Jangan malu pakai PPE

Posted by mizzura on Friday, May 6, 2011. Filed under: ,

Note: PPE (Personal Protective Equipment)

Salam semua,

This week tak sempat lah nak buat entry mengunyah setiap Jumaat. Nak buat entry apa pun tak terpikir. 

pic source here

Semalam dapat berita sedih dari rakan uni, salah sorang keeper yang wajib mewakili fakulti everytime ada perlawanan bola sepak telah kembali ke rahmatullah. Ya Allah, terkejut dengar. Paling last aku jumpa waktu wedding member bulan 10 haritu. Al-fatihah untuk arwah Naim. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Semoga keluarga, isteri & anak-anak tabah menghadapi hari-hari mendatang.

Aku pun tak pasti sakit apa, tapi lepas baca entry ini baru aku tau sebab jangkitan paru-paru. Katanya sewaktu dia kat site. Terus aku rasa ya Allah, betapa pentingnya pakai PPE waktu kat site. Apa-apa pun sebabnya, ajal maut di tangan tuhan.

pic source here

Hakikatnya ramai je yang terdedah dengan persekitaran tercemar, kotor etc. Jangankan orang yang kerja site, orang yang hari-hari tempuh traffic, asap keta, asap rokok pun besar risikonya kan. Teringat waktu kerja kat site near KL Sentral. Kalau kat site office, tak pakai stokin jer, tak sampai 10 minit, kaki dah kelabu dek habuk simen etc. Itu berterbangan kat kaki. Entah berapa banyak pulak yang aku dah sedut.

.:: Di ketinggian 120m bangunan @ atas tingkat 29 ::.


Than kat company sekarang yang buat fabrication, kalau kat site memang facing dengan habuk besi bila orang buat kerja-kerja welding. Tapi aku malas nak pakai mask. Aku malas nak pakai ear plug. Hakikatnya, habuk besi tu, kalau tengok ikut microscope boleh buat kulit kita luka. Hakikatnya, kalau tak pakai earplug, boleh pekak lama-lama dok dengar tung tang tung tang bising besi kena ketuk. Yang rajin pakai, safety helmet dengan goggle juga kasut safety yang berat tuh. Itupun kalau tak pakai safety officer akan saman.

pic source here

Hakikatnya juga, lelaki ke perempuan ke, ketahuilah PPE adalah wajib untuk kesihatan long term. To those yang tak kerja kat mana-mana site, lab kimia , nuklear etc pun kena sering jaga kesihatan dan keselamatan. Hargailah diri anda & yang tersayang. Mesej kasih sayang dari kisahnye.com *wink*

Sekali lagi... Alfatihah...

10 Responses to Jangan malu pakai PPE

  1. Jiji-Fify

    Innalillah...hafify pon pernah cerita pasal arwah naim ni.. sedih pulak bila tau bini dia tgh pregnen.. :(

    Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
    Cari hadiah best untuk yang tersayang?

  2. gedek!

    uncle gayat tinggi...!

    duduk atas tanah je la... PPE tidak diperlukan...

    hehe

  3. CaDLyNN

    al-fatihah dan salam takziah utk keluarga arwah kawan ko tu..
    yela..aku sgt mls nk pakai safety helmet..safety glass..mask takyah cakapla..kene marah baru terkedek2 nk pakai sambil gelak2.. jom pakai PPE :)

  4. ~ NANA ~

    takziah kat arwah

    i masa praktikal kat petronas dulu sgt mls pakai benda alah ni...rimaas...hihi

  5. ilyani

    saya engineer yg tak perlu pakai PPE sbb kerja depan PC saje ;P
    wah orang tu dah ada domain sendirik..huhu. congrats for the engagement also. senyap2 jugak eh. bile nak kawin??

  6. Tihara

    Alfatihah utk arwah dan takziah.

  7. Anonymous

    ilyani..apa khabar..? haha..bebetul.. kena jugak make sure tak kena short letrik pc.haha..insyaallah bulan 10. save the date!

    -mizzura

  8. norinaomar

    yup..safety first!!

    http://noipunyablog.blogspot.com/2011/05/siapa-yang-memulakan-trend-bertunang.html#comments

  9. areda

    saya nak minta pandangan skit...sesuai ke safty officer untuk pompuan..??peluang pekerjaan pula mcm mana??coz saya berniat nak sambung safty officer..

  10. mizzura

    Hi areda....thanks singgah...sesuai jer safety pompuan kalo awak dh set mind tak kisah dgn job nature ni... Kat company and ex-company saya rmi je girl yg jadi safety officer..ada yg construction, kilang and oil&gas... Akak yg oil&gas tu siap pregnant lagi pergi offshore...peluang pekerjaan pandangan saya...semua tempat memerlukan safety officer...tapi kalo nk masyuk try la oil&gas... Atau kalo risau dah tua beranak pinak taknak pergi site sangat boleh jer bg training kat budak2 yang nak amik safety trainibg/course..dapat income jugak) ... Dulu kerja construction, safety officer rajin bg training...pernah dia suruh tolong sket and bagi upah...sbb per training dia dpt rmxxx (tak ingat...)...dahkerja ke?

Leave a Reply