Emergency Idea - Wedding Shoe

Posted by mizzura on Tuesday, April 19, 2011. Filed under: ,



Agak letih jugaklah cari engagement shoe yang match dengan baju yang labuh ni. Kena cari yang super tinggi inches nye. Itu saranan designer la. Dari kedai murah ke semahal-mahal aku terjah. Saja cari inspirasi. Waktu jalan KLCC ada nampak satu kat Nine West. Kaler biru lembut. Lawa! Tapi nama pun new arrival kan. err..arr..err..

.:: Terjumpa design ni yang blue color kat Nine West ::.
Pic Source

Jalan plak ke Mid Valley and Garden untuk cari kaler yang senada dengan baju. Tak jumpe weih. Kat Lewre Mid Valley ada tapi terlalu terbuka sangat. Aku takmo nampak kaki. Aku memang suka peep toe design.

Sampai brother kat Nine West Metrojaya cakap.. Dah last minute baru nak cari. Aku nak cover line terpaksa jawab, saya sibuk tau,saya engineer selalu pergi site. (boleh pakai reason tu?)

.:: Baru jumpe kat tenet from Lewre Couture ::.
Pics Source

Kat Garden, Lewre Coutoure plak ada satu tu tone dia cantik sangat, biru-biru lembut keputih-putihan. Rege? Ada la dalam RM1k++.. Huhuh..pas tanya harga terus tanya material apa, kulit anaconda ko. Boleh tak tetiba feeling nak cakap kat SA tu tak jadi amik sebab support animal abuse..kakaka..cakap lah tak mampu.



Aku duduk sat sambil belek2 kasut waktu kat Isetan Garden. Since biru aqua susah nak dapat. why not cari beige. Almaklumlah, dress aku tu lining dia kuning. Amik satu sample wat mockup test. Eh kenalah dengan kain perca yang aku bawak tu. Kat Isetan tak lawa sangat design walaupun made from satin & ada bling-bling.





Tapi sebab kosong sangat. Last2 aku pikir pergi cari klip rambut lah. Singgah Accessorize kat Midvalley, terjumpa yang magnetic clip. Test punya test. Ngam. Yang display satu je. Aku suh SA tu cek ada lagi satu tak? Aku nak 1 pair. Nasib ada. Pheww.. Misi kasut aku settle. Murah pun murah. Yang discount dari Vincci+ . Patah kaki wei, round KLCC, Mid Valley, Garden. Bila pikir-pikir balik kasut tunang je pon....

.:: Motif kaburkan gambar? ::.

11 Responses to Emergency Idea - Wedding Shoe

  1. ~ NANA ~

    cantek & kretif!!!

    :)

  2. ika~~

    wahhh..nice~
    betol..kasut tunang je pun..
    sbb t acara hnya dlm umah,xkn nk pkai ksut lak kan?
    kt lua pn if ade outdoor photoshoot which is sgt rare dlm msyrakat melayu..kan?
    anyways,cant wait to see the final outcome!!!

  3. ♥ Kasut Pink ♥

    cantik zura. lagipon kasut ni blh pakai kat mane2. tapi nak cari kasut yg sesuai mmg azab kan?

  4. Azira...Nozie...Kechik

    zura...aku baru nak tanye...rama2 kay kasot nmpak klip rambut bdk2 comel...tup2...mmg btol pakai clip!

    Cantik sehhh! tempek jek seketol dua..terus nmpk marvelous (untung jd pmpuan)...hahah

    Aku ade tgk gmbo2 kau tunang...cntik sgt...mmg well prepared jek mmpak walau bz!

    Kawen hang apa tema? Angkasawan mari gak kah?hahah

  5. Tihara

    motip sbb nak tunjuk kasut je..ekeke
    awat hang blur kan gambaq hang..
    tak puas tengok..
    akk memang bekenan dgn kasut tu n butterflies too

  6. S.U.R.I.A.T.I

    cun ar kasut tu zura...ko ni siap nk kabur2 muke ko lak. kitorg sume nk tgok muke ko yg cantik tu...rugi wo dikaburkan.... :P

  7. sweethOneY

    Walaupun kabur, tetap nampak cantikk :)

    Cepatlah upload yang original version pulak. Hehe

  8. Aqma Nazri

    cepat lar, tak sabar nak tgk gambar2 yg lain. huhuh. mesti vogue punye. tak sabar nak tgu nih. hehehe

  9. mizzura

    huhuhuh...gambar2 lain on the way..almaklumlah gambar upload slow... :-)

    thanks for comment rerakan :-)

  10. Nur Hawa Mohd Zin

    serius cantik dan cute...geram nak komen kat ofis tak boleh...tengok je la sambil gigit bibir sebab geram..hehe

  11. chenlina

    chicago bulls jerseys
    nike air max pas cher
    true religion sale
    louis vuitton
    michael kors outlet
    tommy hilfiger outlet
    ray ban sunglasses
    new york knicks jerseys
    coach outlet
    christian louboutin sale
    chenlina20170114

Leave a Reply