Apa Khabar 2011

Posted by mizzura on Tuesday, January 4, 2011. Filed under:

Yuhuuuu... Apa Khabar 2011?


4 hari sudah berlalu. Dari start cuti 31 Dec tu sampai la ni, rasanya setiap milisaat masa terguna. Nak korek hidung pun tak sempat..kikikiki..joking! Macamlah sibuk sangat mengalahkan jutawan multi level marketing aku ni.


Rentetan peristiwa.


31/12/10 - Gembira gila pasal cuti kan. Bawak mama g settle zakat pendapatan, termasuklah aku nye sekali. Cucuk wit kat ATM bawah kompleks LZS takble baca kad pulak. Sengal. Nasib LZS boleh pakai debit card. Time ni baru perasan aku lupa renew lesen. Selama ni aku drive ke hulur ke hilir takde lesen?! Apakah???!!!!!


Petang satu family pakcik makcik datang dari Kuala Kangsar. Pasal anaknye sambung belajar kat Uitm Shah Alam. Balik LZS, singgah mamak beli pasembor ke diorang, tetiba aku plak teringin maggi goreng. Udahnya, ajak mama lepak mamak sekali. Tetiba dapat kol.. "Pakchu dah datang..balik rumah cepat!". Oppss...


1/1/11 - Tengahari folo family pergi Semenyih. Ada kenduri sedara mara belah mama. Ramai orang Perak kat situ. Doorgift dia coklat .Sedap, tapi sayang takde label. Kalo tak confirm aku order buat makan sendiri. Tak semua coklat homemade sedap. Aku pernah rasa yang tak sedap..sebab manis jer lebih..koko kurang. Malam, satu family bersama family pakcik yang datang semalam dalam 6.30pm dah gerak pergi makan kat Jeram. Restaurant tu sesak gila.Nak dapat meja berejam, beratur pilih ikan berejam, nak tunggu food lagi. Pukul 11 baru balik dari situ.


2/1/11 - pagi lepak breakfirst dengan kawan sat. dia ni lama dah ajak aku keluar, tapi aku je selalu time tak kena. Kawan sekolah rendah agama merangkap jiran. Bila naik keta aku, ala cinonetnyenye aku rasa.tak luak pun seat aku..tapi kecik-kecik cili padi dia ni. Masuk hutan, keluar hutan sempoi jer. Balik je rumah, sempat g toilet je pasal mama ajak singgah giant jap nak cari barang adik yang dok asrama tu.ado laie biskut nak dibelinya. Pas sampai rumah , ptg tu kuar plak dengan si manis jantung ke shah alam dan sekitar. Pekena Ayam Penyet Wong Solo lagi.. Yummy..!!!


3/1/11 - takde kerja g Ikea sengsorang pas office hour. Makan meatball sengsorang. Tamak amik sepuloh. (Tapi nak rahsiakan yang aku ada amik cake jugak..shhh). Pastu ada hati beli wardrobe. Terima kasih kepada pekerja Bangla yang suam-suam ikhlas arrange barang i kasi fit itu kancil yer...kikiki...


4/1/11 - eh..last year kata this year taknak berblogging sangat kan..?? hihi...kantoiiiii....




Ada macam berita tak?


Detail lain kali ah. Especially tempat makan. Banyak nak cerita pasal tempat makan nih!







3 Responses to Apa Khabar 2011

  1. baincardin

    sebut psl makan, terus rasa lapar! ^_^'

  2. CaDLyNN

    pergh..kali ni nama aku takde dlm entry..wakaka...len kali cube saba sikit..aku nak gak join p ikea!!!! cer ko cakap nk p ptg ni...sure aku joinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

  3. mizzura

    @CaDLyNN
    tadi ada hati nak buh..."si cadlynn pulak dapat tooot " hehehee...takut pulak ada orang m3 baca sini..hehe..(BAJET)

Leave a Reply