masuk lagi contest Little Mama..tehehehe..

eja - ef..arr..ii..iii...bunyi apa adik-adik?

Ajak semua follower, peep-peepah, silent reader buatlah contest ni sebelum 26 Mar 2011. Kerana tarikh 29 Mar 2011 ialah harijadi saya. Oke, takde kena mengena. Kerana 26 Mar 2011 ialah tarikh tutup. Maka peluang kamu-kamu untuk dapat domain percuma setahun emangnya kalau terlepas langsung mencantas niat nak kepoh ke orang kampung korang ada website. Harap maklum.


Yang berminat,
mizzura from kisahnye.blogspot.com 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



















Wordless Week

Posted by mizzura on Monday, March 14, 2011. Filed under:
4 Comments

Shhh...
Weeks for when i'm wordless.
(since last week actually!)




Celcom Sale Berbaki 19 Hari Lagi *updated*

Posted by mizzura on Sunday, March 13, 2011. Filed under:
3 Comments

Aduss.. 
Celcom Sale berbaki 23 hari lagi. 
Sebelum ni aku hanya ada 30 token yang bernilai RM100. 


Kok, mau beli handphone apa ye kalau yang Blackberry berharga riban-riban. 

 

Menurut brother kat Blue Cube tu, 
hanya boleh redeem melalui retail price (RRP) jer. 
Tak boleh beli yang plan package untuk Blackberry, LG etc.
Lor.. lagilah mahal kan.. Means;

  RRP-TOKEN = HARGA HANDPHONE YANG PERLU DIBAYAR


Contoh, untuk kategori bajet cam aku untuk Nokia C3.
(eh..nanti sama cam handphone kasut pink)

RM400 (RRP) - RM100 (TOKEN) = RM300 (H/PHONE PRICE)

Wah..! Sudah boleh beli ni.
Agak-agak, tak mahu untuk diri sendiri.
Boleh hadiahkan kepada yang tersayang kan.
(Kalau dia mau yang pink kaler)
Actually..dah bertahun aku tak pakai Nokia.
Hehe.

Korang-korang plak dah berapa token dapat?
This week ada 46 token.
Nak tunggu sampai token 50 = RM250.
Ntah-ntah sampai expiry 31st Mar 2011..pun belum cukup.
Harus cecepat nih!
More info, boleh cek kat CELCOM SALE ye.

Macam-macam pilihan ada...DASSSSYATTTTTTT!!


Nasi tambah : Kalau malas klik link atas, 
klik link BE Celcom kat bawah entry ni pun boleh..
mekasih banyak-banyak :-D

Tsunami diriku

Posted by mizzura on Saturday, March 12, 2011. Filed under:
4 Comments

First of all, semoga rakyat Jepun di sana tabah menghadapi Force Majeure. Takut, bila tengok semua video-video bencana tsunami ni. Yang paling takut kalau aktiviti ini bertindak pantas ke semua kawasan yang terletak pada lingkaran sama. Mungkin jugak kalau-kalau tempiasnya terkena Malaysia seperti di Sabah Sarawak sana. Moga-moga tiada apa yang berlaku & kalau boleh elakkan aktiviti pantai.




source image: goole image



Dalam pada itu, aku pun tengah tsunami ni. Aku ada 2 perkara getir pada hari Isnin ni dan satu perkara penting pada hujung bulan. Bannnnyakkkkk lagi benda tak setel. Setiap milisaat adalah berharga. Opss..entri ni wujud pun sebab tension. Almaklumlah, biasa aku buat schedule entri sampai hari Jumaat je.

Tolonggggggggggggggggggg.....!!!!!

Nasi tambah: Sat g aku nak g wedding kawan, makcik nak dtg rumah, nk kuar photostate cert, cuci gambar passport,kemas rumah what else. Esok nak study..study & study. Ada orang kisah ke ko nak sibuk semua ni, Jepun lagi sengsara..*Mode ~Emo*

chicken teriyaki yang wajib bila ke mid valley

Posted by mizzura on Friday, March 11, 2011. Filed under:
8 Comments

Suka Japanese food tak?

As usual, kalau pergi Mid Valley time dinner aku mesti nak makan menu ni sebab dia lengkap dengan air plus murah. Tetiba lupa plak harga dia. <RM15 kot.

.:: Chicken Teriyaki Set ::.

Kalau, ke food court atas tu, dia betul2 sebelah gerai jual air belah kanan. Korang jangan confuse dengan Kedai Teppayanki plak. Yang tu aku kureng sket.

.:: Set lain, ayam digoreng ::.

Actually, dah banyak menu try kat situ, salmon, sotong, tapi hatiku tetap melekat pada Chicken Teriyaki ni.

Ada sekali tu, meja sebelah, anak dia tanya bapa dia macam-macam kenapa akak ni makan pakai chopstick lah, napa makan makanan jepunlah. Malu dowh aku nak makan. Lagi-lagi bila dia intai-intai. Kikikiki..

.:: C/wise : Miso sup, green tea, kobis mayonis, nasi & chicken teriyaki ::.

Apasal, tetiba gelombang nak gi Mid Valley mencanak naik saat aku type ni. Grr..Aku sendiri yang terliur - Gila pada gambar makanan sendiri plak.


Rahsia disebalik kelahiran di bulan islam

Posted by mizzura on Thursday, March 10, 2011. Filed under:
6 Comments

Tujuan asal, nak cek tarikh lahir di bulan Islam. Tapi terus terjumpa yang web ini.


Kalau nak tahu pada bulan Islam manakah kita lahir, boleh cek kat IslamicFinder dulu. Bila dah tahu, kamu bulan islam apa. Maka pilihlah rahsia kamu di bawah yer :-). Aku ada ciri-ciri berwatakkan berani. cer teka aku bulan apa :-D ?



Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan
menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang
sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik,
dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang
pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan
yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya.
lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat
buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah
di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia
melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya
ianya akanmendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat
besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa
diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif
dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan
mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan
kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya,
mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar
kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran
dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia
berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang
bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan
tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang
menemui kegagalan juga.


Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai
kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia
salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi
bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak
mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu
mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya
yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa
dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut
mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan
nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka
bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu.
Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau
bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.
Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya
tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah
semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik,
berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan
mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak
angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka
menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka
dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan
hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya
dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu.
Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai
keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya
dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada
dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir,
kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat
hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana
banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi
keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak
berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu
baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya
sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala
terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana
dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar
mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia
seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang
pertimbangan.

Saya Mahu Semua Shawl Dari Blog Radiusite

Posted by mizzura on Wednesday, March 9, 2011. Filed under:
5 Comments

Kalau sapa-sapa tak pernah dengar pasal radiusite (tak mungkin kot), korang mesti bajet dia macam radioactive ke apa kan. Tak pun yang ada kaitan dengan chemical, applied science or etc.



Tapi, once dah jenguk site dia...kirim salam lah nak dapat shawl kalau terlambat order. Cepat gila siot out of stock. Asal update entry je habis sold out semua. Kagumlah dengan bisness shawl milik Ika Radiusite ni. Muda jer  lagi adik ni. Hebat lah pemudi pemudi sekarang!

.:: Geram siot..Cantik sangat! ::.


Paling aku impikan..shawl untuk wedding..lawa gila pemilihan dia. Eh tak perlu pertikai kan lagilah..Pada aku semua shawl, tudung express, inner syria kat blog Radiusite adalah marbellous! (All Image Source from Radiusite.com)

.:: Mana nak cekau chiffon beaded tu? ::.


Anyway, ni bukanlah contest anjuran Radiusite atau konco-konco hijab online yang lain yang mana hadiahnya ialah shawl. Ni hanyalah sebahagian dari syarat untuk masuk contest IPAD PERCUMA dari blog MySuperKids. Amacam..ada beran? Jom masuk!



Commercial ads by organizer  - MySuperKids

Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. SertaiBengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

Tag: Cadlynn & sesiapa jua yang tak mahu melepaskan IPAD percuma ni.

Alfatihah – Bapa kepada Youk Bunkface

Posted by mizzura on Tuesday, March 8, 2011. Filed under:
6 Comments

Semalam maghrib sampai rumah capai jemput-jemput buatan mama. Tak lama pastu adik aku pun balik dari kerja. Terus mamaku aku tanya dia. “tahukan bapa kepada budak bunkface meninggal dunia? “(mama aku tak pernah ingat nama, asyik panggil budak jer). Adik aku cakap. “tau ni nak gerak menziarah ni, tapi jenazah dah kebumi siang tadi”.

Aku pun tumpang terkejut – innallillahiwainnahirajiun..

Mama aku cakap baru jer nampak arwah kat kenduri kawin depan rumah aku ni minggu-minggu lepas tapi siapa sangka tuhan lebih menyayanginya..

Kepada yang mengenali youk (off courselah korang kenal kan) marilah sedekah Al-fatihah untuk arwah bapanya & kepada keluarga youk semoga tabah menghadapi situasi ini. Al fatihah..

*Off topic*
Nasi tambah: Band bunkface memang best sebab lagu-lagu diorang sesuai untuk remaja & belia. Koman-koman ko muda tapi taklah buat lagu tangkap leleh macam setengah band remaja dulu-dulu. So keep it up as a team walaupun ada dengar ura-ura Sam nak keluar T_T .

Contest "Splashy Moment" - by FiqKBE

Posted by mizzura on Monday, March 7, 2011. Filed under:
8 Comments

Semalam contest..harini contest..Esok pun ada gak. Aku dah schedule entry. Makin hari makin beeesssaaarrr hadiahnya uoolsss... tunggeww..*gedik mode*



Hadiahnye BEST woo..


PEMENANG UTAMA
Underwater LOMO Camera + Film ISO 400.


4 HADIAH SAGUHATI
1 jelly lens untuk setiap pemenang saguhati.


Presenting "Splashy Moment" by KISAHNYE



Best giler bila ada girls day out..
Tengoklah betapa gembiranya kami bersplashy kat Sunway Lagoon. 
Miss uolls bestie!


Kali ni nak tag..10th latest commentor yang tak tersenarai dalam contest semalam. Here we go..


Maera
netyfadil
gedek
solihin
lady dayana
unknown girlz
akugumbira & riang-riang
alis misnan
Riri Yoorin
Jiji-Fify


As token of appreciation sebab kamu-kamu mengomen di blog pinggiran bandar ku ini :-D. Buat tau! Info lebih lanjut lawat jer blog me & KBE




Closing 10th Mac tu..Cepat!!!!!!





Nasi Tambah: 
Thanks cadlynn tag aku.Kalau dapat lomo tu boleh kita jump-jump kat PD lagi ek..






Contest : Begins at 20,30,40 dan ikut mana korang sukalah..

Posted by mizzura on Sunday, March 6, 2011. Filed under:
6 Comments

Menderu contest ko. Rajin plak si cadlynn ni tagged aku. Yang ciannye aku tak pernah tag dia...err..pasal aku jarang di tagged contest kot..hoho *cian tak glamer minah ni*

Oke..lurus ke titik straight to the point Contest ni di organize oleh Ratu Kebaya (wow!). Nama contest adalah seperti di atas. Kalau kategori aku, paling sesuai ialah Ending at 20s.kikikiki.. Nak begin 30 belum sampai lagi yaw - sensitip.




Kalau ikut akak ni, contest dia diinspirasikan dari minat kak Ratu terhadap style blogging en.GEDEK. Style dia hanyalah snap muka sendiri berlatar belakangkan benda yang nak diceritakan dalam entry. Ohhh..gitu konsepnya.

So, kak Ratu, walaupun hadiah berdasarkan Lucky Draw, terimalah gambar ikut konsep kak ratu ni. Begins at 20 (begins pulak).hehehehe.

Kisahnye: 

Gambar atas tu first time ever visit Dataran Merdeka sempena Hari Kebangsaan yang ke 50 in 2007. Itu pun kebetulan adik terlibat buat persembahan formasi. Tapi serius memang best and u'll be proud to be MALAYSIAN!

(Copy paste ayat dari entri Merdeka)


Jeng..jeng..jeng.. Nak tag :
Kasut Pink (sebab nk bagi seri b2b *bole?*)
Ilyani (pengantin baru..apa cerita? :-D)
Kak Tihara (sebab my best follower )
Yutaka (sebab ko jarang tonjol diri)
Sya (sebab ko leh up kan promosi)
NeenaNuar (sebab gambar dia semua best)
Ezmaliza (sebab dia comel & byk b/ground Perlis yg nice)
Miss Pena Unggu (Sebab entri last dia tutti fruitti-geram tengok ice cream tu)

Eh..aku syok sendiri main tag..cukup kot 8..sapa-sapa nak gitau eh..takpun pandai-pandai ler buat sendiri. Dah besor kan..

Oh..hadiahnya berupa uwang ringgit.

RM15, RM10, RM5

Ayuh...!
Tarikh tutup 15th March 2011.