Singapore : MRT & Singapore Tourist Pass

Posted by mizzura on Tuesday, May 24, 2011. Filed under: ,

.:: Kanan sekali peramugara hensem..yaw ::.

Waktu kat station Changi, aku nak beli Singapore Tourist Pass untuk 2 hari. Harga ialah $26 yang mana $8 per day + $10 rental. Kad tu kalau dipulangkan dapat balik $10 rental tu. Dengan kad ni, korang boleh naik mana-mana MRT & Bus semaksimum mungkin. Ada lagi satu ialah Ezlink kad. Yang ni plak, macam kita punya touch n go kad. Setiap kali tap, dia akan tolak harga. Ezlink kad tu baru $15 kot. 


Pic Source

Sekali kan kat Changi tak jual Singapore Tourist Pass tu, kena beli kat Bugis Station. Nasib aku mmg nak turun sana, cuma rugi sikitla. So aku beli la tiket MRT biasa ke Bugis Station. Harga $2.90. Pas sampai tap keluar kat Bugis station, pulangkan kad kat machine dan dapat balik $1 korang tu.


.:: Sampai 4 bahasa tu..! ::.


Sekali waktu beratur nak beli STP panjang gila, kaunter bukak 1 pasal time tu ngah pilihanraya diorang. Bengkek jer. Pas je aku beli tiket flight bulan lepas, dan-dan tu PM Singapore umum pilihanraya. Ala, afterall tak ganggu pun dan takde kekacauan macam yang bising-bising kat Pilihanraya Malaysia.







Pas beli tiket, nampak Guardian terus beli mineral $0.80. Eh ada je mineral water murah. Sebab waktu aku nak p Singapore ni, rerakan ada dok kata sini air Mineral mahal la, standard $2, tak berbaloi la pi Singapore bla bla bla. hurrmmm....


Next Footprint Hostel
Dah baca Tiger Airways?