Jangkitan Paru-paru - Jaga-jaga!

Posted by mizzura on Sunday, May 22, 2011. Filed under: ,

Kalau semalam, aku ada cerita pasal URTI, hari ni aku sekadar nak remindkan pasal jangkitan paru-paru yang kerap terjadi di kalangan orang muda. Minggu lepas, ex-company aku arwahnye Nazil telah kembali ke rahmatullah, pada hari Khamis. Aku tak ziarah, sebab aku tak sihat tapi info dari mereka yang ziarah katanya sebab jangkitan paru-paru, memula demam biasa je katanye. Aku pun heran, sebab aku kenal dia rajin main badminton means aktif sukan. (Ye, ajal maut di tangan tuhan).

Yang ralatnye, seminggu sebelum tu, dia ada kol aku bertanyakan hal kerja. Aku, time tu line tak clear pasal ada agent human resource kat tempat aku. Plak tu tengah rancak cerita pasal trip Singapore kat bebudak dept aku, jadi aku cakaplah nanti kol balik. Tak semena-mena, hari Khamis last week tu aku datang kerja dengan keadaan lemaunya, si cadlynn pop aku (macam berYM) cakap dia dah meninggal. Tersentaklah jugak. Aku ada banyak benda nak tanya ni. Benda yang quite penting pasal future tempat baru aku. Korang pernah tak alami situasi macam ni?  Apapun takziah dan Al-fatihah..

BTW, bukanlah aku nak cerita sangat pasal orang meninggal kat blog ni, Cuma aku perasan, lately ramai orang muda-muda meninggal sebab jangkitan paru-paru. Baru, 2 minggu lepas, kawan uitm aku meninggal sebab jangkitan paru-paru. Terbaru aku dengar blogger nama Hakim (blog telur dibasuh)pun meninggal sebab yang sama. Aku mula rasa risau pasal aku kan dalam kategori URTI, takut terbawak ke LRTI lah..lagi-lagi bila baca artikel dari website kesihatan goverment ni.




Pic Source


LRTI (Lower Respiratory Tract Infection) lebih serius dari URTI dan salah satu penyakitnya dinamakan pnemonia atau bronkitis. Influenza pula menyerang atas dan bawah respiratory sistem dan boleh seteruk H5N1 selsema burung ko.


Wah-wah..cam blog medik kan dua tiga hari ni. Apa-apa pun, aku sekadar nak remind kamu semua..jaga kesihatan kay. Hati sihat, hidup pun ceria...nanti boleh keeping up with kardashianKISAHNYE...(whatever) daaaa :-D




3 Responses to Jangkitan Paru-paru - Jaga-jaga!

  1. ika~~

    my bf pn ade skt kt paru2..rsaunye :((
    anyways,jge ksihtn k?get well soon

  2. Nur Hawa Mohd Zin

    takot gak sebab tang dalam ni kita tak nampak..kalu kat luar ada lain sikit je terus jumpa doc..kat dalam ni kadang2 kita tak pasan pun bila kena...take care too ya

  3. dayah

    lau sllu skit dada pon bole kene?btuk xbrhenti dr dlu..:(

Leave a Reply