Singapore : Sultan Mosque

Posted by mizzura on Thursday, May 26, 2011. Filed under: ,
8 Comments

Opposite, Zam-zam restaurant ni ada 1 Masjid. Masjid Sultan namanya. Kecik aja compare dengan Masjid Negara kita. Tapi inilah Masjid pertama di Singapore. Bertuah dapat solat kat sini.

.:: View from Singapore Zam Zam Restaurant ::.

Masjid ni kecik je, tapi selesa. Aku membayangkan macamana kalau bulan ramadhan mesti penuh. Oh lupa, rakyat diorang kan sikit. Kat Malaysia masjid nya semua besar2. Tapi..adakah penuh di bulan ramadhan sahaja? tetzz..tetiba plak minah ni.



Belakang masjid ada satu area jual kraftangan. So, kalau berminat boleh la cari apa-apa yang patut kat sini. Tapi ada tempat lain lagi murah tau :-) kat Chinatown!





Kami berjalan balik ke footprint hostel untuk check in semula. Time dah lari sikit, Padahal ikut, plan sudah patut bergerak ke Sentosa. Sebelum jalan aku sempat beli air tin 100+ untuk menambah elektrolit dalam badan. Dari tadi kaki ni dok bergerak je. 100+ harga tak silap $1.40.


.:: Uh, dua photog tu, yang kanan principal, yang kiri junior..ahaks! ::.

Nasi Tambah :  WAJIB masing-masing bawak kamera, sebab nak dijadikan cerita time travel ni kamera aku asyik kong jer.. Nasib rerakan ada kamera gak. Maklumlah beli tahun 2007. Adakah petanda perlu kamera baru?

Next SENTOSA ISLAND


Singapore : Singapore Zam Zam Restaurant

Posted by mizzura on Wednesday, May 25, 2011. Filed under: ,
11 Comments

Pheww, memang lega rasanya, bila sampai restaurant ni. Jalan kaki adalah dalam <5km kot. seat semua penuh, nasib ada satu akak local tu makan sorang, so kitorang menumpang meja dia la.


.:: Singapore Zam Zam located at 697 North Bridge Road ::.

Ha pergi sini, WAJIB korang cuba ialah Murtabak Singapore ye. WAJIB BOLD KALER MERAH. Sedap tak macam Murtabak kita yang lately ni asyik-asyik telur ngan bawang je lebih.


.:: Order 1, share 3 orang pasal 1 tu dah macam regular pizza ::.


Kami order Murtabak Rusa yang a bit mahal $20 gitu ngan Briyani ayam untuk 3 orang. Air minuman, 2 Sirap, 2 Bandung. Ha kata 3 orang, air sudah lebih nampaknye. Haus katakan. So total lunch hari pertama ialah $29.90. Murah la kan untuk 3 orang?


.:: Cadlynn sehingga menjilat jari ::.

Gambar tak amik banyak pasal akak local tu remind jangan amik gambar sesuka hati kat Singapore ni. Tension aku. Tengok kat blog-blog tu ramai je orang tepek gambar. Eeee...


.:: Curi snap ::.


.:: Beriyani pun SEDAP! ::.


Borak-borak sikit ngan akak local tu, nampak macam dia tak puas hati lah ngan wakil rakyat kawasan dia. Pastu, adalah dalam lebih 10 kali akak tu ulang "pergilah Geylang, sana kain murah" huhu. Takpelah nak wat cane, not in our itenarary. Apa-apa pun, most Singaporean sangat friendly. Tanya je apa-apa, diorang akan membantu. Before, kitorang nak blah tu, akak local tu siap invite ke rumah mak dia lagi.. Takpelah kak, kami ada plan lain.huhu..






Next Sultan Mosque
Dah baca Footprint Hostel?



Singapore : Footprint Hostel

Posted by mizzura on Tuesday, May 24, 2011. Filed under: ,
7 Comments

Memula aku register ker hostelworld.com, kat situ korang boleh pilih semua jenis hostel yang ada ikut kesukaan anda di setiap negara. Bayangkan ada tempat stay semurah RM90 kat London. Oke, berbalik ke Singapore, end up aku pilih footprints hostel pasal aku tengok lebih bersih, kemas & lengkap, pulak tu disediakan sarapan dan mostly visitors rate >80% untuk servis dia. Walla!


.:: Footprints Hostel ::.
Pic Source

.:: Facilities yang ada ::.
(Tiru blog Cadlynn gak.hehe..Semua lengkap, walaupun hostel je)

Aku pilih female dorm yang mana boleh occupy 10 orang. Instead of nak pergi 3D1N, kitorang pilih 2D1N je sebab kata nak jimat. Tu yang sesudah subuh hari Sabtu dah gerak ke LCCT ko. Harga dorm ni $22.50 per person per day. Murahkan? 



.:: Wall Deco semua cantik ! ::.
Pic Source


.:: Ni Mens Dorm kot complete dengan Unlock Locker ::.
Pic Source


Kalau cakap pasal hotel, antara yang popular ialah Hotel 81 yang terdapat banyak cawangannya serata Singapore. Tapi tak sedia bfast gak. Harga mahal sket, jadi lagi baik dok hostel. FYI, certain hostel macam footprints pun ada sediakan private room. Tapi toilet tetap kat luar lah. Pun begitu, oke per?

.:: Toilet yang serius, BERSIH ::.
Pic Source

Pas sampai Bugis Station dalam pukul 11+, kitorang terus jalan kaki ke Hostel.Patutnya jalan kaki dalam tak sampai 15min, tapi kami sesat tah mana tah. kami songsang arah. Tu yang spoil sikit tu. Nak tanya orang sikit punya malas. 100% ikut map.




Pasal sesat, kitorang singgah jap tengok postcard. Aku memang style kalau g travel akan hantar postcard kepada diri sendiri mention yang aku pernah berada kat situ.. tapi aku tanya amoi tu dia tak jual setem plak. Post office pun tak bukak katanya. SighT_T (Off topik sat...aku pun pengumpul postcard, hasil berkenalan dengan ilyani..oh lupa nak pesan dia postcard dari India)


At the end, kitorang sampai gak hostel dalam pukul 12pm. Kitorang confirm kan booking & letak bag kat reception dulu. Pasal nye check in pukul 2pm. So masa ni, aku n the gang pergi mencari tempat lunch yang kitorang dah plan dalam itenarary kitorang ni.


.:: Love Footprints Hostel ::.

Nasi Tambah: Jangan lupa bawak mangga sendiri, since sini locker ada tapi takde mangga, kalau nak mangga kena sewa, so the best way bawak sendiri. 

Next : Murtabak Singapore




Singapore : MRT & Singapore Tourist Pass

Posted by mizzura Filed under: ,
7 Comments

.:: Kanan sekali peramugara hensem..yaw ::.

Waktu kat station Changi, aku nak beli Singapore Tourist Pass untuk 2 hari. Harga ialah $26 yang mana $8 per day + $10 rental. Kad tu kalau dipulangkan dapat balik $10 rental tu. Dengan kad ni, korang boleh naik mana-mana MRT & Bus semaksimum mungkin. Ada lagi satu ialah Ezlink kad. Yang ni plak, macam kita punya touch n go kad. Setiap kali tap, dia akan tolak harga. Ezlink kad tu baru $15 kot. 


Pic Source

Sekali kan kat Changi tak jual Singapore Tourist Pass tu, kena beli kat Bugis Station. Nasib aku mmg nak turun sana, cuma rugi sikitla. So aku beli la tiket MRT biasa ke Bugis Station. Harga $2.90. Pas sampai tap keluar kat Bugis station, pulangkan kad kat machine dan dapat balik $1 korang tu.


.:: Sampai 4 bahasa tu..! ::.


Sekali waktu beratur nak beli STP panjang gila, kaunter bukak 1 pasal time tu ngah pilihanraya diorang. Bengkek jer. Pas je aku beli tiket flight bulan lepas, dan-dan tu PM Singapore umum pilihanraya. Ala, afterall tak ganggu pun dan takde kekacauan macam yang bising-bising kat Pilihanraya Malaysia.







Pas beli tiket, nampak Guardian terus beli mineral $0.80. Eh ada je mineral water murah. Sebab waktu aku nak p Singapore ni, rerakan ada dok kata sini air Mineral mahal la, standard $2, tak berbaloi la pi Singapore bla bla bla. hurrmmm....


Next Footprint Hostel
Dah baca Tiger Airways?

Singapore : Tiger Airways

Posted by mizzura on Monday, May 23, 2011. Filed under: ,
16 Comments

Selain Airasia, aku rasa better korang rajin-rajin bukak web Tiger Airways. Tiket semurah RM2 untuk 1 way pun ada. Kalau campur tax bagai mungkin dalam RM50. Kalau return baru RM100 je kot. 

Perjalanan ambil masa 1 jam gitu. Kalau naik bus, confirm penat. Berejam oii nak sampai Singapore camtu.

.:: Happy! ::.

Paling penting bila ke oversea, tolong lah isi form Disembarkment kad ni and selitkan lah ye kat Passport korang. Sebab terjadi dalam group aku, waktu beratur baru nak cari kad tu. At least takdelah buang masa nak cari. Besides, recommended untuk pakai sling bag yang berisi passport, duit RM & SGD, pen, hpone, kamera etc. senang takyah nak bukak2 luggage korang 2 3 kali & terjamin sket.


.:: Perkara paling boring ::.


Paling kelakar waktu ni kan, depart kitorang 8.20 am. Pas check in dalam kul 7.15 am gitu, kitorang breakfast about half hour kat mcd LCCT, pas jer masuk boarding gate, tengok kapal terbang lambang harimau ni dah tercegat.



Apa lagi, lari-lari ar kitorang ke sana. Yang tak tahan tu, pas jer kitorang masuk dalam 5 minit gitu, terus tutup pintu. Haha, nampak sangat kami passenger paling last. Kuikui..


Sebab dah melantak Mcd tak perlu la kan nak beli food dalam kapal terbang ni. Lagipun mahal kot, Meal dia jer $8, drinks $3. Tapi kalau amik set $10 = RM24.30 average untuk makanan dalam kapal terbang bajet. Food kat dalam tiger certified Halal by Majlis agama islam Singapore. Sebab masa sejam, nak tido pun tak dan.



One more thing yang aku perasan, steward Tiger Airways semua hensem-hensem nyah.hahahaha...Perempuan biasa jer.kikikiki..

.:: Cari Perbezaan ::.


Oke, kalau naik Tiger Airways, korang akan landing kat Budget Terminal. Dari sini, korang akan naik shuttle bus untuk ke Terminal 2 (T2) atau Terminal 3 (T3), Changi Airport. Sekejap je perjalanannya tak sampai 15minit. Sampai jer T2, boleh la terus naik MRT. Yeay. I'm here at Singapore for the first time!

Nasi Tambah: Jangan lupa amik Map Singapore kat airport. Free je & sangat berguna.


.:: Kutip Peta minda ::.



Next: MRT & Singapore Tourist Pass
Dah Baca Backpacker?

Singapore : Backpacker

Posted by mizzura Filed under: ,
18 Comments

Chupp..sebelum start..entry title Singapore ni bersiri-siri sebab aku saja nak cerita detail. Selama ni travel, aku folo orang je. Ni first time arrange sendiri, so boleh share sama kamu takpun "untuk kita-kita aja!"

*******************

Pernah dengar pasal backpacker? Okay,backpacker atau backpacking ni ialah konsep melancong dengan kadar bajet. Tapi apa beza backpacker dengan pelancongan bajet biasa? 


Pic Source

Ini yang aku faham, mostly backpacker akan duduk hostel instead of hotel. Sebab mostly backpakcer jadikan hostel tempat tidur je and biasanya duduk kat dorm je. Off course privacy letak no 2, 3. Sesetengah orang jadikan aktiviti ni sebagai alasan untuk tambah kenalan antarabangsa, so kalo nak yang privasi aja, celah mana nak berkenalan kan. Kebanyakan masa akan digunakan untuk melawat semaksimum mungkin setiap sudut negara itu. Baju pun tak bawak banyak. Kalau nak lebih faham lagi, ala-ala destinasi bajet ler...takpun macam rancangan 3 hari 2 malam tu.

Pic Source

Asalnya, kawan satu dept yang base kat pahang buat status, jom g singapore. Tak sangka plak dari main petik je terus jadi kenyataan. Aku cakap ngan cadlynn aku boleh pergi, dengan syarat tak lebih RM500. Erk boleh ke tu..? Maklumlah nak kawin kan, mesti kena bajet. Kalau ikutkan wayang pun tak mau tengok , boleh gitu?



Maka gigihla aku merangka percutian bajet kitorang ni. Best jugak jadi backpackers tau! Kepuasan dia lain macam dari percutian keluarga tu.

Dengan bantuan internet, blog,website, facebook etc. aku finalise budget cuti kepada 2 option di bawah:

Yang ni setelah diconvert ke duit Malaysia lah. Tiket tiger mahal sikit pasal pergi weekend. Ate nak buat caner..itu je masa yang free. Kawan aku, si Betty tu base kat site, kat Pahang nun yang mana site Sabtu kena kerja. Kitorang pilih weekend pasal malas nak amik cuti & kebetulan Pahang cuti Hari Hol pada Sabtu itu, so budak2 site pun Sabtu dapat cuti, senang sikit.

Since, aku dah cakap bajet kami ialah RM500, haruslah amik Option B kan yang sipi-sipi terlebih tu. itu belum polish lagi. Anyway, checkitout pasal entry Singapore yang bersiri-siri ni. aku saja buat banyak, pasal terlalu gembira percutian yang dirancang menjadi dengan jayanya and nak kongsi dengan korang in case korang nak info & pakai itenarary aku ni. Check it out!!

Nasi tambah: Antara website atau kelab backpackers kat Malaysia seperti Backpacking Malaysia, Malaysia Backpackers. Kalau nak lagi international, pergi je google :-)




Jangkitan Paru-paru - Jaga-jaga!

Posted by mizzura on Sunday, May 22, 2011. Filed under: ,
3 Comments

Kalau semalam, aku ada cerita pasal URTI, hari ni aku sekadar nak remindkan pasal jangkitan paru-paru yang kerap terjadi di kalangan orang muda. Minggu lepas, ex-company aku arwahnye Nazil telah kembali ke rahmatullah, pada hari Khamis. Aku tak ziarah, sebab aku tak sihat tapi info dari mereka yang ziarah katanya sebab jangkitan paru-paru, memula demam biasa je katanye. Aku pun heran, sebab aku kenal dia rajin main badminton means aktif sukan. (Ye, ajal maut di tangan tuhan).

Yang ralatnye, seminggu sebelum tu, dia ada kol aku bertanyakan hal kerja. Aku, time tu line tak clear pasal ada agent human resource kat tempat aku. Plak tu tengah rancak cerita pasal trip Singapore kat bebudak dept aku, jadi aku cakaplah nanti kol balik. Tak semena-mena, hari Khamis last week tu aku datang kerja dengan keadaan lemaunya, si cadlynn pop aku (macam berYM) cakap dia dah meninggal. Tersentaklah jugak. Aku ada banyak benda nak tanya ni. Benda yang quite penting pasal future tempat baru aku. Korang pernah tak alami situasi macam ni?  Apapun takziah dan Al-fatihah..

BTW, bukanlah aku nak cerita sangat pasal orang meninggal kat blog ni, Cuma aku perasan, lately ramai orang muda-muda meninggal sebab jangkitan paru-paru. Baru, 2 minggu lepas, kawan uitm aku meninggal sebab jangkitan paru-paru. Terbaru aku dengar blogger nama Hakim (blog telur dibasuh)pun meninggal sebab yang sama. Aku mula rasa risau pasal aku kan dalam kategori URTI, takut terbawak ke LRTI lah..lagi-lagi bila baca artikel dari website kesihatan goverment ni.




Pic Source


LRTI (Lower Respiratory Tract Infection) lebih serius dari URTI dan salah satu penyakitnya dinamakan pnemonia atau bronkitis. Influenza pula menyerang atas dan bawah respiratory sistem dan boleh seteruk H5N1 selsema burung ko.


Wah-wah..cam blog medik kan dua tiga hari ni. Apa-apa pun, aku sekadar nak remind kamu semua..jaga kesihatan kay. Hati sihat, hidup pun ceria...nanti boleh keeping up with kardashianKISAHNYE...(whatever) daaaa :-D




URTI - Punca tak rancak berblogging

Posted by mizzura on Saturday, May 21, 2011. Filed under:
8 Comments

Upper Respiratory Tract Infection

Pernah tak korang dapat MC, doktor tulis URTI? Ha, tu kat atas tu lah maknanye. Kat atas tu lah jugak sedikit punca aku lemau-lemau nak berblog. Almaklumlah kesihatan lagi penting kan dari blog :-D

Oke, just nak sharelah. Actually aku pun tak pernah amik portklang makne tu, just 2 weeks recently, dua doktor dari 2 klinik yang berlainan tulis reason tak bekerja sebab URTI. Hakikatnya aku demam lah jugak beb napa tak tulis fever jer kan senang orang kampung nak paham.

Berborak dengan senior office, baru tau kewujudan makne URTI seperti yang tertera di atas *sloww aku ni..ker jarang sakit..oopss..huhu..*

URTI

Kalau diterjemahkan menggunakan bahasa kasar, URTI ialah sakit tekak, batuk, selesema, demam yang disebabkan batuk selesema dan segala yang berkaitan dari kepala sehingga ke lorong tekak tu..erk..kerongkonglah..

Kalau bahasa doktor yang aku cedok dari sakitanda.com, URTI ialah jangkitan kuman di bahagian atas sistem pernafasan.

Pic Source 

Jangan konpius lak, sebab kalau ada Upper, mesti ada lower kan. So kalau Lower Respiratory Tract Infection tu melibatkan sistem pernafasan di bawah daripada keratan rentas kepala di atas. Salah satu contoh ialah jangkitan kuman di bahagian paru-paru.

Pic Source


Oke, cukup takat tu penerangannya, sebab aku tak ditauliahkan untuk cakap hal-hal berkaitan medic, karang ajaran songsang pulak. Nak info lebih, boleh jenguk ke sakitanda.com dan blog wondermum.my, wikipedia dan etc.

Nampak je, alah batuk & selesema jer pun, tapi serius beb, sampai tak boleh buat kerja. Ni campur sket demam yang kebah tak kebah..pergi kerja pun takat cukup syarat je padahal kepala otak dah takleh pikir. Doktor plak bagi sehari je Cuti Sakit T_T, so the best way bila kena URTI ialah berehat, jaga makan, jaga pergaulan (mama plak dah ada tanda selesema ni. cian dia), jaga kebersihan dan jaga diri anda :-D

Lagi satu aku baca kat patient.co.uk, URTI boleh dikurangkan dengan rajin mengamalkan senaman. Dowh, waktu baca ni..toink kena kepala aku. Aku dah lama tak bersenam ni. Nak g kelas aerobik, cikgunya dah buzy nak kawin. Nak g swimming asyik hujan jer. *puh..puh..alasan*. (Err..blogwalking tak masuk kategori bersenam ker?)


Apa-apapun. Alhamdulillah..sekarang dah oke, dah bole baca blog kamu semua sekerap mungkin..Yihaa!!

Wordless Wednesday |Kartun menyerupai Wedding Prince William & Kate Middleton|

Posted by mizzura on Wednesday, May 18, 2011. Filed under:
10 Comments


Wassup Guru-guru!

Posted by mizzura on Monday, May 16, 2011. Filed under:
7 Comments

Walau dunia makin moden,
 jauh meninggalkan tempat kita mula-mula kenal ABC.

Walau, kami tak lagi belek majalah tahunan sekolah. 

Walau, dah tak pernah ambil tahu status kamu kala ini.

Hanya satu yang kami takkan lupa, iaitu bila tibanya

16 MEI 2011



Kerana ianya hari keramat dimana murid-murid meraikan HARI GURU & JASA GURU. 

Dan juga hari dimana guru-guru akan menyanyikan lagu berbait 
"tunai tetap kami tunaikan"

SELAMAT HARI GURU BUAT SEKALIAN CIKGU-CIKGU



Nachos Nachos SACC Mall

Posted by mizzura on Friday, May 13, 2011. Filed under:
2 Comments

Salam Jumaat bebeh. weekend ni, kalau rajin apa kata pekena masakan orang Mexico kat NachosNachos yang terletak di SACC Mall, Shah Alam. 


Serius, lupa take note pasal menu ni, yang pasti atas ni adalah ikan + nasi siap ada dipped cream yang aku tak ingat. Maaf sesangat.




Yang ini pulak nachos campur apa pun aku tak ingat samaada beef or chicken. Memula ingat kan cream putih tu ice cream rupanya, sour cream. Harga dalam RM11++





Air amik juice buah (lupa hehe). dan juga oreo milkshake. Ya ampun, maaf ye bagi review yang tak lengkap. Sesiapa around SACC Mall boleh lah singgah ke sini cuba masakan mexico..yiba..yiba...andre..andre..!! 


Lokasinya

Lot GF-32B, Ground Floor, Jalan Perbananan 14/9, Sec 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Tel: 03 5510 8009 Fax: 03 5510 8003

Ada Anonymous komen pasal kain tunang

Posted by mizzura on Thursday, May 12, 2011. Filed under: , ,
12 Comments

Kalau sesiapa pernah baca entri Review Majlis Tunang, perasan tak ada anonymous komen pasal kain tunang.




Oke, rupa-rupanya, aku tertinggal satu lagi penghargaan untuk orang yang penuh rasa kasih & sayang meredah kedai-kedai kain kat Bandung bulan 8 tahun lepas mencari kain untuk majlis tunang aku. Tak lain, tak bukan En Anon kat atas merangkap En Tunang shayerrr..hehehe..susah-susah suruh aku pikir nak kaler apa, padahal ikut konsep, aku nak sewa jer baju tunang.



Terima kasih sudi komen ye syg, ingatkan selama ni dok jadi pemerhati luar jer kat blog ini :-). Terima kasih jugak sebab belanja kain tu. Mmuah :-* (Oke si zura ni dah mula menggedik, jadi stop sampai sini aja, kang dia terlebih gedik lagi).


Ops nak cerita sikit pasal kain tunang haritu, memang kaler dia agak kontra, lining kuning warm + lace biru. Aku ingat taknak buat atas bawah lace, Nanti nampak cam meriah sangat. Kalau korang memang daring, boleh je try kaler-kaler kontra begini.



Since aku ni separa daring tapi tetap nak gorgeours *bajet*, maka aku belilah sikit chiffon (gambar kanan) kasi nampak lite sikit kaler kuning ni. Anyway thanks to mr fiancee. Alamak rupanya ada banyak lagi penghargaan aku belum ucapkan. Nanti-nantilah.. (Ni mesti case takut ada anon lain plak cakap,  tak say thanks pun sponsor tutt, tett..hehehe..takdelah). Nanti kita buat penghargaan untuk semua jugak :-)