Status Bengkek.

Posted by mizzura on Wednesday, January 26, 2011. Filed under:

Aku memang jarang buat status marah-marah kat FB. Tapi satu hari tu aku memang tak leh tahan. Pasalnya, aku nak buat online transaction. Bajet nak bukak internet 15min lah. Tapi, harrrrammmmmmm J sampai ke sudah tak dapat masuk. 






Sebab aku naik minyak, aku pun like page C3lcom Broadband & C3lcom. Pastu, time comment aku tag dua-dua page ni. Ni memang dah tahap gaban lah bengkeknya. Mana tak nya bayar bulan-bulan tapi tak upgrade pun servis. Tolong jangan kata pasal kitorang pakai pakej RM68. Monthly quota kitorang banyak lagi tak exceed maximum tapi dah slow. Apa kes?!!






Ok, memang internet ok, tapi SLOW NAK MAMamia, tu point aku. Kawan-kawan aku mostly pakai Broadband terpopular ni & semua complaint perkara yang sama. Call customer service toksah cakaplah, dah banyak kali. Sampai member aku tuntut bulan tu free pasal tak puas hati. Dapat ko! Yang aku bengkek sangat pasal aku ni setia ngan C3lcom hampir 10 tahun. Aku taknah tukar no handphone dari mula pakai sampai la ni. Tolong la hargai sikit loyal customer cam aku ni. Grrr....vromm..vromm *tetiba kuar sound efek motor nih*