Pencarian Blog Paling Hensem Dan Cantik 2011 *Updated*

Posted by mizzura on Monday, February 28, 2011. Filed under: ,
10 Comments

Adakah blog anda mempunyai kumis? 
Adakah blog anda mempunyai lesung pipit? 
Kalau ada, andalah yang Encik Luncai cari! 

Kumis sinonim untuk hensem, 
lesung pipit sinonim untuk cantik.. 
kikiki.. Gurau-gurau je :-) 

Tapi kalau kamu-kamu rasa blog kamu layak dishorlistkan sebagai blog hensem atau cantik di tahun 2011 ini. 

Moh le kita join contest anjuran Encik Luncai.





Gigih aku buat pasal closing dia hari INI. Ulangan yer closing HARI INI 28/02/2011 pukul 11.59 pm. Yang pasti wajib buat contest ini ialah Kasut Pink, Tihara, Dahlia, Ezma. 


Sorry lah lambat bagi notice. Cadlynn pun baru tag last week. Cepat-cepat...!! 

 nasi tambah: internet ni prob plak..takleh letak gambar, edit bagai..nanti try re-update balik.. (SUDAH UPDATE GIRLS!!)


oh rupanya..kena ada boys..so aku tag yutaka. ko dah buat lum? ah cepat sket..udah mau tutup.

Tak suka coklat bila...

Posted by mizzura on Friday, February 25, 2011. Filed under:
11 Comments

Rasanya dalam last 2 days, aku cek peti ais ada coklat 1 bar yang size besar tu. Flavour dark chocolate sebagai filling, covered dengan milk chocolate. Sedap sebab akan ada dua taste, pahit & milky. 

photo by google image

Alih-alih bila memalam aku tengah sangat tension dan memerlukan coklat sebagai terapi. Benda tu boleh TAKDE?! Tension betul..!!! Bebudak laki kat rumah aku ni kuat makan coklat ke? Yang aku tau, adik pompuan aku tu je yang gila coklat, tapi dia kat hostel. (Ke bapa aku yang balun coklat tu?). Aku sampai dua kali bukak & geledah peti ais okeh...sangat tak puas hati.

photo by google image


Fenomena ni bukan sekali, banyak kali dah. Kebiasaannya, my 3rd brother every time balik dari offshore akan beli coklat kat airport. Yang siputlah, toblerone lah, hershey ke...ikut suka dialah. Menjadi kebiasaan aku cek peti ais apa dia bawak balik. hehehe (kantoi!)

photo by google image


Yang tak tahan..memula aku cek peti ais bannnyyyaaakkk sangat. Alih-alih, aku cek balik Daim tu adala tinggal dua. Grrr... (Ke tukang beli yang kuat makan?). Aku pun satu, time banyak taknak rembat. Nanti-nanti konon..time diperlukan sebagai terapi, ko hilang..dowhh...tension..tension.. 
(pesanan untuk diri sendiri: Dah tu, reti-reti lah beli coklat sendiri.)


photo by google image







7-0 beb!

Posted by mizzura on Saturday, February 19, 2011. Filed under:
3 Comments

Quick update.


Tadi ada lawan paintball kat Putrajaya. Kali ni team aku medapat ketua yang serius namun cukup dengan strategi. Boleh bagi arahan lagi di medan perang. Sebab tu 7-0 beb! 


Kesimpulan, apabila ada pimpinan yang hebat, komunikasi yang baik dan kerjasama dari ahli pasukan dicampur sedikit keberanian, tak mustahil untuk kalahkan pasukan lawan!




Ececeh..naik semangat pulak. (Full Story kemudian - Bangga sebab dapat naikkan bendera Malaysia di medan perang).







Pergi Mesyuarat Tendang

Posted by mizzura on Friday, February 18, 2011. Filed under:
6 Comments

Morning yeberibadi!

Di pagi Jumaat yang mulia ini, nak kena pergi 
kick off meeting project baru kat office client. 
Nak kena lalu federal highway, yang lemah semangat ni. 
Almaklumlah dah lama tak lalu federal pagi-pagi meredah jam.
Moh ke Jalan 222, Pee-Jay!
Daaaa.... :-)

Photo by CartoonStock

Blogger dengki ke blogger dengki?

Posted by mizzura on Thursday, February 17, 2011. Filed under:
4 Comments

Terkejut bila nak usha blog semalam. Aku klik thru blog cadlynn pun tak jadi. Aku search blog sendiri guna google pun tak jadi. Aku type url pun tak mau. Semuanya jadi gini.




Hati mula pikir..weh blogger mana dengki dengan aku ni. Ada yang tahu ke email & password aku nih. Ke aku ada buat kesalahan publish entri yang menyalahi terma Blogger.com. Berdebar la jugak. Tangan tak IT cam aku ni, kalau prob menjelma haruslah kaget kan..


Lepas dah tenang, aku pun klik kat perkataan biru atas tu. Then log in masuk password. Tapi dia suh kita register handphone pulak. Ni yang aku risau kena register handphone nih. Pas verify, then terus ok. Pheww..Nasib baik! (mula terpikir nak guna password ultra-dasyat nih. Nak elak scam.)



Sorrylah eh..terpikir blogger mana plak dengki tadi kan.Mungkin technical problem oleh Blogger.com jer. Anyway, anything can happen. Dunia tanpa sempadan kata. So korang-korang watchout ya!

Alkisah Template Baruku

Posted by mizzura on Wednesday, February 16, 2011. Filed under:
8 Comments

First, harap maklum aku ni bukanlah si pinky. Aku suka biru dari dulu lagi. Kalau dok asrama, baldi, hangar,sepit baju etc mesti nak biru yang ala-ala baby blue tu. Sampai kawan aku cakap "malas mintak pandangan ko, mesti kata biru lawa".

Lately pas dah bekerja je, aku banyak guna pink. Sebab, pink adalah shantek! Apa-apa pun in pink adalah shantek! Tu last time blog aku kaler pink. Tapi cacat pasal header die tak menjadi and aku separa malas nak explore.

.:: Sedih tinggalkan yang lama ::.

Ingat tak, last year ada cakap nak buat header baru kan, so cuti ni memang lah aku gigih buat header. Aku bajet nak letak gambar kat header. Then, nak pinjam lappy adik sebab dia ada photoshop. 

.:: Header yang dah buat tak pakai ::.

Tetiba, sedang aku search info pasal "something BtootB (tak moh tulis penuh konon)". Terjumpa lah satu blogger ni nice jer layout die. Aku terus ke link layout dia pakai. Pas godek2 semua layout, maka aku berkenan sangat dgn yang sekarang aku pakai ini. Sangat simple. Malas pikir panjang, aku rembat je la. Ada satu layout ni mesti korang tau sapa punya kan. Rupanya die pun amik dari sini kot. Ha, teka siapa pakai layout ni dulu?

.:: Ika Radiusite.hehe ::.

The best part ialah, blog Yummy Lolly siap bagi header design untuk aku tepek kat blog aku nnt, so takde lah jadi masalah like last time tuh -layout ada, header nak kena edit sendiri which is aku tak pandai. And, Yummy Lolly pun tak kedeks ilmu, rajin bagi tips macam-macam. So, kalau kamu ada info pasal blog lain yang ada template shantek, share2 lah disini yer.

Dahlia, harap menjawab persoalan you :-) (Tak sabar nak tengok template baru dahlia pulak..hehe). Cadlynn, tak dapat join group blog pink lor..adoyai..

Nasi tambah: Umm..still nak kena edit arrangement kat column tepi nih.Kalau sesiapa yang tak termasuk dalam list..tunggeww...jangan merajuk na...


Pergi masjid dapat air kotak & mihun.

Posted by mizzura on Tuesday, February 15, 2011.
9 Comments

Mengimbas kenangan kanak-kanak di hari maulidur rasul. (Aku selalu sebut maulud nabi je dulu). Disebabkan rumah time tu dengan masjid alahai 100m jaraknya. Memang takde peluang nak mengelak, pagi-pagi dah kena kejut suh pergi masjid.

Kecik-kecik tau apa. Yang tau pergi masjid dengar ceramah ustaz, tengok persembahan sikit, beratur dapat air kotak & mihun. Yeay! Best gila..! Ulangan ye, time ni budak-budak. Apalah sangat mihun tu & air kotak kan.hehe.

Aku tak ingat pernah berarak ke tak time kecik-kecik dahulu. Cuma yang pasti, 12 Rabiulawal ialah Hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Marilah kita berselawat ke atas nabi junjungan kita :-)

.::(Lor kasut putih plak..kasut sekolah bata lah tu) ::.

Hey The Macaron is RM12 !

Posted by mizzura on Monday, February 14, 2011. Filed under: ,
3 Comments

Teringat akan kenangan di Burlington Arcade last 2009.
Bila auntie belikan beberapa macaron dekat Laduree.



Dalam hati "Menatang apa biskut warna-warni ni?"
Bila dah try, rasa nak lagi.

Tapi time tu dah kat Malaysia.
Cuba cari resepi tapi tak berapa faham.

Then around 2010.
Macaron sangat popular.


Sampai pengantin tolak telur pindang semata-mata nak bagi macaron.
Tapi yang ni saya tak boleh tolak.

Sebab murahhh gila..
OMG, nak berapa kotak ni..?
 1..? 2..? 30..? 400..?

RM12 untuk sedozen!
{Saya beli dua :-)}

Boleh redeem sampai 30 April 2011.
Bride to be..tunggu apa lagi? Grabbbbbbb..!!

MILKADEAL 
(Tidak berurusan dengan susu sahaja)

Bandung Day 5 : Wajib Beli Kek Lapis

Posted by mizzura on Saturday, February 12, 2011. Filed under: ,
6 Comments

Yeah, hari ni nak balik dah!!!! Rasa macam tak cukup je 5 hari, tapi fulus yang ada untuk 3 hari je so jangan berangan lah nak melancong lebey-lebey.

Flight kitorang tengahari, so pagi tu sempat lagi last kopek ke outlet pasal ada yang nak tukar size, cari barang lagi etc.

.:: Budak poket kering dok diam kat luar ::.

Before balik, tak lupa jugak belikan the famous kek lapis kat Amanda or Kartika and they are popular with their brownies too. Oh aku ada beli satu kerepek macam kerepek bawang. Bezanya, kerepek bawang ada lingkaran oren, yang ni dia lingkaran coklat..sedapp tau..kalo korang terjumpa belikan tau..

.:: Lobby Hotel ::.

.:: Byebye Bumi Asih ::.

Huaaa... Lesson learnt.. Nak gi Bandung kena bawak duit poket banyak sebab sini memang purposely untuk shopping.. haha..

.:: Permisi ya pak ::.

Nasi Tambah:
Punya lah kecik dunia ni kan. Boleh terjumpa akak satu sek menengah kat situ.. sungguhpun pas sek. teknik kitorang satu uitm, tapi kat Malaysia tak pernah terjumpa pun... What a small world..

FUH! BANDUNG TRIP SETTLE!




Tunggu next entri peram ke obersea buat kali kedua..
Nak meletop dah die dok dalam draft..
Daa... :-)

m

The latest craze, macarons! Get the sugar rush from #piqabakery at RM12 for a dozen! Only at #MilkADeal .

Posted by mizzura on Friday, February 11, 2011.
1 Comment

The latest craze, macarons! Get the sugar rush from #piqabakery at RM12 for a dozen! Only at #MilkADeal .

Bandung Day 4: Faboulous Sundanese Food

Posted by mizzura Filed under: ,
4 Comments

Sambung lagik dari dari hari ke3


Yezza, Empat hari sudah aku kat Bandung. Seriusly terasa lama gila. Maklumlah terpisah dari rumah, dari office yang manjang busy tu. Aku pun tak pasti duit poket cukup lagi ke tak untuk esok..Tapi still ada dua tiga barang yang nak dibeli.

.:: Bisa pinjam paper mas? Mau lihat update Malaysia ::.

Mostly, hari keempat ni kitorang jalan-jalan kasi habis outlet mana yang tak pergi lagi..itu belum termasuk pesanan orang. Seriusly, kadang-kadang susah jugak bila ada yang memesan especially kalau kita tak jumpa macam apa yang dia nak. Tapi orang dah pesan kan...kesian plak.Tapi kalau bagi duit confirm takde masalah - harus carikkan cam dak cadlynn ni. He.He.Cakap jela yang kau sebenarnya tak cukup duit beli barang orang pesan. Ces!

Antara tempat yang kitorang singgah. Yang masih dalam ingatan lah ye. Herritage, Cascade (a bit mahal sini), Secret, Elements, Solution, Merdeka  & etc.Tak silap sepanjang Jalan Dago, Jalan ir hj Juanda pun banyak factory outlet.

.:: Depan Building Cascade, Tepi Herritage ::.

Oh, kalau agak-agak boring pergi outlet, boleh je singgah Paris Van Java. Situ ada Sogo tau. Sapa yang gila Sogo Sale tuh..tak nak ke shopping Sogo Bandung plak?

That day, lunch kitorang makan kat Simpang Rasa - Nasi Padang. Pendek kata, makan kat Bandung memang macam heavenlah. Semua SEDAP!

Dinner adalah paling best! Makan Ikan Bakar kat Pak Chi Met Ikan Bakar. Ai..aku dah terliur time type perkataan Pak Chi Met tu.

Aku amik set, quite lengkap and murah. Ada ikan gurame (tilapia kot), sotong, udang, 3 jenis sambal yang Masya Allah sedap nak mampus. Fuhh...Rasa nak gi Bandung plak.

.:: Kesabaran ::.


.:: Kegelojohan ::.

Hari Kelima?

Check-it-out!

Bandung Day 3 : Apa Ada dengan Tangkuban Parahu

Posted by mizzura on Thursday, February 10, 2011. Filed under: ,
6 Comments

Kesinambungan dari 2nd day :-)

Ha, korang cuba tengok gambar bawah ni. Sure ar, kalau sapa gi Bandung mesti nak bergambar kat sign bord Tangkuban Parahu ni kan. Ada sejarah pasal gunung ni, tapi dipendek cerita, gunung ni kalau tengok dari jauh bentuknya cam perahu terbalik. Thats why!

.:: Gambar Standard ::.

Yang tak syoknye, turun-turun je dari MPV supir aku, korang akan dikerumuni penjual-penjual kraf/buah. Diorang takkan paksa, tapi diorang akan ikut je kita ke sana sini. Jgn risau diorang ni tak akan berkasar compare with penjual dari Bali. Hanya senyum sahaja dengan mereka dan ignore aja sampai anda tewas..ha.ha.


.:: Gerai Kraf ::.

Positif side, for those yang suka sejarah or suka explore benda baru penjual-penjual kraf ni still akan bercerita/promote pasal Bandung or sejarah or anything yang korang tanya, tapi itulah yang dinamakan strategi. You pay what you get.ha.ha


.::Masih berasap tau ::.

Aku, kat sini beli keychain jer. Sebab...err..sebab aku tertewas la.ha.ha. Brother tu dari mula dok follow je, sampai lah aku nak balik. Siap offer amikkan gambar lagi. Wp tewas, habis rendah lah aku mintak dia mark down, kalau tak aku tak nak amik. Goodies for officemate - done!


Kat Bandung ni sejuk sebab dia area tanah tinggi. Bayangkanlah, strawberry pun jual kat gerai-gerai biasa aja. Kalo kat sini Strawberry mesti kat tempat frozen je betul tak. (Kecuali Cameron Highland la).

On the way turun dari Tangkuban Parahu, singgah ke HotSpring kat Sari Alter. Kat sini cam biasalah, pelancong harga mahal T_T (Ingat pelancong ni banyak duit?). Sekali lagi, brohther jual aiskrim entertain kitorang dari mula masuk sampailah err...sampailah kitorang beli ais krim ye dak. Habis semua, sejarah dia cerita - thats fine. Including kakak dia yang kerja kat Johor - thats AAK! Pastu aiskrim dia bapak mahal bila convert balik ke RM. Brand biasa aja..bukan walls cornetto pun.


.:: Air ni kalau celup kaki boleh cepatkan jodoh - Katanya ::.

.:: Spring Panas ::.

Dah settle redam kaki, kitorang pun balik ke kota. Plan nak lunch kat Bumbu Desa di Rumah Mode. Sekali lagi, tempe Mendoan menjadi pilihan. Ha, teh botol pun best tau. The only air teh yang dijual dalam botol kaca - i guess. Sedap sangat lunch sini!


.:: Kiri Kuning slice tu tempe mendoan ::.

*Then, shopping till drop mode...*

Malam tu try KFC plak sebab dah takde idea nak makan apa. Lagipun, KFC dekat je dengan mall. Kami ada sesi karok. Yihaa... Practise before masuk contest beras jasmine gitu..ke.ke.ke. Lagu semua layan indonesian song lah - takpun english song.



Penat Gila Hari Ketiga....


The next Day!

Sapu semua!!

Bandung Day 2: Amazing Race Shopping & Eating

Posted by mizzura on Wednesday, February 9, 2011. Filed under: ,
11 Comments

Kesinambungan dari 1st day


First time aku breakfirst Indonesian food. Nasi goreng dia rasa seperti digoreng dengan kicap aja. Plus the fried mee is totally from instant mee.takde guna langsung mee kuning macam kat tempat kita ni. Memula tu agak susah la nak masuk, tapi aku ni kan tolak batu kayu aja. Bedal!

Our first visit, was to Pasar Baru. Kat sini semua jenis, kain ela, sulam, batik, pelikat & telekung murah-murah ada jual. Siap boleh tempah baju kat sini tau and siap in a day? Malaysia boleh ka? Aku tempah suar kerja je. Esoknye, dia siap hantar kat hotel. Best tu!

Yang lain aku beli kain batik sulam yang ready untuk dijahit jer, for my mum & sis. Kain pelikat for my dad. Oh ye, telekung dia, serius yang bersulam-sulam tu lawa(kan cadlynn?) & murah-murah. Mintak aja "pas" nya berapa iaitu harga after diskaun.

.:: Dah setahun baru hantar tailor ::.

After lunch Nasi Padang yang SEDAP kat Sari Bondo, singgah Toko 3 pulak. Usha seluar jeans Levis. Harga not so pricey. Mine, aku rembat lower rise at Rp 300. Here Rp 300, stands for Rp 300,000.00. Aku memula sangat pening nak convert harga. Yelah kosong dia banyak sangat.

Dinner plak, paling BEST. Kat Kg. Daun - Gallery Culture Cafe & Spa. sangat natural tempat ni. Sebuah hutan yang species asal diorang maintain, tapi diorang letak pondok-pondok yang banyak ala gazebo. Makin ke atas makin tinggi. Naik bukit. Kalau pergi sini jangan lupa singgah toilet dia jugak.

.:: Nak petik bunga kecubung ::.

.:: Yeay. Dapat.Bau wangi & seramm.ha.ha ::.

Kat Bandung, selain nasi padang, korang patut try sundanese food. Sebab memang sedap giler! Jadi for dinner i choose, nasi with ayam penyet sambal kemangi. Than i add another side dish - the tempe mendoan. Fuhh. aku ni memang sediakala peminat setia tempe (sampai diejek-ejek jawa bila kat sekolah. tak kisahla aku berdarah irish ke, javanese ke, nigger ke dah tekak suka makan tempe..kenapa nak ejek plak).

.:: Ayam Penyet Sambal Kemangi ::.


.:: Ambiance Nice ::.


.:: Food Orang Lain ::.

Okay jangan emo. Korang memang patut try tempe mendoan. Sebab bila balik Malaysia, aku puas search cari resep tempe mendoan. Bila buat tak berapa jadi esp. the sambal. Mama aku pun tak puas hati sampai try jugak. Mama ku jugak yang jadik. Hish mana bakat ni? Air, aku order jus alpukat (Avokado). First time gak try. So chilling okay. Sekali lagi, bila aku try kat umah, tak berapa nak jadi. aduss...sila berlatih dengan gigih.

.:: Jus Alpukat kegemaran ::.

Oh jangan risau, makanan kat Bandung mostly HALAL since majoriti penduduk adalah muslim. Malah, kat kedai or mostly tempat dia ada sedia surau. Unlike  waktu aku pergi Bali yang sentiasa kena hati-hati kalau nak makan. Nak tau apa kami buat pada Hari Ketiga??


Word Verification Kutuk VIP

Posted by mizzura Filed under:
12 Comments


Alkisah berblogwalking.

Terjumpa satu entri pasal candy buffet ni kat blog Miss Marea. Lately ni ramai orang buat candy buffet, sebab nampak cooommmmmeeelll sangat. Bebudak lagilah suka. Aku terbayangkan nanti, chocolate fountain roboh di asak kanak-kanak hyper ni.

Bila time aku nak mengomen, cam biasalah ada word verification kan. Setahu aku word veri ni biasa tak membentuk satu makna pun. Tapi, yang ni buat aku tergelak. Internet pulak stuck sebab tu aku sempat nak print screen.Err...datin tua mana yang dimaksudkan? Tak baik ko word veri kutuk datin cenggitu..Marah dato nanti tau.. :-)




Bandung Day 1: Pertama Kali naik Air Asia

Posted by mizzura on Tuesday, February 8, 2011. Filed under: ,
2 Comments

Oh, actually ini cerita April 2009. (Draft ni terperap dari last year + aku ada hutang 2 entri travel, maka harus gigih publish yang ni)


Inilah pertama kali naik Air Asia ke luar negara - Bandung! Last naik kapal terbang pun darjah dua tau itupun ke Langkawi.


.:: Credit to travelandtourismnews ::.


Sempena harijadi tahun 2009, saya menerima hadiah pakej melancong dari si manis jantung sweetheart saya. Sebenarnya ini trip kawan-kawan dia yang suka sangat melancong. Saya ni mengekor jer, ada kekosongan join jelah & dapat kawan baru lagi :-)


Sampai LCCT langsung haram tak tau nak buat apa. Mengekor ajelah. Ke kiri-aku ke kiri, ke kanan-aku ke kanan. Ke longkang-aku tepuk tangan.he.he.


Lapar tak usah cakaplah. Memang tak lunch walaupun flight pukul 6-7pm. Dalam plane, sebab duduk hujung kat toilet maka makanan pun tahpape je tinggal. Sampai2.. Jetlag jap(eleh cakap jela jakun haha..) pastu terus ke Cafe Halaman. Ambiance quite nice and modern, food sedang-sedang aja. Bukan nak kata tak sedap. Still Okay. Aku order Rice with Butter Prawn..but the meal is beyond my expectation. Not like usual butter prawn i've ever ate.


Sini ada wifi, and yang melepak pun semua stock bukak laptop vaio takpun macbook kau!


.:: Sangat tipikal order air tembikai je ::.

Before balik hotel, kitorang singgah Rumah Mode dulu. Nak have some warm up for tomorrow's shopping gitu. Kata gi Bandung, mestilah tuk bershopping sakan ye tak?

Aku ni agak-agak tak biasa sangat travel shopping. So agak lembap sket la dalam merembat baju-baju sampai bila kedai announce nak tutup, tangan aku kosong takde plastik bag. Slow betul!




Hari Kedua Di Bandung??


Contest Saya Fobia dengan ... (versi terlupa klik auto publish)

Posted by mizzura Filed under:
No Comments »

Ding Dong...

Tag kali ini datang dari blogger ernazz wahab. Satu contest anjuran Cik Sri Juju. Hadiah dia masyukkk gak dapat RM60 ko. Banyaknye duit ko dik, nak bagi 60 hinggit..Aku yang kerja ni dok pikir nak membayar bil segala bagai.


Antara benda-benda yang paling aku fobia, satu je kot yang aku boleh cite kat public. Untuk keselamatan. Nanti kalau aku cakap aku fobia binatang "toot" , mau birthday tahun ni aku dapat sekor hadiah.

So, aku paling fobia kalau ada bunyi gagak atau burung dari arah atas kepala. Aku tak takut burung, tapi bila ada bunyi gagak time aku melintas pokok or tiang telefon, automatik tangan aku mesti sentuh kepala. Nak cek kot kot ada terhinggap najis binatang boleh terbang ni. Jadi habit kot, tapi orang tak perasan pon.

Sebab, time kecik-kecik kalau nak pergi sekolah agama mesti lalu tepi padang, yang mana kiri kanan pokok sepanjang jalan. Adalah satu hari, kecepekkk satu dass kat atas kepala aku. Habis tudung sekolah, terus aku balik rumah tukar. Nasib sekolah dengan rumah 200m je.

pics by google image

Sehinggalah teman besor ni perangai tak berubah... 
jaga kau burung!

Nasi tambah: Aku tak tag sapa-sapa, pasal Contest ni dah habis 5hb. Pemenang umum 6hb. Padan muka tak cek setting auto publish. Masuk draft rupanya. Choy! Nak tau pemenang paling Fobia kategori peristiwa silalah ke sini :-)  
{laa ni..contest dah macam ABP...banyak kategori plak..}


Magic Kek Aiskrim & Birthday Mama

Posted by mizzura on Monday, February 7, 2011. Filed under: ,
6 Comments

Mama kita selamat dilahirkan ke dunia pada dua haribulan Februari lima puluh tahun lalu. Wow..Aku plak yang terasa dah tua.hihi. 

Lately ni, kat rumah aku, kek semua tak laku. Last month ada dua kali kot dapat kek, dok terperap lama dalam peti ais baru tu. Isssh semak je lama-lama. 

.:: senyum..tak perlu kata apa-apa.. :-) ::.


Pastu, teringat yang adik aku ada mintak aiskrim BR. Demi permintaan adik & birthday mama, aku combine je ler. Kek Aiskrim BR... Yihaa...


.:: Lima lilin size besar! ::.


Kitorang siap nyani lagu "Allah selamatkan kamu..." inspired dari birthday Ismet Ulam Raja. Waktu nak cake cutting, ada ke patut, adik aku pergi amik nye ais kering tu buh dalam air. Nak buat magic katanya, macam yang die tengok kat tv IQ. Dah semua dok tenogk benda tu berasap dan mencair, sampailah kek pun cair. Serius lupa nak potong...kikiki.


.:: Mula-mula masukan ais kering ::.

.:: Wahai air hikmat, dimanakah iklan nuff tersembunyi itu? ::.

.:: Loh...kok cair ::.

.:: Takde seni langsung ::.

Itu jer ler teman nak ceghita. Ape-ape pun teman nak ucap SELAMAT HARI JADI ke mak teman. We love you!




Tips: Kalau nak potongan kek tu cantik, sebelum potong, rendam pisau besi dalam air panas then potong kek. Tak percaya cubalah :-)





Xinnian Kuaile Nuffnang!

Posted by mizzura on Sunday, February 6, 2011. Filed under:
7 Comments

Entri belated CNY, konon-konon internet
 kena sekat macam kat Egypt yang tak settle2 
dengan Hosni Mubarak tu.


Malaixiya Huaren, wo yao zhu nimen
 Xinnian Kuaile 
Gong Xi Fa Cai.

Nuffnang, hongbao na lai...
kikikiki...

pics by habib

Sorry, no translation. 
Tapi agak-agak nak hint  & tips kaya bolehla usha entri last year pasal

Daaa..