Are you on IG?

Make-Up Artist Tak Mekap Artis Je

Posted by mizzura on Thursday, April 14, 2011. Filed under: ,

Kisahnye... Ahad lepas pergilah singgah Malay Wedding Ekspo kat Mid Valley bersama BFF. Ni second time kot aku pergi wedding exhibition. Bukan nak cari pakej sangat, tapi saja je nak tengok latest idea camne kan. Sebab pandangan aku, pakej diorang takdelah murah sangat punnn...


.:: Hall 1, Indian Wedding Ekspo::.
(Nak masuk tengok idea ala-ala hindustan, tapi BFF takmo)

Dalam dok berjalan sapu phamplet, brochure semua, tersangkut kat satu booth ni. Actually takdelah minat sangat walaupun katanya diorang ni ada nama, tapi dah brother tu kata duduklah..duduklah..maka why not bukakan minda..kot2 dapat offer baikk punyaaa...




.:: Hall 2 - Malay Wedding opposite Hall 1 tadik ::.


Yang entertain kami seorang lelaki yang berlagak siot! Ikuti perbualan kami. LB - Lelaki Berlagak, BFF -Best Friend Forever (uit, ni takkan tak tau..hehe), AKU - Owner Blog ini :-)


Perbualan 1


LB: Untuk awak kita bagi special pakej...bla..bla..bla.. 2 x mekap.
BFF: 2 x mekap untuk apa? (Kawan aku ni jujur memang tak tahu)
LB : Nikah sanding! (Nada tegas)
BFF: Janganlah cakap kuat-kuat macamtu!


Perbualan 2


LB : Pakej..bla..bla...TUDUNG EKSKLUSIF..tak macam orang lain.
AKU: Eksklusif camner tu.
LB : kita ada buat sulam..Ha...Sulam ni bukan murah tau..bla..bla..mahal..
AKU: (Dalam hati - eleh kat indon semua baju diorang sulam, tak penah plak diorang berlagak cam ko..lagiiiii murah). (Kalau LB baca blog ni, mesti dia balas..ha pergilah indonesia sana..haha)


Perbualan 3


LB: Sebenarnya sekarang semua orang salah faham tentang Make-Up Artist (MUA)
AKU: Salah faham kenapa?
LB : Artis mana yang diorang dah mekapkan? Macam kitorang memang official MUA untuk xxx AF, xxx Melayu musim bla..bla..bla..
BFF: (Dalam hati- berlagak siot mamat ni)
AKU: (Dalam hati - b@873&%#, ko ingat mekap artist tu mekap kan artis ke? Artis tu orang yang terlibat seni. Pelukis, pelakon etc.)
LB : Saya pun pernah je mekapkan artis lelaki A & B, ala sapu foundation je kat muka diorang..ikutkan saya pun boleh dipanggil mekap artis.Har..har..har..(Gelak besar - bajet lawak & bajet kami kagum)
AKU: Oh yeke..hmmm..oke..hehe (gelak tak ikhlas)
LB : Lagipun MUA kami memang special in HD mekap. MUA lain takde belajar skill ni. HD mekap kalau kuar TV HD memang lawa..Tapi kalo mekap biasa kuar TV HD confirm tak lawa.
AKU : AAK (Dalam hati)


.:: Sarung hitam, nice jugak kan? ::.

End up, kitorang cakap terima kasih & pergi sahaja. Tak kose aku, cakap ngan orang berlagak. Dia telah memburukkan nama MUA dia yang dikenali kerana mekap kan artis. Akak, mintak maaf ye..saya pasti, mekap akak cantik, tapi nak wat cane, ada orang telah membantutkan keinginan kami untuk tertarik dengan servis akak. Sorrryyyyy...


Kesimpulan


Sefaham aku Artist ialah orang yang melibatkan diri dalam pelbagai cabang seni ataupun orang itu juga menceburkan diri dalam seni, MUA ialah Artist yang melibatkan diri dalam seni berkaitan mekap samada untuk wedding, penyanyi, OPERA CINA etc. Mungkin pasal ada istilah artist, ada yang pikir mesti untuk artis yang pelakon, penyanyi etc. Aku tak hadap pun semua tu. Baik sebut jurumekap lah senang. Takdelah orang-orang macam atas tu lupa diri.  ----> En LB, nak berlagak pun kena ada ilmu ye..

Manusia...manusia...


14 Responses to Make-Up Artist Tak Mekap Artis Je

  1. sya

    giler gentang punyer berlagak...klu aku mmg xle arr nak purak2 ikhlas, tang muka jek dh nmpk herot berot menandakan aku nyampah dgr hahaha

  2. ♥ Kasut Pink ♥

    Hekeleh mamat tu.. Zura, mmg kat pameran pengantin semuanye super mahal. Baik pakej andaman hinggalah ke photographer. Dulu kite dgn tunang pnh gi skali je kat KLCC, mmg excited nak pegi dah gi taulah.. Tp hujung minggu ni nak pegi yg kat PKNS sbb ade cabutan bertuah rumah kebaya.. PKNS dpn rumah je tak pegi rugilah...huhu

  3. mizzura

    sya: tahu tak per.. mmg nak sound pun tapi biarlah dia dengan dunia dia..haha..

    Kasut Pink : wah rumah kebaya....nak jugakkk..tapi jauh la plak..PKNS Shah Alam layan la jugak kalo nak redah..

  4. Tihara

    eee..geram nye org belagak tu..
    bajet cam bagus sgt

  5. Jiji-Fify

    woooooo!!!!! bestnya!!! jelesh!

    Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
    Cari hadiah best untuk yang tersayang?

  6. CaDLyNN

    gambar ngn DD tu sape amekkan ek? hehehehe

  7. gedek!

    LAin kali sound je... "Wei! Kamu ni dulu time sekolah selalu 'serong' ke...?"

    Hahaha!

  8. mimizuzuhaha

    jadi jurujual pun nak berlagak ke.. cemana org nak beli product/servis kalu eksen sangat camtu

  9. aisya

    buat sakit telinga je cakap dengan orang mcm tu.. kalau sekadar sapu foundation cakap die mekap artis, sy pun nak cakap sy mekap artis la.. hehe

  10. Mashii

    tapi make up artis cakap macam tu..sape yang pernah make up artis jer boleh letak MUA...logik jugak klu make up orang seni@artist tu kan..tapi ade jer orang yang mekap tak lawa pun tapi letak MUA tp mmg die tak pernah make up artis pun..itu sbg langkah berjaga2 la kot...takot kena tipu..kikikiki...

  11. Solihin Zubir

    haha.. berlagak giler..
    ntah2 mak andam make-up lg cantik.. heheh..

  12. Teacher Yatee

    mizzura, sy pakai mak andam masa majlis umh saya. yg mekapkan lelaki n sgt berpengalaman+tak belagak. Yg kt rumah suami, MUA (yg 'lembut' tp mulut laser n berlagak. Maklumla, dia jurumekap TV yg ada mjlh sendiri tu...Asyik tanya sapa mekap masa umh kita pastu nak rendah2kan hasil mekap org lain. End up bila tanya semua org, mekap mak andam lagi cantik compared dgn dia. Kesimpulannya, tak perlu berlagak sebab klu kita bagus byk lagi org yg bagusssss dari kita....hahahaha. Selamat aku dah kawen tak payah pening2 nak mekap lagi...gudlucks mizzura....

  13. dhiera

    wah..ada jugk ke yg mcm 2~

  14. cheQnOnO

    Manusia mudah lupa diri bila di atas. Walhal tak seatas mana pun. hmm, manusia-manusia :)

    I Follow u.

Leave a Reply