Aroma Ikan Bakar, Jeram

Posted by mizzura on Thursday, January 6, 2011. Filed under:


New year haritu, mama aku lah beria book satu family jangan ke mana-mana. Nak belanja satu family makan before adik pompuan balik asrama & adik laki g offshore. Kebetulan si bongsu plak birthday bulan satu. Sekali jalan sudey nak tunggu 6 Jan (today) dah tak cukup korum pulak. Happy birtday si mamat!

.:: Kiri tu birthday boy today ::.

WARNING!!!
Entry ni melebihi had limit patah perkataan karangan UPSR!

Since, pakcik & makcik dari Kuala Kangsar datang sini jugak so kitorang ajak ler sekali makan kat Jeram. Nak menghala ke Kuala Selangor nun. Dalam 6.30pm gerak, sampai adalah 7.30 pm.

.:: Sepupu paling kecik dalam family ::.
  

Sekali amik ko, maghrib-maghrib tu pun bersesak gak orang. Kitorang ada 13 orang berpecah. Masing-masing merayau cari meja. Semua penuh. Kalau kosong pun mesti dah kena reserved. 

Aku dah macam waitress dah berdiri tepi meja orang tengah santap semata-mata nak book table tu. Adalah dalam setengah jam, dapat table. Itupun bergilir-gilir la masing2 ada yang jaga table, ada yang sembahyang, ada yang beratur pilih ikan.

.:: Fresh seafood ::.

Serius, pilih ikan pun beratur panjang. Seafood yang aku nak amik terletak kat hujung pulak tu semuanya. Adoiiii..

.:: Kena ada system nombor lah gini :-D ::.

Dari masa aku dapat table ke settle seafood yang dekat setengah jam tu, ada ke patut saki baki pinggan orang sebelum ni tak sorang bersihkan. Sorry to say service memang lembab. (SILA TAMBAH PEKERJA ANDA LAGI YE)


A few minutes pas meja dah settle, maka datanglah kerang bakar dengan jus tembikai (dalam pukul 8.45pm). Boleh la buat cover perut. Lagi-lagi ada budak kecik si irfan. Mesti dia lapar. Laju je makan kerang. Pandai pulak dia tuil kerang guna lidi tu.

.:: Kerang dalam kerang ? ::.

.:: Dalam erti kata lain preggie kerang ::.

Pastu adalah dekat satu jam pulak tunggu menu utama yang tak sampai2. Masing-masing semua dah tak sayang botox buat muka kerut-kerut. Laparrrrr Gilaaa..

.:: Jus tembikai order 2 jag tak cukup - see lapik meja pun lambat sampai ::.

Bila sampai je food, mama pun cakap " Hai dikk..dari semalam akak tunggu makanan tak sampai-sampai". Mamat tu boleh jawab "Saya pun dari semalam cari meja tak jumpa-jumpa". Ceh. Tak agak-agak.

Pastu, jangan ingat kami hoorey boleh makan..pasalnya pinggan dia tak bagi pulak..grrrr...waktu ni dah lebih kurang 930pm. Adik aku cakap aii takkan pinggan nak kena tunggu lagi sejam. Susahlah kalau macam ni. Aku rasa chinese restaurant pun tak camni. Diorang utamakan hati customer.

.:: Peserta program tunggu makanan lebih sejam ::.

Waktu tu aku pakat ngan adik aku & sepupu2, pinggan sampai je cakap 1,2,3 tadah tangan nyanyi syukur...syukur..syukur...ya Allahhhh (lagu raihan). Alih-alih time dia datang hantar pinggan, cepat pulak dia lari bila tengok kitorang dah ready nak nyanyi..hahahahahaha..tau maluuu..

Okay. Lamanya nak sampai ke food review samalah lamanya aku tunggu makanan tu sampai. But overall makanan agak sedap lah jugak. Paling sedap ialah sotong celup tepung. Tepung dia tak muak and tak sepesen macam yang biasa kita makan. But we all agree yang tomyam dia kureng sket. 

.:: Tomyam Seafood ::.

.:: Butter Prawn ::.

.:: Siakap 3 Rasa ::.

.:: Kailan ::.

.:: Sotong celup tepung ::.

Pas habis makan tengok pantai kat tepi restauran tu. Actually nak tengok kat mana tempat yang adik bongsu aku jatuh selut. Waktu dia boring-boring tunggu food, dia main lompat-lompat kat pasir pantai. Tersilap port, kaki tenggelam kat selut habis jeans. Adoii..

.:: Testing aksi jump-jump tapi camera sengal bateri low ::.

.:: Nak campak lagi ke pantai ::.

.:: Hujan, sampai tak nampak no phone ::.

So far, still ada intention nak datang sini lagi, tapi lupa nak amik no. phone. Sapa-sapa ada bagitau lah yer. Harga murah jugak 13 orang makan tak sampai RM300 pun. Next time, kalau pergi nak booking jer. Susah lah main terjah2 ni.Sampai rumah pun midnite. Sigh!


**LATEST INFO : Ni no telefon dia 0173163117 (as per signboard hijau tu) **


13 Responses to Aroma Ikan Bakar, Jeram

  1. ♥♥ Kasut Pink ♥♥

    Tgk org pilih makanan mcm kat psr mlm pulak gayanye. Pasni kena dtg lg awal la kan.. da la smpai rumah midnite, harus lapar blk...hehe

  2. saya_arief

    sedap makan2...
    ;D

  3. ::puTri::

    hi...sy selalu gak makan kat aroma nie..tmpat tu memang selalu full..so, dont expect dpt layanan yg cepat la klu x booked siap2 b4 datang...normally, bukan takat booked meja jer, siap order makan lg n bgtau kul brp nk dtg.so, smpai2 jer da bleh terus makan...

  4. emi

    camne nk book??de no x???

  5. Girls Like Me

    hi, just blogwalking n saw ur pics...kalau tak salah i, is it razis sofi? one of my classmates time skola rendah dulu-dulu...

    anyway, da start follow blog u..
    salam kenal u :)

  6. Anonymous

    Aroma ninbest gak to klu I, lg prefer Medan I an bakar yg sblh aroma neh...LG terbaeeeeeeeek..!!!!!

  7. Anonymous

    Aroma ninbest gak to klu I, lg prefer Medan I an bakar yg sblh aroma neh...LG terbaeeeeeeeek..!!!!!

  8. diana

    i pnh mkn kt medan ikan bakar sblh aroma...tp food taste die xberape best...kt aroma better kot,even service hampeh...

  9. Umar 'esquisite rider'

    adesss...review kurang memuaskan la nampaknye ye...baru je cadang nak merempit secara solo ke sana...

  10. chenlina

    michael kors handbags
    coach outlet store online
    louis vuitton handbags
    uggs pas cher
    snapbacks wholesale
    moncler
    ugg australia
    ugg uk
    nike air max 2017
    pittsburgh steelers jerseys
    chenlina20170114

  11. Unknown

    ferragamo shoes
    jordan shoes
    michael kors outlet
    broncos jerseys
    cheap oakley sunglasses
    tiffany and co
    mont blanc pens outlet
    ecco
    versace
    christian louboutin outlet

  12. shengda xu

    beats by dre
    rolex watches
    cheap jordan shoes
    true religion jeans outlet
    fred perry shirts
    moncler pas cher
    tods outlet
    air jordans
    polo ralph lauren outlet
    true religion jeans outlet
    xushengda0317

  13. aaa kitty20101122

    yeezy boost 350
    adidas tubular
    michael kors handbags
    kobe 11
    retro jordans
    nike air force
    curry 3
    cheap jordans
    yeezys
    adidas ultra boost

Leave a Reply