URTI - Punca tak rancak berblogging

Posted by mizzura on Saturday, May 21, 2011. Filed under:

Upper Respiratory Tract Infection

Pernah tak korang dapat MC, doktor tulis URTI? Ha, tu kat atas tu lah maknanye. Kat atas tu lah jugak sedikit punca aku lemau-lemau nak berblog. Almaklumlah kesihatan lagi penting kan dari blog :-D

Oke, just nak sharelah. Actually aku pun tak pernah amik portklang makne tu, just 2 weeks recently, dua doktor dari 2 klinik yang berlainan tulis reason tak bekerja sebab URTI. Hakikatnya aku demam lah jugak beb napa tak tulis fever jer kan senang orang kampung nak paham.

Berborak dengan senior office, baru tau kewujudan makne URTI seperti yang tertera di atas *sloww aku ni..ker jarang sakit..oopss..huhu..*

URTI

Kalau diterjemahkan menggunakan bahasa kasar, URTI ialah sakit tekak, batuk, selesema, demam yang disebabkan batuk selesema dan segala yang berkaitan dari kepala sehingga ke lorong tekak tu..erk..kerongkonglah..

Kalau bahasa doktor yang aku cedok dari sakitanda.com, URTI ialah jangkitan kuman di bahagian atas sistem pernafasan.

Pic Source 

Jangan konpius lak, sebab kalau ada Upper, mesti ada lower kan. So kalau Lower Respiratory Tract Infection tu melibatkan sistem pernafasan di bawah daripada keratan rentas kepala di atas. Salah satu contoh ialah jangkitan kuman di bahagian paru-paru.

Pic Source


Oke, cukup takat tu penerangannya, sebab aku tak ditauliahkan untuk cakap hal-hal berkaitan medic, karang ajaran songsang pulak. Nak info lebih, boleh jenguk ke sakitanda.com dan blog wondermum.my, wikipedia dan etc.

Nampak je, alah batuk & selesema jer pun, tapi serius beb, sampai tak boleh buat kerja. Ni campur sket demam yang kebah tak kebah..pergi kerja pun takat cukup syarat je padahal kepala otak dah takleh pikir. Doktor plak bagi sehari je Cuti Sakit T_T, so the best way bila kena URTI ialah berehat, jaga makan, jaga pergaulan (mama plak dah ada tanda selesema ni. cian dia), jaga kebersihan dan jaga diri anda :-D

Lagi satu aku baca kat patient.co.uk, URTI boleh dikurangkan dengan rajin mengamalkan senaman. Dowh, waktu baca ni..toink kena kepala aku. Aku dah lama tak bersenam ni. Nak g kelas aerobik, cikgunya dah buzy nak kawin. Nak g swimming asyik hujan jer. *puh..puh..alasan*. (Err..blogwalking tak masuk kategori bersenam ker?)


Apa-apapun. Alhamdulillah..sekarang dah oke, dah bole baca blog kamu semua sekerap mungkin..Yihaa!!