Status Bengkek.

Posted by mizzura on Wednesday, January 26, 2011. Filed under:
9 Comments

Aku memang jarang buat status marah-marah kat FB. Tapi satu hari tu aku memang tak leh tahan. Pasalnya, aku nak buat online transaction. Bajet nak bukak internet 15min lah. Tapi, harrrrammmmmmm J sampai ke sudah tak dapat masuk. 






Sebab aku naik minyak, aku pun like page C3lcom Broadband & C3lcom. Pastu, time comment aku tag dua-dua page ni. Ni memang dah tahap gaban lah bengkeknya. Mana tak nya bayar bulan-bulan tapi tak upgrade pun servis. Tolong jangan kata pasal kitorang pakai pakej RM68. Monthly quota kitorang banyak lagi tak exceed maximum tapi dah slow. Apa kes?!!






Ok, memang internet ok, tapi SLOW NAK MAMamia, tu point aku. Kawan-kawan aku mostly pakai Broadband terpopular ni & semua complaint perkara yang sama. Call customer service toksah cakaplah, dah banyak kali. Sampai member aku tuntut bulan tu free pasal tak puas hati. Dapat ko! Yang aku bengkek sangat pasal aku ni setia ngan C3lcom hampir 10 tahun. Aku taknah tukar no handphone dari mula pakai sampai la ni. Tolong la hargai sikit loyal customer cam aku ni. Grrr....vromm..vromm *tetiba kuar sound efek motor nih*

Ketiak Awek Berbau?!

Posted by mizzura on Tuesday, January 25, 2011. Filed under: ,
11 Comments

Fine, Si Manis Jantungku My Sweetheart tak pernah pulak isu kan hal ni. Yang dia selalu dok bising "perfume awak ni kuat sangatlah, pening saya." Ehe, itu time nak cepat memang aku spray macam nak pakai febreeze kat sofa tu *wink* (Bajet badan berbau hapak ke spray cenggitu gaya?).

BTW, aku agak terkilan lah bila ada keywords Ketiak Awek Berbau mucul kat Analytics aku last weekend. Wahai keywords mengapakah engkau direct perkataan tu ke blog aku. Malu besar i tauuuu! Nanti orang ingat aku ni ketiak berbau. Padahal, kau taukan aku memang ada banyak stok deodorant Nivea. Sampai hati u!*depression mode*

.:: Ini boleh bikin gaduh bai ::.

Baiklah setelah emosi aku tenang, aku pikir mesti kome-kome nak tips eh? Tips hilang ketiak berbau ek? Ketiak awek korang la tu kan. Eleh, dont malu-malu, nanti hidung kome jugak yang tersumbat. Antara tips nya :

Pakai tawas (menatang apa aku pun tak tau) Tapi mak aku pernah beli , warna jernih, takde bau. Gosok ketiak ke lutut waktu mandi. Kawan aku cakap gosok guna belakang tapak tangan pun boleh. Lagi, yang penting bagi yang ada rerambut kat area situ, tolong2 lah shave, wax, cabut, umpil ke. Sebab rerambut tulah punca peluh melekat langsung menghasilkan bau yang tidak digemari rakan-rakan seofis tatkala kau keluar masuk department mereka. Macam bila naik komuter, bila ada *jenis lelaki* yang banyak rerambut ni bau mereka..Masya Allah, kalau dah keluar ke station Shah Alam tu melekat lagilah baunya sampai Station Klang. Aku boleh hidup kalau tak pakai perfume, tapi aku rasa semacam kalau tak pakai deodorant. Ada macam-macam korang pilih je nak yang spray, yang stick, yang roll-on malah yang bedak pun ada. For ladies, make sure lah product to takde unsur-unsur yang boleh membawa kanser macam paraben etc.

.:: Ini deodorant for those yang tak tahu ::.
Ada ke yang tak tahu?

Yang pasti Si Manis Jantungku cakap KETIAK AWEK DIA TAK BERBAU! 
Harap Maklum :-)


Kalau berbau pun dia tetap suka. (yang ni statement aku.haha..)

Resepi Salad Udang Yang Hampir Pupus.

Posted by mizzura on Monday, January 24, 2011. Filed under:
12 Comments


Pernah makan salad udang? Biasa kamu-kamu pakai resepi apa? Udang apa? Kongsilah sikit dengan aku. Tapi chup! Harini biar aku share dulu satu resepi salad udang yang hampir pupus. Gambar kat atas aku snap dari majalah masakan kegemaran mamaku.


Ini adalah sebahagian resepi yang aku snap lagi. Alkisah dulu yer. Ada sekali tu adik bongsu dok belek-belek majalah masakan S@jI keluaran Jan 2011. Tetiba tergelak besau dia. Bukan main, ketawa berdekah-dekah.

Bila aku tengok, aku pun gelak kaw kaw. Inilah perkara paling lawak untuk pembukaan tahun 2011 ini.





Tu gambar atas aku zoom lagi. Korang bayangkan mana nak cekau 16 EKOR HARIMAU YANG KEMUDIAN DI REBUS DAN DIBUANG KULITNYA! Jangankan nak rebus, nak beli secara illegal pun aku takut. Nanti renjer hutan buat report, naya kena tangkap.

Gara-gara tertinggal perkataan udang terus jadik lawak. Ada sesiapa dah try buat Salad Udang Harimau Bersos Cili Vinaigrette tu?

Shh..Nak habiskan baca novel.

Posted by mizzura on Saturday, January 22, 2011. Filed under:
3 Comments

Adik aku balik rumah dari asrama, bawa novel yang dia pinjam kat library sekolahnya.


Esok, dia nak kena balik sana balik. So aku ada tak sampai 48hours untuk habiskan. 


Semalam baru baca kisah si Seman. Bila sampai kisah si Ching Huat terus rasa ngantuk sebab dah pukul 1 lebih. Otak takleh masuk. Tidurlah dulu. Malam ni sambung lagi.


Tau ke novel apa..? Tunggggewwwwwwwww...





SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG

Posted by mizzura on Sunday, January 16, 2011. Filed under:
19 Comments


Kalau haritu imran ajmain dok nyanyikan lagu selamat ulang tahun sayang kat Dato' Siti, kalini giliran aku pulak nyanyikan lagu imran untuk blog aku. 


Dah setahun, tak taula apa faedah yang aku dapat. BTW, thanks to nuffnang ler sebab bagi duit raya. Thanks jugak untuk kengkawan yang rajin menfollow aku. Mau dekat 200 follower but did you really follow me? Tetzzz... Tanpa anda, siapalah saya..hahaha... Harap maaflah yer kalau aku tak tersinggah. Tak sempat ler. Body buzy lah katakan. Anyway, i like blogging because i can share because sharing is sexy because i'm sexy...opssss...*perasaan*


Ok. Selamat makan tengahari. daaaa..... (mak kita masak ketupat, rendang & kuah kacang tau..ada balance muffin lagi...serbukkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!)


.:: Muffin by mama, deco by me ::.



Kawan-kawan nakal

Posted by mizzura on Tuesday, January 11, 2011. Filed under: , ,
10 Comments

Dalam-dalam banyak-banyak kawan belajar, kawan sek men rendah paling aku tak rapat bila dah besar. Kawan u off course la rapat. Kawan sekolah rendah pun rapat jugak sebab masing-masing berjiran 40 jiran 60 bagai. Kawan-kawan teknik dulu agak rancak la buat gathering. Sekarang je slow. Kawan sekolah menengah rendah je yang verrrrryyyyy lonngggg time no see yaaaa..! 

.:: Gorgeous friends! ::.

Kebetulan aku dijemput untuk wedding yanti aka kawan sek men rendah. Tapi time degree dia seuitm ngan aku, so not too "lost contat" lah. The not so best part ialah aku datang sorang. grrrr... Ingat dah tobat dah buat perangai gini, rupanya kena jugak. hehe. Nasib dah kautim dengan sorang member kat sana. Thanks ar fiza ko entertain aku.Tak perlulah aku nak control macho makan sengsorang bila ko sudi teman.

On the way ke khemah terserempak pulak kawan lama. Gila ko, pecah kampung jugak lah kitorang bergelak sakan kat tengah jalan. Maklumlah sekolah-sekolah dulu semuanya kamceng. Dok asrama, buat nakal, kacau warden, lari-lari dari warden. outing pun terbang fly, skip kelas, apa lagi? Tengoklah senarai salah laku asrama, semua boleh tick. Tolak minum arak, dadah semua tu je yang tak buat (GILA KO!). Zaman nakal katakan...(kami tak jahat yer!)

.:: Cubaan gambar berempat ::.


.:: Tangan ika tak cukup panjang plak ::.

.:: Hampir jadik ::.


.:: terpaksa mintak tolong adik lalu lalang ::.
(The worst part aku panggil dia kakak as if aku ni mudalah sangat)

Seperti biasa soalan BNK? adalah yang pertama terpacul dari mulut masing-masing. Tak larat yew nak jawab. Kalau jawab "no comment" mesti kena sound bajet ko artis?! So aku suh diorang ubah instead of BNK? cakaplah "moga ko kahwin tahun ni". Kan sedap sikit dengar. Amiinnnnn..and it works. Adala dalam 5 wish aku dapat. kena cari lagi 35 gitu.hehe.bole?

.:: Yang tengah dah anak 2 ko. Tetap maintain gorgeous! ::.

Datang lambat, rugi sangat pasal ramai lagi kawan dah balik. Ate nak wat camana. So untuk bride & groom... (Ucapan di bawah sekali)

.:: Semua pandang DSLR instead of my camera ::.


.:: Termasuklah aku ::.

.:: dan bride dan kawanku..adess ::.

SELAMAT PENGANTIN BARU!

Nasi tambah:
Gosshhhhh! baju the bride gila lawa. I heart this so so much. Isn't she beautiful? YES! 
(p/s: pakai boutique mana tu? tehehe)






Mari bekerja!

Posted by mizzura on Monday, January 10, 2011.
2 Comments

Shhhh... 

Bos kita dah balik tau. 
Maka kena kurangkan aktiviti yang tak membawa faedah kepada company.

Ala bos, lagi setengah jam saya start kerja eh? 
Nak gossip pasal keputusan AJL 25 semalam. 

.:: Photo by AJL25 ::.

Jangan marah...huhu..



Any idea hadiah kahwin bos bagi apa?

Posted by mizzura on Friday, January 7, 2011. Filed under:
10 Comments



Bos saya akan balik dari Philiphine Isnin ni. Dia cuti balik kampung & baru je kahwin. Takde idea lorrr nak bagi hadiah apa.


Senior dah hadiahkan dia peti ais, junior plak hadiahkan dia pakej bilik dekat mines hotel. Aku lak nak share duit dengan cadlynn. Beli apa ek..?

Aku bukan tak biasa beli hadiah wedding, cuma kali ni aku takde idea. Biasa aku beli electrical items, takpun set-set  kelengkapan dapur. Tapi rumah sewa bos, hampir complete semuanya, aircond, astro, microwave etc. hmm... Any idea? Price Range < 300.00. Korang rasa...??

Aroma Ikan Bakar, Jeram

Posted by mizzura on Thursday, January 6, 2011. Filed under:
13 Comments


New year haritu, mama aku lah beria book satu family jangan ke mana-mana. Nak belanja satu family makan before adik pompuan balik asrama & adik laki g offshore. Kebetulan si bongsu plak birthday bulan satu. Sekali jalan sudey nak tunggu 6 Jan (today) dah tak cukup korum pulak. Happy birtday si mamat!

.:: Kiri tu birthday boy today ::.

WARNING!!!
Entry ni melebihi had limit patah perkataan karangan UPSR!

Since, pakcik & makcik dari Kuala Kangsar datang sini jugak so kitorang ajak ler sekali makan kat Jeram. Nak menghala ke Kuala Selangor nun. Dalam 6.30pm gerak, sampai adalah 7.30 pm.

.:: Sepupu paling kecik dalam family ::.
  

Sekali amik ko, maghrib-maghrib tu pun bersesak gak orang. Kitorang ada 13 orang berpecah. Masing-masing merayau cari meja. Semua penuh. Kalau kosong pun mesti dah kena reserved. 

Aku dah macam waitress dah berdiri tepi meja orang tengah santap semata-mata nak book table tu. Adalah dalam setengah jam, dapat table. Itupun bergilir-gilir la masing2 ada yang jaga table, ada yang sembahyang, ada yang beratur pilih ikan.

.:: Fresh seafood ::.

Serius, pilih ikan pun beratur panjang. Seafood yang aku nak amik terletak kat hujung pulak tu semuanya. Adoiiii..

.:: Kena ada system nombor lah gini :-D ::.

Dari masa aku dapat table ke settle seafood yang dekat setengah jam tu, ada ke patut saki baki pinggan orang sebelum ni tak sorang bersihkan. Sorry to say service memang lembab. (SILA TAMBAH PEKERJA ANDA LAGI YE)


A few minutes pas meja dah settle, maka datanglah kerang bakar dengan jus tembikai (dalam pukul 8.45pm). Boleh la buat cover perut. Lagi-lagi ada budak kecik si irfan. Mesti dia lapar. Laju je makan kerang. Pandai pulak dia tuil kerang guna lidi tu.

.:: Kerang dalam kerang ? ::.

.:: Dalam erti kata lain preggie kerang ::.

Pastu adalah dekat satu jam pulak tunggu menu utama yang tak sampai2. Masing-masing semua dah tak sayang botox buat muka kerut-kerut. Laparrrrr Gilaaa..

.:: Jus tembikai order 2 jag tak cukup - see lapik meja pun lambat sampai ::.

Bila sampai je food, mama pun cakap " Hai dikk..dari semalam akak tunggu makanan tak sampai-sampai". Mamat tu boleh jawab "Saya pun dari semalam cari meja tak jumpa-jumpa". Ceh. Tak agak-agak.

Pastu, jangan ingat kami hoorey boleh makan..pasalnya pinggan dia tak bagi pulak..grrrr...waktu ni dah lebih kurang 930pm. Adik aku cakap aii takkan pinggan nak kena tunggu lagi sejam. Susahlah kalau macam ni. Aku rasa chinese restaurant pun tak camni. Diorang utamakan hati customer.

.:: Peserta program tunggu makanan lebih sejam ::.

Waktu tu aku pakat ngan adik aku & sepupu2, pinggan sampai je cakap 1,2,3 tadah tangan nyanyi syukur...syukur..syukur...ya Allahhhh (lagu raihan). Alih-alih time dia datang hantar pinggan, cepat pulak dia lari bila tengok kitorang dah ready nak nyanyi..hahahahahaha..tau maluuu..

Okay. Lamanya nak sampai ke food review samalah lamanya aku tunggu makanan tu sampai. But overall makanan agak sedap lah jugak. Paling sedap ialah sotong celup tepung. Tepung dia tak muak and tak sepesen macam yang biasa kita makan. But we all agree yang tomyam dia kureng sket. 

.:: Tomyam Seafood ::.

.:: Butter Prawn ::.

.:: Siakap 3 Rasa ::.

.:: Kailan ::.

.:: Sotong celup tepung ::.

Pas habis makan tengok pantai kat tepi restauran tu. Actually nak tengok kat mana tempat yang adik bongsu aku jatuh selut. Waktu dia boring-boring tunggu food, dia main lompat-lompat kat pasir pantai. Tersilap port, kaki tenggelam kat selut habis jeans. Adoii..

.:: Testing aksi jump-jump tapi camera sengal bateri low ::.

.:: Nak campak lagi ke pantai ::.

.:: Hujan, sampai tak nampak no phone ::.

So far, still ada intention nak datang sini lagi, tapi lupa nak amik no. phone. Sapa-sapa ada bagitau lah yer. Harga murah jugak 13 orang makan tak sampai RM300 pun. Next time, kalau pergi nak booking jer. Susah lah main terjah2 ni.Sampai rumah pun midnite. Sigh!


**LATEST INFO : Ni no telefon dia 0173163117 (as per signboard hijau tu) **


Siaran Langsung

Posted by mizzura on Wednesday, January 5, 2011. Filed under:
3 Comments

Hai.. Saya kini bersiaran langsung dari office pada pukul 735 pm. Padahal aku dah plan nak balik 530pm ni. Spoil betul!!!!!!!!!

Ni semua gara-gara PM lah..gara-gara sapa lagi... pukul 5 baru panggil nak jumpe, pukul 530pm dok prepare segala mak nenek dia nak. Amik kau sampai 7.30pm aku masih duduk kat kerusi depan meja dia semata-mata nak brief balik pasal VO yang kitorang pernah submit. Grrr...... Sabar je lah.
 (Aku pernah buat entry bengang pasal dia - korang carik lah sendiri)

La ni satu je aku teringat....

Kebab ayam kat pasarrrrrrrrrrrrrrrrrrr... mau pergi ka tak mau..

Okaylah siarang langsung tamat. Daaaa... Nak drive 50km home....

Apa Khabar 2011

Posted by mizzura on Tuesday, January 4, 2011. Filed under:
3 Comments

Yuhuuuu... Apa Khabar 2011?


4 hari sudah berlalu. Dari start cuti 31 Dec tu sampai la ni, rasanya setiap milisaat masa terguna. Nak korek hidung pun tak sempat..kikikiki..joking! Macamlah sibuk sangat mengalahkan jutawan multi level marketing aku ni.


Rentetan peristiwa.


31/12/10 - Gembira gila pasal cuti kan. Bawak mama g settle zakat pendapatan, termasuklah aku nye sekali. Cucuk wit kat ATM bawah kompleks LZS takble baca kad pulak. Sengal. Nasib LZS boleh pakai debit card. Time ni baru perasan aku lupa renew lesen. Selama ni aku drive ke hulur ke hilir takde lesen?! Apakah???!!!!!


Petang satu family pakcik makcik datang dari Kuala Kangsar. Pasal anaknye sambung belajar kat Uitm Shah Alam. Balik LZS, singgah mamak beli pasembor ke diorang, tetiba aku plak teringin maggi goreng. Udahnya, ajak mama lepak mamak sekali. Tetiba dapat kol.. "Pakchu dah datang..balik rumah cepat!". Oppss...


1/1/11 - Tengahari folo family pergi Semenyih. Ada kenduri sedara mara belah mama. Ramai orang Perak kat situ. Doorgift dia coklat .Sedap, tapi sayang takde label. Kalo tak confirm aku order buat makan sendiri. Tak semua coklat homemade sedap. Aku pernah rasa yang tak sedap..sebab manis jer lebih..koko kurang. Malam, satu family bersama family pakcik yang datang semalam dalam 6.30pm dah gerak pergi makan kat Jeram. Restaurant tu sesak gila.Nak dapat meja berejam, beratur pilih ikan berejam, nak tunggu food lagi. Pukul 11 baru balik dari situ.


2/1/11 - pagi lepak breakfirst dengan kawan sat. dia ni lama dah ajak aku keluar, tapi aku je selalu time tak kena. Kawan sekolah rendah agama merangkap jiran. Bila naik keta aku, ala cinonetnyenye aku rasa.tak luak pun seat aku..tapi kecik-kecik cili padi dia ni. Masuk hutan, keluar hutan sempoi jer. Balik je rumah, sempat g toilet je pasal mama ajak singgah giant jap nak cari barang adik yang dok asrama tu.ado laie biskut nak dibelinya. Pas sampai rumah , ptg tu kuar plak dengan si manis jantung ke shah alam dan sekitar. Pekena Ayam Penyet Wong Solo lagi.. Yummy..!!!


3/1/11 - takde kerja g Ikea sengsorang pas office hour. Makan meatball sengsorang. Tamak amik sepuloh. (Tapi nak rahsiakan yang aku ada amik cake jugak..shhh). Pastu ada hati beli wardrobe. Terima kasih kepada pekerja Bangla yang suam-suam ikhlas arrange barang i kasi fit itu kancil yer...kikiki...


4/1/11 - eh..last year kata this year taknak berblogging sangat kan..?? hihi...kantoiiiii....




Ada macam berita tak?


Detail lain kali ah. Especially tempat makan. Banyak nak cerita pasal tempat makan nih!