Contest Saya Fobia dengan ... (versi terlupa klik auto publish)

Posted by mizzura on Tuesday, February 8, 2011. Filed under:

Ding Dong...

Tag kali ini datang dari blogger ernazz wahab. Satu contest anjuran Cik Sri Juju. Hadiah dia masyukkk gak dapat RM60 ko. Banyaknye duit ko dik, nak bagi 60 hinggit..Aku yang kerja ni dok pikir nak membayar bil segala bagai.


Antara benda-benda yang paling aku fobia, satu je kot yang aku boleh cite kat public. Untuk keselamatan. Nanti kalau aku cakap aku fobia binatang "toot" , mau birthday tahun ni aku dapat sekor hadiah.

So, aku paling fobia kalau ada bunyi gagak atau burung dari arah atas kepala. Aku tak takut burung, tapi bila ada bunyi gagak time aku melintas pokok or tiang telefon, automatik tangan aku mesti sentuh kepala. Nak cek kot kot ada terhinggap najis binatang boleh terbang ni. Jadi habit kot, tapi orang tak perasan pon.

Sebab, time kecik-kecik kalau nak pergi sekolah agama mesti lalu tepi padang, yang mana kiri kanan pokok sepanjang jalan. Adalah satu hari, kecepekkk satu dass kat atas kepala aku. Habis tudung sekolah, terus aku balik rumah tukar. Nasib sekolah dengan rumah 200m je.

pics by google image

Sehinggalah teman besor ni perangai tak berubah... 
jaga kau burung!

Nasi tambah: Aku tak tag sapa-sapa, pasal Contest ni dah habis 5hb. Pemenang umum 6hb. Padan muka tak cek setting auto publish. Masuk draft rupanya. Choy! Nak tau pemenang paling Fobia kategori peristiwa silalah ke sini :-)  
{laa ni..contest dah macam ABP...banyak kategori plak..}


No Responses to Contest Saya Fobia dengan ... (versi terlupa klik auto publish)

Leave a Reply